Thursday, May 18, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Mei)

18 Mei merupakan hari ke-138 (hari ke-139 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory, 227 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gunung St. Helens meletus

Hari ini juga merupakan Hari Muzium Antarabangsa dan Hari Bendera dan Universiti di Haiti.

Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam sejarah dunia pada tarikh hari ini.

Peristiwa

1268 - Baibars dan angkatan Mamluknya menawan Antioch, ibu negara salibi bagi Kerajaan Antioch.

1756 - Perang Tujuh Tahun: Britain mengisytiharkan perang terhadap Perancis, dua tahun selepas pertempuran bermula di Ohio Country.

1896 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes "Plessy lwn. Ferguson", mendukung kesahan pengasingan kaum dalam pengangkutan awam.

1944 - Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Poland di bawah Leftenan Jeneral Władysław Anders menawan Monte Cassino.

1958 - Pesawat pemintas supersonik F-104 Starfighter mencipta rekod laju dunia dengan mencapai 1,404.19 batu sejam (2,259.82 km/h).

1970 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan.

1974 - India menjalankan ujian nuklear pertamanya di Pokhran, menjadi ujian nuklear disahkan pertama oleh negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

1980 - Gunung St. Helens meletus di Washington, mengorbankan 57 orang dan menyebabkan kerosakan melebihi sebilion dolar A.S.

1991 - Pergerakan Kebangsaan Somali mengisytiharkan kemerdekaan Somaliland, negara de facto yang diiktiraf antarabangsa sebagai kawasan berautonomi Somalia, selepas kejatuhan kerajaan pusat semasa Perang Saudara Somali.

2008 - Republik Rakyat China memenangi Piala Thomas & Uber.

2009 - Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.

Kelahiran

1920 - Paus John Paul II

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Mei)

sumber: wikipedia

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon