Monday, January 09, 2017

Mesej Najib Untuk Kakitangan Awam, Jangan Ambil Hak Rakyat!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Najib+Rasuah

Beliau berkata ini bermakna warga perkhidmatan awam mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah ditentukan untuk rakyat dan negara.

“Ini mesti kita jadikan sebagai bidang keutamaan kita. Fokus kita tahun ini delivery, delivery and delivery (penyampaian, penyampaian dan penyampaian).

“Kalau kita ingatkan perkara itu, maka masing-masing akan memainkan peranan.

Yang jaga projek, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), keselamatan, banjir main peranan,” katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama untuk tahun ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika menyampaikan mesej mengenai tahun penyampaian itu turut mengingatkan anggota perkhidmatan awam berkenaan ketirisan dan jangan mengambil hak rakyat.

“Jangan ambil hak rakyat, itu rakyat punya. Sebab apa, kita buat peruntukan, program dan bajet sediakan segala-galanya untuk rakyat.

Kalau ada ketirisan, rakyat hampa dan hilang keyakinan,” katanya.

Najib turut berharap perkhidmatan awam ketika memberi fokus kepada penyampaian bukan hanya dari segi fizikal, tetapi penyampaian dari segi nilai kepada rakyat.

“Perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat perlu mengikut jadual, dan sekiranya ia lambat atau ada kekangan, halangan, masalah atau koordinasi, ia perlu diselesaikan dengan segera,” katanya.

“Janganlah kita dalam silo masing-masing, mengatakan itu hak kita, orang lain jangan campur hak kita. Kalau kita ada sikap seperti ini, kita akan hadapi masalah birokrasi yang keterlaluan.

“Jadikanlah tahun 2017 sebagai ‘year of delivery’ (tahun penyampaian), fokus kepada penyampaian perkhidmatan usaha, latihan, penambahan nilai dan segala-galanya untuk kebajikan rakyat,” katanya.

Perdana menteri berkata sekiranya ‘mindset’ (set minda) warga perkhidmatan awam memberi fokus pada penyampaian, ia akan jadikan 2017 sebagai tahun yang berjaya. -bernama

Tun Mahathir kagum dengan penyokong kuat Najib

Tun Dr Mahathir

Presiden Bersatu, Tun Mahathir melahirkan rasa kagum dengan orang-orang yang berpendidikan dan berpengetahuan namun tetap bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, apa yang lebih menakjubkan adalah kesanggupan penyokong ini mempertahankan Najib walaupun kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian dunia.

"Mereka perlu tahu bahawa terdapat bukti Najib terlibat dalam skandal 1MDB untuk Jabatan Kehakiman AS menyiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.

"Mereka tahu semua ini dan banyak lagi. Tetapi mereka terus menerima beliau sebagai pemimpin (Najib) mereka, berkerumun di sekelilingnya untuk bersalaman dan mencium tangannya. Kelompok elit tertinggi pun bersama beliau," dakwa Tun Mahathir menerusi catatan diblognya.

Sebelum ini, Najib yang dikaitkan dengan isu 1MDB menafikan beliau menyalahgunakan dana awam.

Najib mendakwa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan, seperti yang didakwa. -SH

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon