Monday, June 19, 2017

Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras


Pengilang-pengilang beras dari wilayah utara menafikan wujudnya beras palsu yang diperbuat daripada plastik di Malaysia seperti yang diviralkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini.

Beras-plastik

Pengerusi Pengilang Beras Sinomalay Kedah, Tan Yen Seong berkata perkara itu sangat tidak logik memandangkan harga plastik lebih mahal daripada beras.

“Ia sangat tidak berasas. Pihak kami merasakan wujudnya keadaan beras plastik adalah kerana kesilapan cara pengguna memasak beras itu. Seperti yang kita tahu, setiap jenis beras perlu dimasak dengan cara berbeza.

“Mungkin ketika memasak, pengguna meletakkan air yang sedikit hingga menyebabkan nasi yang dimasak menjadi keras seperti plastik,” katanya pada sidang media mengulas beras palsu di pejabat persatuan terbabit.

Tan berkata pihaknya sangat kesal dengan penularan berita beras palsu di media sosial yang menjejaskan imej pengilang selain menyebabkan pengguna waswas untuk membeli beras yang ada di pasaran.

Beliau juga berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Pengguna yang masih waswas mengenai kualiti beras yang dibeli, diseru merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di tempat masing-masing.

BACA INI JUGA:

sumber: FMT

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon