Saturday, April 15, 2017

LGBT: Dahsyatnya Bila al-Quran Bukan Rujukan

LGBT: Dahsyatnya Bila al-Quran Bukan Rujukan

Kita berpeluang melihat sendiri produk-produk yang lahir dari mangsa-mangsa serangan pemikiran yang melanda dunia Islam termasuk Malaysia.

LGBT [2]

Pada peringkat awal kita agak tersentap apabila sudah muncul di persada maya ungkapan-ungkapan seperti “perbuatan homoseksual itu adalah fitrah, bahkan mereka yang tidak menyokong LGBT ataupun yang dipanggil homofobia itulah yang sebenarnya di luar fitrah, dan bukan golongan LGBT itu.”

Lebih tersentap lagi apabila mendapati yang mengungkapkanya adalah seorang muslim. Bahkan menegakkan hujjahnya merujuk kepada alam haiwan!

Ia adalah fitrah semulajadi hidupan adalah kerana terdapat banyak haiwan-haiwan seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo memperlihatkan sifat LGBT.

Bahkan mereka mencadangkan kanak-kanak perlu melihat watak-watak gay di dalam filem. Mereka perlu diajar bahawa golongan gay wujud.

Inilah contoh kesan serangan pemikiran kepada anak-anak muda yang merasakan diri lebih moden dan maju sehingga gagal membezakan antara kepercayaan tradisi dengan hukum-hukum Islam.

Merasa lebih maju jika menolak ajaran al-Quran yang dianggap sangat tradisi. Merasa lebih megah apabila merujuk kepada nilai-nilai sejagat berbanding dengan merujuk kepada al-Quran sebagai rujukan utama.

Merujuk isu LGBT kepada alam haiwan dan menganggap penolakan terhadap amalan songsang LGBT sebagai kepercayaan tradisi adalah rujukan yang salah dan tidak wajar bagi seorang muslim. Tetapi trend ini semakin popular khususnya kepada muslim-muslim muda yang semakin cair jati diri.

Menolak perlakuan homoseks adalah ajaran al-Quran. Ada beberapa ayat al-Quran secara terang dan nyata mengeji perbuatan ini dan telah menghukum mereka yang terlibat.

Istilah yang dipakai untuk menggambarkan perbuatan homoseksual di dalam al-Quran ialah “amal qaum Lut” perbuatan kaum Lut tetapi telah diantara bangsakan dan dipopularkan istilah homoseks daripada perkataan liwat.

Rujukan-rujukan mula menghala kepada nilai-nilai universal walaupun tidak sedikit yang bertentangan dengan nilai-nilai al-Quran.

Firman Allah SWT:, "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Al-A’raf: 80-81)

Perbuatan keji itu disebutkan beberapa kali di dalam al-Quran bahkan al-Quran menceritakan azab yang menimpa kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan keji itu.

Firman Allah SWT, "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya). Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci . Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran." (Al-Naml: 54-58)

Walaupun perbuatan itu dilakukan oleh kaum Nabi Lut a.s, namun Nabi Muhammad SAW sangat membimbangi jika ia juga dilakukan oleh umat baginda.

Baginda SAW pernah bersabda, "Antara perkara yang paling aku takuti berlaku kepada umat aku ialah apabila mereka melakukan seperti perbuatan umat Nabi Lut." (HR al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Dalam hadith yang lain Baginda memberi amaran, "Dilaknat orang yang membuat hubungan kelamin dengan binatang, dilaknati orang yang melakukan perbuatan keji umat Lut." (HR Ahmad)

Mewajarkan perbuatan keji itu atas alasan ia perkara fitrah haiwan adalah perbuatan menurunkan taraf manusia setaraf dengan haiwan.

Perbuatan ini bukan dipandang keji oleh tradisi klasik orang melayu tetapi ia adalah dipandang keji oleh al-Quran.

Rujukan yang salah terbukti telah melahirkan generasi yang telah turun darjat kepada hanya mengekori barat dalam sistem nilai hidup mereka.

Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Negeri Perak

BACA INI JUGA: Kisah Hancurnya Kaum Nabi Luth Akibat Hubungan Sejenis

sumber: ismaweb

Bahaya Gas Sarin Sebagai Senjata Pembunuh

Bahaya Gas Sarin Sebagai Senjata Pembunuh

Sarin atau GB, ialah sebuah sebatian organofosforus yang memiliki formula [(CH3)2CHO]CH3P(O)F, cecair yang tidak berwarna, tidak berbau dan 26 kali lebih kuat daripada sianida.

Gas Sarin

Gas Sarin digunakan sebagai senjata kimia oleh sebab kemampuannya sebagai agen saraf dan diklasifikasikan sebagai senjata pembunuh beramai-ramai dalam Resolusi 687 PBB.

Pembuatan dan penyimpanan gas sarin diharamkan oleh Konvensyen Senjata Kimia (Chemical Weapons Convention, CWC) tahun 1993 yang mengklasifikasikan sarin sebagai bahan Jadual 1 Konvensyen.

Gas sarin mampu membunuh walaupun pada kuantiti yang amat sedikit hanya dalam masa seminit selepas pendedahan secara langsung ataupun selepas termakan dos maut akibat lemas kerana otot paru-paru akan lumpuh jika tidak dirawat dengan cepat dengan penawar menggunakan atropin atau Biperiden dan pralidoxime.

Mangsa yang menyerap dos yang tidak membawa maut dan tidak mendapat rawatan segera akan mengalami keccatan saraf yang berkekalan.

Kesan-kesan biologi

Seperti agen saraf yang lain, gas sarin menyerang sistem saraf dengan menghalang hujung-hujung saraf yang terdapat dalam otot daripada berfungsi.

Kematian lazimnya berlaku akibat ketidakupayaan kawalan otot yang terlibat dengan pernafasan.

Mekanisme tindakan gas sarin mirip racun serangga yang biasa digunakan, seperti malathion.

Dari segi aktiviti bilogi, sarin mirip racun serangga karbamat, seperti Sevin dan ubat-ubatan seperti pyridostigmine, neostigmina, dan physostigmine.

Kesan dan Rawatan

Sarin memiliki keupayaan bertukar menjadi gas atau wap, justeru amat berbahaya jika dihidu dan kepekatan pada tahap wap pun mampu menembusi kulit.

Sarin yang terlekat pada pakaian akan bertahan lebih kurang 30 minit selepas terkena gas Sarin dan ini boleh membawa kepada pendedahan terhadap orang lain.

Orang yang diresapi dos yang tidak membawa maut tetapi lambat menerima bantuan perubatan boleh mengalami kerosakan sistem saraf yang kekal.

Sarin boleh membunuh walaupun pada kepekatan amat rendah. Kematian boleh berlaku seminit selepas dos maut bahan ini dimakan melainkan penawar, lazimnya atropin dan pralidoxime, diberikan dengan cepat.

Atropin, sejenis antagonis kepada reseptor muskarin kolinergik diberikan bagi merawat gejala-gejala fisiologi keracunan.

Oleh sebab respon otot dihubungkan melalui reseptor asetilkolina nikotinik, atropin tidak memulihkan gejal-gejala otot.

Pralidoxime berkemampuan untuk menjana semula kolinesterase jika diberikan dalam tempoh masa lima jam selepas pendedahan.

Biperidan, sejenis antagonis asetilkolina buatan manusia, dicadangkan sebagai pilihan kepada atropin memandangkan biperidan mampu menembusi saluran darah otak dan kemujarabannya yang lebih tinggi.

Gejala-gejala awal berikutan pendedahan kepada Sarin termasuk hidung berhingus, sesak nafas dan anak mata mengecil.

Selepas itu, mangsa akan mengalami kesukaran bernafas, loya dan air liur meleleh.

Mangsa akan hilang keupayaan untuk mengawal fungsi tubuh dan mula muntah dan membuang air besar dan air kecil.

Fasa ini diikuti sentakan otot dan getaran.

Akhirnya, mangsa mengalami koma dan mati lemas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mengenali Apa Itu VX, Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia!

sumber: wikipedia

LGBT Menjemput Laknat Tuhan, Kelahiran Semula Sodom dan Gomora versi Melayu

LGBT Menjemput Laknat Tuhan, Kelahiran Semula Sodom dan Gomora versi Melayu

Semenjak akhir-akhir ini hangat diperdebatkan di media sosial perihal unsur LGBT yang terdapat dalam filem yang diimport dari barat.

LGBT

Kemudian, timbul pula golongan opportunis yang mengambil peluang mempromosikan jualan nasi lemak mereka dengan mengangkat terma Gay dan Pondan bagi menarik perhatian ramai.

LGBT itu sendiri adalah akronim atau satu singkatan yang merujuk kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender ataupun secara mudahnya ialah perbuatan Liwat (Gay) Sihaq (Lesbian) juga disebut sebagai homoseksual.

Naluri seks mereka lebih cenderung kepada sesama jenis. Istilah LGBT ini mula diguna pakai di awal tahun 90an.

Kumpulan ini menggunakan bendera pelangi sebagai simbol keragaman dalam seksualiti insan. Komuniti LGBT menuntut kebebasan daripada didiskriminasi dengan beranggapan ia merupakan hak asasi manusia (HAM).

Setakat ini terdapat 22 buah negara yang mengiktiraf kewujudan kumpulan ini dan mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Perbuatan Homoseksual ini sinonim dengan kaum Nabi Luth, iaitu kaum Sodom yang dilaknat Tuhan kerana perbuatan mereka yang dimurkai Allah, lalu mereka diazab dengan gempa bumi disertai dengan angin kencang dan hujan batu (batu daripada api) yang menghancurkan serta-merta keseluruhan kaum Sodom dan penghuninya.

Oleh kerana seringkali ke Laut Mati, menjadikan kisah Kaum Nabi Luth ini sangat berbekas di hati kerana melihat sendiri di depan mata kesan azab yang ditimpakan kepada kaum tersebut. Kisah mereka ini dirakamkan di dalam Al-Quran.

Melayu Gay Murtad

Masihkah kita ingat, 6 tahun yang lalu negara kita digemparkan dengan kehilangan pelajar perubatan Malaysia di Ireland. Ahli keluarganya lebih lapan kali berulang alik pergi mencari Alif Alfian Rosli namun gagal.

Pelajar tajaan Petronas ini gagal dihubungi malah langsung tidak berhubung dengan keluarganya.

Akhirnya punca segala kehilangan pelajar pintar ini terdedah apabila dikhabarkan beliau sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa pelajar ini yang terlalu risau akan kehilangan anak selama 8 tahun tetapi digemparkan dengan berita yang menyayat hati ini.

Apakah faktor yang menyebabkan seseorang menjadi LGBT? Ada yang memberikan alasan, ia adalah satu bentuk penyakit ‘mental disorder‘.

Walau bagaimanapun, ianya disangkal oleh seorang Ahli Neurologi, Dr Ryu Hasan mengatakan tidak ada istilah sembuh bagi orang yang memiliki orientasi seksual lesbian, gay dan biseksual.

Menurutnya lagi, LGBT bukanlah penyakit ataupun gangguan jadi tidak perlu disembuhkan.

Menurut ahli psikologi LGBT ini terbentuk kerana persekitaran hidup, trauma akibat pengalaman tertentu, lemahnya didikan agama dan juga genetik. Dengan bimbingan dan terapi dapat mengembalikan jati diri mereka yang sebenar.

Sudah jelas Islam melarang perbuatan ini tapi, bagaimana dengan agama lain?

Di dalam agama Kristian juga mengutuk perbuatan keji ini dan perbuatan itu dikira berdosa menurut Bible.

Perbuatan homoseksual, di dalam Bible dengan tegas melarang manusia untuk melakukan tindakan tersebut kerana merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Tuhan. Ia disebutkan di dalam kitab Imamat 18:22 ; 20:13

Proses normalisasi yang sedang berlaku di negara kita harus dibendung dari awal, sebelum ianya lebih melarat dan sukar untuk ditangani. Jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur baru kita mahu bertindak.

Di Indonesia, hasil kajian statistik mendapati pertumbuhan jumlah LGBT mengalami peningkatan sebesar 37% semenjak 2009-2012.

Pemerintah harus memainkan peranan bagi menangani gejala ini dengan melakukan kempen kesedaran dan pendidikan sejak dari awal bangku sekolah lagi. Ibu bapa dan keluarga juga turut bertanggungjawab untuk memantau aktiviti anak-anak di rumah.

Sama-sama kita memelihara negara kita daripada malapetaka ini sebelum datangnya azab Allah seperti Tsunami yang pernah menimpa di Acheh satu ketika dahulu.

Ia juga bertepatan dengan kaedah syarak yang menuntut untuk kita menutup pintu-pintu kejahatan sekaligus menepati Maqasid Syarak itu sendiri.

Saya menutup rencana ini dengan sepotong ayat Al-Quran buat renungan bersama:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.” (Al-Anfaal :25)

Ustaz Zabidi Azhar
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, April 14, 2017

Kisah Seram Lebuhraya Karak, Misteri atau ilusi?

Kisah Seram Lebuhraya Karak, Misteri atau ilusi?

Sebut sahaja lebuhraya Karak, pengguna jalan raya akan mula membayangkan pelbagai perkara misteri dan seram. Masyarakat di Malaysia memang sudah tidak asing lagi dengan kisah di lebuh raya ini sehinggakan ada yang takut melaluinya.

Misteri Lebuhraya Karak

Lebuhraya Karak yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang mempunyai kisah-kisah misterinya tersendiri sejak dahulu lagi.

Pemandu di kawasan berkenaan sering dimomokkan dengan kisah-kisah seram wujudnya kereta Volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir dan pasar bunian.

Ia seumpama 'urban legend' yang kemudian menghantui pengguna lebuh raya berkenaan sehingga mereka takut melaluinya terutama pada waktu malam.

Apatah lagi kemalangan ngeri kerap berlaku di lokasi tersebut yang dikaitkan dengan pemandu diganggu makhluk halus.

Namun sejauh manakah kebenaran ini? Apakah benar Lebuhraya Karak benar-benar diselubungi misteri atau sebenarnya faktor kecuaian pemandu dan keadaan jalan menjadi punca nahas jalan raya sering berlaku di kawasan tersebut.

Pengalaman menyeramkan

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Shakir, 25, berkongsi cerita, dia pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila diganggu ketika menggunakan jalan lama Karak.

Insiden seram itu berlaku ketika dia bersama rakannya menggunakan jalan tersebut untuk ke bandar Bentong.

“Saya dengan dua lagi kawan sekolej dalam perjalanan ke bandar Bentong untuk cari tempat makan. Masa tu kami tinggal di sebuah hotel berdekatan selama dua hari untuk buat kajian.

“Masa tu jam 2.45 pagi dan jalan gelap sungguh. Selepas satu laluan selekoh, tiba-tiba kami nampak cahaya terang dan ada orang berniaga di sepanjang jalan tu," katanya.

Mohd Shakir berkata, mereka yang ketika itu rancak berborak terus terdiam apabila terlihat keadaan seperti itu di tempat yang sunyi.

“Masing-masing terdiam sebab kami tahu mana ada orang berniaga kat jalan lama ni awal pagi. Saya sempat baca segala surah yang saya ingat dalam hati.

“Bila dah lepas kawasan tu, saya jeling di cermin pandang belakang dan nampak keadaan jalan yang gelap gelita," katanya.

Menurutnya, ketika itu dia berasa seram sejuk dan hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka berjumpa dengan sebuah kedai makan.

Ditanya mengenai kejadian mistik di Lebuhraya Karak, Mohd Shakir berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak orang terjun dari bukit di lebuh raya itu pada waktu malam.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

“Sebagai pengguna kita kena lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tak berlaku kemalangan meragut nyawa,” katanya.

Sementara itu, berbeza dengan seorang penduduk, Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 33, menurutnya dia tidak pernah mengalami kejadian mistik di kawasan tersebut seperti mana yang selalu dibualkan masyarakat.

“Kes-kes kemalangan yang berlaku di sini bagi saya disebabkan kecuaian diri sendiri. Mungkin pemandu terlampau mengantuk, letih dan ada juga memandu kereta dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan nahas," katanya.

Nampak perempuan berselendang dalam kereta

Berbeza dengan pengalaman Mohd Shakir yang melalui jalan laama Karak, Aqil Syakir, 19, pula menempuhi pengalaman seram ketika melalui Lebuhraya Karak bulan lalu.

Menurutnya, selepas melalui kawasan Bukit Tinggi pada jam empat pagi, dia yang dalam perjalanan menuju ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan tiba-tiba berasa keadaan lebuh raya amat sunyi.

“Untuk hilangkan rasa takut saya cuba buka radio, tapi yang pelik radio langsung tak dapat siaran.

“Tak dapat pasang radio saya cuba tumpukan perhatian memandu semula. Tiba-tiba saya terlihat kelibat macam orang melintas. Saya terkejut, lantas terus istighfar," katanya.

Aqil berkata, dia kemudian mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan perkara itu sehinggalah dia selamat sampai di Kuantan pada jam 8 pagi.

Menurutnya, di tengah-tengah perjalanan sekali lagi dia diduga apabila kenderaannya hanya mampu capai 80 km/j walhal dia hanya bersendirian dalam kereta.

“Saya cuba nak pecut tak boleh. Saya rasa kereta saya berat macam bawa ramai penumpang.

“Saya cuba tengok cermin belakang dan ternampak perempuan berselendang. Tapi tak nampak mukanya dengan jelas kerana muka dia pandang ke bawah.

“Saya cuba untuk membaca kalimah ALLAH tapi mulut saya keras seperti dikunci. Saya baca dalam hati untuk kuatkan hati," katanya.

Tambahnya, lebih kurang lima kilometer sebelum Tol Bentong, kenderaan dipandu kembali normal dan dia boleh memecut.

“Bila tengok balik cermin belakang, perempuan tu dah tak ada. Syukur kepada Allah akhirnya gangguan itu hilang. Itulah pengalaman yang pernah dialami oleh saya semasa melalui lebuh raya itu,” katanya.

Percaya walaupun tak pernah rasa

Rata-rata pengguna yang biasa melalui jalan lama atau Lebuhraya Karak percaya dengan unsur mistik di sebalik kejadian yang pernah berlaku di kawasan itu.

Bagaimana pun, mereka mengakui tidak pernah mengalaminya sendiri sebaliknya berdasarkan cerita daripada kenalan atau saudara mara.

Seorang penduduk Kampung Lanar, Lanchang, Moha Insanain Md Roslan, 31, berkata, kedua-dua jalan itu merupakan jalan utamanya hingga kini dan masih kerap melaluinya namun tidak pernah terserempak dengan kisah-kisah yang diceritakan.

“Saya hanya dengar cerita daripada orang, kisah dari mulut ke mulut. Setakat saya sendiri memang tak pernah kena dan orang-orang yang rapat pun sama.

"Kalau ikut cerita orang-orang yang kerja bawa lori tunda ni, katanya memang adalah lokasi-lokasi ‘keras’ tu,” katanya.

Seorang penduduk Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Mohd Farhan Mohd Alias, 31, berkata, dia percaya semua kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kewujudan syaitan.

“Saya menetap di Bentong dan biasa guna jalan tu tapi setakat ini tak pernah lagi jumpa dan saya memang tak minta nak jumpa.

“Pernah la dengar kisah dulu-dulu macam Volkswagen kuning tapi sekarang lama dah tak dengar orang cerita,” katanya.

Berdasarkan kisah-kisah yang berlaku di negeri lain, seorang penduduk Temerloh, Muhammad Arsyad Ibrahim, 27, mengakui percaya kisah-kisah mistik itu tidak mustahil benar-benar berlaku.

BACA INI JUGA:

sumber: sh

Akhirnya Azizulhasni Awang Bergelar Juara Keirin Berbasikal Dunia!

Akhirnya Azizulhasni Awang Bergelar Juara Keirin Berbasikal Dunia!

Jaguh pelumba negara, Azizulhasni Awang berjaya membuktikan bahawa saiz fizikal yang kecil bukan penghalang untuk bergelar juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.

Azizulhasni Awang Bergelar Juara Dunia

Azizulhasni yang terkenal dengan nama jolokan 'The Pocket Rocketman' berkata, beliau tidak pernah berputus asa selama berusaha 10 tahun walaupun akur bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba luar negara yang mempunyai saiz tubuh badan lebih tinggi dan fizikal besar.

"Setiap hari semasa sesi latihan, saya berusaha keras ke tahap maksimum. Orang mengatakan saya tidak boleh berjaya dalam sukan ini kerana saiz fizikal saya.

"Saya tahu saya bersaing dengan mereka yang bertubuh sasa dan berbadan besar," katanya dalam laman Instagram @azizulawangofficial.

Azizulhasni berkata kemenangan itu juga merupakan detik manis sepanjang kariernya kerana sebelum ini beliau hanya memperoleh pingat perak pada 2010 dan pingat gangsa pada 2015 dan 2016.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga pernah memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

Azizulhasni berkata, selain berusaha dalam latihan beliau juga tidak pernah berputus asa berdoa untuk mencapai kejayaan itu.

"Malam yang sukar saya percayai. Saya berusaha keras untuk merebut gelaran dunia ini.

"Saya pernah mendapat gangsa dan perak dua kali serta kalah hanya beberapa milimeter tetapi tidak pernah berputus asa.

"Saya percaya jika saya terus bekerja keras dan yakin pada diri sendiri, masa saya akan tiba.

"Saya berdoa kepada Allah setiap hari supaya menganugerahkan kemenangan ini.

"Saya yakin Allah mendengar dan kini Hong Kong adalah saksi kepada sejarah yang dilakar.

"Akhirnya matlamat saya untuk menjadi juara dunia menjadi kenyataan," katanya.

Azizulhasni turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sentiasa memberikan sokongan dan memberikan inspirasi untuk beliau menjadi seorang atlet yang cemerlang serta contoh kepada generasi muda.

"Terima kasih atas kata-kata semangat terutama sebelum perlumbaan dan saya berpegang kepada janji saya terhadap YB untuk membawa pulang Rainbow Jersey.

"Saya kini juara dunia," katanya.

Tonton videonya di YouTube, pecutan yang luarbiasa!

Tahniah!

BACA INI JUGA: Kontroversi! Azizulhasni Diarah Buka Sarung Tangan ‘Save Gaza’!

sumber: SH

10 Bandar Tertua Di Seluruh Dunia

10 Bandar Tertua Di Seluruh Dunia

Bandar kuno merupakan bandar peninggalan sejarah yang memberi nilai tambah kepada dunia pelancongan dalam sesebuah negara.

Tahukah anda bandar-bandar paling tua yang dimaksudkan tersebut? Berikut adalah senarai 10 bandar tertua dunia:

1. Gaziantep, Turki
Wujud sejak 3,650 SM

Gaziantep, Turki

Kota yang dulunya dikenali dengan nama Antep sekarang menjadi ibukota wilayah yang sama dengan nama, Giazantep adalah kota tertua yang masih tegak berdiri.

Kota ini turut memiliki sejarah zaman orang Het (Hittite).

Giazantep terus menerus didiami semenjak zaman Paleolitik dan membesar bersama dengan kekaisaran Ottoman.

Hari ini, Giazantep adalah kota yang ramah dan penuh dengan masjid, madrasah, penginapan malah ruangan mandi awam yang berasal dari beberapa abad lalu.

Rumah-rumah dari batu ini biasanya memiliki taman dan pohon anggur yang menghiasi kawasan rumah.

2. Jerusalem
Wujud sejak 3,000 SM

Jerusalem

Kota suci bagi tiga agama terbesar dunia, Islam, Nasrani, dan Yahudi ini adalah tempat di mana nilai kuno digabungkan dengan pelbagai budaya baru yang membawa suasana metropolis baru.

Kota ini terbahagi kepada tiga bahagian: Juruselam Barat, bahagian yang paling cepat berkembang dan menjadi pusat perdagangan. Jerusalem Timur, yang menjadi tempat kediaman populasi Arab dan Kota Purba, dengan pemandangan yang luar biasa indahnya.

3. Kirkuk, Iraq
Wujud sejak 3,000 SM

Kirkuk, Iraq

Dengan pelbagai penemuan arkeologi, Kirkuk adalah kota paling penting bagi orang Kurdi. Kota ini sekaligus menjadi pusat industri minyak Iraq.

Mungkin bukan pusat pelancongan, tetapi Kirkuk berdiri di atas bekas pusat kebudayaan kuno Asiria.

Kota ini pernah menjadi tempat pertempuran tiga kaisar besar: Asiria, Babilonia dan Media, yang saling berganti mengambil alih kuasa di kota ini.

Di kota ini terdapat makam Nabi Daniel dan Pasar Al Qaysareyah, yang berada di pinggir kota yang akan memberikan anda pengalaman hidup di masa lalu.

4. Zurich, Switzerland
Wujud sejak 3,000 SM

Zurich, Switzerland

Sebagai kota terbesar di Swizerland dan kota tertua di Eropah, Zurich pertama kali didirikan di zaman Rom dengan nama Turicum.

Jejak masa lalu ini boleh ditemui di pelbagai tempat di Kota Zurich. Jalanan sempit yang dipenuhi kafe, kedai barangan antik dan butik.

Bahnhofstrasse, adalah salah satu jalanan yang dipenuhi kedai-kedai paling indah di Eropah.

Grossm'nster dan Fraum'nster adalah dua gereja tua yang penuh dengan hiasan indah. Swiss National Museum atau Kunsthaus, juga adalah salah satu muzium paling terkenal di dunia.

Anda pasti akan tahu betapa kota ini menawarkan semua perkara terbaik dalam kehidupan anda di dunia.

5. Konya, Turki
Wujud sejak 2,600 SM

Konya, Turki

Kota ini diapit oleh dua laut, Laut Tengah dan Laut Hitam, dengan ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut.

Kota yang didirikan atas padang rumput Anatolia ini adalah salah satu kota yang paling menarik di Turki.

Salah satu muzium paling popular di kota ini adalah Green Mausoleum of Mevlana Celaleddin Rumi, makam penyair terkemuka Turki.

Banyak muzium indah menanti kunjungan anda di kota ini, antaranya adalah Chaeological Museum, Koyunoglu Museum dan Ethnographical Museum.

6. Giza, Mesir
Wujud sejak 2,568 SM

Giza, Mesir

Napoleon Bonaparte memberikan pidato kepada tenteranya sebelum pertempuran Giza pada 1798.

Katanya, "Di atas piramid-piramid itu, empat abad lamanya sejarah tidak berubah."

Anda mungkin tidak percaya bahawa Giza sebenarnya adalah kota yang terpisah dengan Kaherah, tetapi kerana perkembangan bandar Kaherah yang pantas, Giza seakan ditelan oleh bandar Kaherah.

Di kota ini, anda akan menemui piramid-piramid Giza, dengan Sphinx yang setia menjaga.

7. Xi'an, China
Wujud sejak 2,205 SM

Xi'an, China

Dengan sejarah panjang yang terbentang selama 30 abad lamanya, kota ini adalah salah satu kota paling penting dalam sejarah China.

Kota ini adalah salah satu dari Empat Ibu kota Kuno Paling Agung di China.

Pelbagai relik kuno dan lokasi budaya penting menempatkan kota ini sebagai Muzium Sejarah Dunia.

Muzium Teracota yang berada di kota ini juga dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Yang ke Lapan'.

Jika anda ingin melawat ke China, kota ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati.

8. Asyut, Mesir
Wujud sejak 2,160 SM

Asyut, Mesir

Kota ini terletak 375 km di selatan bandar Kaherah dan merupakan kota terbesar di bahagian utara Mesir dan juga bandar pertama yang dibina pada zaman Firaun.

Sekarang, bandar ini adalah kota paling penting sebagai pusat pertanian dan juga lokasi universiti ketiga terbesar di Mesir.

9. Luxor, Mesir
Wujud sejak 2,160 SM

Luxor, Mesir

Luxor, yang dulunya dikenali sebagai kota Thebe, adalah kota indah yang dipersembahkan untuk Dewa Amon Ra dan dikunjungi ramai pelancong dari seluruh dunia.

Luxor adalah kota paling popular di Mesir.

Kota ini bermula dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak hairan jika kota ini sering disebut sebagai muzium udara terbuka terbesar di dunia.

Kota ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian, Luxor yang berada di sebelah timur Sungai Nil, kota Karnak dan Thebe yang berada di sebelah barat sungai Nil, bertentangan dengan Luxor dan sekarang bergabung menjadi satu.

10. Lisbon, Portugal
Wujud sejak 2,000 SM

Lisbon, Portugal

Kota yang didirikan di kawasan bukit yang rendah di utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkait rapat dengan masa lalu.

Lisbon pertama kali dibina oleh bangsa Iberia dan setelah berabad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah kota paling hidup di Eropah.

Istana-istana kuno yang dipulihara, gereja-gereja tua dan pelbagai bangunan bersifat kesenian atau pun Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya kota ini.

Muzium seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum dan Carmo Archaeological Museum menyimpan pelbagai kenangan indah tentang kehidupan masa lalu kota ini.

Bairro Alto, pusat hiburan malam kota ini juga penuh dengan banyak restoran, bar.

Campo de Santa Clara juga membuka pelbagai kesempatan bagi anda untuk membeli pebagai jenis kenangan indah atau cenderahati dalam perjalanan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Unik! Kota Purba Ghademes Di Bina Umpama Sarang Lebah

sumber: lokmanamirul

Sambutan Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah

Sambutan Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah

Sambutan Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang disambut pada setiap 15 April setiap tahun merupakan hari kelepasan am bagi negeri Melaka bersempena sambutan ulangtahun pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah yang diiktiraf oleh Pertubuhan, Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Melaka Bersejarah

Selain diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah, Melaka juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Warisan Dunia pada tahun 2008 dari UNESCO dan yang terbaru telah mendapat status negeri Maju pada 20.10.2010 yang lalu.

Melaka Bandaraya Bersejarah

Negeri Melaka, negeri yang tertua di Malaysia, mengandungi tinggalan dan warisan sejarah negara yang kaya bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, perjuangan nasionalisme hinggalah ke peristiwa Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara.

Memandangkan kekayaan sejarah yang berbagai-bagai ini, konvensyen Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April 1987 telah merumuskan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia.

Dengan pengiktirafan ini, Kerajaan Negeri Melaka akan dapat bertindak dengan lebih berkesan, meluas dan tegas untuk melayak dan melengkapkan bandaraya ini sesuai dengan jangkaan dan status bersejarah tersebut.

Pengiktirafan ini seterusnya meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang telah mempunyai Bandaraya Bersejarah seperti Maghribi dengan Bandaraya Bersejarah Fez, Portugal dengan Bandaraya Bersejarah Lisbon dan Itali dengan Bandaraya Bersejarah Venice.

Ia kelak akan lebih memasyhurkan nama Malaysia di mata dunia dan akan menjadi warisan seluruh rakyat Malaysia yang cinta dan kasih pada masa depan negara.

Maka, untuk memenuhi cita-cita dan aspirasi ini, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah bersetuju dengan rasminya untuk mengisytiharkan Melaka yang kaya dengan sejarahnya sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April 1989.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Bangunan Kelab Melaka

Proklamasi kemerdekaan pada 20hb Februari 1956, oleh YTMTuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diumumkan di Padang Bandar Hilir (Padang Pahlawan) Melaka.

Bagi memperingati detik bersejarah ini, Kerajaan Melaka telah memilih Bangunan Kelab Melaka untuk dijadikan 'Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan'.

Sejak 31hb Ogos 1985, bangunan lama (bina pada 1911) ini telah menjadi Pusat Pameran yang mengandungi bahan-bahan peristiwa bersejarah mengenai perjuangan kemerdekaan negara.

Bahan pameran mengandungi dokumentasi bersejarah, gambar, pita, majalah, rakaman ucapan penting, minit mesyuarat dan lain-lain yang akan dapat menimbulkan kesedaran generasi sekarang akan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.

Porta De Santiago

Porta De Santiago

Porta De Santiago adalah satu daripada empat pintu gerbang Kota Portugis yang mengelilingi Bukit St. Paul.

Semasa peperangan di antara Portugis dan Belanda pada tahun 1641 kotanya telah mengalami kerosakan. Belanda telah membaiki kota tersebut dan kerja pembaikannya selesai pada tahun 1670.

Apabila British mengambil alih Melaka pada tahun 1795 mereka memecahkan keseluruhan kota tersebut, walau bagaimanapun campurtangan Stamford Raffles telah dapat menyelamatkan pintu gerbang ini.

Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka

Bangunan ini merupakan replika Istana Kesultanan Melaka yang didirikan di satu kawasan Kompleks Sejarah yang paling strategik di negeri ini.

Di istana inilah tempat menapaknya kegemilangan tamadun Melayu.

Bangunan replika Istana Kesultanan Melayu ini merupakan Muzium Budaya yang mempamerkan khazanah budaya Melaka.

Selamat menyambut Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah.

BACA INI JUGA: 10 Bandaraya Pilihan Pelancong Dunia

sumber: sampulfdc

Kisah Langit Dan Bumi Ketika Peristiwa Israk Mikraj

Kisah Langit Dan Bumi Ketika Peristiwa Israk Mikraj

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.”

Kisah Langit Dan Bumi

Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”

Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”

Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”

Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?” Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad.

Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?” Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”

Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu’alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: irfanirsyad

Sambutan Hari Hitam, Black Day

Sambutan Hari Hitam, Black Day

Sambutan Hari Hitam, Black Day disambut pada 14 April setiap tahun oleh lelaki dan wanita yang tidak mempunyai kekasih dan tidak menerima hadiah pada Hari Valentine mauhpun White Day.

Sambutan Hari Hitam, Black Day

Lelaki dan wanita yang tidak mempunyai kekasih merayakan Black Day dengan berpakaian serba hitam dan menghadiri acara berkumpul secara rasmi dengan rakan senasib.

Acara diisi dengan memakan mi bersos pekat berwarna hitam yang disebut Jajangmyeon dan minum kopi hitam.

Sambutan Black Day merupakan salah satu dari serangkaian hari peringatan yang dibuat untuk mempromosikan barangan dan dilangsungkan setiap pada tanggal 14 April.

Sambutan perayaan bulanan tanggal 14 dimulakan pada awal tahun dengan Hari Buku Harian (14 Januari), Hari Valentine (14 Februari), White Day (14 Mac), Black Day (14 April), diteruskan dengan Hari Mawar (14 Mei), Hari Bercium (14 Jun), Hari Hijau (14 Ogos) dan Hari Wang (14 Disember).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Thursday, April 13, 2017

Neelofa Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Neelofa Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Pelakon Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Neelofa 30-under-30-asia

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Neelofa menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, "Naelofar Hijab".

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Kategori Forbes 30 Under 30

  • Runcit dan E-dagang
  • Teknologi Pengguna
  • Teknologi Perusahaan
  • Hiburan dan Sukan
  • Seni
  • Kewangan dan Modal Teroka
  • Industri, Pembuatan dan Tenaga
  • Penjagaan Kesihatan dan Sains
  • Usahawan Sosial dan Media
  • Pemasaran dan Pengiklanan

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun 2017 menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi,

Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini.

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah;

  • Kavin Bharti Mittal (India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger)
  • Josiah Humphrey and Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster)
  • Suboi (Vietnam, artis Hip Hop)
  • Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa)
  • Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital)
  • Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery)
  • Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc)
  • Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED)
  • Hyungcheol Lim and Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry)

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Pelukis Indonesia Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-Men Gold #1

Pelukis Indonesia Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-Men Gold #1

Selepas syarikat Hollywood francais Marvel memberi kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan disiplin ke atas pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1, pelukis tersebut terus mengumumkan kontraknya dengan syarikat Hollywood francais Marvel telah tamat.

Ardian Syaf komik X-Men Gold #1

Ardian Syaf menyifatkan nombor 212 dan QS 5:51 dalam komik X-Men Gold #1 melambangkan cintanya kepada nabi Muhammad SAW dan Allah.

“Kerjaya saya telah tamat. Ini adalah akibat daripada tindakan saya. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.

“Tolong hentikan ejekan, tohmahan dan debat. Hentikan kebencian.

“Saya harap semua boleh bertenang,” katanya menerusi Facebook peribadinya.

Dalam kenyataan yang sama, Ardian memberi penjelasan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut.

Katanya, ia adalah nombor keadilan.

“Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambah beliau.

212 and QS 5-51 X-Men Gold #1

Status Facebook tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang meluahkan rasa lega dengan berita tersebut ada juga yang memberikan sokongan kepada pelukis tersebut, dengan berkata kerjayanya belum berakhir.

Beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.

Pelukis dan penulis Aji Prasetyo menerusi Facebooknya berkata, “Saya menulis dan melukis jalan cerita untuk komik saya, namun Ardian melukis untuk klien.

“Keputusannya untuk menambah simbol yang menunjukkan isu surah Al-Maidah dan perhimpunan 212 sememangnya bertentangan dengan ideologi syarikat komik Amerika."

Namun Aji memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas.

BACA INI JUGA:

sumber: aa