Sunday, February 05, 2017

Dulu Korea Selatan Lebih Miskin, Kenapa Kini Malaysia Jauh Ketinggalan?

Dulu Korea Selatan Lebih Miskin, Kenapa Kini Malaysia Jauh Ketinggalan?

Antara tanda negara kita mencapai status negara maju ialah dengan adanya jenama antarabangsa seperti Samsung di Korea atau Toyota di Jepun dan Apple di USA.

South Korea

Apakah jenama daripada Malaysia yang boleh masuk ke dalam rumah seluruh penduduk dunia seperti mana i-Phone, dan Samsung?

Kita pun tertanya-tanya sebenarnya, apa kurangnya Malaysia untuk berjaya seperti Korea, padahal sebelum 1985 pendapatan Rakyat Malaysia lebih tinggi daripada Korea.

Artikel ini membawa perbandingan antara Korea Selatan dan Malaysia.

Lihat dalam graf di bawah, Malaysia dipintas Korea Selatan sejak tahun 1985 manakala Taiwan pula memintas kita lebih awal pada tahun 1975 (sumber: IMF,The Leap of the Tiger: How Malaysia Can Escape the Middle-Income Trap)

korea

Kini kita jauh ketinggalan!

Pemindahan Teknologi

Sebelum tahun 1985 Malaysia bergantung kepada hasil export komoditi, namun berikutan kejatuhan harga komoditi dunia bermula pada tahun 1985, Malaysia ditranformasi kepada negara perindustrian.

Pada masa itu negara bergantung kepada pelaburan luar dan pemindahan teknologi, Technology Transfer melalui Dasar Pandang ke Timur diharapkan menjadi alat untuk membawa Malaysia ke status negara maju.

Namun, kajian menunjukkan syarikat multinational tidak berminat memindahkan teknologi mereka ke negara lain. Nyata sekali pemindahan teknologi tidak berlaku mengikut seperti yang kita rangcangkan.

Tidak seperti Malaysia, Korea dan Taiwan tidak bergantung kepada pemindahan teknologi. Mereka sendiri belajar dan mencipta teknologi mereka sendiri.

Hinggakan mereka menguasai teknologi LED/LCD screen yang mendahului teknologi Jepun.

Buktinya, Korea menerima 50 patents pada tahun 1985 berbanding Malaysia kurang daripada 5 pada tahun yang sama.

Pada tahun 2013, Malaysia hanya menerima 220 patents sedangkan SAMSUNG sahaja menerima 4652 patents!

Patents

Inilah jawapannya kenapa kita gagal selama 30 tahun untuk bangkit seperti Korea.

Korea Selatan bukan tandingan Malaysia lagi. Mereka berada di liga lain.

Kini kita hanya sekadar bertungkus lumus untuk setanding dengan Indonesia dan Thailand.

BACA INI JUGA: 10 Kepercayaan Karut Paling Popular Di Korea Selatan

Sumber: eliasabllah

Saturday, February 04, 2017

Jenis-Jenis Tayar Dan Fungsinya Mengikut Keadaan Yang Anda Patut Tahu

Jenis-Jenis Tayar Dan Fungsinya Mengikut Keadaan Yang Anda Patut Tahu

Malaysia sangat bertuah kerana memiliki keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, jadi pemilihan tayar sangat mudah dan tidak kritikal seperti pengguna di negara-negara empat musim.

Tayar

Pemandu biasa negara ini boleh menggunakan tayar jenis semua musim (all season) dan bagi yang berduit mungkin memilih tayar yang lebih mencengkam.

Dan ada juga mahukan tayar lebih senyap walaupun mungkin perlu mengetepikan aspek cengkaman.

Apapun, mari kita ambil tahu jenis tayar yang perlu anda pertimbangkan sebelum menukar tayar.

1. Semua Musim (All Season)

i. Penumpang

Ini ialah tayar asas sepanjang musim. Tayar jenis ini mampu bertahan lama dan memberikan keselesaan atas jalan.

Terdapat juga tayar Touring dan Grand Touring sepanjang musim yang memberikan anda pengendalian terbaik dan senyap.

Kebiasaannya, tayar sepanjang musim dengan simbol M+S membawa maksud kemampuan produk itu untuk kegunaan atas jalan berlumpur dan bersalji.

Contoh tayar jenis ini ialah Cooper CS5 Touring.

ii. Prestasi Tinggi

Jika anda mahu traksi (traction) yang baik dalam sebarang keadaan cuaca berbanding tayar penumpang sepanjang musim yang standard, inilah masanya memilih model tayar berprestasi tinggi.

Tayar berprestasi tinggi menggunakan kompaun istimewa untuk kekal fleksibel pada cuaca sejuk dan mencengkam kuat walaupun terdapat tumpahan merkuri.

Contoh tayar ialah Goodyear Eagle Sport All Season Tire Long-Term.

iii. Ultra Prestasi Tinggi

Sama seperti tayar berprestasi tinggi, tetapi direka untuk pemanduan kelajuan tinggi.

Tayar jenis ini boleh menyeimbangkan traksi basah dan kering untuk prestasi atas jalan berais dan salji dengan baik.

Contoh tayar ialah Toyo Proxes 4 Plus.

iv. Semua Cuaca

Dikenali sebagai tayar empat musim. Mempunyai lambang salji dan gunung yang menandakan kelayakan tayar ini bekerja dalam beberapa situasi buruk.

Namun, jika anda mahu prestasi terbaik dalam salji, anda hanya ada satu opsyen iaitu memilih tayar salji.

Sebagai perbandingan, tayar semua cuaca mempunyai paten bunga yang juga sesuai untuk cuaca panas, tetapi tidak terlalu sempurna.

Jika anda peduli tentang ketahanan jangka panjang dan bunyi bising tayar, tayar semua cuaca tidak sesuai untuk anda.

2. Musim Panas

i. Grand Touring

Tayar Touring dan Grand Touring untuk cuaca panas bukan direka untuk bergerak ketika musim salji atau ais.

Ia dicipta untuk memberikan pengendalian responsif atas permukaan basah dan kering. Tayar jenis ini juga biasanya lebih senyap berbanding tayar panas lain.

ii. Prestasi Tinggi

Tayar ini lebih responsif berbanding tayar panas tradisional Touring. Ia menyediakan respon stereng yang baik, tetapi boleh jadi lebih keras dan kurang selesa.

Sebagai perbandingan dengan tayar kurang berprestasi cuaca panas, tayar jenis ini lebih cepat haus dan bising.

iii. Ultra Prestasi Tinggi

Ini ialah tayar terbaik untuk prestasi kelajuan tinggi. Tayar ini menyediakan respon stereng yang menakjubkan dan mencengkam baik pada cuaca panas tetapi, ia juga sangat keras, bising dan mudah haus berbanding tayar cuaca panas lain.

Tayar jenis ini biasanya digunakan pada kereta sport dalam saiz profil rendah.

Selain tayar ultra prestasi tinggi, pembeli masih boleh memilih tayar yang lebih baik juga, iaitu tayar Max Performance Summer dan Extreme Performance Summer yang memberikan tahap responsif dan cengkaman luar biasa kepada peminat kereta ekstrem.

Contoh tayar prestasi tinggi ialah Falken Azenis FK453 atau Cooper Zeon RS3-S.

3. Musim Salji

i. Tanpa Stad

Ini ialah tayar salji tradisional yang menawarkan cengkaman apabila merkuri tumpah.

Paten bunga tayar ini lebih padat yang membantu getah menyingkirkan salji atau lumpur salji dengan memberikan tayar lebih permukaan cengkaman untuk mendapatkan traksi pada cuaca salji.

Tayar ini masih berprestasi baik pada cuaca hujan dan panas, cuma terpaksa mengorbankan aspek pengendalian berbanding tayar salji lain.

Contoh tayar salji kategori ini ialah Michelin X-Ice3.

ii. Stad

Mempunyai ciri getah yang sama seperti tayar tanpa stad, tetapi boleh jadi dilengkapi dengan stad logam.

Tayar jenis ini dilarang digunakan di kawasan tertentu kerana boleh menanggalkan permukaan jalan.

Tayar berstad bekerja baik ketika memandu dalam hujan salji, hujan beku, ais basah dan salji ekstrem.

iii. Prestasi Tinggi

Tayar tanpa stad ini menyediakan pengendalian baik pada jalan basah dan kering berbanding tayar salji biasa.

Ia direka untuk pemanduan atas lebuh raya yang dilitupi salji, di mana kestabilan kelajuan tinggi adalah sangat penting.

Jika, pemanduan kelajuan tinggi menjadi keutamaan anda berbanding traksi salji, tayar prestasi tinggi salji sangat sesuai buat anda.

4. Tayar Run Flat

Tayar ini direka untuk terus boleh bergerak kira-kira 80km selepas pancit, namun kebiasaannya lebih mahal berbanding tayar biasa dan juga keras, sekali gus menjadikan pemanduan agak kurang selesa.

Justeru, tayar jenis ini kurang popular dikalangan pengguna. Tayar jenis ini juga mudah haus berbanding tayar biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Utama Mengapa Kereta Anda Bergegar

Sumber: pandulaju

Resepi Yee Sang, Makanan Wajib Tahun Baru Cina

Resepi Yee Sang, Makanan Wajib Tahun Baru Cina

Yee sang merupakan menu wajib setiap kali masyarakat Cina merai dan menyambut sambutan Tahun Baharu Cina.

Yee Sang

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Menu Yee Sang biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.

Dalam bahasa Cina, perkataan Yee bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan Sang pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan.

Pendek kata, hidangan yee sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.

Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup.

Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat.

Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu.

Selepas sos dituang, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang.

Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee sang digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di sekeliling meja bulat.

Jeritan Lo Hei

Mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit perkataan 'lo hei' dimana 'lo' bermaksud menggaul manakala 'hei' pula ialah naik.

Semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan 'lo hei' dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.

Resepi Sedap Yee Sang

Bahan:
  • Sedikit timun, betik, seleri yang telah dijerukkan
  • Sedikit halia jeruk merah dan putih
  • Sedikit keladi rangup dan daun bawang
  • Rumpai laut merah dan putih
  • 50 gram obor-obor
  • Sedikit asam mandarin kering
  • Sedikit daun sup, daun limau kasturi, lobak putih, lobak merah
  • 50 gram Tobiko
  • 100 gram Uni

Perisa:
  • 150 ml sos pelam
  • 30 ml cuka lemon
  • 30 ml cuka buah
  • 30 ml minyak zaitun
  • 100 gram kacang
  • 50 gram bijan goreng
  • 100 gram kepingan badam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu teh serbuk rempah gabungan
  • 2 peket keropok yee sang

Cara Penyediaan:
  • Susun semua bahan dalam pinggan besar.
  • Lobak putih dan merah yang diparut diletakkan di bahagian tengah.
  • Perah jus lemon.
  • Gaulkan kesemua bahan segar dan perasa.
  • Sedia dihidangkan.

Selamat menjamu selera.

BACA INI JUGA: Yee Sang Sebagai Sajian Tahun Baru Cina, Apa Sebenarnya Sajian Imlek Ini?

Sumber: utusan

10 Pantai Pasir Hitam Diseluruh Dunia Yang Sangat Menakjubkan

10 Pantai Pasir Hitam Diseluruh Dunia Yang Sangat Menakjubkan

Selalunya kita lihat pantai pasir berwarna putih kan? Tapi harus diketahui, tidak semua pasir pantai berwarna putih. Ada sesetengahnya berwarna hitam, namun sangat cantik dipandang.

Buat anda yang suka berhibur di pantai, sebenarnya banyak lokasi pantai pasir hitam terindah yang ada di dunia yang boleh anda lawati.

Di sini kami senaraikan ikut mana terbaik dan paling menarik, salah satunya ada di Malaysia.

1. Langkawi, Malaysia

Langkawi

Paling dekat dengan rakyat Malaysia ialah Pantai Pasir Hitam di Langkawi. Di sini tersedia tempat letak kereta, kedai makan dan kedai menjual barangan cenderahati.

Buat anda yang mahu rasa keunikkan bersantai di pantai pasir hitam, di sinilah lokasi paling dekat dan ideal.

2. Pantai Lovina, Bali

Bali

Bali, Indonesia sememangnya sangat terkenal dari kalangan pelancong Malaysia. Mungkin kerana suasana pantainya yang dikatakan romantik menjadi lokasi percutian buat pasangan baru berkahwin.

Jika berkunjung ke Bali, jangan lupa ke Pantai Lovina. Di jamin tidak menghampakan.

3. Pantai Vik, Iceland

Iceland

Lihat sahaja kepekatan warna pasir pantai di sini cukup untuk menggambarkan keindahan Pantai Vik yang terletak di Gunung Katla di Iceland.

Pantai ini juga berada tepat di bawah gletser Mýdalsjökull yang juga merupakan jajaran gunung berapi.

4. Black Sand Beach, California

California

Walaupun terkenal dengan persisiran pantai memutih yang eksotik, ternyata di California juga terdapat sebuah pantai berpasir hitam legam sehingga ia dikenali dengan nama Black Sand Beach.

Pantai ini adalah antara pantai pasir hitam terbaik di dunia dengan lokasinya yang berhampiran dengan Shelter Cove, Humboldt County.

5. Pantai Santo Domingo, Filipina

Filipina

Pantai ini juga adalah antara lokasi yang anda boleh kunjungi. Filipina sememangnya terkenal dengan pantai pasir hitam, tetapi Pantai Santo Domingo ini dikatakan antara yang terbaik di sana.

Kalau ada bercadang ke Filipina, jangan lupa masukkan Pantai Santo Domingo ke dalam senarai lokasi wajib lawat anda!

6. Pantai Ngiroboyo, Indonesia

Indonesia

Terletak di Dusun Sambi, Desa Sendang, Kecamatan Donorojo, Pacitan, pantai Ngiroboyo juga memiliki warna pasir pantai hitam.

Antara tarikan utama yang paling menarik di pantai ini adalah menjelajahi sekitar pantai dengan cara menyusuri sungai Maron yang bermuara di pantai ini.

Pemandangan alam di sepanjang sungai Maron akan membawa anda seperti masuk ke dalam hutan Amazon.

7. Black Sand Beach, Alaska

Alaska

Black Sand Beach terletak di William Sound, Alaska. Black Sand Beach bukanlah pantai seperti pantai-pantai tropika lain yang disinari matahari sepanjang tahun.

Gunung ais mengelilingi pantai ini hampir sepanjang tahun, sehinggakan pengunjung terpaksa memakai baju panas ketika berada di pantai.

8. Pantai Stokksnes, Iceland

Iceland

Pantai Austurfjörur dengan pasir basalt hitam di Stokksnes, timur Iceland. Di pantai ini juga banyak anjing laut!

9. Pantai Perissa, Greece

Greece

Keindahan pantai hitam Perissa dengan hamparan pasir dan warna biru laut yang sangat memukau sememangnya menjadi sebutan semua pelancong dari seluruh dunia.

Pengunjung turut disajikan dengan keindahan Gunung Vouno yang boleh diperhatikan dari jauh ketika bersantai di tepi pantai.

10. Pantai Karekare, New Zealand

New Zealand

Pantai pasir hitam ini menjadi popular selepas penggambaran filem The Piano pada tahun 1993 yang terletak di Waitakere Ranges, Auckland.

BACA INI JUGA: 6 Lokasi Pelancongan Di Sabah Yang Setanding Luar Negara!

Sumber: thevocket

Cara Memproses Daun Stevia Sebagai Pengganti Gula

Cara Memproses Daun Stevia Sebagai Pengganti Gula

Pokok Stevia adalah sejenis pokok herba yang tumbuh renek dan mempunyai kandungan gula yang tinggi berbanding gula biasa.

Stevia

Daun Stevia boleh digunakan untuk mengantikan gula dan amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kencing manis dan darah tinggi.

Sekiranya anda mempunyai pokok stevia, anda boleh biakkan menggunakan keratan batang dengan memotong dahan kira-kira 4 inci, pastikan batangnya agak tua untuk memudahkan pengeluaran akar.

Menuai daun-daun stevia tidaklah susah. Petik saja pucuk mudanya kira-kira 4 atau lima helai yang selari.

Anda juga boleh memotong menggunakan pisau dengan sekali potong. Jangan risau, pokok stevia anda akan bertunas semula malah lagi rimbun daunnya.

Stevia

Jangan lupa bubuh baja atau kompos selepas pemotongan daun dan batang. Tetapi sebelum tu gembur tanah agar serapan zat makanan mudah dilakukan.

Seterusnya cuci daun stevia sehingga bersih dan toskan di atas tisu. Kemudian letakkan daun stevia tersebut di atas dulang atau nyiru dan keringkan di bawah sinaran matahari selama 2 hari atau sehingga daun stevia benar-benar kering.

Setelah daun stevia kering, masukkan daun-daun kering itu di tempat botol kedap udara atau kontena plastik bertutup dan simpan di tempat selamat. Guna bila perlu.

Cara menggunakan daun Stevia

Stevia

Oleh kerana daun stevia agak manis berbanding gula biasa maka ambil 4 hingga 5 helai daun stevia, masukkan ke dalam gelas dan tuang dengan air panas kemudian masukkan uncang teh atau kopi, tutup gelas dengan penutup bersesuaian dan tunggu sehingga 5 hingga 10 minit.

Kacau seketika, tapis air dan daun stevia tersebut. Sedia untuk dinikmati air minuman panas dengan rasa stevia.

Anda boleh tambah jumlah daun stevia dalam campuran minuman panas anda jika manisnya kurang atau mengurangkan daun stevia jika terlalu manis.

Setiap individu berbeza kesukaan rasa manis dalam minuman. Anda boleh tentukan tahap kemanisan yang anda sukai.

Anda juga boleh menghancurkan daun stevia tersebut sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. Hanya guna 1 setengah sudu kecil untuk campuran minuman panas anda.

Gula stevia juga sesuai untuk minuman sejuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Stevia, Kelebihan Dan Cara Menanamnya

Sumber: tanomkinotuan

Kereta Mainan Hot Wheels Paling Mahal Di Dunia Berharga USD100,000

Kereta Mainan Hot Wheels Paling Mahal Di Dunia Berharga USD100,000

Hot Wheels popular kerana ianya tidak begitu mahal dan semua orang mampu memilikinya. Ada yang sanggup masuk setiap Tesco, Giant dan Toys R’ Us untuk mencari model yang ‘rare’ dan dicari oleh para collector.

Volkswagen

Kalau anak anda campak-campak kereta itu pun tak mengapa sebab ianya tahan lasak. Lagi-lagi bila ditambah dengan trek yang dijual secara berasingan. Keseronokan bermain Hot Wheels juga pasti berganda.

Tetapi bagi collectors, mereka takkan puas jika tidak mendapat model ‘rare’ atau protototype yang pernah dikeluarkan oleh Hot Wheels.

Model 1969 Pink Rear-Loading Volkswagen Beach Bomb ini adalah yang paling rare dan paling mahal di dunia.

Ini adalah holy grail para collectors kerana hanya dua buah sahaja dihasilkan. Perincian van VW ini adalah ia ada sunroof, tingkap tepi yang boleh dibuka dan papan luncur yang boleh dikeluarkan.

Kereta ini tidak dikeluarkan ke pasaran kerana bentuknya yang terlalu kecil untuk dipadankan dengan Hot Wheel Super Charger.

Volkswagen

Disebabkan faktor-faktor ini, harganya menjadi sangat mahal. Ianya dibeli oleh King Of Hot Wheels, Bruce Pascal. Harga pasaran model kereta van VW ini adalah USD100,000 ketika ini!

Harganya mungkin meningkat naik beberapa tahun lagi.

Dengan harga begini, boleh beli kereta Tesla sebuah. Bukan van VW ini sahaja kereta Hot Wheels rare yang beliau ada. Malah ada beberapa unit lagi.

Memang hardcore fans Hot Wheels si Bruce ni.

BACA INI JUGA: Nikola Tesla, Saintis Hebat Yang Dilupakan Dunia!

Sumber: thevocket

Friday, February 03, 2017

Lagu-Lagu Jiwang Yang Disukai Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku!

Lagu-Lagu Jiwang Yang Disukai Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku!

Mungkin lelaki tu nampak macam sado, macho tapi dalam hati ada taman beb! Malu nak mengaku favorite songs diorang Malu sangat nak mengaku sebab takut nampak macam lelaki yang lemah. Hehe..

Kalau korang nak tahu, ini antara lagu-lagu yang tengah trending dan mostly lelaki suka dengar, jiwang habis nih! Patutlah tak nak mengaku..

1. Kurela Dibenci, Aiman Tino

Aiman Tino

Muda lagi tau penyanyi lagu Kurela Dibenci ni, baru berumur 18 tahun. Siapa je tak kenal Aiman Tino ni kan?

Artis baru yang tengah hangat sekarang dengan lagu yang disukai ramai remaja. Pergi mana-mana pun mesti ada je lagu ni dimainkan.

Betul tak? Sedih weh lagu ni. Try la dengar sendiri, sobs..

2. Demi Cinta, Ezad Lazim

Ezad Lazim

Lagu Demi Cinta ini adalah Original Soundtrack untuk drama Umairah di TV3. Lagu ni mengisahkan kisah cinta sepasang pasangan tentang pahit manis bercinta dan juga kesetiaan dalam perhubungan.

Lagu ni juga mendapat sambutan hangat daripada pendengar radio sampai masuk AJL #31 tau!

Bila dengar je lagu ni, mesti rasa macam nak karaoke. Feeling habis!

3. Hancur Aku, Estranged feat. Fazura

Fazura

Salah satu sebab kenapa lagu ni menjadi kesukaan ramai adalah sebab Estranged yang menyanyi lepas tu berduet pulak dengan artis yang sangat gorgeous dan suara pun boleh tahan, Fazura.

Lagu ni memang sesuai kalau korang rindukan boyfriend atau girlfriend korang.

Yang paling best, ada version korea daripada mamat korea sendiri. Powerlah!

4. Sudah Ku Tahu, Projector Band

Projector Band

Walaupun baru setahun berada dalam industri, lagu ni dah top tau! Memang kalau korang suruh mana-mana lelaki nyanyi lagu ni, at least chorus mesti dorang tahu punya.

Lagu ni juga berada dalam carta muzik-muzik dan memenangi tempat ketiga dalam AJL tau.

Ramai lelaki yang suka lagu ni sebab lirik yang sangat relatable dengan situasi mereka. Layan je..

5. Berakhirlah Sudah, Atmosfera

Atmosfera

Lagu ni memang layan gila beb. Kalau korang tak pernah dengar lagi, search dekat YouTube Berakhirlah Sudah dinyanyikan oleh Atmosfera.

Lagu ni juga mendapat sambutan lebih 1 juta dalam YouTube. Memang best sebab tu ramai suka.

6. OST Lara Aishah, Digarhayu, Dato’ Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir

Digarhayu

Lagu ni sangat layan sebab penyanyi pun Faizal Tahir dan juga Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara.

Lagu ini juga menjadi Original Soundtrack untuk drama Lara Aishah. Emo je bila dengar, huhu..

Betul ke?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

'Ini Syaratnya Jika Anda Mahu Berkahwin Dengan Gadis Turki'

'Ini Syaratnya Jika Anda Mahu Berkahwin Dengan Gadis Turki'

Siapa kata jejaka Melayu tidak mampu menambat hati gadis asing? Sifat lelaki Melayu yang cukup dikenali sebagai penyayang, merendah diri dan menghormati golongan wanita membuatkan naluri wanita luar negara mudah terpikat dengan kehadiran mereka.

Turki

Ini terbukti bagi Said Imaddudeen, 29, pernah datang ke Turki untuk kali pertamanya pada 2008 sebagai pelancong dan kemudiannya pada 2011 bertujuan untuk belajar bahasa Turki di Istanbul.

Dan akhirnya pada November 2012, beliau mengambil keputusan untuk menetap di Turki dan kini Said melanjutkan pengajian Master di Universiti Istanbul.

Pertuturan sopan dan cara menyantuni warga Turki membuatkan ada hati gadis bumi Uthmaniyyah itu sudah terpikat dengan anak jati Kuala Lumpur ini.

Hati Ayse Karateke, 21, gadis tinggi lampai dan berhidung mancung dari Istanbul, mula terpaut dengan keikhlasan cinta Said.

Detik pertemuan

Pertemuan Said dan Ayse bermula sewaktu mereka menyertai program Hamza Tzortis di Universiti Bogazici.

Perkenalan awal ini membawa kepada jambatan persahabatan yang lebih erat sehingga mencetuskan bibit-bibit cinta.

Namun ujar Said, perancangan untuk mengakhiri zaman bercinta ke gerbang perkahwinan turut disulami dengan cabaran mungkin kerana penangan cinta antara dua benua.

"Impian kami untuk membina masjid bukan mudah dek perbezaan budaya, geografi dan macam-macam lagi. Namun kami percaya, jodoh pertemuan adalah kuasa ALLAH SWT apa yang penting ikhtiar dan usaha untuk menyempurnakan sunnah Rasulullah.

"Antara cabarannya, Keluarga Ayse meletakkan syarat supaya saya kena ada rumah dahulu dan perlu menetap di Turki...saya setuju untuk memenuhi hajat mereka," katanya.

Bagaimanapun, kesemua cabaran untuk dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran sehinggalah mahligai perkahwinan yang diimpikan akhirnya terbina pada Ogos 2015.

Majlis kahwin mudah

Turki

Ketika ditanya tentang pernikahan antara dua benua ini, Said menjelaskan, wanita Turki begitu sukar untuk mengikut dan memahami budaya suaminya yang berbangsa asing.

"Jadi mungkin disebabkan itulah yang membuatkan lebih mudah lelaki Turki berkahwin dengan wanita Malaysia berbanding wanita Turki mengahwini lelaki Malaysia.

"Namun urusan perkahwinan lebih mudah dan penting perbelanjaan nikah juga tak begitu mahal, sebab itulah saya pilih gadis Turki," ujarnya sambil berjenaka.

Hanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat diundang pada majlis pernikahan Said dan Ayse.

Bercerita lanjut tentang proses pernikahan, lelaki berkaca mata ini mengatakan, majlis perkahwinan dibuat mengikut nikah syarie saja dalam suasana serba ringkas.

"Majlis kahwin di sini begitu mudah dan kehadiran hanyalah sekitar 30 orang dan tidak perlu untuk menyediakan makanan yang banyak bahkan tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk majlis besar-besaran.

"Berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia bila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja," jelasnya.

Majlis pernikahan syarie antara Said dan Ayse ini hanya dibuat di Pejabat Organisasi Egitimder sahaja dengan kehadiran rakan-rakan dan keluarga yang terdekat.

Cinta kami tiada batas sempadan: Ayse

Turki

Ayse berkata, keputusannya memilih lelaki asing dibuat kerana dia menyedari dalam institusi perkahwinan tidak pernah membataskan perbezaan bangsa atau negara.

Jelasnya, dia terpikat dengan Said dek kerana bersifat lembut, sensitif dan sangat memahami dirinya.

"Bagi saya cinta tak mengenal bangsa dan negara. Apa yang penting ketulusan dan keikhlasan hati dalam mencintai antara satu sama lain.

"Said berjaya menawan hati dan cinta saya kerana dia seorang yang cukup lembut dalam tutur bicara, sentiasa peka dan begitu memahami hati budi saya...tapi saya rasa bukan orang Malaysia sahaja bersifat macam tu," katanya sambil ketawa mengusik suaminya.

Ujar Ayse lagi, antara faktor kenapa kebanyakan wanita Turki tidak mengahwini lelaki bangsa asing kerana perasaan takut, risau dan tidak yakin.

Minda orang Turki tidak begitu terbuka dengan budaya luar dan mereka lebih terikat dengan budaya mereka sendiri.

Katanya selepas berkahwin dengan Said, dia merasa gembira dan bertuah bahkan perasaan takut yang dialaminya hilang dan tidak menjadi risau lagi.

"Saya bersyukur kepada ALLAH kerana menemukan jodoh saya dengan Said dan berdoa semoga cinta kami berkekalan hingga hujung nyawa," katanya.

MUHAMAD NUR THAQIB SHAKER,
Pelajar Malaysia di Universiti Yasar, Izmir, Turki

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Apakah Bahagia Itu Hanya Sejenis Nasib Baik Dalam Kehidupan?

Apakah Bahagia Itu Hanya Sejenis Nasib Baik Dalam Kehidupan?

Apa erti bahagia bagi anda? Adakah ia sejenis peluang dan nasib baik dalam kehidupan? Adakah ia adalah rasa kepuasan dalam jiwa kerana berjaya memiliki apa yang diingini atau adakah ia boleh diertikan dengan keadaan gembira kita rasai?

Kebahagiaan

Jujurnya, saya juga tidak mengetahui apa sebenarnya erti bahagia kerana terlalu banyak perbezaan pendapat berkenaan bahagia diantara seseorang dan seseorang yang lain.

Dan benarkan saya berkongsi apa yang saya rasa tentang bahagia.

Kebahagian itu mungkin adalah ketika kita mengenali seseorang, menjadi teman seseorang dan memesrai seseorang membuatkan kita berusaha untuk mengejar kebahagiaan yang kita impikan bersama dia.

Namun saya tertanya-tanya, adakah bahagia itu tidak tetap kedudukannya dan sentiasa berubah bentuk hingga perlu dikejar?

Rupanya jawapan itu ada pada diri sendiri.

Bahagia itu ada dalam hati. Kita cuma perlu mengubah sedikit sudut pandang maka bahagia itu akan terpantul dari dalam diri.

Awak, kekecewaan dan kesedihan akibat keinginan untuk mencapai bahagia yang tidak kesampaian yang kita inginkan itu bukanlah atas hukuman Allah atau kesilapan kita sendiri.

Semua itu sebenarnya adalah ujian buat kita dan manusia yang ingin merasai makna kebahagiaan sebenar di dunia ini.

Kerana kebahagiaan itu bukanlah kepuasan fizikal mahupun kepuasan jiwa, bukan juga pengalaman indah yang diciptakan minda dan kebahagiaan itu juga bukanlah bagaimana sesuatu perasaan yang bermula itu berahkir seperti apa yang kita inginkan.

Kebahagiaan hanyalah dapat dikecapi apabila kita kembali kepada fitrah.

Kebahagiaan itu bukan berakhir dengan kepuasan diri sendiri tetapi harus berakhir dengan tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini; iaitu kembali kepada Allah.

Dan manusia punya banyak cara untuk meraih bahagia namun pilihan terbaik adalah melakukan penyerahan kepada Allah. Kerana dengan kembali kepada Allah, kita akan mengenali diri sendiri dan tujuan utama kenapa kita diciptakan.

Bahagia itu tafsirlah dalam erti apa sekalipun, ia akan menemui satu titik yang sama iaitu bahagia itu adalah apabila kita redha kepada apa jua yang Allah beri dan Allah kembali meredhai kita.

Maka janganlah terlalu berduka tentang terlepasnya bahagia pada masa lalu kerana Allah sebenarnya sedang menilai awak untuk memerhatikan apa usaha yang awak akan lakukan untuk mencapai redha-Nya.

Kita takut dengan masa depan. Takut akan sesuatu yang tak pasti. Takut untuk terputus hubungan dengan orang yang awak sayangi. Itu normal kerana kita adalah manusia biasa.

Tapi ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan kembali tenang. Maka marilah kita membaiki iman dan amal, kerana dengan imanlah kita tidak akan takut terhadap sesuatu yang tak pasti.

Dengan imanlah kita akan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh masa hadapan.

Bahagia itu datang dengan keredhaan dan ketaqwaan pada Ilahi. Moga kita sentiasa dijagakan hati agar tidak berpaling dari-Nya dan moga kita diredhai.

Insyaa-Allah.

BACA INI JUGA: Kesedihan Yang Pasti Dirasai Semua Insan

Sumber: akuislam

'Kerja Dari Rumah Dengan iLancee'

'Kerja Dari Rumah Dengan iLancee'

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Anda mahu menambah pendapatan? Anda mahu kerja dari rumah hanya dengan online? Anda mahu menjual produk secara online? Anda mencari kerja kosong?

iLancee

Laman web milik malaysia ini, iLancee menawarkan kepada anda untuk mengisi jawatan kosong dengan hanya duduk depan komputer mahupun smartphone untuk menjana pendapatan! Apa itu iLancee?

Tak kenal maka tak cinta, iLancee berasal dari perkataan 'i freelancer' yang dalam terjemahan bahasa melayunya adalah, 'saya menawarkan perkhidmatan bebas'.

Kerja dari rumah dengan iLancee, sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencari pendapatan lebih mahupun sedang mencari kerja paling mudah secara online.

Betul ke boleh buat duit? Apa itu iLancee? Boleh percaya ke?

Dengan begitu banyak sekali penipuan internet dan scammer yang berleluasa, pasti anda tertanya-tanya kan, bagaimana untuk bekerja dan apa cara untuk buat duit di iLancee?

iLancee adalah laman web yang dikendalikan oleh Serius Media Network, merupakan sebuah portal jual beli servis online yang mensasarkan kepada mereka yang berada di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, dengan nombor pendaftaran NS0139946-P yang anda boleh semak sendiri melalui laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jadi, bagaimana untuk mengisi 'kekosongan jawatan' di iLancee? Bagaimana untuk menjana pendapatan di iLancee?

Apa yang saya boleh jual di iLancee?

Secara ringkasnya, iLancee sebenarnya adalah laman web untuk anda menjual apa saja, menawarkan apa sahaja kepada pelanggan dan pembeli, kecuali yang haram dan tidak dibenarkan oleh agama dan undang-undang la kan. Kalau ada unsur-unsur 'otak kuning' moga-moga dijauhkan segera, kah kah..

Anda tidak perlu menunjukkan sebarang sijil mahupun kelayakan kepada pihak iLancee, yang penting ada ilmu dan kemahiran. Simple.

Anda tidak memerlukan sebarang modal. Hanya berbekalkan kemahiran yang ada, anda sudah boleh mula kerja dari rumah secara online untuk menjana wang dengan iLancee.

Jaga reputasi, tawarkan yang terbaik di iLancee dan pembeli akan sentiasa menempah servis anda.

Soalannya, apa barang dan perkhidmatan yang anda boleh jual di iLancee?

Tiga Jenis Kategori Yang Anda Boleh Jual

1. Servis, Perkhidmatan dan Kemahiran

Contohnya;
  • servis advertorial blog
  • servis membuat resume
  • servis menulis artikel
  • servis menaip artikel
  • servis membuat blog
  • servis buat kertas kerja untuk budak universiti
  • servis edit gambar
  • servis print baju
  • servis naikkan like facebook
  • servis komen di facebook
  • servis iklankan blog
  • servis menaikkan trafik blog
  • servis SEO
  • servis bina aplikasi
  • servis tukar template
  • servis  mengubah header blog
  • servis menulis ayat iklan
  • servis membuat kad bisnes 
  • servis photoshop
  • servis membuat flyer dan poster
  • dan banyak lagi..

2. Barangan Fizikal

Anda juga boleh menjual barang fizikal.

Contohnya;
  • menjual kuih raya
  • menjual produk kesihatan
  • menjual hasil kraftangan
  • menjual pakaian
  • menjual smartphone
  • menjual kad prabayar
  • dan segala-galanya yang anda sendiri boleh fikirkan dengan mudah..

3. Produk Digital

Contoh produk digital adalah seperti;
  • servis menjual ebook
  • servis produk ebook
  • jual software (dengan lesen hak jual semula jika anda) 
  • servis membuat video iklan
  • dan banyak lagi..

Bagaimana kalau tiada satu pun kemahiran saya seperti diatas?

Cuba fikirkan ini, kalau kebetulan atau anda sememangnya seorang kaki online, cuba tawarkan perkhidmatan komen blog (blogwalking) atau komen status di facebook, twitter, instagram dan dimana saja yang anda sedang bayangkan di iLancee. Mudah kan?

Sila tawarkan perkhidmatan anda di iLancee serendah RM25 untuk permulaan, siapa tahu nanti anda boleh tawarkan lebih mahal daripada itu bila servis yang anda berikan sememangnya terbaik!

Tiada idea lagi nak jual apa di iLancee?

Begitulah adatnya ketika bermula, agak kebingungan namun banyak idea akan timbul satu persatu lalu siapa yang tahu, mungkin selepas itu anda mampu menjana pendapatan kerja dari rumah dengan iLancee tanpa perlu mencari kerja lain. Insyaa Allah.

Ingat, motto iLancee adalah, 'Anda Ingin Jana Pendapatan Atau Cari Servis? Semuanya di iLancee'

Siapa pembeli servis saya nanti?

Pengguna perkhidmatan secara online termasuklah di iLancee sangatlah ramai. Anda bukan sahaja tidak akan percaya tapi mungkin tak cukup tangan memenuhi tempahan! Siapa tahu kan.

Apa kelebihan dan kebaikan lain kerja dari rumah dengan iLancee untuk semua, penjual dan pembeli saling mempercayai?

Apabila anda membuat penawaran, akan berlakulah transaksi pembayaran. Dan tiada siapa pun di dunia ini yang mahu kena tipu kan?

Bagaimana iLance menjamin wang dan kepuasan kedua-dua belah pihak? Anda membuat kerja dari rumah dan dibayar dengan wang tunai atau anda membeli barangan serta perkhidmatan dan diterima melalui iLancee.

Sistem iLancee adalah untuk mengutamakan keselamatan wang pembeli bagi mengelakkan sebarang penipuan.

Tiga Kaedah Sistem Keselamatan Pembayaran iLancee

1. Sistem keselamatan transaksi duit
  • Pihak iLancee akan menjadi pihak ketiga dalam setiap transaksi pembelian.
  • Konsep dan fungsi jual beli di iLancee adalah, Pay, Hold, Release.
  • iLancee hanya akan membayar wang kepada penjual yang sudah menyiapkan kerja. Jika tidak, bayaran akan dikembalikan ke dalam akaun pembeli.

2. Transaksi Wang Selamat
  • Setiap transaksi jualan tidak akan dibayar terus kepada penjual bagi mengelak ditipu.
  • Pembayaran akan direct kepada iLancee.
  • Kaedah bayaran juga adalah selamat iaitu dengan menggunakan applikasi senangPay, Paypal, guna kad atau FPX.

3. Komunikasi
  • iLancee mempunyai sistem mesej yang selamat di mana penjual dan pembeli boleh berbincang mengenai perkhidmatan yang ditempah melalui perbualan khas yang iLancee sediakan dan juga review selepas perkhidmatan.

Apa terma dan syarat kalau nak join iLancee?

Versi pendek perjanjian yang anda wajib baca, penerangan ringkas bagaimana iLancee berfungsi, sebelum mendaftar dengan iLancee yang dipetik dari laman web iLancee TOS.

TOS

Jangan Lepaskan Peluang

Peluang kini terbuka seluas-luasnya untuk anda menjana pendapatan hasil kerja dari rumah dengan iLancee!

Seperti kata Jack Ma, jika anda memang ingin berjaya, belajarlah sedikit demi sedikit. Jika anda belajar berusaha, anda akan melakukan banyak kesalahan. Jangan khuatir, jika anda gagal, bangkit, jika gagal, bangkit lagi. Nikmatilah semuanya.

Jadi, apa tunggu lagi. Kerja dari rumah dengan iLancee.

Pendaftaran di iLancee adalah 100% PERCUMA..

Untuk bermula juga amatlah mudah, anda hanya perlu mendaftar di laman web iLancee.com

Selepas mendaftar di iLancee, anda hanya perlu melengkapkan butir-butir peribadi dan sudah boleh menawarkan perkhidmatan.

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila lontarkan pertanyaan anda diruangan komen ye..

Tak lupa juga nak bagitau, selain menawarkan servis dan barangan, anda juga boleh membeli dari iLancee

Kalau anda bukannya penjual, mungkin anda juga mahu membeli barangan dan perkhidmatan kan. Bagaimana caranya?

Bagaimana nak membeli-belah di iLancee?
  • Cari servis dan barangan yang anda perlukan.
  • Bayar.
  • Lihat dan tunggu progres kerja penjual.
  • Terima tempahan yang telah siap.
  • Anda boleh minta dibetulkan kerja yang mana silap atau terkurang.
  • Berikan rating anda kepada kerja seller.

Contest Kerja Dari Rumah Dengan iLancee Bernilai RM2800

iLancee

Artikel ini ditulis untuk memberikan pendedahan kepada isirumah yang ingin menambahkan pendapatan di portal iLancee – Pusat Jual Beli Servis Online, juga sebagai menyahut cabaran kontes “Kerja Dari Rumah Dengan iLancee” oleh pihak iLancee.com.

Contest iLancee berjumlah RM2800 ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh;

Hadiah Lumayan RM2,800 Contest 'Kerja dari rumah dengan iLancee'

Hadiah berupa wang tunai dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak RM2,800 yang menjadi rebutan para peserta kontes iLancee.

Kategori Artikel Terbaik
  • Hadiah terkumpul RM1,200 untuk 8 pemenang

Kategori SEO
  • Hadiah terkumpul RM1,500 untuk 8 pemenang

Kategori Komen Terbanyak!
  • 1 x Wang tunai RM 100

Semua peserta, blogger Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia dijemput untuk menyertai contest iLancee ini.

Contest ini akan berlangsung dari 7 Januari 2017 sehingga 7 Mac 2017 iaitu selama dua bulan.

Tarikh terakhir bagi peserta menghantar artikel adalah pada 1 Mac 2017 yang perlu dihantar ke laman facebook rasmi iLancee.

Keputusan pemenang contest “Kerja Dari Rumah Dengan iLancee” akan diumumkan pada 11 Mac 2017.

Akhir kalam

Bagi anda yang mahukan pendapatan lumayan di iLancee pula, harus di ingat, 'kerja baru' anda baru sahaja bermula dan tiada tarikh tutupnya.

Mulakan mesin menjana wang online anda hari ini dengan pendapatan online kerja dari rumah dengan iLancee.

Ingat iLancee, ingat wang online!

Semoga memberi manfaat dan selamat berjaya. Kita jumpa dipuncak!

BACA INI JUGA: AplikasiDuit, Panduan Jana Pendapatan Online Melalui Smartphone!?

Thursday, February 02, 2017

Ramalan Tahun Ayam Api Masyarakat Cina 2017

Ramalan Tahun Ayam Api Masyarakat Cina 2017

Mengikut kalendar lunar Cina, tahun 2017 merupakan Tahun Ayam yang berunsurkan api dan menurut pengasas Good Feng Shui, Kenny Hoo, disebabkan oleh dua elemen yang bercanggah iaitu logam dan api, tahun ayam diramal lebih mencabar.

Tahun Ayam Api

"Apabila unsur logam terlalu kuat, ia akan menyebabkan dari segi emosi lebih ramai orang yang bersikap agresif, senang marah atau menimbulkan kekecohan. Jadi banyak perkara akan berlaku dari segi pertengkaran dan pergaduhan," katanya.

Turut terkesan katanya, adalah bidang berunsurkan logam seperti ekonomi dan industri perbankan.

"Unsur berhubung dengan logam ini seperti industri kewangan dan perbankan akan menghadapi tekanan dan persaingan yang kuat."

"Namun bagi industri berunsurkan air seperti pelancongan, logistik, pengangkutan dan minuman adalah sangat baik tahun ini," katanya.

Ini kerana katanya unsur yang penting adalah air bagi tahun ini.

Justeru, beliau mengalakkan pemakaian warna biru untuk menambah tuah pada Tahun Ayam Api ini.

"Contohnya, kita boleh menggunakan lebih banyak warna biru tahun ini dari segi pakaian atau aksesori."

"Selain itu, kita juga boleh mengecat sebahagian dinding rumah dengan warna biru khususnya di kawasan utara rumah atau pejabat," katanya.

Bagi beberapa zodiak, mereka bakal menemui tuah pada tahun ayam ini, khususnya mereka lahir pada tahun Naga.

"Zodiak paling bertuah adalah bagi mereka yang lahir dalam tahun harimau, kuda, anjing dan naga.

"Bagi harimau, kuda dan anjing, tahun ini adalah peluang untuk menjadi lebih masyur.

"Mereka akan dapat berjumpa dengan kenalan baru yang akan membantu mereka dari segi kerjaya."

"Naga terutamanya adalah sangat bertuah tahun ini. Mereka akan mendapati rezeki dari segi kerjaya dan kesihatan, semuanya baik.

"Apa yang mereka impi dan rancang boleh dicapai dengan lancar tanpa sebarang halangan," katanya.

Lebih manis, ramai juga diramal akan jatuh cinta dan berkahwin.

"Dari segi percintaan, bagi mereka yang dilahirkan pada tahun monyet, tikus dan naga, mereka akan mendapati bahawa dari segi percintaan ia adalah sungguh mewah dan manis pada tahun ini.

"Tahun ini juga diramal ramai akan berkahwin dan melahirkan anak," katanya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang lahir pada tahun ayam dan arnab pula tidak begitu bernasib baik.

"Bagi kedua zodiak ini, mereka mungkin menghadapi ketidakpastian dari segi kerjaya dan percintaan.

"Jadi bagi mereka yang lahir pada tahun ayam dan arnab dinasihatkan tidak membuat keputusan yang besar terutamanya bulan 3, 7 dan 9."

"Asalkan mereka tidak membuat sebarang keputusan yang drastik atau besar, secara keseluruhannya tahun ini masih ok bagi mereka," katanya lagi.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Maksud Garisan Tapak Tangan

Sumber: AA