Tuesday, June 20, 2017

Cara Membezakan Beras Plastik Dan Beras Sebenar


Masalah beras palsu yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli.

Beras palsu

Menurut sumber, beras palsu ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin, lalu diproses dan dibentuk seperti beras asli.

Apa yang mengejutkan, bahan kimia yang terkandung di dalam beras palsu ini sama seperti kandungan untuk menghasilkan paip dan kabel seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl phthalate (BBT) yang amat berbahaya untuk kesihatan.

Selain itu, kandungan berbahaya seperti bis 2-ethylhexyl phthalate (DEHP) dan diisononyl phthalate (DNIP) yang turut terkandung dalam beras ini akan menyebabkan kanser dan masalah pencernaan sekiranya termakan.

Oleh itu, kami kongsikan cara-cara bagaimana untuk membezakan beras palsu dan beras asli:

1. Lebih berkilat

Beras palsu atau plastik kelihatan lebih berkilat berbanding beras asli. Anda harus meneliti beras sebelum membelinya kerana peniaga akan mencampurkan beras palsu dan beras asli.

2. Bentuk tidak sekata

Beras palsu mempunyai bentuk dan panjang yang sama atau sekata. Manakala beras asli mempunyai saiz dan panjang yang sedikit berbeza.

3. Rasa yang sangat berbeza

Berbau dan rasa yang pelik sekiranya dikunyah. Bau dan rasa beras palsu ini amat berbeza dengan beras asli. Anda pasti akan dapat membezakannya semasa memasak beras tersebut.

4. Sukar Dimasak

Beras palsu tidak menyerap air dan sukar untuk dimasak menjadi nasi.

5. Harganya lebih murah

Tahukah anda, harga beras palsu adalah jauh lebih murah berbanding harga beras asli. Hal ini kerana peniaga ingin menarik perhatian pembeli untuk membeli beras tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras


sumber: astroawani

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon