Tuesday, January 10, 2017

Faiz Subri Muncul Pemain Pertama Asia Menang Anugerah Puskas Fifa

Faiz Subri Muncul Pemain Pertama Asia Menang Anugerah Puskas Fifa

Mohd Faiz Subri dari Malaysia merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.

Faiz+Subri

Kejayaan itu justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma yang menggegar dunia bolasepak tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

Kejayaan meraih anugerah tersebut menggembirakan jutaan rakyat Malaysia, yang jauh beribu kilometer daripada suasana musim sejuk di bandar tasik Swiss itu.

Mohd Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

"Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akan mencapai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini," katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.

Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Mohd Faiz, yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.

"Saya juga terhutang budi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership), yang mencalonkan jaringan saya kepada FIFA untuk dinilai," katanya.

Pemain dari Malaysia itu mengetepikan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang meraih 22.86 peratus undi dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez dengan 10.01 peratus undi.

Ronaldo turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2016.

Mohd Faiz merupakan 'arkitek' dan jaringannya disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.

Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sepakan percuma itu agak mengelirukan dengan bola pada mulanya melencong ke arah penjuru kanan gawang Pahang sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah menyebabkan penjaga gol, Nasril Nourdin tergamam.

Dalam pada itu, Mohd Faiz menganggap kemenangannya itu seperti mimpi menjadi kenyataan selain berasa sangat bertuah dapat bersama dengan pemain terkemuka dunia di Zurich.

Biarpun belum berpeluang menyarung jersi kebangsaan, beliau tetap berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Syukur saya menang, terima kasih kepada pengundi di Malaysia dan seluruh dunia yang memilih saya. Tidak lupa juga keluarga, jurulatih dan pasukan Pulau Pinang.

"Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini mungkin mustahil kerana saingan calon lain yang ternyata hebat," kata Mohd Faiz kepada Bernama.

Beliau turut melihat hakikat menjadi pemain Asia pertama menggondol Anugerah Puskas sebagai pencapaian terbaik dalam karier bola sepaknya.

Beliau menegaskan jaringan gol yang dilakukannya itu bukan sekadar nasib tetapi hasil latihan yang dilakukan hampir setiap hari.

Mohd Faiz seterusnya berkata kejayaan itu merupakan pembakar semangat sempena tahun baharu untuk terus memperbaiki prestasi dan mencapai kecemerlangan pada masa depan.

Sementara itu, isteri Mohd Faiz, Norzanis Hashim yang berada di Zurich memberitahu, "Walaupun saya tidak berada di dewan malam ini, namun sokongan dan doa sentiasa bersama Faiz.

"Sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang, saya sangat bersyukur doa seluruh warga Malaysia buat suami saya termakbul," katanya.

Selepas pemain tersohor Portugal, Ronaldo menerima pengiktirafan tersebut, Anugerah Puskas dimenangi pemain Turki, Hamit Altintop (2010), pemain Brazil, Neymar (2011), Miroslav Stoch dari Slovakia (2012), Zlatan Ibrahimovic dari Sweden (2013) dan pemain Colombia, James Rodriguez pada 2014.

Pemain kurang ternama dari Brazil, Wendell Lira, menggondol anugerah berkenaan pada 2015.

Tiga finalis, Mohd Faiz, Marlone dan Rodriguez - disenarai pendek daripada keseluruhan 10 jaringan tercantik bagi musim 2016.

BACA INI JUGA: Ferenc Puskás, Lagenda Bola Sepak Di Sebalik Anugerah Puskás FIFA

Sumber: bernama

Monday, January 09, 2017

Mesej Najib Untuk Kakitangan Awam, Jangan Ambil Hak Rakyat!

Mesej Najib Untuk Kakitangan Awam, Jangan Ambil Hak Rakyat!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Najib+Rasuah

Beliau berkata ini bermakna warga perkhidmatan awam mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah ditentukan untuk rakyat dan negara.

“Ini mesti kita jadikan sebagai bidang keutamaan kita. Fokus kita tahun ini delivery, delivery and delivery (penyampaian, penyampaian dan penyampaian).

“Kalau kita ingatkan perkara itu, maka masing-masing akan memainkan peranan.

Yang jaga projek, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), keselamatan, banjir main peranan,” katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama untuk tahun ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika menyampaikan mesej mengenai tahun penyampaian itu turut mengingatkan anggota perkhidmatan awam berkenaan ketirisan dan jangan mengambil hak rakyat.

“Jangan ambil hak rakyat, itu rakyat punya. Sebab apa, kita buat peruntukan, program dan bajet sediakan segala-galanya untuk rakyat.

Kalau ada ketirisan, rakyat hampa dan hilang keyakinan,” katanya.

Najib turut berharap perkhidmatan awam ketika memberi fokus kepada penyampaian bukan hanya dari segi fizikal, tetapi penyampaian dari segi nilai kepada rakyat.

“Perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat perlu mengikut jadual, dan sekiranya ia lambat atau ada kekangan, halangan, masalah atau koordinasi, ia perlu diselesaikan dengan segera,” katanya.

“Janganlah kita dalam silo masing-masing, mengatakan itu hak kita, orang lain jangan campur hak kita. Kalau kita ada sikap seperti ini, kita akan hadapi masalah birokrasi yang keterlaluan.

“Jadikanlah tahun 2017 sebagai ‘year of delivery’ (tahun penyampaian), fokus kepada penyampaian perkhidmatan usaha, latihan, penambahan nilai dan segala-galanya untuk kebajikan rakyat,” katanya.

Perdana menteri berkata sekiranya ‘mindset’ (set minda) warga perkhidmatan awam memberi fokus pada penyampaian, ia akan jadikan 2017 sebagai tahun yang berjaya. -bernama

Tun Mahathir kagum dengan penyokong kuat Najib

Tun Dr Mahathir

Presiden Bersatu, Tun Mahathir melahirkan rasa kagum dengan orang-orang yang berpendidikan dan berpengetahuan namun tetap bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, apa yang lebih menakjubkan adalah kesanggupan penyokong ini mempertahankan Najib walaupun kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian dunia.

"Mereka perlu tahu bahawa terdapat bukti Najib terlibat dalam skandal 1MDB untuk Jabatan Kehakiman AS menyiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.

"Mereka tahu semua ini dan banyak lagi. Tetapi mereka terus menerima beliau sebagai pemimpin (Najib) mereka, berkerumun di sekelilingnya untuk bersalaman dan mencium tangannya. Kelompok elit tertinggi pun bersama beliau," dakwa Tun Mahathir menerusi catatan diblognya.

Sebelum ini, Najib yang dikaitkan dengan isu 1MDB menafikan beliau menyalahgunakan dana awam.

Najib mendakwa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan, seperti yang didakwa. -SH

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Inilah Sebabnya Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Diberikan Makanan

Inilah Sebabnya Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Diberikan Makanan

Mengapa masih ada lagi ibu bapa atau orang sesekeliling yang gemar memberikan nasihat yang tidak-tidak kepada si ibu dan sanggup memberi anak mereka makan diusia awal begitu atas alasan anak menangis seolah tidak puas atau tidak kenyang.

Bayi

Apa yang menyedihkan, gambar seorang kanak-kanak yang telah dilakukan pembedahan kerana usus tersumbat cukup meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Makanan pejal seperti nestum yang sudah dibancuh, kanji atau bubur nasik tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:
  1. Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan.
  2. Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.
  3. Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
  4. Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan/usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
  5. Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa anak-anak mereka tidak mengalami perkara demikian. Tidak semua anak-anak bernasib baik.

Ada sebab sebenarnya mengapa garis panduan pemakanan telah dikeluarkan. Ini kerana terdapat kes-kes seperti ini yang berlaku.

Kita turut simpati kepada bayi yang kecil yang tidak dapat memberitahu kita bahawa mereka dalam kesakitan kecuali melalui tangisan hiba mereka.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan pada peringkat awal seperti;

Madu

Madu hanya boleh diberikan untuk umur setahun ke atas. Madu berkemungkinan mempunyai clostridium botulinum yang boleh menyebabkan ketoksikan botolinum yang boleh menyebabkan anak mengalami paralysis yang boleh membawa kepada kematian.

Telur

Telur putih adalah antara makanan yang boleh menyebabkan risiko alahan yang tinggi di kalangan kanak-kanak.

Manakala, telur kuning boleh diberikan pada umur 10bulan dengan memasaknya dengan sempurna. (Telur kuning kaya dengan lemak dan vitamin mineral seperti zat besi).

Namun telur putih meskipun kaya protein, ia hanya digalakkan diberikan pada usia setahun ke atas untuk mengelakkan alahan terutama kepada anak yang mempunyai ekzema.

Kekacang

Kekacang seperti kacang tanah adalah antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi kepada kanak-kanak.

Selain bentuknya yang keras dan boleh menyebabkan anak tercekik dan menutup saluran pernafasannya.

Lemak

Makanan rendah lemak, rendah kalori tidak sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan pemakanan yang seimbang bagi membantu tumbesaran mereka.

Lemak adalah antara sumber tenaga selepas karbohidrat dan protein. Ia diperlukan untuk pembentukan hormon, lemak tubuh dan pelbagai fungsi tubuh lain.

Serat

Makanan tinggi serat tidak sesuai diberikan kepada bayi dalam jumlah yang banyak. Ini kerana makanan tinggi serat menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama dan menyebabkan anak kurang mengambil makanan.

Seimbangkan pengambilan serat dari buah dan sayuran bersama sumber karbohidrat dan protein di dalam satu hidangan.

Susu

Susu segar ( lembu atau kambing) tidak boleh diberikan kepada bayi bawah satu tahun. Ini adalah kerana saiz protein dan laktosa di dalam susu tidak boleh dihadam dengan sebaiknya oleh usus bayi.

Kandungan garam mineralnya yang tinggi juga membebankan buah pinggang bayi. Berlainan pula dengan susu formula yang berasaskan susu lembu.

Ia telah diubahsuai supaya menghampiri kandungan susu ibu dan sesuai diberikan mengikut umur bayi.

Namun, berhati-hati sekiranya bayi mengalami alahan kepada susu lembu atau susu kambing. Susu segar yang tidak dipastur juga boleh mengandungi bakteria yang boleh membahayakan nyawa bayi.

***

Jika anak anda sakit, adakah mereka yang ‘memandai-mandai’ itu yang akan membawa anak anda berjumpa doktor?

Ataupun mereka yang akan berjaga siang malam untuk menjaga anak anda yang sedang sakit selepas pembedahan? Tidak bukan?

Malahan tanggungjawab itu terserah kepada kita keseluruhannya.

Maka sebagai ibu bapa, kita berhak membuat pilihan yang terbaik untuk anak kita sendiri.

Notakaki;

Saya tidak menyalahkan ibu tersebut kerana terkadang pendirian kita ini akan ditewaskan oleh kata-kata orang lama.

Bimbang juga jika dikatakan terlalu manjakan anak tetapi saya berharap perkara ini mampu memberikan kita pengajaran.

Speedy Recovery baby!

BACA INI JUGA: Panduan Anak Pintar Dengan Makanan Sunnah!

Sumber: DoktorBudak

Orang Yang Makan Sendirian Hidup Lebih Bahagia?

Orang Yang Makan Sendirian Hidup Lebih Bahagia?

Ramai yang mengatakan makan secara bersendirian adalah menyedihkan. Mereka kesunyian dan tidak berteman. Malah, ramai yang tidak ingin menjadi seperti mereka.

Makan sendirian

Christopher McCandless berkata, “kebahagiaan itu adalah hakiki apabila dikongsi,” tetapi, dia tidak menyentuh berkenaan makanan. Makanan dapat membuatkan kita gembira, serta kita dapat menikmatinya tanpa kehadiran orang lain.

Makan adalah pengalaman secara individu. Ia adalah sesuatu yang kita cipta sebagai pengalaman sosial cuma ianya secara individu.

Mengapa sering dirasakan mereka yang makan bersendirian adalah perkara yang aneh? Bukankah mereka mempunyai keberanian?

Mereka yang makan bersendirian telah melepasi norma sosial dan mereka juga bersikap kuat serta yakin.

Bukanlah mereka tidak dapat mencari teman, tetapi mereka tidak memerlukan teman. Mereka dapat menikmati makanan tanpa melihat kepada orang lain. Mereka lebih kuat, lebih berani dan lebih gembira.

Orang yang makan bersendirian adalah orang yang boleh bersendirian. Mereka belajar untuk membuatkan diri mereka selesa.

Malah, mereka tidak perlu mendengar cerita yang sering kali didengari, dan tidak perlu berbual kosong.

Kadangkala, sebuah buku adalah peneman lebih baik. Sebuah buku tidak memberitahu perkara yang anda tidak ingin dengari.

Buku yang baik adalah seperti sahabat baik. Buku ada apabila mereka memerlukannya dan sedia menanti ketika anda perlu bersendirian.

Selain itu, buku juga sesuatu yang paling berbaloi dibelanjakan wang ke atasnya.

Ketika bersendirian, mereka akan menjadi lebih peka malah, mereka akan lebih terhubung dengan dunia kecil mereka.

BACA INI JUGA: Kenapa Manusia Takut Gelap?

Sumber: nakbebel

5 Lokasi Paling Menyeramkan Di Dunia!

5 Lokasi Paling Menyeramkan Di Dunia!

Lima lokasi ini mungkin antara lokasi yang paling tidak mahu dijejaki manusia kerana bukan setakat menyeramkan, sejarahnya sahaja boleh menaikkan bulu roma sesiapa sahaja.

Mari kita lihat 5 lokasi paling menyeramkan di serata pelusuk dunia.

Pulau Anak Patung, Mexico

PULAU ANAK PATUNG

Sebuah pulau di Mexico City yang dipenuhi dengan ratusan anak patung dengan rupa yang menyeramkan. Patung-patung ini diletakkan oleh pemilik pulau ini iaitu Julian Santana Barrera.

Puncanya? Barrera menemui mayat seorang budak perempuan terapung di pulau itu satu masa dahulu.

Dia kemudiannya meletakkan patung-patung tersebut di seluruh pulau berkenaan kerana percaya ia mampu menakutkan roh jahat yang berada di pulau kecil itu.

Centralia, Amerika Syarikat

CENTRALIA

Jika anda pernah menonton filem Silent Hill, imej bandar ini tentunya tidak asing lagi. Pada asalnya, ia sebuah bandar perlombongan yang pesat membangun, namun telah ditinggalkan penduduk selepas lombong bawah tanah terbakar pada tahun 1962.

Hutan Aokigahara, Jepun

HUTAN AOKIGAHARA

Terletak berdekatan dengan Gunung Fuji, ia dikenali penduduk tempatan sebagai hutan tempat bunuh diri.

Malah kerana kadar bunuh diri yang tinggi di hutan itu, pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda yang meminta agar orang ramai yang berniat untuk berbuat demikian, supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Hutan Hoia Baciu, Romania

HUTAN HOIA BACIU

Mereka yang memasuki hutan ini dikatakan akan keluar dengan rasa pening yang teruk, loya, keletihan dan ada juga yang mengalami calar dan melecur yang teruk pada badan.

Ramai juga yang berkongsi kisah mendengar bunyi orang menangis, selain kisah masyarakat tempatan yang menceritakan bagaimana orang yang sesat dalam hutan itu tidak akan ditemui semula.

Resort San Zhi, Taiwan

RESORT SAN ZHI

Reka bentuk bangunan resort ini cukup menarik, namun ia tetap tidak membuatkan masyarakat lupa kisah seramnya.

Ia hanya sempat dihuni selama dua tahun sekitar tahun 1970an, dan mula ditinggalkan terbiar apabila terlalu banyak kematian berlaku di sini.

Kematian yang berlaku bukan sahaja membabitkan insiden-insiden ngeri di kalangan penghuni resort, malah mereka yang melalui kawasan-kawasan berdekatan resort tersebut.

BACA INI JUGA: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

Sumber: AA

Sunday, January 08, 2017

10 Tempat Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

10 Tempat Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

Tahukah anda dimana tempat-tempat paling berhantu dan menyeramkan di Malaysia? Sebenarnya terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia.

Mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian misteri dan pelik yang berlaku dikawasan tersebut sehingga menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Berikut ini adalah beberapa tempat paling misteri dan berhantu di Malaysia:

1. Lebuhraya Karak, Pahang

Karak

Lebuhraya ini dibuka kepada orang awam sejak tahun 1977, menghubungkan KL dengan Karak dan telah dinaiktaraf daripada 4 lorong ke 6 lorong pada 1997.

Banyak kemalangan maut telah terjadi di lebuhraya ini dan salah satunya pada 1990, 17 orang telah mati dalam kemalangan melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas.

Antara kisah yang popular adalah apabila sebuah kereta Volkswagen warna kuning tiba-tiba muncul di hadapan kereta kita. Jika kita potong, selepas itu akan kelihatan lagi kereta Volkswagen kuning tadi di hadapan. Potong lagi dan kita jumpa lagi kereta itu!

Apa yang menakutkan, bila diteliti tiada manusia di dalam kereta itu!

Satu lagi kisah berkenaan 4 orang hamba Allah dalam perjalanan dari Shah Alam ke Tanah Merah. Semasa melalui Bentong, tiba-tiba dua orang daripada mereka, Saifullah dan Hadi telah terdengar bunyi selepas terhempas di bahagian belakang kereta. Dua rakan lain Azizi dan Malik sedang tidur.

Selepas melihat cermin belakang, mereka tidak nampak apa-apa. Semasa memotong sebuah lori balak, pemandu lori itu menyalakan lampu besar berulang kali.

Beberapa kenderaan yang memintas kereta mereka turut menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon, mengejutkan rakan yang sedang tidur.

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.

Semasa Hadi dan Saifullah membuka pintu kereta, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta perjalanan diteruskan sambil menepuk-nepuk belakang kerusi.

Malik mengalami ketakutan yang amat sangat setelah ternampak pontianak sedang berbaring di atas but kereta, dengan wajahnya menghadap mereka.

2. Bukit Putus, Negeri Sembilan

Bukit Putus

Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung.

Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan.

3. Victoria Institution, Kuala Lumpur

Victoria

Dibina pada 1893, sekolah ini adalah yang tertua di KL. Berikut adalah diantara kisah seram yang dikaitkan dengan Victoria Institution.

Kisah Satu

Ada satu bilik muzik yang terletak di bawah tanah. Untuk ke bilik ini perlu melalui terowong yang panjang. Seorang pelajar telah hilang di sini dan belum lagi ditemui sehingga hari ini.

Kisah Dua

Berdasarkan pengalaman seorang pengawal keselamatan. Suatau hari dia bertugas untuk shift malam. Seperti biasa dia membuat rondaan di sekitar sekolah.

Semasa melalui Pavilion (stor barangan sukan) dia terdengar bunyi orang sedang berkawad di padang.

Selepas itu pengawal tersebut telah mengambil cuti sakit kerana demam panas. Dia mendakwa telah ternampak sepasukan tentera Jepun sedang berkawad!

Kisah Tiga

Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini telah dijadikan markas tentera. Tandas di Victoria Institution telah menjadi tempat memancung kepala tawanan perang.

Diceritakan, pernah seorang pelajar ternampak mayat tergantung di pintu tandas. Ada juga yang cerita telah melihat darah mengalir keluar dari dalam tandas.

Jangan terkejut disebalik banyak kisah mistik yang terjadi, Tandas 206 tersebut masih lagi digunakan!

Kisah Empat

Di Victoria Institution ada sebuah menara jam dengan tinggi kira-kira 30 meter. Ramai pelajar pernah ternampak “benda” duduk di atas menara jam itu pada waktu malam.

Kisah Lima

Kisah daripada pelajar-pelajar yang terlibat dengan kumpulan koir. Mereka selalu berlatih sehingga lewat malam di sekolah.

Suatu kisah yang berlaku pada 2005, seorang anggota koir telah hilang dan ditemui semula sedang tidur di atas tangki air.

Setelah ditanya, pelajar ini berkata dia telah terjumpa seorang wanita berjalan seorang diri di dalam kawasan sekolah. Atas dasar prihatin dia cuba bertanya pada wanita itu, namun kemudiannya tidak sedarkan diri dan tidak ingat apa-apa.

4. Penjara Pudu, Kuala Lumpur

Penjara Pudu

Dibina pada zaman penjajahan British dan digunakan sebagai kem tahanan perang semasa penjajahan Jepun dan pernah menempatkan sehingga 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal Botak Chin, yang telah dihukum mati pada 1981.

Suara jeritan boleh didengar dari tempat hukuman dilakukan, walaupun ketika tiada orang di situ dan sesetengah tempat didalam penjara ini dikatakan lebih sejuk.

Penjara Pudu telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil.

Diharap bangunan baru yang sedang dalam pembinaan bebas daripada gangguan makhluk halus.

5. Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang

Dewan Sri Pinang

Masyarakat Cina percaya di mana ada lampu yang menyala iaitu Yang, makan Yin iaitu bayang-bayang akan muncul bersama.

Namun begitu, sesetengah tempat sinaran Yang tidak masuk, makan kegelapan Yin akan menyelubungi dan antara tempat yang dikaitkan dengan unsur Yin adalah dewan.

Mengikut cerita yang agak popular tentang Dewan Sri Pinang, seorang penari telah dirasuk ketika membuat rehearsal.

Penari itu bergayut dan meminta penari lain untuk berdansa bersama sebelum menyuruh mereka semua melakukan penyembahan di sekitar dewan termasuklah kawasan sempit di bawah pentas.

Penari seakan berkhayal dan tubuhnya seperti dikawal kuasa ghaib. Kekasih wanita itu cuba untuk menyedarkannya.

Tiba-tiba wanita itu menjerit dengan kuat dan mengarahkan semua orang untuk tinggalkannya seorang diri di situ.

6. Highland Towers, Ampang

Highland Towers

Seorang pemandu teksi telah mengambil penumpang wanita berpakaian putih di tepi jalan. Pada masa itu sudah pukul satu pagi.

Wanita itu meminta untuk dihantar ke Taman Hill View, Highland Towers dan pemandu teksi itu bersyukur kerana taman itu terletak dalam perjalanan ke rumahnya.

Dia terlupa yang penduduk telah diarahkan berpindah dan tempat itu telah pun dikosongkan.

Mereka tiba di Highland Towers. Pemandu teksi mengingatkan wanita itu supaya berhati-hati, kerana tempat itu keras.

Wanita itu membalas, 'Saya tahu, tapi saya tetap ingin ke sana.'

Kenapa ingin masuk ke situ, tanya pemandu teksi. Wanita itu membalas, 'Saya tertinggal tangan dan kaki.'

7. Sandakan Memorial Park

Sandakan Memorial Park

Taman yang dibina sempena mereka yang telah terkorban ketika peristiwa Perarakan Maut Sandakan.

Mengikut sejarah, dari Januari hingga Ogos 1945, lebih seribu tahanan warga Australia dan Britain telah dipaksa berarak dari Sandakan ke Ranau dalam perjalanan sepanjang 260 kilometer. 6 orang sahaja daripada jumlah itu yang hidup. Selebihnya mati.

Taman yang dibina itu adalah tempat bermulanya perarakan maut tersebut.

8. Bukit Hantu, Penang

Bukit Hantu

Dengar namanya saja sudah menyeramkan. Juga dikenali sebagai Bukit Maung, NatGeo mengisytiharkan Bukit Hantu sebagai antara 10 tempat paling berhantu di Asia.

Pihak British telah membina sebuah kubu di puncak bukit ini untuk mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh, namun kubu ini jatuh ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Seorang pegawai tentera Jepun telah melaksanakan seksaan dan hukuman pancung kepala kepada ramai mangsa.

Setelah mati, roh pegawai itu mengganggu penduduk setempat. Rohnya dikatakan menjadi penunggu di Bukit Hantu, yang kini telah menjadi muzium perang.

9. Hotel First World, Genting Highlands

Hotel First World

Pusat peranginan dan Hotel First World ini dikatakan dihuni hantu-hantu mereka yang membunuh diri selepas kalah besar di kasino.

Kanak-kanak menangis dan tidak mahu pergi ke sesetengah kawasan dalam hotel. Pengunjung yang sihat walafiat tiba-tiba jatuh sakit tanpa sebab munasabah. Anda mungkin terhidu bau kemenyan, dipercayai adalah makanan untuk jin dan hantu.

Beberapa bilik daripada 6118 buah dikatakan keras dan pihak hotel tidak pernah menyewakan bilik-bilik ini, walaupun ketika bilik-bilik lain sudah habis ditempah.

Seluruh tingkat 21 dikatakan keras dan lif dikatakan sering tidak berhenti di tingkat itu tanpa sebab.

Menurut sumber yang dirahsiakan, ada 1 bilik yang tersorok di dalam kasino khas untuk golongan VVIP sahaja.

Sumber itu memaklumkan terdapat sekuntum bunga teratai emas yang misteri. Teratai ini ibarat tukang ramal kerana jika bunga ini mengembang, ramai kaki judi akan menang pada masa itu. Sebaliknya jika tidak kembang, kasino akan mendapat semua keuntungan.

Dalam bilik yang sama, ada sami-sami yang ditugaskan untuk menyekat makhluk halus yang dibawa penjudi, yang tujuannya untuk memberi kemenangan.

Sami-sami ini akan dapat tahu jika penjudi membawa belaan mereka dan belaan ini disekat di kawasan meletak kenderaan berhampiran selekoh ke Genting.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Ayam Sampah 'PagPag' Untuk Golongan Miskin Di Filipina

Ayam Sampah 'PagPag' Untuk Golongan Miskin Di Filipina

Bagi segelintir golongan miskin di Manila, Filipina, mereka terpaksa mengutip lebihan sisa ayam daripada sampah untuk dijadikan makanan semula.

PagPag

Umumnya, lebihan sisa ayam ini diperolehi daripada sampah yang terdapat di restoran segera. Sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan.

Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah.

PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya.

PagPag

Cara penyediaan PagPag, lebihan sisa makanan itu tadi akan dibersihkan dan diasing dengan mengambil hanya isi ayam sahaja. Kemudian ia akan digoreng semula dengan minyak panas, sebelum sedia untuk dimakan.

Di perkampungan yang daif, PagPag akan dijual semula kepada golongan miskin yang lain. Ini bermakna PagPag juga dijadikan sebagai sumber pendapatan oleh golongan miskin di sana.

PagPag

Sehubungan itu, Suruhanjaya Anti Kemiskinan Antarabangsa (NAPC) telah mengeluarkan amaran terhadap makanan PagPag yang dikatakan mengandungi toksin dan racun yang merbahaya untuk kesihatan.

Namun, amaran itu tidak diendahkan oleh penjual PagPag dengan menafikan masih belum ada lagi orang yang meninggal dunia disebabkan makan makanan tersebut.

BACA INI JUGA: 9 Makanan Yang Tidak Sepatutnya Dipanaskan Semula

Sumber: thevocket

Apa itu Disleksia? Adakah Puncanya Disebabkan Kegagalan Ibu Bapa Mengajar Anak?

Apa itu Disleksia? Adakah Puncanya Disebabkan Kegagalan Ibu Bapa Mengajar Anak?

Disleksia merupakan masalah pembelajaran yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia.

Disleksia

Kira-kira 80 peratus kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran menghidap disleksia.

Penghidap disleksia biasanya berdepan masalah pembelajaran yang melibatkan huruf dan bahasa.

Mereka bagaimanapun boleh memahami dan meniru pergerakan tubuh badan seseorang sebagai salah satu kaedah pembelajaran.

Penyakit disleksia merupakan sejenis gangguan pembelajaran apabila otak penghidapnya tidak dapat mengesan atau mengecam huruf dan perkataan.

Menurut Pusat Masalah Pembelajaran Kebangsaan yang terletak di Manhattan, Amerika Syarikat, disleksia biasanya berpunca daripada masalah neurologi dan bersifat genetik.

Ia berlaku apabila bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak matang atau belum matang dari segi pertumbuhan, seterusnya menyebabkan bahagian yang mengawal fungsi ejaan dan bacaan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Kesannya, terjadilah masalah disleksia.

Secara automatik, otak mereka gagal mengesan huruf dan melihatnya secara terbalik.

Kanak-kanak yang sedar mereka gagal untuk mengecam huruf dan sukar membaca akan berasa sedih, lalu berlakulah perubahan tingkah laku.

Penghidap disleksia bagaimanapun tiada masalah mengikuti kelas-kelas yang bersifat praktikal seperti kelas menari, berlakon, muzik dan seni.

Mereka hanya berdepan kesukaran dalam subjek-subjek yang memerlukan aktiviti menulis, membaca serta menghafal.

Orang ramai sering menganggap disleksia berlaku kerana kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak atau kegagalan mereka dalam memberikan arahan yang betul kepada penghidapnya, namun perkara tersebut dinafikan oleh pakar-pakar perubatan yang menjalankan kajian terhadap pesakit disleksia.

Tiada penawar

Disleksia

Kesan penyakit disleksia adalah berbeza antara setiap penghidapnya. Satu-satunya persamaan yang ada pada penghidap penyakit disleksia ialah tahap kebolehan mereka membaca jauh lebih rendah berbanding kanak-kanak seusia.

Menurut Dr. Sally Shaywitz yang merupakan penulis buku Overcoming Dyslexia, ramai penghidap disleksia boleh menjadi individu yang berjaya dalam pelbagai bidang apabila mereka menginjak dewasa.

Penghidap disleksia bukanlah bermaksud mereka kurang pintar, tetapi proses pembelajaran bagi mereka adalah lebih sukar berbanding kanak-kanak normal yang lain.

Mereka boleh membaca dan menulis, cuma ia berlaku jauh lebih perlahan berbanding orang lain.

Disleksia tiada penawar namun penghidapnya boleh dibantu dengan beberapa kaedah pembelajaran yang bersesuaian.

Ibu bapa haruslah sentiasa menggalakkan anak-anak supaya membaca dan berilah kata-kata semangat serta dorongan atas setiap kejayaan yang berjaya dicapai biarpun kecil.

BACA INI JUGA: ‘Abah Nak Saya Dapat 6A?’ Dan Kenapa Aku Jawab 'Tidak' Terhadap Soalan Anak Ini

Sumber: kosmo

7 Sekolah Paling Unik Di Seluruh Dunia

7 Sekolah Paling Unik Di Seluruh Dunia

Mari kita tinjau sekolah manakah yang paling best di dunia, yang dalam kategori unik ini dipilih dari segi reka bentuk senibinanya, dimana ia tampil berbeza dari kebanyakan sekolah yang pernah anda lihat.

Percaya atau tidak, rekaan senibina yang unik dan menarik mampu mewujudkan mood baik ketika belajar.

Dan di bawah ini adalah 7 contoh sekolah unik terbaik di dunia.

1. Sekolah Telephonplan, Stockholm, Sweden

Telephonplan

Sekolah ini agak unik dimana ia tidak memiliki bilik darjah ataupun kelas, sebaliknya pelajar akan belajar bersama-sama dalam satu kumpulan, visi sekolah ini adalah untuk mewujudkan satu pengalaman yang mencabar kepada setiap pelajar.

2. Sekolah terapung Makoko, Lagos, Negeria

Makoko

Kehidupan terbatas mendorong manusia berfikir dengan lebih pintar dan walaupun penduduk di Lagos, Negeria hidup dalam keadaan yang boleh dikatakan agak daif, namun ini bukan penghalang untuk mereka mempunyai sekolah yang awesome!

Sekolah ini dibina di atas air dan sebab itulah ia dipanggil sebagai sekolah terapung. Yang menariknya, ia turut dilengkapi dengan taman permainan dan dua bilik darjah.

3. Sekolah Bois Genoud, Lausanne, Switzerland

Bois Genoud

Tampil dengan reka bentuk bilik darjah minimalis, rekaan bersahaja dan nampak ringkas.

Ditambah pula dengan penggunaan dinding kaca membolehkan bilik darjah ini mendapat pancaran cahaya semula jadi. Kemas dan bersih.

4. Universiti Macquarie, Sydney, Australia

Universiti Macquarie

Kelas di universiti ini memiliki ruang belajar yang luas, manakala susunan meja pelajar di tempatkan secara berkumpulan.

Sentuhan warna terang digunakan untuk memberikan mood yang lebih bertenanga kepada pelajar supaya sesi pembelajaran jadi tidak membosankan.

5. Sekolah Kikuma Watanabe, Perkampungan Sangkhlaburi, Thailand

Sekolah Kikuma Watanabe

Walaupun penduduk diperkampungan ini hidup dalam serba kekurangan, ia tidak terkecuali untuk memiliki sebuah sekolah yang unik. Tahniah di atas usaha para arkitek dalam pembangunan sekolah ini.

Rekaan yang diterjemahkan daripada bentuk kapal terbang ini memiliki 2 bilik darjah.

Diperbuat daripada tanah dan buluh, struktur keluli ringan beratapkan daun digunakan bagi mendapatkan pencahayaan dan udara yang baik.

6. Universiti Vienna, Vienna, Austria

Universiti Vienna

Universiti Vienna juga tidak terkalah hebatnya, penggunaan warna-warna berani diterapkan bagi menapilkan gaya moden, sesuai dengan tema yang digunakan oleh universiti ini. Pelajar di sini baru betul hipster!

7. Sekolah Hijau Bali, Indonesia

Sekolah Hijau Bali

Pergh, yang ini paling saya suka. Kampus di Bali, Indonesia ini termasuk dalam senarai undian sekolah hijau di dunia.

Bertemakan alam semula jadi, keseluruhan binaan diperbuat daripada buluh termasuk bilik darjah, gimnasium, pejabat dan kafe.

Fuh, sekali pandang sudah macam resort penginapan.

BACA INI JUGA: Unik! Bangunan 'Menyanyi' Apabila Hujan

Sumber: thevocket

Saturday, January 07, 2017

'Taubat Tak Nak Guna Kad Debit Lagi Lepas Ni, Guna Cash Lagi Senang'

'Taubat Tak Nak Guna Kad Debit Lagi Lepas Ni, Guna Cash Lagi Senang'

Baru semalam aku baca sharing sorang owner farmasi kisah ada mak ayah tu swipe debit card banyak kali tapi decline.

Kad-Debit

Kali ke 3, dah unsucces sebab apa? Sebab duit dalam bank dah licin. Sebab apa? Sebab yang decline 3-4 kali tadi tu sebenarnya succes. Duit tolak tapi tak tau kenapa decline.

Jadinya. Nak jadi cerita. Hari ni turn aku pulak. Lepas register anak taska, mau melayang cash semua. Licin wallet, tinggal asap.

So, memang broke sangat dah masa tu. Cikgu pulak bagi listed apa nak kena ada. Esok dah masuk sekolah. Hari ni maknya baru terkial-kial nak register dan membeli.

Pergi la shopping mall paling dekat. Aku pun start la grab itu, grab ini. Biasa la. sindrom mak-mak over anak nak masuk sekolah.

Akak takde cash ni

Dah siap. Kumpul dekat cashier. Total RM149.40
Kali pertama swipe debit – DECLINE
Kali kedua swipe – DECLINE
KALI KE TIGA – DECLINE

Aku nampak la asyik decline jadi aku tanya. Ada option selain ni tak? Akak takde cash ni.

Cashier jawab. Ada – pergi bank lah.

Tak pun saya cuba kali last kak. Sekarang kad baru semua, saya cuba. Semua decline kak. Hari ni saja dekat 6 kasteme decline.

Aku angguk. Nampak la dia ambil pemadam gosok-gosok dekat cip KAD MAYBANK BARU AKU TU.

Kali ke empat. DECLINE.

Takpe kak. Resit tak keluar pun

Aku tanya, duit tak tolak dik ekk.. Decline tu. Sambil sengih-sengih dia kata, taklah kak, resit tak keluar pun.

Ok takpe. Akak pi bank jap ambil cash. Pergi semula. Bayar. Masuk kereta dan entah macam mana, macam nak buka apps Maybank2u untuk tengok history.

YESSSSSS. Keempat-empat transaksi berjaya. RM149.40 x 4 kali.

Total tu semua dia dah deducted dari akaun aku.

Aku ni, spechless. Aiii biarrr betul Maybank ni. MUJUR LA AKU CHECK. Terus la call Maybank.

Dapat cakap dengan Operator. Dia pun check sistem dan sahkan memang ada transaksi dan semua berjaya.
Kenapa semua pakat decline?

Aku tanya. Tapi kenapa dekat sana semua transaksi DECLINE?

Dia jawab. Succes tapi FLOATING. Dalam account tolak tapi tak masuk pun account mana-mana pihak. Sebab tu asyik decline jeee..

Aku malas nak tanya banyak. Just get thru macamana nak dapat balik duit tu.

Dia jawab isi form dalam website Maybank dan email pada diorang dan akan dapat balik dalam masa 30 hari.

Sebulan!!! Bodoh kan?! Mujur aku ada duit lagi! Kalau tu je duit aku ada?

Ok. Abis citer. Pasni memang tak mau la gamble swipe debit. Pakai cash lagi senang.

Pandai-pandai la korang nilai semula penggunaan KAD DEBIT BARU NI..

BILA MINTA TUKAR, berdegor-degor citer.

Nak upgrde la, apa la. Kad dulu takda gini pun. Korang kalau ada cash, bayar cash.

Biarlah old fashion pun. Nak dapat balik.duit tu, bukan senang. Babyee tul.

BACA INI JUGA:

Sumber: NMP

Pelajar Tingkatan Empat Bandar Banting Paling Tinggi Di Malaysia?

Pelajar Tingkatan Empat Bandar Banting Paling Tinggi Di Malaysia?

Pelajar lelaki Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Banting di sini, yang mempunyai ketinggian luar biasa mencuri perhatian netizen apabila fotonya viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

P Thilakar

P Thilakar, 17, berkata, dia tidak menyangka ketinggiannya mencuri perhatian kerana ia bukan sesuatu yang pelik di kalangan keluarganya.

“Sebenarnya, dalam keluarga bukan saya seorang yang tinggi, ibu juga mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama, namun saya yang paling tinggi antara mereka,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, keunikan dimiliki membuatkan dia sering kali menjadi perhatian namun seronok dan menganggapnya sebagai perkara yang positif.

P Thilakar

“Dengan ketinggian yang ada, saya dapat membantu rakan dan guru.

"Saya juga dapat bermain sukan yang saya minati iaitu bola keranjang,” katanya.

Thilakar memiliki ketinggian 198 sentimeter dengan berat 80 kilogram.

BACA INI JUGA: Guru Korea Yang Terlalu Cantik, Pelajar Rajin Ke Sekolah!

Sumber: NMP