Saturday, February 04, 2017

Jenis-Jenis Tayar Dan Fungsinya Mengikut Keadaan Yang Anda Patut Tahu


Malaysia sangat bertuah kerana memiliki keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, jadi pemilihan tayar sangat mudah dan tidak kritikal seperti pengguna di negara-negara empat musim.

Tayar

Pemandu biasa negara ini boleh menggunakan tayar jenis semua musim (all season) dan bagi yang berduit mungkin memilih tayar yang lebih mencengkam.

Dan ada juga mahukan tayar lebih senyap walaupun mungkin perlu mengetepikan aspek cengkaman.

Apapun, mari kita ambil tahu jenis tayar yang perlu anda pertimbangkan sebelum menukar tayar.

1. Semua Musim (All Season)

i. Penumpang

Ini ialah tayar asas sepanjang musim. Tayar jenis ini mampu bertahan lama dan memberikan keselesaan atas jalan.

Terdapat juga tayar Touring dan Grand Touring sepanjang musim yang memberikan anda pengendalian terbaik dan senyap.

Kebiasaannya, tayar sepanjang musim dengan simbol M+S membawa maksud kemampuan produk itu untuk kegunaan atas jalan berlumpur dan bersalji.

Contoh tayar jenis ini ialah Cooper CS5 Touring.

ii. Prestasi Tinggi

Jika anda mahu traksi (traction) yang baik dalam sebarang keadaan cuaca berbanding tayar penumpang sepanjang musim yang standard, inilah masanya memilih model tayar berprestasi tinggi.

Tayar berprestasi tinggi menggunakan kompaun istimewa untuk kekal fleksibel pada cuaca sejuk dan mencengkam kuat walaupun terdapat tumpahan merkuri.

Contoh tayar ialah Goodyear Eagle Sport All Season Tire Long-Term.

iii. Ultra Prestasi Tinggi

Sama seperti tayar berprestasi tinggi, tetapi direka untuk pemanduan kelajuan tinggi.

Tayar jenis ini boleh menyeimbangkan traksi basah dan kering untuk prestasi atas jalan berais dan salji dengan baik.

Contoh tayar ialah Toyo Proxes 4 Plus.

iv. Semua Cuaca

Dikenali sebagai tayar empat musim. Mempunyai lambang salji dan gunung yang menandakan kelayakan tayar ini bekerja dalam beberapa situasi buruk.

Namun, jika anda mahu prestasi terbaik dalam salji, anda hanya ada satu opsyen iaitu memilih tayar salji.

Sebagai perbandingan, tayar semua cuaca mempunyai paten bunga yang juga sesuai untuk cuaca panas, tetapi tidak terlalu sempurna.

Jika anda peduli tentang ketahanan jangka panjang dan bunyi bising tayar, tayar semua cuaca tidak sesuai untuk anda.

2. Musim Panas

i. Grand Touring

Tayar Touring dan Grand Touring untuk cuaca panas bukan direka untuk bergerak ketika musim salji atau ais.

Ia dicipta untuk memberikan pengendalian responsif atas permukaan basah dan kering. Tayar jenis ini juga biasanya lebih senyap berbanding tayar panas lain.

ii. Prestasi Tinggi

Tayar ini lebih responsif berbanding tayar panas tradisional Touring. Ia menyediakan respon stereng yang baik, tetapi boleh jadi lebih keras dan kurang selesa.

Sebagai perbandingan dengan tayar kurang berprestasi cuaca panas, tayar jenis ini lebih cepat haus dan bising.

iii. Ultra Prestasi Tinggi

Ini ialah tayar terbaik untuk prestasi kelajuan tinggi. Tayar ini menyediakan respon stereng yang menakjubkan dan mencengkam baik pada cuaca panas tetapi, ia juga sangat keras, bising dan mudah haus berbanding tayar cuaca panas lain.

Tayar jenis ini biasanya digunakan pada kereta sport dalam saiz profil rendah.

Selain tayar ultra prestasi tinggi, pembeli masih boleh memilih tayar yang lebih baik juga, iaitu tayar Max Performance Summer dan Extreme Performance Summer yang memberikan tahap responsif dan cengkaman luar biasa kepada peminat kereta ekstrem.

Contoh tayar prestasi tinggi ialah Falken Azenis FK453 atau Cooper Zeon RS3-S.

3. Musim Salji

i. Tanpa Stad

Ini ialah tayar salji tradisional yang menawarkan cengkaman apabila merkuri tumpah.

Paten bunga tayar ini lebih padat yang membantu getah menyingkirkan salji atau lumpur salji dengan memberikan tayar lebih permukaan cengkaman untuk mendapatkan traksi pada cuaca salji.

Tayar ini masih berprestasi baik pada cuaca hujan dan panas, cuma terpaksa mengorbankan aspek pengendalian berbanding tayar salji lain.

Contoh tayar salji kategori ini ialah Michelin X-Ice3.

ii. Stad

Mempunyai ciri getah yang sama seperti tayar tanpa stad, tetapi boleh jadi dilengkapi dengan stad logam.

Tayar jenis ini dilarang digunakan di kawasan tertentu kerana boleh menanggalkan permukaan jalan.

Tayar berstad bekerja baik ketika memandu dalam hujan salji, hujan beku, ais basah dan salji ekstrem.

iii. Prestasi Tinggi

Tayar tanpa stad ini menyediakan pengendalian baik pada jalan basah dan kering berbanding tayar salji biasa.

Ia direka untuk pemanduan atas lebuh raya yang dilitupi salji, di mana kestabilan kelajuan tinggi adalah sangat penting.

Jika, pemanduan kelajuan tinggi menjadi keutamaan anda berbanding traksi salji, tayar prestasi tinggi salji sangat sesuai buat anda.

4. Tayar Run Flat

Tayar ini direka untuk terus boleh bergerak kira-kira 80km selepas pancit, namun kebiasaannya lebih mahal berbanding tayar biasa dan juga keras, sekali gus menjadikan pemanduan agak kurang selesa.

Justeru, tayar jenis ini kurang popular dikalangan pengguna. Tayar jenis ini juga mudah haus berbanding tayar biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Utama Mengapa Kereta Anda Bergegar

Sumber: pandulaju

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon