Saturday, April 15, 2017

Bahaya Gas Sarin Sebagai Senjata Pembunuh

Loading...

Sarin atau GB, ialah sebuah sebatian organofosforus yang memiliki formula [(CH3)2CHO]CH3P(O)F, cecair yang tidak berwarna, tidak berbau dan 26 kali lebih kuat daripada sianida.

Gas Sarin

Gas Sarin digunakan sebagai senjata kimia oleh sebab kemampuannya sebagai agen saraf dan diklasifikasikan sebagai senjata pembunuh beramai-ramai dalam Resolusi 687 PBB.

Pembuatan dan penyimpanan gas sarin diharamkan oleh Konvensyen Senjata Kimia (Chemical Weapons Convention, CWC) tahun 1993 yang mengklasifikasikan sarin sebagai bahan Jadual 1 Konvensyen.

Gas sarin mampu membunuh walaupun pada kuantiti yang amat sedikit hanya dalam masa seminit selepas pendedahan secara langsung ataupun selepas termakan dos maut akibat lemas kerana otot paru-paru akan lumpuh jika tidak dirawat dengan cepat dengan penawar menggunakan atropin atau Biperiden dan pralidoxime.

Mangsa yang menyerap dos yang tidak membawa maut dan tidak mendapat rawatan segera akan mengalami keccatan saraf yang berkekalan.

Kesan-kesan biologi

Seperti agen saraf yang lain, gas sarin menyerang sistem saraf dengan menghalang hujung-hujung saraf yang terdapat dalam otot daripada berfungsi.

Kematian lazimnya berlaku akibat ketidakupayaan kawalan otot yang terlibat dengan pernafasan.

Mekanisme tindakan gas sarin mirip racun serangga yang biasa digunakan, seperti malathion.

Dari segi aktiviti bilogi, sarin mirip racun serangga karbamat, seperti Sevin dan ubat-ubatan seperti pyridostigmine, neostigmina, dan physostigmine.

Kesan dan Rawatan

Sarin memiliki keupayaan bertukar menjadi gas atau wap, justeru amat berbahaya jika dihidu dan kepekatan pada tahap wap pun mampu menembusi kulit.

Sarin yang terlekat pada pakaian akan bertahan lebih kurang 30 minit selepas terkena gas Sarin dan ini boleh membawa kepada pendedahan terhadap orang lain.

Orang yang diresapi dos yang tidak membawa maut tetapi lambat menerima bantuan perubatan boleh mengalami kerosakan sistem saraf yang kekal.

Sarin boleh membunuh walaupun pada kepekatan amat rendah. Kematian boleh berlaku seminit selepas dos maut bahan ini dimakan melainkan penawar, lazimnya atropin dan pralidoxime, diberikan dengan cepat.

Atropin, sejenis antagonis kepada reseptor muskarin kolinergik diberikan bagi merawat gejala-gejala fisiologi keracunan.

Oleh sebab respon otot dihubungkan melalui reseptor asetilkolina nikotinik, atropin tidak memulihkan gejal-gejala otot.

Pralidoxime berkemampuan untuk menjana semula kolinesterase jika diberikan dalam tempoh masa lima jam selepas pendedahan.

Biperidan, sejenis antagonis asetilkolina buatan manusia, dicadangkan sebagai pilihan kepada atropin memandangkan biperidan mampu menembusi saluran darah otak dan kemujarabannya yang lebih tinggi.

Gejala-gejala awal berikutan pendedahan kepada Sarin termasuk hidung berhingus, sesak nafas dan anak mata mengecil.

Selepas itu, mangsa akan mengalami kesukaran bernafas, loya dan air liur meleleh.

Mangsa akan hilang keupayaan untuk mengawal fungsi tubuh dan mula muntah dan membuang air besar dan air kecil.

Fasa ini diikuti sentakan otot dan getaran.

Akhirnya, mangsa mengalami koma dan mati lemas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mengenali Apa Itu VX, Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia!

sumber: wikipedia

1 comments so far

Bahaya betul.. semakin maju teknologi, semakin menakutkan pula bila ini dijadikan sebagai senjata untuk berperang.

Diharap dengan kemajuan teknologi, tercipata la benda yang boleh membantu memberi kedamaian kepada manusia dan bumi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon