May 5, 2016

Apa Sebenarnya Kesalahan Najib?

Artikel ini dipetik dari blog sakmongkol dan dinturtleoriginal untuk perkongsian kali ini.

Kesalahan Najib

Apa salah Najib sebagai ketua negara?

Apa sebenarnya yang Najib lakukan sehinga Tun Mahathir dan ramai lagi pemimpin mahu keluarkannya?

Saya sudah nyatakan, yang buta pun nampak apa yang Najib lakukan. Yang pekak dengar apa yang Najib buat.

Namun, sebagai pengajaran kepada budak-budak yang belum akil baligh ini, elok kita ulangi. Kerana khuatir pekak dan buta itu sengaja dibuat.

Tambahan pula bila ada sesuatu majlis, ramai pemberita yang makan dedak hadir. Tugas mereka ialah membuat haru biru dan menanam kekeliruan.

Pertama sekali, mana mungkin kita berketuakan seorang yang tidak jujur dan amanah? Jika seorang pemimpin ada ciri-ciri ini, harta rakyat harta dia, harta rakyat dia akan makan.

Ketika Tun Razak meninggal, dia bukan ada duit banyak. Duit tunai yang ada ketika itu, sebelumnya diamanahkan kepada Tengku Razaleigh, dipulangkan kepada seorang anak Tun Razak (bukan Najib).

Agaknya, perangai Najib yang sebenarnya sudah diketahui ketika itu.

Tapi Najib hari ini ada wang yang begitu banyak. Dia boleh belanja lebih dari RM3 juta untuk beli intan berlian.

Dia boleh belanja RM45 juta beli kain dari gedung pakaian Jakel.

Boleh belanja RM400 ribu untuk bermalam di Shangri La Hotel.

Dari mana Najib dapat duit ini? Dia bukan berniaga. Gaji sebagai PM bukannya berjuta-juta. Pencen sebagai MB Pahang tdak sampai RM10 ribu. Pemilikan wang yang begitu banyak amat mencurigakan.

Betul atau tidak kita tidak tahu, tapi ramai orang kata Najib ambil wang rakyat.

Kedua, Najib cabul undang-undang negara. Dia telah menyebabkan 1MDB hantar duit, langgar undang-undang perbankan dan arahan Bank Negara.

Lain yang diarah, lain yang buat; bahkan bank pun ditukar. Hantar wang kepada dua akaun. Jelas menujukkan ada niat dan elemen menipu dan pecah amanah.

Dia pulangkan RM2 billion ikut jalan apa? Dia guna undang-undang untuk menyekat penyiasatan keatas kebarangkalian dia melakukan rasuah. Dan persepsi rakyat ialah Najib melakukan rasuah.

Kita ada pemimpin yang seorang pembohong bersiri. Ketika ditanya adakah dia simpan wang orang lain dalam akaunnya, dia kata tidak.

Malah lashkar-lashkar Najib dan seorang ulamak kata, bodoh Najib kalau simpan duit awam dalam akaun peribadi. Ternyata Najib memang bodoh bila betul-betul ada duit awam dalam akaun peribadinya.

UMNO sendiri dan ulamak yang mengesahkan Najib seorang yang bodoh bila terbukti dia simpan wang awam dalam akaun peribadi.

Apa dia kata? Dia kata dia tidak pakai wang tersebut untuk tujuan peribadi. Kita tidak tanya soalan itu.

Soalan kita ialah, kamu simpan wang awam dalam akaun peribadi kamu atau tidak? Dia bohong kepada rakyat.

Sama ada dia pakai untuk peribadi atau tidak, bukan bergantung kepada apa yang dia kata. Kalau dia bohong kepada kita bagaimana?

Kita kena siasat dahulu bukan dengar cakap Najib. Cakapnya tidak laku lagi sekarang.

Wang itu katanya sumbangan negara Arab kepada Najib sebagai pembela aqidah ahli Sunnah wal jemaah.

Kemudian, dia kata wang itu sumbangan untuk melawan keganasan militan Islam seperti ISIS, sedangkan ISIS ujud kemudian dari wang berada dalam akaun. Kemudian wang itu untuk dana melawan DAP kerana parti itu bersekongkol dengan Israel.

Seorang pembohong akan bererusan membohong bila penipuannya terdedah.

Bolehkah kita berketuakan seorang yang bukan sahaja tidak jujur, tidak amanah, melanggar undang-undang, menyekat keadilan dan pembohong bersiri menjadi ketua Malaysia?

Atas sebab-sebab inilah rakyat WAJIB menolak Najib sebagai PM!

Najib telah mendedahkan Malaysia kepada musibah ekonomi. Hutang negara meningkat. Hutang yang dimungkiri 1MDB akan menyebabkan negara berhutang 1 trillion. Hasil pendapatan menurun.

Kombinasi ini membuatkan negara terpaksa mendapatkan kredit dari luar negara? Siapa yang mahu beri kredit kepada negara yang dipimpin oleh ketua yang bohong berulang-kali?

Pengemudiannya keatas 1MDB menunjukkan beberapa sifat yang membatalkan kredibiliti dan menyebabkan dia tidak layak jadi pemimpin.

Cara dia mengemudi 1MDB menunjukkan seorang yang suka melakukan onar secara diam-diam, sorok-sorok, songlap harta rakyat, mengetuai gengnya melakukan operasi haram dan pecah amanah. Ini menunjukan seorang pemimpin yang tidak jujur dan tidak amanah.

Akhirnya terbongkar jua. Najib sebut istilah gang. Istilah gang ini biasanya terpakai untuk perompak dan penyamun.

Rupa-rupanya apa yang terpendam dalam alam bawah sedar atau subconscious, terdedah. Najib ialah boss. Boss mesti ada gang. Boss dan gang akan mengenakan Malaysia.

Awalnya anggota kumpulan ini ialah ‘bossie’ Najib dan Jho Low dan Tarek Obaid.

Yang dua terkemudian ini dibantu oleh Patrick Mahony, Casey Tang, Li Lin Sit, Tiffany Heah. Akhirnya ada Shahrol Azral, tonto kepada kemo-sabe di Malaysia.

Shahrol Azral tonto, Najib Kemo-Sabe. Sebentar, ada jenaka mengenai tonto dan kemo-sabe.

The Lone Ranger and Tonto went camping in the desert. After they got their tent all set up, both men fell sound asleep.

Some hours later, Tonto wakes the Lone Ranger and says, "Kemo Sabe, look towards sky, what you see?"

The Lone Ranger replies, "I see millions of stars." "What that tell you?" asked Tonto.

The Lone Ranger ponders for a minute then says, "Astronomically speaking, it tells me there are millions of galaxies.

Time wise, it appears to be approximately a quarter past three in the morning. Theologically, the Lord is all powerful and we are small and insignificant.

Meteorologically, it seems we will have a beautiful day tomorrow. What's it tell YOU, Tonto?"

"You dumber than buffalo. Someone stole tent."

Kemudian ahli gang Najib termasuklah putera Turki, Kazem al Qubaisi, Badawi al Husseini, Dato Subuh, Nik Faisal dan akhirnya, Arul Kanda.

Seperti kata Tun Mahathir, semua yang terlibat dengan angkara durjana 1MDB mesti dihadapkan ke Pengadilan. Gang ini mesti di indict.

Ini semua ahli gang Najib. Ianya deskripsi yang amat tepat. Semua yang sokong Najib dan membelanya ialah anggota gang. Dan gang ini melakukan angkara durjana. Gang ini gang jahat. Agaknya, Adenan Satem menyesal, Najib memasukkan dia sebagai ahli gang Najib.

1MDB menunjukkan Najib berbohong kepada rakyat berulang kali. Dia seorang yang melanggar undang-undang, tidak boleh dipercayai, sanggup menggunakan undang-undang zalim untuk menekan dan menghalang keadilan dan memusnahkan tiang-tiang penyokong demokrasi.

Najib menguasai dan mengguna polis, tentera, penjawat awam, institusi Bank Negara dan institusi kehakiman.

Golongan cendekiawan pula membisu dan membodek; ustaz, sami dan paderi langsung tidak menyuarakan tentangan terhadap angkara tidak jujur dan pecah amanah, rasuah, pencurian dan penyonglapan dan seterusnya.

Tidak ada suara sedikit pun. Kita kufur kepada prinsip-prinsip mulia yang Tuhan suruh kita laksanakan dalam berkerajaan.

Benarlah pintu neraka akan dimasuki dahulu oleh golongan agama yang menjual nikmat kekal untuk keseronokan segera dibumi. -Sakmongkol

Kementerian Kewangan Ambil Alih Aset 1MDB, Duit Rakyat Dirompak Lagi

Berita yang hangat ketika ini adalah pengumuman Kementerian Kewangan (MOF) yang bersetuju melaksanakan semua cadangan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas firma pelaburan negara itu.

Untuk permulaan, saya suka berkongsi ulasan saudara Yaakob Osman (YO) yang saya copy dari Facebook beliau yang bagi saya agak menyeluruh.

Bahagian 1: Keputusan MOF

MOF (Kementerian Kewangan) akur dengan cadangan PAC untuk menggugurkan kuasa artikel 117. Ini adalah kuasa mutlak yang diberi kepada PM sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat untuk menjadi kuasa tunggal dalam membuat keputusan-keputusan besar dalam 1MDB.

MOF (Kementerian Kewangan) bersetuju menerima perletakan jawatan kesemua Ahli Lembaga Pengarah effective 31/5/2016.

MOF (Kementerian Kewangan) memindahkan semua hakmilik di dalam 4 syarikat daripada 1MDB kepada MOF inc.

Syarikat-syarikat ini sajalah yang mempunyai real estate (hartanah) di dalam 1MDB.

Sekali pandang keputusan MOF ini semuanya baik dan saya setuju.

Bahagian 2: Ulasan saya

1. Pemansuhan Artikel 117

Seperti yang saya telah ulas sebelum ini segala keputusan yg dibuat oleh 1MDB tidak boleh di persalahkan kepada ex CEO Shahrol.

Walaupun dia melanggar arahan BOD, ianya masih lagi secara amnya tidak menyalahi Artikel syarikat kerana telah diluluskan oleh Perdana Menteri yang mempunyai kuasa melalui Artikel 117 untuk membuat keputusan-keputusan besar seperti antaranya:

i. Issuance of IMTN RM5 billion oleh TIA.

ii. JV bersama PetroSaudi USD 1.83 bilion. Bayaran kepad Good Star yang juga bukan anak syarikat PetroSaudi sebanyak USD 700 milion mengikut laporan PAC.

iii. USD 3.5 bilion bonds yang akhirnya dibayar kepada Aabar BVI yang bukan milik IPIC. Juga PAC tidak dapat sahkan Aabar BVI.

iv. Keputusan untuk melabur dalam 1MDB GLI sebanyak USD 1.56 bilion yang tidak dapat disahkan oleh PAC.

Harus diingat keputusan-keputusan di atas adalah dibolehkan oleh Artikel 117.

Dengan penghapusan 117, ianya adalah satu langkah bijak supaya PM tidak berkuasa sepenuhnya dalam hal anak syarikat MOF inc.

Ini adalah SOP biasa utk semua anak-anak syarikat MOF. Cuma 1MDB mendapat pelepasan khas dan agak luarbiasa dengan adanya Artikel 117.

2. Menerima perletakan BOD

This is long overdue. Malah pada saya siasatan polis haruslah merangkumi kesemua ahli-ahli BOD bukan Ex CEO Shahrol sahaja.

3. Memindahkan hak milik dalam 4 syarikat. Sekali lalu ini adalah keputusan yang baik. Namun mari kita lihat kenapa ianya dilakukan.

i. Berpandukan Audited Accts 31/3/2014, Assets 1MDB keseluruhannya ialah 51 bilion. Didalamnya terdapat aset hartanah 17.8 bilion.

ii. Keputusan memindahkan hakmilik kepada MOF (Kementerian Kewangan) adalah IMHO untuk memelihara aset ini daripada sebarang creditors action terhadap 1MDB dimasa hadapan.

iii. Aset yang tinggal didalam 1MDB hanyalah assets investments semasa lebih kurang 33 bilion yang kemungkinan besar berdasarkan laporan PAC sudah tidak dapat dipastikan ada di mana, ataupun tidak lagi bernilai.

iv. 1MDB juga sperti yang saya sebut dulu akan berada dalam keadaan bankrap apabila hutang 50 bilion mereka tidak lagi diimbangi oleh aset dengan nilai yang sama.

v. Pada pendapat saya langkah ini adalah permulaan untuk menutup 1MDB sepenuhnya apabila Syarikat tersebut are no longer a going concern business.

KESIMPULAN

Apakah maksud semua ini? Ini maknanya at the end of the day MOF (Kementerian Kewangan) terpaksa menanggung kesemua hutang 1MDB apabila tiada lagi aset di dalam 1MDB.

Sebahagian aset hartanah yang akan dipindahkan kepad MOF (Kementerian Kewangan) dan sebahagian besar lagi adalah assets investment yang barangkali tidak bernilai lagi.

Net impactnya lebih kurang sebanyak 33 bilion liability 1MDB terpaksa di tanggung oleh MOF (Kementerian Kewangan).

YES, MOF (Kementerian Kewangan) bermakna ianya adalah impact direct kepada PEMBAYAR CUKAI dan RAKYAT!

Malah, dalan keadaan ekonomi suram berserta pendapatan Petronas yang berkurangan, 33 bilion adalah jumlah yang agak besar untuk dibayar akhirnya.

Akhir kalam, adalah wajib bagi pihak berkuasa membawa ke muka pengadilan hasil siasatan yang sedang dibuat terhadap salah laku di dalam 1MDB without fear or favour.

Itu sajalah yang akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan urus tadbir serta corporate governance yang telus. -Dinturtle

BACA INI JUGA: Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon