Tuesday, January 31, 2017

Model Itali Mahu Lakukan Sejuta Hubungan Intim Dalam Kempen 'Pompa Tour'

Model Itali Mahu Lakukan Sejuta Hubungan Intim Dalam Kempen 'Pompa Tour'

Model dari Itali, Paola Saulino, 27, yang mengejutkan ramai apabila berjanji untuk melakukan seks dengan pengundi jika mereka menolak pungutan suara yang diadakan di negara berkenaan, kini meluahkan rasa letih selepas melayani 400 orang.

Paola Saulino

Paolo bagaimanapun berikrar untuk melayani sekurang-kurangnya sejuta orang bagi membuktikan bahawa dia adalah seorang yang mengotakan janji.

Dia memulakan kempen ‘melayan’ pengundi dengan melancarkan `Pompa Tour’ mulai 7 hingga 21 Januari 2017 lalu.

Pungutan suara itu diadakan di Itali pada bulan November 2016 berhubung pembaharuan perlembagaan.

Ia juga menyaksikan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi terpaksa meletak jawatan selepas kalah teruk dalam proses pungutan suara itu.

Apabila proses pungutan suara itu menunjukkan 59% orang menolak pembaharuan perlembagaan yang dicadangkan Renzi, ramai yang menjangkakan Paola akan menarik diri.

Bagaimanapun Paola telah mengotakan janjinya dan kini dia akan mengadakan Pompa Tour pusingan kedua yang akan bermula di Foggia pada 1 Februari 2017 ini.

“Matlamat saya adalah satu juta, saya sukakan satu juta,’’ katanya yang menyatakan dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Paola berkata, dia melakukan seks itu di dalam bilik dan akan memutuskan sama ada seseorang lelaki itu perlu memakai kondom atau tidak.

“Jika saya tidak mahu dia memakainya, ia ok, saya yang memilih. Tiada yang merungut setakat ini,’’ katanya.

Mereka yang ingin meniduri Paola perlu berbuat demikian menerusi emel.

Seramai 10,000 orang telah memohon dan mereka akan menerima kod untuk tempahan serta alamat yang akan diberikan kelak.

BACA INI JUGA: Cara Kebaskan Zakar Secara Semulajadi Agar Tahan Lama

Sumber: mynewshub

Video Ngeri Pengunjung Zoo Maut Dibaham Harimau!

Video Ngeri Pengunjung Zoo Maut Dibaham Harimau!

Satu insiden ngeri melibatkan seorang lelaki warga China dibaham seekor harimau di sebuah zoo di China menjadi viral di media sosial selepas video tragedi berkenaan dimuat naik ke laman sosial.

Zhang

Harimau yang membahamnya ditembak mati oleh pengurusan Taman Hidupan Liar Youngor di Ningbo.

Menurut South China Morning Post, rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan mangsa di heret seekor harimau disaksikan beberapa beberapa harimau lagi.

Usaha menyelamat mangsa mengambil masa lebih sejam dengan kakitangan zoo menggunakan pelbagai cara, termasuk mercun dan meriam air namun harimau itu enggan melepaskan mangsanya sebelum akhirnya ia ditembak mati.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Menurut kenyataan Kumpulan Pengurusan Pelancongan Daerah Ningbo Oriental Fortune yang menguruskan zoo berkenaan, dua lelaki dikenali sebagai Zhang dan rakannya, Li, tidak membeli tiket masuk.

Zhang

Rakaman CCTV menunjukkan mereka memanjat tembok luar di sebelah utara zoo, tidak menghiraukan papan tanda amaran bahaya namun hanya Zhang memanjat satu lagi tembok tiga meter yang memagari kawasan harimau sebelum dia diserang haiwan buas itu.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua mereka datang bersama keluarga namun isteri dan dua anak Zhang masuk menggunakan tiket.

Bayaran masuk ialah 130 yuan (RM83.76) untuk dewasa dan 70 yuan (RM45) untuk kanak-kanak.

Menurut keluarganya, Zhang, 40, berasal dari Hubei, dan bekerja Ningbo sejak 2000 dengan pendapatan beberapa ribu yuan sebulan (1,000 yuan = RM644.3).

Saksikan videonya dibawah.

BACA INI JUGA: Anak Pemberontak Harimau Tamil Dibunuh Secara Sadis



Sumber: hmetro

Lelaki Miliki 130 Isteri Meninggal Dunia!

Lelaki Miliki 130 Isteri Meninggal Dunia!

Mohammed Bello Abubakar yang berusia 93 tahun dan menjadi idola ramai lelaki kerana mempunyai 130 orang isteri, telah meninggal dunia di rumahnya di Niger State.

Mohammed Bello Abubakar

Penyakit yang dialaminya bagaimanapun tidak diketahui. Allahyarham dikebumikan pada Ahad. Mohammed mempunyai 200 anak dan dipercayai beberapa isterinya sedang hamil ketika ini.

Pada tahun 2008, Mohammed berdepan dengan kecaman daripada umat Islam yang mendesak dia menceraikan 82 daripada 86 isteri ketika itu dalam tempoh 48 jam kerana ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau telah menceraikan 10 orang isteri sebelum ini dan mendakwa memiliki keupayaan untuk mengawal isteri-isterinya itu.

“Lelaki dengan 10 orang isteri akan rebah dan meninggal dunia, tetapi kemampuan saya diberikan Allah sebab itu saya boleh mengawal 86 orang,” katanya dalam temubual dengan BBC pada 2008.

Kebanyakan isteri Mohammed memberitahu, mereka tidak mampu menolak lamarannya dan beliau disifatkan sebagai seorang ayah dan suami yang baik.

BACA INI JUGA:

Sumber: mynewshub

Iris Mittenaere Pemenang Miss Universe 2017

Iris Mittenaere Pemenang Miss Universe 2017

Iris Mittenaere, seorang pelajar pergigian berusia 23 tahun dari Perancis telah dimahkotakan gelaran Ratu Universe 2017 di dalam pertandingan ratu cantik tersebut yang diadakan di Filipina.

Iris Mittenaere

Iris Mittenaere yang berasal dari bandar Lille utara Perancis berkata, kemenangan beliau akan menjadikan pertandingan ratu cantik tersebut lebih popular di Eropah di samping dapat membantu usaha beliau untuk menyediakan peluang persekolahan kepada kanak-kanak miskin.

Sambil menekup wajahnya dengan tangan akibat terlalu terkejut dan gembira sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang, Iris dikalungkan mahkota Ratu Universe tersebut oleh pemenang tahun lepas, Pia Wurtzbach, di dalam acara yang diadakan di Mall of Asia Arena di Manila Bay, Manila.

Ratu Haiti, Raquel Pelissier, 25, yang terselamat semasa kejadian gempa bumi dahsyat yang menimpa Haiti pada tahun 2010 lalu telah dinamakan sebagai pemenang tempat kedua manakala Ratu Colombia, Andrea Tovar, 23, memenangi tempat ketiga.

“Pada saya, Perancis dan Eropah benar-benar memerlukan seorang Ratu Universe,” katanya apabila ditanya dalam satu sidang akhbar selepas acara tersebut tentang bagaimana rakyat Perancis akan menerima berita kemenangan pertama Ratu Universe oleh warga negara itu dalam tempoh 60 tahun.

Pertandingan ratu cantik tidak begitu popular di Perancis berbanding di negara-negara lain di seluruh dunia, namun katanya, “Rakyat Perancis akan menyukainya sekarang dan mereka akan menonton Ratu Universe setiap tahun.”

“Saya amat bangga untuk membawa pulang mahkota ini ke Eropah,” tambahnya lagi.

Menurut Iris Mittenaere lagi, beliau akan fokus memberi bantuan kepada semua kanak-kanak, terutamanya perempuan, untuk mendapatkan pendidikan di sekolah sepanjang tempoh perlantikannya.

BACA INI JUGA: Halima Aden, Remaja Bertudung Peserta Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota

Sumber: mynewshub

Mesin ATM Keluarkan Wang Palsu RM100!

Mesin ATM Keluarkan Wang Palsu RM100!

Seorang lelaki, Mohd Azwim, terkejut besar apabila wang kertas RM100 yang dikeluarkan dari sebuah mesin ATM, disahkan palsu.

Duit Palsu

Menurutnya, dia mengeluarkan wang itu kira-kira jam 1 petang di Bukit Baru, Melaka Tengah, sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal.

“Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu. Pihak bank pun tak nak bertanggungjawab,” katanya.

Ekoran itu, Mohd Azwim membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh dan dia dimaklumkan bahawa sudah banyak kes yang sama berlaku.

Menurut isterinya Norihas, pihak bank juga enggan bertanggungjawab biarpun wang kertas itu dikeluarkan melalui mesin ATM milik bank berkenaan.

Kakitangan bank mengatakan wang tersebut bukan dimasukkan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab memasukkan wang itu ke dalam mesin.

“Pekerja bank tu kata, wang dimasukkan oleh pihak safeguard, bukan wang dari bank ini, bukan melalui staf bank ini.

“Bayangkan jika semua wang yang saya keluarkan semuanya palsu? Kita sebagai client, mereka lepas tangan begitu sahaja.

“Bagaimana jika itu saja duit yang kita ada untuk berbelanja, bukankah ini sudah menganiaya pelanggan?” luahnya.

Norihas juga mengatakan beliau tidak teragak-agak untuk menutup akaunnya di bank tersebut sekiranya pihak bank masih enggan bertanggungjawab.

BACA INI JUGA:

Sumber: mynewshub

7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir Dan Penjelasan Faktanya!

7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir Dan Penjelasan Faktanya!

Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.

Bayi

Adakalanya pantang larang yang diberitahu macam tak masuk akal dalam zaman serba moden ini.

Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.

1. Tali Pusat Ditindih Syiling

Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar

Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.

2. Jangan Mandikan Bayi Selepas 3 Petang

Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.

Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.

Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu.

Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.

3. Bayi Perlu Dipakaikan Barut

Barut

Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.

Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.

Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.

4. Perlu Ditutup Sarung Tangan Dan Kaki

Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.

Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.

Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.

5. Jangan Potong Kuku Bayi

Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari

Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.

Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.

6. Bayi Harus Dibedung

Bedung

Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.

Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.

Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.

Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.

7. Jangan Dukung Bayi Dengan Kaki Terkangkang

Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.

Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah.

Semuanya terpulang kepada ibu bapa sendiri sama ada hendak mempraktiskan pantang larang tersebut atau tidak. Yang penting ia mestilah tidak memudaratkan bayi anda.

BACA INI JUGA: Bahaya Kepada Kanak-kanak, Apa itu Rotavirus?

Sumber: MP

Sunday, January 29, 2017

7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood

7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood

Filem-filem Amerika ternyata mempunyai seribu rupa dalam mempengaruhi penontonnya dan cinta juga adalah tema sepanjang zaman di layar perak, tidak terkecuali di Hollywood.

Titanic+love

Bagaimanapun, kata pakar perhubungan pasangan, tidak semuanya bayangan cinta daripada Hollywood itu benar-benar nyata bahkan, ada pula yang semata-mata mitos.

Ini kata perunding perhubungan, Arabella Russell, kepada The Independent mengenai kebenaran tentang mitos percintaan dan realiti kehidupan sebenar dalam filem-filem Hollywood.

Mitos1: Cinta sejati sentiasa sempurna (Titanic)

Menurut Arabella, jika perhubungan pasangan sentiasa sempurna, sudah tentu tidak akan ada perceraian.

Katanya, gambaran yang diberikan oleh Hollywood ini berbahaya kerana bagi mana-mana pasangan, mustahil cocok untuk setiap masa.

Mitos2: Ubah penampilan, dapat cinta (Grease, She's All That)

Katanya, langkah itu tidak akan mengubah apa-apa. Jika mahu berubah, berubahlah kerana diri sendiri dan bukan membuatkan orang lain menentukan penampilan anda.

Sebelum memulakan perhubungan, seseorang itu harus yakin bahawa dia berhak dimiliki oleh seseorang.

Mitos3: Pasangan bahagian tak bergaduh (Notting Hill)

Pasangan bahagia bergaduh kerana mereka berkomunikasi. Berhujah adalah satu bentuk komunikasi. Punca pergaduhan tidak penting, kata Arabella, tetapi bagaimana pergaduhan itu ditangani.

Dengan bergaduh, pasangan itu dapat belajar untuk saling memahami, bertolak ansur dan bersetuju untuk tidak bersetuju.

Mitos4: Perhubungan tak perlukan usaha (Every Disney film)

Bagi Arabella, cinta adalah perbuatan, bukan kata nama. Cinta itu umpama benih yang kamu tanam dan harus ditunggu sehingga besar.

Mitos5: Cinta muda mudi amat menyeronokkan (All of them apart from Something's Gotta Give)

Sikap gila-gila tidak akan kekal selamanya. Hubungan yang teruji dari tahun ke tahun akan memberi makna lebih mendalam terhadap sesuatu perhubungan.

Setiap peringkat umur boleh menikmati cinta, ia bukan untuk muda mudi antara umur 20-an hingga 30-an saja.

Mitos 6: Dia 'satu-satunya' (The Notebook)

Menanti lelaki ideal hanya membuatkan perhubungan itu tidak ke mana. Jika sudah berpasangan pula, mitos ini hanya membuatkan seseorang individu itu terus tertanya-tanya sama ada dia telah menjumpai pasangan idaman hati.

Rahsianya, kamu tidak harus mencari pasangan idaman, tetapi menciptanya.

Mitos7: Seks selalu mengghairahkan (Friends with Benefits)

Menyeronokkan atau tidak, seks hanya satu lagi bentuk komunikasi. Jika perhubungan itu lancar, ia akan tergambar melalui hubungan seks pasangan itu.

Seks juga hanya satu bahagian daripada banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dalam perhubungan, antaranya anak-anak dan kerjaya.

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA: Kisah ‘Perigi Mencari Timba’, Bawa Ke Jinjang Pelamin

Sumber: malaysiakini

Putu Suartawan Manusia Luarbiasa Yang Tahan Kepedasan Cili

Putu Suartawan Manusia Luarbiasa Yang Tahan Kepedasan Cili

Putu Suartawan boleh dianggap sebagai manusia ‘kebal’ cili apabila boleh memakannya cabai dalam kuantiti yang sangat banyak.

Putu Suartawan

Amalan tersebut tidak membawa masalah kepada perutnya jika manusia normal mungkin boleh menyebabkan tisu perut terkoyak.

Menurut portal Merdeka.com, Putu mengaku sudah berulang kali memeriksa kesihatan dirinya.

“Saya dikehendaki berjumpa dengan pakar perubatan dan keputusannya, saya tidak pernah ada masalah kesihatan.

“Sejak berumur 6 tahun hingga sekarang, saya belum pernah mengeluh tentang sakit pada badan. Kalau sakit kepala dan selsema itu biasa. Kalau sakit di perut, syukur belum pernah ada,” kata Putu Suartawan.

Ketika berbicara mengenai keistimewaanya, Putu Suartawan berkata, dia tidak mengetahui dari mana datangnya kebolehan itu.

“Saya ada bertanya mengenai hal ini kepada orang tua saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kerana mereka juga tidak tahu,” katanya.

Putu Suartawan

Terdahulu, Putu Suartawan pernah mengemparkan media Indonesia, apabila beliau dikatakan pernah memakan cili sehingga tiga kilogram dalam satu-satu masa.

“Ketika itu saya mendapat undangan daripada salah satu parti politik ketika menyambut Jero Wacik.

"Saat itu, saya makan cili hampir tiga kilogram dan beberapa sisanya diremas kemudian dibasuhkan ke wajah.

“Banyak yang teriak ngeri lihat saya dilulur dengan cili di muka dan mengenai mata. Tapi saya tidak rasakan perih atau pedas apapun,” katanya.

Berita mengenai kebolehan Suartawan membuatkan dirinya ingin mencuba cili terpedas di dunia, iaitu 'Carolina Reaper' bagi membuktikan tahap ‘kekebalannya’.

BACA INI JUGA: Cili Charapita Paling Mahal Di Dunia Berharga RM140,250 Sekilogram!

Sumber: merdeka

Disebalik Kejatuhan Nokia Dan Pengajaran Yang Patut Dijadikan Iktibar

Disebalik Kejatuhan Nokia Dan Pengajaran Yang Patut Dijadikan Iktibar

Diawal kemunculan android, ketika syarikat pengeluar telefon lain sibuk mengeluarkan smartphone Android yang baharu, Nokia masih lagi selesa dengan telefon-telefon mereka dan akhirnya mereka kecundang.

Nokia

Namun, apa yang menyebabkan Nokia jatuh dengan begitu teruk sekali?

"Kami tak buat apa-apa kesalahan, tapi bagaimanapun, kami kalah," itu kata-kata terakhir dari CEO Nokia, Stephen Elop selepas mengumumkan syarikat gergasi telefon bimbit itu dibeli oleh Microsoft dengan harga $7.17 bilion.

Benar, mereka tidak membuat sebarang kesalahan, tetapi silap mereka adalah terlalu selesa sehingga lupa untuk berubah seiring dengan trend masa kini.

Akibatnya, syarikat Nokia dicantas oleh pesaing dengan begitu teruk sekali.

Nokia yang berpangkalan di Finland gagal menahan asakan pemain utama segmen telefon pintar Apple dan Samsung.

Percubaan Nokia memperkenalkan jenama Lumia dengan tawaran cabutan bertuah kereta Toyota Vios juga tidak berjaya memikat pasaran, terutama dikalangan pembeli muda.

Apple pada asasnya ialah pemain utama teknologi komputer mudah alih, manakala Samsung bermula dengan pelbagai jenama barangan elektronik seperti mesin basuh, peti sejuk dan televisyen.

Namun, apabila teknologi komputer pintar digabungkan dengan aplikasi telefon bimbit, maka Apple dan Samsung mula berperang merebut pasaran di seluruh dunia.

Kejayaan Apple memenangi kes mahkamah yang menyebabkan Samsung terpaksa membayar USD1 bilion (RM3 bilion) sebaliknya menjadikan jenama Samsung semakin popular.

Samsung dari Korea Selatan bukan sahaja menggegarkan pasaran Amerika Syarikat, bahkan menakluki pasaran Russia, United Kingdom dan benua Asia.

Jenama gajet daripada negara matahari terbit Jepun seperti Panasonic dan Sony juga agak tenggelam.

Firma penyelidikan teknologi IHS iSuppli yang berpangkalan di Washington menganggarkan Samsung berganti kedudukan dengan Nokia, penguasaan 29 peratus telefon bimbit, berbanding 24 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagi segmen pasaran telefon mudah alih pintar, Samsung jauh di hadapan dengan 28 peratus berbanding pesaing terdekat, Apple, yang sekadar mencatat 20 peratus.

Dalam erti kata lain, Samsung mencatat peningkatan mendadak sebanyak 40 peratus penguasaan pasaran bagi kedua-dua segmen, telefon mudah alih dan telefon pintar.

Kesanggupan Samsung memperuntukkan perbelanjaan besar dalam pelaburan inovasi dan reka bentuk sangat berbaloi.

Kemahsyhuran penyanyi rap gempal Korea Selatan, Psy, dengan Gangnam Style yang mencatat hampir 1 bilion hit di laman perkongsian video YouTube sedikit sebanyak menambah kegilaan remaja di seluruh dunia terhadap jenama Korea Selatan, khususnya Samsung.

Kini, rakyat Korea Selatan bukan sahaja dapat berbangga dengan status sebagai negara perindustrian baharu (NIC), malah kemajuan negara bersaiz kecil itu yang berkembang dalam pelbagai bidang lebih pantas daripada yang dijangka.

Nokia mungkin masih bertahan untuk segmen pasaran tradisional dan pengguna yang lebih dewasa, melainkan suatu keajaiban berlaku dan Nokia berjaya kembali ke persada carta jualan telefon mudah alih, Nokia mungkin hanya mampu bergantung kepada segmen pasaran yang lebih kecil.

Mungkin Nokia juga perlu melaksanakan pelan penggabungan dengan pesaing utama Samsung supaya dapat mewujudkan momentum jualan dan sinergi persaingan yang lebih kukuh.

Pemusatan sebahagian besar proses pembuatan dan pengeluaran jenama gajet mudah alih di China atas faktor upah buruh yang rendah pula dijangka memberi keuntungan kepada negara berkenaan dalam jangka masa panjang.

Huawei, sebuah syarikat gergasi teknologi jalur lebar China sudah mula mencongak langkah untuk menyertai segmen pasaran telefon pintar dengan pembaharuan yang boleh menggugat kedudukan Apple dan Samsung.

Di samping pasaran domestik China yang besar, Huawei merupakan jenama yang sudah mula dikenali di serata dunia.

BACA INI JUGA: Sejarah Kegagalan Kodak, Syarikat Gergasi Yang Tidak Berani Berubah

Sumber: cikguazharrodzi

10 Pekerjaan Paling ‘Stress’ Pada Tahun 2017

10 Pekerjaan Paling ‘Stress’ Pada Tahun 2017

Untuk tahun 2017 ini, mari kita lihat jenis pekerjaan yang mana satukah dikatakan paling mencabar dan memberi tekanan.

Stress

Buat pengetahuan anda, setiap tahun CareerCast akan mengeluarkan senarai pekerjaan dengan tingkatan tekanan paling tinggi.

Aspek ini diukur berdasarkan beberapa faktor seperti jumlah tenaga yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan, pengangkutan yang diperlukan, kekuatan fizikal dan mental, dan risiko kematian.

Semakin banyak faktor stress yang dimiliki, semakin tinggi risiko tekanan yang dihadapi oleh pelakunya.

Dan ini adalah senarai pekerjaan yang paling stress pada tahun 2017:

1. Tentera

Menurutnya, kerja ini melibat risiko yang tinggi terhadap keselamatan diri sendiri dan juga keselamatan orang lain dan ianya melibatkan golongan profesional serta tanggungjawab.

2. Bomba

Seperti bidang ketenteraan, bomba terpaksa meletakkan nyawa mereka dalam bahaya untuk menyelamatkan harta dan rakyat. Bukan sekadar penyelamat kucing.

3. Juruterbang

Kadar risiko kemalangan yang berlaku antara penerbangan dan memandu memang ketara, ini mungkin kerana kemalangan yang melibatkan penerbangan tidak sekerap yang berlaku dijalan raya.

Menjadi juruterbang juga harus memastikan setiap nyawa yang dibawanya selamat dan perlu lebih berhati-hati demi mengelakkan berlakunya becana yang lebih besar.

4. Polis

Dalam senarai ini, polis diletakkan dalam kelompok yang sama seperti risiko yang dihadapi oleh Bomba. Dalam pertimbangan yang lain, ia juga meliputi tuntutan dan hal-hal yang lain.

5. Penyelaras Acara

Pesta acara seperti hiburan memang menyeronokkan, namun untuk yang bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Bukan sahaja perlu memastikan setiap acara berjalan lancar, mereka juga berhadapan dengan kerenah manusia terutama selebriti.

6. Wartawan Akhbar

Tiada had waktu dan tempat untuk mendapatkan berita dengan kadar terpantas. Ketepatan maklumat dan info yang disampaikan juga haruslah benar.

7. Eksekutif Korporat

Mengusahakan syarikat besar.

8. Eksekutif perhubungan awam

Sama seperti wartawan akhbar.

9. Pemandu Teksi

Berulang-alik memandu bukan sahaja memenatkan, malah pemandu teksi terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan juga cuaca buruk.

Bukan sekadar itu sahaja, cabaran pesaing dari syarikat atas talian seperti Uber memberikan impak yang cukup besar.

10. Penyampai Berita

Sama seperti yang berada dalam bidang kewartawanan, pekerjaan dalam bidang ini dikatakan mempunyai tekanan kerja paling tinggi. Tiada had masa dan selalu menerima tekanan dari orang awam.

Jika anda ingin mendalami salah satu daripada 10 karier di atas, maka persiapkanlah mental anda dari sekarang!

BACA INI JUGA:

Sumber: thevocket

Saturday, January 28, 2017

Sindrom Penyakit Misteri Beckwith-Wiedemann, Penyebab Tumbesaran Luarbiasa!

Sindrom Penyakit Misteri Beckwith-Wiedemann, Penyebab Tumbesaran Luarbiasa!

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang duduk di atas kerusi roda itu kelihatan begitu lesu dan lemah semasa dibawa keluar bersiar-siar di sebuah taman berhampiran rumahnya.

Jessica Ruston

Daripada raut wajahnya, jelas kelihatan kanak-kanak perempuan itu terpaksa menanggung derita akibat penyakit yang dikesan ketika masih bayi lagi.

Melihat pada susuk tubuhnya, saiz fizikal kanak-kanak perempuan itu, Jessica Ruston dilihat berbeza daripada kanak-kanak normal seusianya.

Keadaan tersebut terjadi selepas Jessica disahkan menghidap sejenis penyakit genetik dikenali sebagai sindrom Beckwith-Wiedemann iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan dia mengalami tumbesaran luar biasa.

Semasa bayi, Jessica terpaksa berulang-alik ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selama lapan bulan selepas para doktor mendapati keadaannya sedikit ganjil berbanding bayi lain.

Doktor-doktor yang merawat Jessica mendapati, terdapat keganjilan pada kromosomnya. Malah doktor juga tidak dapat mengklasifikasikan keadaan tersebut berdasarkan istilah perubatan dan merujuk kes tersebut dengan kejadian yang pernah terjadi sebelum ini.

Tumbesaran

Jessica Ruston

Para doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Jessica kemudian menganggap kanak-kanak itu satu-satunya penghidap penyakit tersebut di dunia.

Selain mengalami keganjilan pada kromosomnya, kanak-kanak yang berasal dari Southport, England itu turut dikesan menghidap sindrom Beckwith-Wiedemann iaitu tumbesaran yang berlaku tanpa kawalan.

Menurut laporan Persatuan Kesihatan Sedunia, penyakit itu merupakan gejala yang jarang berlaku dan dilaporkan hanya dihidapi 14,000 kanak-kanak di seluruh dunia.

Menurut ibunya, Alison, 37, Jessica bukan menghidap penyakit biasa yang dapat dikesan oleh doktor, malah kes anaknya itu masih di dalam kajian.

“Dia (Jessica) turut mengalami masalah skoliosis iaitu keadaan tulang belakangnya yang melengkung dan bengkok,” tutur Alison.

Katanya lagi, penyakit Beckwith-Wiedemann yang dialami oleh Jessica bukanlah gejala biasa dan ia sukar untuk ditentukan sehingga kini.

Jessica yang dilahirkan sebulan lebih awal daripada jangkaan dikatakan mempunyai berat sehingga empat kilogram. Pada kebiasaannya berat bayi ialah dua kilogram.

Ketika berusia tiga hari, Jessica telah diserang penyakit kuning dan mempunyai masalah untuk menerima susu badan sebelum dirujuk ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Selama lapan bulan, dia berulang-alik ke hospital dan dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool, England untuk pemeriksaan lanjut.

Di hospital tersebut, Jessica telah menjalani beberapa ujian diagnosis termasuk pemeriksaan kromosom sebelum doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Beckwith-Wiedemann.

Cekal

Jessica Ruston

Para doktor mendapati, terdapat gejala ganjil seperti keadaan tubuhnya yang aneh, selain pembentukan dinding abdomen kanak-kanak itu berbeza dengan bayi normal lain.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati, saiz lidah Jessica juga lebih besar berbanding saiz normal, sekali gus menyukarkannya untuk bernafas.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk, Jessica telah menjalani pembedahan trakeostomi, iaitu satu kaedah membuat bukaan pada trakea melalui leher untuk membantunya bernafas.

Keadaan usus kanak-kanak itu yang berpintal-pintal juga menyukarkan dia untuk makan dan hanya diberi makanan lembut berbentuk cecair yang dimasukkan melalui tiub.

Walaupun menjalani kehidupan yang sukar, Jessica dilihat begitu cekal dan positif dengan membesar menjadi seorang kanak-kanak yang ceria.

“Dia (Jessica) tidak boleh bercakap dan menunjukkan reaksinya melalui bahasa badan ketika berbicara,” kata Alison.

Setiap kali Jessica dibawa keluar berjalan-jalan, orang ramai akan mendekati kanak-kanak tersebut dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

Dia hanya mampu tersenyum sambil mengalirkan air mata.

BACA INI JUGA: Misteri Penyakit Air Mata Berdarah

Sumber: kosmo