Saturday, May 20, 2017

Adakah Tuhan Wujud? Dan Ini Jawapannya Yang Mengejutkan

Adakah Tuhan Wujud? Dan Ini Jawapannya Yang Mengejutkan

Kadang-kadang dengan satu ayat sahaja boleh menyebabkan kita tersentak kagum? Betul bukan? Itulah yang terjadi kepada guru Albert Einstein yang mempersoalkan kewujudan tuhan sebagai pencipta alam semesta.

Albert Einstein

Albert Einstein adalah antara tokoh ilmuan yang gemar membidas saintis-saintis yang berfahaman Atheist.

Dalam kajian Einstein, beliau telah membuat satu landasan bahawa ilmu sains akan mencapai titik penghujungnya kerana terdapat sesuatu kejadian yang tidak boleh dirungkai dengan ilmu manusia.

Video di bawah adalah berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku kepada Einstein ketika belajar di sekolah Jerman.

Ketika itu, guru Einstein mempersoalkan Tuhan sebagai pencipta dan kanak-kanak sebaya Einstein langsung tidak berani bangun membalas kenyataan guru Einstein itu.

Tiba-tiba bangkitlah Einstein membalas kembali kenyataan gurunya.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar.

BACA INI JUGA: Kisah Ustaz Harun Din Dan Pemuda Yang Masuk Islam



sumber: takusahrisau

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Mei)

Tanggal 20 Mei merupakan hari ke-140 (hari ke-141 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 225 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Theatrum Orbis Terrarum

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Cameroon (1972), Hari Kemerdekaan di Timor Leste (2002), Hari Peringatan di Kemboja dan Hari Kebangkitan Nasional di Indonesia (1908).

Peristiwa

325 - Mesyuarat menyatu padukan mazhab Kristian pertama, Majlis Nicaea Pertama, dibuka secara rasmi, di İznik, hari ini di Turki.

1498 - Penjelajah Portugis Vasco da Gama tiba di Calicut, India.

1570 - Ahli kartografi Abraham Ortelius mengeluarkan atlas moden yang pertama, Theatrum Orbis Terrarum.

1862 - Presiden A.S. Abraham Lincoln memeterai Akta Rumah Ladang (Homestead Acts).

1927 - Melalui Perjanjian Jeddah, United Kingdom mengiktiraf kedaulatan Raja Ibn Saud daripada Kerajaan Hijaz dan Nejd; yang kemudian digabungkan menjadi Arab Saudi.

2002 - Timor Leste mendapat kemerdekaan daripada Indonesia, menjadi negara berdaulat baharu pertama abad ke-21.

2010 - Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.

2012 - Tomislav Nikolić terpilih sebagai Presiden Serbia.

2012 - Danilo Medina terpilih sebagai Presiden Republik Dominika.

2012 - Puting beliung membadai Moore, Oklahoma, A.S., mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang.

Kelahiran

1941 - Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura ke-2

1975 - Tahmoh Penikett, pelakon Kanada.

1982 - Petr Cech, penjaga gol Chelsea F.C.

1981 - Iker Casillas, penjaga gol Real Madrid C.F.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Mei)

sumber: wikipedia

Kajian Menunjukkan Lelaki Lebih Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Kajian Menunjukkan Lelaki Lebih Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat mendapati, golongan lelaki lebih cepat jatuh cinta jika dibandingkan dengan golongan wanita.

Cinta pandang pertama

Menurut ketua penyelidik, Dr. Stephanie Ortigue, kajian tersebut dijalankan ke atas 30 orang responden lelaki dan wanita berusia bawah 30 tahun.

Hasil kajian mendapati, 72 peratus lelaki jatuh cinta pandang pertama, manakala hanya 61 peratus wanita sahaja yang jatuh cinta pada pandangan pertama.

“Jatuh cinta pandang pertama sebenarnya lebih kepada tarikan seksual dan lelaki lebih mudah tertarik secara seksual terhadap golongan wanita.

“Begitu pun, jatuh cinta pada pandangan pertama boleh juga menjadi rasa cinta yang lebih mendalam dan berkekalan,” ujarnya.

Tambah Ortigue lagi, perasaan cinta boleh wujud dalam tempoh 0.2 saat ketika lelaki dan wanita berpandangan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Suami Mengaku Curang Dengan Janda

sumber: kosmo

Friday, May 19, 2017

Sering Mengalami Rasa Berdebar-debar, Adakah ia Berbahaya?

Sering Mengalami Rasa Berdebar-debar, Adakah ia Berbahaya?

Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata.

Dada berdebar

Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata.

Masalah kadar yang laju

Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”.

Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan.

1. Supraventricular tachycardia
  • Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium).

2. Ventricular tachycardia
  • Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle).

3. Sinus tachycardia
  • Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang terlalu cepat.

Masalah yang berlaku apabila jantung berdegup terlalu cepat ialah darah yang mengisi ruang dalam jantung ini tidak mencukupi, akhirnya menyebabkan jantung yang mengalir ke seluruh tubuh kan berkurangan.

Ini menyebabkan pesakit akan mengalami rasa susah bernafas, mudah penat, dan mahu pitam.

Masalah rentak/irama degupan jantung

Masalah ini dikenali sebagai “arrhythmia” bermakna degupan jantung berlaku secara tidak menentu, sama ada terlalu laju atau terlalu perlahan.

Bila kita perisa nadi kita dapati kadang kala terdapat satu ketika jantung seolah-olah berhenti sebentar, kemudian menggantukan kelajuan degupan itu sehingga kita rasa nadi kita ada masanya berdegup dengan normal, kemudian berhenti da nada masanya laju pula. Ia seolah-olah seperti piring hitam yang rosak.

Kedua-dua keadaan ini tidak normal bagi kita. Ia mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius.

Selain itu tanda-tanda jantung berada dalam masalah yang lebih serius apabila kita mengalami:
  1. tanda awal serangan sakit jantung
  2. penyakit berkaitan dengan sumbatan pada saluran coronary arteri.
  3. tanda bagi lemah jantung (heart failure)
  4. masalah injap jantung
  5. masalah pada otot-otot jantung

Doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan (atau disebut sebagai “medical history”) dan melakukan beberapa ujian.

Dari situ akan memberikan ubat-ubatan yang mungkin membantu kita mengurangkan rasa berdebar-debar ini atau mungkin doktor memberitahu bahawa rasa berdebar-debar yang dialami adalah tidak bahaya.

Semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Sering Sesak Nafas Dan Penyakit Yang Mungkin Anda Hidapi

sumber: drzubaidi

Jenazah Mohamad Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi

Jenazah Mohamad Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi

Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Mohamad Thaqif Amin

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini.

Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

"Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.

"Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!" katanya.

Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor.

Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Nur Sajat Terima Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara

Nur Sajat Terima Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara

Nama Nur Sajat, pengusaha jutawan produk kecantikan, semakin dikenali bukan sahaja kerana produk keluarannya tetapi juga mengenai dirinya yang dituduh sebagai transgender atau pondan.

Sajat

Dalam dikritik dan dikecam, Nur Sajat dilihat tidak mudah melatah sebaliknya terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.

Terbaru, hasil usahanya dihargai apabila dianugerahkan dengan Selempang Tokoh Srikandi Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Penyampaian anugerah itu berlangsung sempena Majlis Santapan Di Raja dan Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara di JW Marriot Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah terbabit disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Majlis penganugerahan itu diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan wanita dari seluruh negara dalam pelbagai bidang yang membawa perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan negara.

Sajat

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Sajat mengucapkan rasa syukurnya apabila menerima anugerah tersebut.

Beliau juga seperti menyindir mereka yang sering mengkritik dirinya dan meragui jantinanya.

“Mak ayah sajat sentiasa menemani sajat kemana sahaja..Alhamduillah mak ayah sentiasa mendoakan sajat hingga ke hari ini…biar lah orang di luar berkata apa apa sekali pun pada sajat, cuma yang faham sajat adalah mak dan ayah sajat kerana kelahiran sajat (khunsa) adalah rahsia mereka.

“Sajat akur bukan senang untuk harungi seorang bernama Nursajat, kerana ujian Nursajat kena kuat walaupun apa pun berlaku, yang penting mak dan ayah sentiasa bersama dengn Sajat dan doa mereka yang Sajat perlukan.

"Terima kasih mak dan ayah kerana melahirkan Sajat, Sajat tak pernah marah apa yang berlaku pada Sajat.

"Segala kecacatan sajat ini, Sajat terima dengan redha.

“Anugerah TUN PUTIH INI BUAT MAK DAN AYAH.. sajat sayang mak dan ayah, biar lah kat luar tu nak kata apa pada sajat,yang penting mak ayah tahu sajat siapa.. amin.

“Amin…tak bererti kita diam tu kita tak benar, sebenar kita tak nak memperbesarkan keadaan…lihat dan fikir sendiri!!!

"Saya terima anugerah ini dari tuanku pahang.. Amin amin amin.. Alhamduillah. Segala yang diberi rezeki adalah milik Allah.. Alhamduillah,” tulisnya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Mei)

Tanggal 19 Mei merupakan hari ke-139 (hari ke-140 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 226 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Anne Boleyn

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Belia dan Sukan di Turki.

Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah pada tarikh ini.

Peristiwa

1536 - Permaisuri dan isteri kedua Henry VIII dari England Anne Boleyn dipancung di Menara London kerana berzina dan derhaka besar.

1649 - Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.

1780 - Gabungan asap, kabus dan litupan awan tebal menyebabkan gelap-gelita di sebahagian kawasan New England, Amerika Syarikat dan sebahagian Kanada pada waktu tengah hari.

1802 - Anugerah Légion d'honneur ("legion yang mulia") dimulakan oleh Konsul Pertama Republik Perancis Napoleon Bonaparte, sebagai anugerah untuk askar dan orang awam.

1921 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat.

1922 - Pertubuhan Peneroka Muda Kesatuan Soviet diasaskan.

1961 - Venera 1 menjadi objek buatan manusia pertama terbang lalu planet lain selepas melintasi Zuhrah (kuar angkasa ini telah gagal berhubung dengan Bumi sejak sebulan lepas dan tidak menghantar data kembali).

2007 - Perkahwinan diraja antara Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson selamat dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

2010 - Setelah dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang kem Baju Merah di Bangkok, memaksa mereka menyerah.

2011 - Dominique Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua Kumpulan Wang Antarabangsa ekoran daripada tuduhan serangan seksual.

2012 - Dalam bola sepak, Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui tendangan penalti.

Kelahiran

1881 - Mustafa Kemal Ataturk, seorang perdana menteri semasa kemerdekaan Turki

1977 - Manuel Almunia, penjaga gol Arsenal F.C.

1979 - Andrea Pirlo, pemain bola sepak A.C. Milan

Kematian

1994 - Jacqueline Kennedy Onassis

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Mei)

sumber: wikipedia

Kenapa Hadis Palsu Dicipta?

Kenapa Hadis Palsu Dicipta?

Terdapat banyak faktor yang mendorong sebahagian orang mencipta hadis palsu. Antara faktor-faktor utama seperti yang disebut oleh syeikh Dr.Mustafa al-Soba'i dalam bukunya al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-islam dan juga syeikh Nur ad-Din dalam bukunya Manhaj al-Naqd fi' Ulum al-Hadith :

Hadis palsu Tembikai

Antaranya:

1) Menggalakkan orang supaya melakukan kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka daripada melakukan kemungkaran

Tujuan mereka adalah bagi menghampirkan diri kepada Allah (taqqarub). Mereka ini biasanya menisbahkan diri mereka kepada sifat zuhudan dan kesufian.

Sebagai contohnya ialah Abu 'Isamah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran.

Tujuannya orang ramai kembali memberi perhatian dan rajin membaca al-Quran.

2) Untuk merosakkan agama dan membuatkan umat islam ragu-ragu terhadap ajarannya

Ini dilakukan oleh golongan munafik iaitu orang yang berpura-pura islam. Golongan ini benci kepada islam. Antara mereka ialah Abd al-Karim bin Abi al-Auja' dan Muhammad bin Said al-Muslub.

Sebagai contoh, Abd al-Karim bin Abi al-Auja' mengaku dia sudah mencipta sebanyak 4000 hadis palsu.

3) Sikap obses atau taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri

Hal ini dilakukan oleh mereka yang bersikap taksub terhadap sesuatu yang dipegangnya samada mazhab atau pegangan amalannya.

Jadi demi, membela mazhab, bangsa, kabilah, bahasa tau negeri atau menindas pihak yang memusuhi mereka , golongan ini mencipta hadis palsu.

4) Pertelingkahan dari sudut politik

Pertelingkahan politik juga menyebabkan beberapa golongan mencipta hadis palsu. Antara yang paling banyak ialah golongan syiah.

Syiah sudah mencipta hadis tentang kelebihan ahlul-bait, mencerca para sahabat khususnya Abu Bakar, Umar, Muawiyah dan sebagainya.

5) Untuk kepentingan dan keuntungan peribadi

Demi untuk mendapatkan keuntungan harta benda atau pangkat, beberapa golongan tertentu sanggup mencipta hadis palsu.

Antara tujuan golongan tersebut :

Untuk mendekatkan diri dengan raja dan pemerintah

  • Tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan dunia. Golongan ini akan mencipta hadis agar dapat memenuhi hasrat taja dan pemerintah, supaya raja dan pemerintah akan menyukainya dan memberikan habuan keduniaan yang setimpal. Contohnya seperti yang sudah dilakukan oleh Ghiyath bin Ibrahim al-Nakha'i.


Golongan pencerita atau penceramah
  • Golongan ini memalsukan hadis atau menyampaikan hadis palsu demi menarik minat orang ramai mendengar ceramah atau cerita yang disampaikannya. Maka dicipta hadis yang menyebut tentang kisah-kisah yang ajaib dan cerita-cerita yang mampu membuatkan mereka berminat dan tidak berganjak dari tempat syarahan mereka.

Untuk melariskan barang jualan
  • Sesetengah peniaga juga turut terbabit dalam jenayah hadis palsu ini dengan tujuan untuk melariskan barang jualan mereka. Lalu dicipta hadis yang menyebut tentang kelebihan dan keistimewaan barang yang dijual. Contohnya hadis palsu yang kelebihan buah terung, buah delima, anggur, minuman-minuman yang tertentu dan sebagainya. Antara mereka yang sudah melakukannya sedemikian ialah Muhammad bin Hajjaj al-Wasiti, Fudhalal bin Husain,Hanad bin Ibrahim al-nasfi dan lain-lain lagi.

Sebab-sebab yang disenaraikan ini merupakan faktor yang mendorong golongan tersebut mencipta hadis palsu dengan sengaja.

Namun, terdapat juga sebab lain yang membuatkan seseorang itu terlibat mencipta hadis palsu secara sengaja dan tanpa disedari.

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Dr.Abd al-Karim bin Abdullah al-Khidr dalam bukunya al-hadith al-Dhaif wa hukm al-Ihtijaj bihi :
  • Tenggelam dalam kezuhudan dan keasyikan beribadah sehingga mereka sudah leka daripada membezakan antara yang sahih dan palsu.
  • Buku-buku catatan hadis sudah hilang atau terbakar. Jadi penulis hadis melaporkan apa yang mereka ingat sehingga berlaku kesilapan. Ini terjadi kepada mereka yang memang bergantung kepada catatan-catatan hadis sebagai rujukan ulama dalam menyampai hadis, sebagai contoh seperti yang berlaku kepada Abdullah bin Lahi'ah.
  • Fikiran sudah tidak sempurna atau nyanyuk. Ini berlaku kepada mereka yang ketika usia muda laporan hadisnya diterima, tetapi nyanyuk apabila umurnya menjadi tua. Lalu dia tersilap dalam menyampaikan hadis seperti yang berlaku kepada ismail bin 'Iyash.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

sumber: mselim3

Thursday, May 18, 2017

Kisah Kematian Jutawan Melayu Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai

Kisah Kematian Jutawan Melayu Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai

Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an. Beliau adalah Pengerusi Kumpulan DRB Hicom. Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai.

TAN Sri Yahya Ahmad

Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya!

Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya.

Dengan menunggang sendiri motosikal kapcai, beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Kronologi kejadian:

10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan.

12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.

Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari ibu negara ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Helikopter yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah. Ia baru dibeli ketika itu dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.

Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain.

Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu.

Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter.

Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Yahaya, isteri dan juruterbang berkenaan.

Al- Fatihah.

BACA INI JUGA: PANAS! CIA Dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370

sumber: sembangpress

11 Makanan Yang Dilarang Ketika Hamil

11 Makanan Yang Dilarang Ketika Hamil

Saat seorang ibu mengandung biasanya akan mengidam macam-macam makanan, namun kegembiraan yang keterlaluan adakalanya akan menyebabkan bakal bapa pula terlalu ghairah memenuhi segala permintaan isteri yang sedang mengandung.

Dilarang Ketika Hamil

Namun ada perkara yang bakal ibu bapa beri perhatian terutamanya dari segi pengambilan makanan yang akan memberi pengaruh kepada kandungan.

Di sini ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung

1. Merkuri

Makanan yang mengandungi merkuri tinggi perlu dielakkan oleh ibu mengandung. Merkuri akan menyebabkan perkembangan bayi menjadi lambat dan juga berlaku kerosakan saraf bayi.

Makanan yang mengandungi merkuri boleh diambil oleh ibu mengandung, tetapi dalam jumlah yang sedikit sekitar 1 hingga 2 kali sebulan.

Makanan yang mengandungi merkuri yang tinggi akan menjadi toksik kepada imun badan, buah pinggang, dan sistem saraf.

Jenis makanan yang mengandungi merkuri: ikan hiu, ikan todak, king mackerel, dan tilefish.

2. Ikan Mentah Separuh Masak

Ikan mentah boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan seperti norovirus, Vibrio, Salmonella, Listeria, dan parasite.

Ibu mengandung 20 kali lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan Listeria berbanding populasi lain.

Ibu mengandung akan menjadi lemah dan terhidrasi. Jangkitan ini juga berpotensi untuk terkena kepada bayi.

Mungkin ibu tidak menunjukkan gejala jangkitan, tapi bayi boleh dijangkiti melalui plasenta.

3. Daging Proses, Mentah Dan Separuh Masak

Pengambilan daging mentah atau separuh masak boleh meningkatkan potensi terkena jangkitan parasit dan bakteria seperti Toxoplasma, E. coli, Listeria and Salmonella.

Bayi yang dijangkiti dengan bakteria ini akan terbantut pertumbesarannya.

Daging proses seperti sosej juga berpotensi tinggi mempunyai bakteria terutama ketika proses pembuatan.

4. Telur Mentah

Telur mentah sinonim dengan Salmonella yang mengakibatkan demam tifoid jika ibu mengandung mengambilnya.

Kebiasaannya penyakit ini hanya dialami oleh si ibu. Ibu akan mengalami muntah-muntah, demam, diarrhea, cirit-birit, dan kekejangan perut.

Namun, penyakit yang semakin serius akan menyebabkan ibu melahirkan anak pramatang atau bayi mati dalam kandungan.

Jenis makanan yang mengandungi telur mentah seperti: telur hancur, telur rebus, sos Hollandaise, mayonis buatan sendiri, kuah salad, ais krim buatan sendiri, icings kek, dan produk komersial.

Semua produk yang mempunyai telur yang dimasak dan dipastur dengan baik, selamat untuk dimakan oleh ibu mengandung. Jadi ibu perlu berhati-hati melihat label sebelum membeli sesuatu makanan.

5. Organ Dalaman

Organ dalaman mempunyai banyak vitamin A dan satu sumber nutrien Verschillende, namun tidak boleh dimakan oleh ibu mengandung dengan kerap.

Pengambilan organ dalaman seperti hati ayam akan menyebabkan kecacatan pada muka bayi, kepala, dan jantung, kecacatan kelahiran, dan toksik hati.

Ibu mengandung tidak boleh mengambil organ dalaman lebih daripada sekali dalam seminggu!

6. Kafein

Wanita hamil dinasihatkan untuk menghadkan pengambilan kafein 200 mg per hari, atau kira-kira 2-3 cawan. Kafien ini boleh didapati di dalam minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, dan koko.

Kafien bertindak sangat cepat masuk ke dalam plasenta. Pengambilan kafien yang tinggi akan mempengaruhi pertumbesaran tulang bayi dan juga mengakibatkan bayi yang dilahirkan mempunyai berat yang rendah berbanding bayi normal.

Bayi yang dilahirkan dengan berat yang rendah meningkatkan risiko kematian ketika lahir dan risiko mendapat penyakit diabetes dan jantung apabila besar.

Ibu juga kekurangan zat besi yang diperlukan, keguguran bayi, dan kelahiran pra-matang juga berpotensi tinggi

7. Kekacang

Pengambilan kekacang perlu dielakkan jika ibu, ayah, atau ada keturunan yang mempunyai latar belakang alergik kepada kacang.

Cara ini dapat menghindarkan daripada bayi juga mempunyai alahan yang sama.

8. Makanan Yang Tidak Dibasuh

Sayuran dan buahan yang tidak dibasuh mempunyai bakteria seperti Toxoplasma, E. coli, Salmonella dan Listeria. Bakteria ini boleh didapati ketika proses-proses penghasilan, pembungkusan, penyimpanan,penghantaran, dan ketika jualan.

Bakteria boleh memberi kesan yang buruk terhadap ibu dan juga anak di dalam kandungan. Jangkitan penyakit Toxoplasma mengakibatkan bayi akan mengalami kerosakan mata dan ketidakmampuan intelektual apabila membesar.

Mereka yang dijangkiti Toxoplasma tidak mengalami simptom. Mungkin hanya selesema dalam jangka masa pendek. Namun, sesetengah bayi mengalami kerosakan mata dan otak yang serius ketika dilahirkan.

Jadi, ibu perlu mengambil serius mengenai ini. Tindakan ini nampak mudah tapi sangat penting untuk jangka masa panjang.

9. Jus Buah-Buahan, Cheese dan Susu Yang Tidak Dispateur

Susu segar yang belum diproses dan keju lembut mempunyai bakteria yang disebut sebagai Listeria, Salmonella, E. coli dan Campylobacter. Jus buahan yang tidak dipastur juga terdedah untuk mempunyai bakteria ini.

Bahayanya Listeria ini sehingga mampu menggugurkan kandungan wanita hamil. Jadi, wanita hamil disarankan untuk mengambil makanan yang sudah dipastur dengan baik.

10. Alkohol

Wanita mengandung dilarang sama sekali untuk mengambil alkohol, terutama dalam jangka yang panjang.

Alkohol boleh menyebabkan keguguran kandungan dan juga mengakibatkan bayi mati dalam kandungan.

Kesan alkohol kepada bayi adalah down sindrom, kecacatan wajah, jantung, dan mental.

11. Makanan Ringan

Wanita hamil memerlukan vitamin yang secukupnya untuk bayi dan juga dirinya. Namun makanan ringan mempunyai algemeen rendah dalam nutrien, dan tinggi kalori, gula dan lemak ditambah.

Pengambilan makanan ringan akan menyebabkan peningkatan yang mengakibatkan berlakunya peningkatan risiko diabetes semasa mengandung atau kelahiran komplikasi.

Kesimpulannya, pengambilan jenis makanan sangat perlu dititikberatkan oleh ibu mengandung. Ketidakprihatinan ibu bapa akan mengundang mudarat ke atas ibu dan juga anak.

BACA INI JUGA: Jangan Biarkan Isteri Stress Walaupun Sedikit Selepas Bersalin!

sumber: zuriat

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Mei)

18 Mei merupakan hari ke-138 (hari ke-139 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory, 227 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gunung St. Helens meletus

Hari ini juga merupakan Hari Muzium Antarabangsa dan Hari Bendera dan Universiti di Haiti.

Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam sejarah dunia pada tarikh hari ini.

Peristiwa

1268 - Baibars dan angkatan Mamluknya menawan Antioch, ibu negara salibi bagi Kerajaan Antioch.

1756 - Perang Tujuh Tahun: Britain mengisytiharkan perang terhadap Perancis, dua tahun selepas pertempuran bermula di Ohio Country.

1896 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes "Plessy lwn. Ferguson", mendukung kesahan pengasingan kaum dalam pengangkutan awam.

1944 - Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Poland di bawah Leftenan Jeneral Władysław Anders menawan Monte Cassino.

1958 - Pesawat pemintas supersonik F-104 Starfighter mencipta rekod laju dunia dengan mencapai 1,404.19 batu sejam (2,259.82 km/h).

1970 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan.

1974 - India menjalankan ujian nuklear pertamanya di Pokhran, menjadi ujian nuklear disahkan pertama oleh negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

1980 - Gunung St. Helens meletus di Washington, mengorbankan 57 orang dan menyebabkan kerosakan melebihi sebilion dolar A.S.

1991 - Pergerakan Kebangsaan Somali mengisytiharkan kemerdekaan Somaliland, negara de facto yang diiktiraf antarabangsa sebagai kawasan berautonomi Somalia, selepas kejatuhan kerajaan pusat semasa Perang Saudara Somali.

2008 - Republik Rakyat China memenangi Piala Thomas & Uber.

2009 - Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.

Kelahiran

1920 - Paus John Paul II

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Mei)

sumber: wikipedia