Friday, November 28, 2025

SBDJ Siri 229: Sedut Tulang Bayi

SBDJ Siri 229: Sedut Tulang Bayi

Wanita hodoh itu menggunakan kekuatan ilmu aliran nadi yang disalurkan kearah tumit kakinya yang bercantum pada sekeping papan lantai yang secara kebetulan dipijak oleh sepasang kaki Ali Usman. Andainya sebelah kaki Ali Usman memijak papan lantai yang lain, pasti aliran nadi hitam wanita hodoh tidak akan berhasil meresap ke urat darah Ali Usman.

Toyol jadi-jadian

Seluruh tubuh Ali Usman jadi lembik dan perlahan-lahan mahu rebah ke lantai. Sepatutnya dia rebah ke kiri dan ke kanan tetapi yang anehnya, dia seakan-akan rebah terus ke atas papan lantai sekeping yang dipijak oleh wanita hodoh.

Bayi dalam dakapan wanita hodoh ketawa kegelian seperti digelitik. Malah bayi itu bertepuk tangan.

Saya menarik nafas kecewa, beberapa detik lagi seluruh tubuh Ali Usman yang lembik akan terbaring di papan lantai sekeping. Kejadian seterusnya susah sungguh mahu diramalkan. Wanita hodoh mula ketawa, tergambar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di mukanya.

"Allahu hu Akbar."

Datuk bertempik, melompat hampir mengenai lelangit bilik dengan kedua-dua belah kakinya terkangkang dan sepasang tangannya berkembang. Bila tubuh yang melambung itu kembali berada di lantai, tanpa membuang masa datuk terus menumbuk papan lantai di hadapannya.

Aneh sungguh, papan lantai yang ditumbuk tidak pecah, sebaliknya papan lantai yang menjadi tempat wanita hodoh dan Ali Usman berdiri patah dua dan tercabut dari paku.

Papan yang patah jatuh ke tanah lalu terbentuk ruang atau lubang yang panjang. Cahaya dari luar menyelinap masuk.

Ketawa si bayi dalam dakapan wanita hodoh terhenti dan wajah wanita hodoh yang ceria menjadi keruh dan cemas.

"Kubur untuk kau," kata datuk.

"Belum tentu," sahut wanita sambil menjenguk ke arah lubang lantai yang ternganga, macam mulut buaya lapar menanti monyet turun dari pokok bakau.

Saya pastikan, sebaik selesai menjengah ke lubang yang terpelohong itu, wanita hodoh termenung seketika. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

"Mungkin juga untuk aku, mungkin juga untuk orang yang mungkir janji," sindir wanita hodoh sambil menjeling tajam ke arah Ali Usman yang sudah boleh berdiri dengan betul, sebaik saja papan yang di pijaknya patah dan menjadi lubang.

"Bertenanglah Ali Usman. Aku tidak akan membiarkan kamu sengsara," sebuah ikrar terpancar dari kelopak bibir datuk.

Ali Usman yang sudah memperolehi kekuatan semangat dan fizikal mengukir sebuah senyum keyakinan buat dirinya dan datuk.

"Hai, orang tua nak mampus, usah masuk campur dalam urusan ini. Biarlah hal ini diselesaikan oleh anak saudara orang terbabit dalam perkara ini," satu permintan yang keras dari wanita hodoh untuk datuk.

Di Sebalik permintaan yang keras itu, wanita hodoh terus menjadikan datuk sasaran kemarahannya unuk kali kedua.

Kalau tadi matanya merah menyala dan kedua belah bahu mengeluarkan asap, tetapi kali ini dari mata yang merah itu terpancar cahaya kebiruan yang panjang dan tajam, macam pancaran laser.

Setiap benda yang terkena pancaran cahaya akan cair dengan sendiri, manakala dari kiri dan kanan bahu sudah bertukar daripada asap mengeluarkan percikan bunga api seperti yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak ketika menyambur hari raya.

GAGAL

Berkali-kali sorotan pancaran cahaya itu diarahkan kepada datuk. Semuanya gagal, pancaran itu seolah-olah ditolak oleh angin ke arah lain.

Dalam masa yang sama terdengar suara datuk membaca surah Al-Kursi dengan fasih dan lancar sebutannya.

Selagi ayat-ayat itu terkeluar dari mulut datuk, kedudukan sorotan cahaya tidak mengikut seperti apa yang di arahkan oleh wanita hodoh, malah sorotan cahaya menjadi lintang pukang dan saling tindih menindih.

Setiap kali sorotan cahaya itu berpatah ke arah wanita hodoh dan mengenai tubuhnya, wanita hodoh akan menjerit kesakitan dan hujung rambutnya akan terbakar lalu mengelurakan bau hangit yang amat sangat.

"Bodoh sial," Wanita hodoh cuba menimbulkan kemarahan datuk.

Dalam perkiraanya, bila datuk marah, datuk tidak dapat mengawal perasaan. Mudahlah baginya mencari kekurangan atau kelemahan diri datuk. Dengan itu mudahlah dia menewaskan orang tua yang menjadi batu penghalang cita-citanya.

Segala usha yang dilakukan tidak menjadi. Datuk tetap tenang dan dingin. Tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Sebaliknya terus mendekati Ali Usman.

Bahu kiri anak saudara raja pukau itu ditepuknya beberapa kali. Ternyata tindak tanduk itu menyemarakkan kemarahan yang sedia ada dalam dada wanita hodoh.

Dengan serta merta pancaran cahaya yang menyerupai pancaran laser itu dimatikan.

"Kraaakkkkk..."

Seluruh perhatian kami tertumpu ke arah bunyi tersebut. Beberapa keping papan lantai turut patah (terutama di kiri kanan papan yang patah pada mula-mula tadi) membentuk permukaan yang bulat seperti permukaan perigi yang seluasnya lebih dari empat kaki dalam bentuk bulat.

Dari permukaan papan yang bulat itu terhulur secara perlahan-lahan ketulan batu-bata tua yang penuh lumut dan rumput-rumput. Ketulan batu lama tersusun rapi mengelilingi lubang yang tersedia di lantai.

"Telaga timbul dalam bilik," itu komen saya melihat kejadian di depan mata yang tidak masuk di akal.

"Itu bukan telaga, tetapi kubur untuk kamu bertiga," wanita hodoh membalas komen saya.

Datuk hanya diam. Sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wanita hodoh terus berusaha dengan menimbulkan bermacam-macam bunyi yang lebih menakutkan daripada tadi di dalam bilik.

Malah dengan kuasa sihir yang ada padanya, wanita hodoh mendatangkan ular bisa dan beribu-ribu kala jengking di atas lantai.

Semua binatang berbisa menuju ke arah kami bertiga tetapi berpatah balik ke arah wanita hodoh lalu menjadi dedaun kering, bila datuk menjentik papan lantai dengan kuku jari hantunya.

PERUT

Jalan terakhir yang dilakukan wanita hodoh untuk melunaskan rasa marah hatinya, bayi dalam pangkuannya dibalingkan ke pangkal tiang. Kepala bayi itu bekecai dengan otak bersemburan. Tempurung kepalanya terbelah dua.

Apa yang menakjubkan bayi itu tidak menangis langsung. Darah bertebaran di lantai.

Memang tidak disangka, kejadian yang ngeri dan menakutkan itu berlaku di depan mata. Saya kecut perut. Wanita hodoh melangkah ke tiang tempat dia menghempaskan bayi kesayangannya. Sekujur tubuh bayi terkapar dilantai, dikelilingi darah merah segar.

"Daripada hidup menderita, tidak bertuan lebih baik kamu mati," terdengar ratapan dari wanita hodoh.

Sungguh mendebarkan bila sepasang kaki wanita hodoh memijak-mijak tubuh si bayi. Darah memancut-mancut dari tubuh bayi yang malang. Wanita hodoh duduk mencangkung di depan tubuh bayi yang terkapar.

Sepasang matanya bersinar garang. Kemudian perlahan-lahan membongkok tubuh lalu menjilat darah bayi di lantai serta menelan tulang-temulang yang ada di situ. Lidahnya yang agak luar biasa panjangnya itu di penuhi dengan darah.

Sebahagian daripada darah merah yang segar itu melekat di kiri kanan pipi. Beberapa bahagian tulang yang besar seperti tulang paha, kaki dan lenan tidak dimamah atau ditelan tetapi disedut dengan penuh nafsu.

Semasa menjilat darah dan menghisap tulang temulang bayi terdengar hembusan nafasnya yang kencang, macam hembusan atau dengkur orang tidur yang amat keletihan.

Tidak sampai sepuluh minit lantai yang berdarah nampak bersih. Begitu juga dengan tulang-tulang yang bertaburan terus hilang entah kemana.

Kerana terlalu kekenyangan wanita hodoh itu tersandar di dinding dalam keadaan yang tidak senonoh. Satu persatu wanita hodoh memerhatikan wajah-wajah kami dengan rasa geram.

"Kamu sebenarnya tidak diingin disini," tutur datuk.

"Kedatangan aku kerana janji."

"Orang yang berjanji sudah mati."

"Dia sudah menyediakan gantinya," tingkah wanita hodoh.

"Gantinya tidak bersedia," jawab datuk.

Wanita hodoh terdiam, daging di jari jemarinya kelihatan membengkak. Perlahan-lahan sepasang tangannya diangkat separas dada. Daging dijari-jemari berguguran di lantai, cuma yang tinggal ialah tulang jari.

Bermula dari jari melarat sedikit demi sedikit hingga kedua-dua belah daging sikunya relai.

"Kakinya," kata saya.

Ali Usman dan datuk terus memandang ke arah kaki wanita yang telah tinggal tulang. Tiada seorang pun daripada kami yang menyedari perubahan yang berlaku pada kedua-dua belah kaki wanita hodoh.

Wajahnya nampak bersahaja, tidak membayangkan rasa sakit walaupun daging kaki dan tangannya relai di lantai.

Daging yang berguguran dilantai segera dihurungi semut-semut merah berukuran sebesar semut api. Terdengar bunyi suara meresik memanjang mengiringi pergerakan semut-semut merah itu. Tdak tahu dari arah mana semut-semut itu datang.

Apa yang nyata, dalam beberapa minit saja semua daging wanita hodoh yang relai dan bersepah dilantai hilang entah kemana.

Pada hemat saya mungkin daging wanita hodoh itu enak rasanya. Sesuai dengan selera semut-semut merah yang kelihatan masih belum puas.

Bunyi suara meresik memanjang yang membingitkan anak telinga hilang secara mendadak.

"Pelik."

Kerana yakin, suara itu milik datuk saya segera merenung ke arahnya. Jelas kelihatan dahinya berkedut. Dua tiga kali gigi atas dengan gigi bawah di lagakannya. Macam ada sesuatu yang difikirkan.

Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.

Perhatian kembali ditumpukan pada semut-semut merah di lantai. Semut-semut merah yang berserakan itu berkumpul lalu membentuk barisan memanjang dan terus bergerak, macam gerabak keretapi berjalan atas landasan menuju kearah bahagian kaki yang masih berdaging.

PAHA

Bila sisa daging di kaki habis semut-semut itu bergerak ke bahagian paha. Sebahagian yang lain berpecah kebahagian lengan, meraap ke dada.

Seluruh badan wanita hodoh sudah dikuasai semut-semut merah. Bunyi suara meresik yang memanjang mula kedengaran.

"Dari mana semut itu datang."

Ali Usman tujukan pertanyaan kepada datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kedua-dua sayap bahunya sambil menggelengkan kepala.

"Ganjil sungguh," keluh Ali Usman.

Datuk mengukir senyum sinis di kelopak bibir.

Saya tidak ambil kisah apa yang dikatakan oleh datuk dan Ali Usman. Sesungguhnya saya lebih berminat melihat gerak geri semut-semut mearh yang bagaikan berpesta makan besar di tubuh wanita hodoh yang terkedang di lantai.

Dia masih bernafas. Matanya yang masih belum diserbu semut-semut merah masih bergerak. Renungannya sayu ke arah saya. Seolah minta bantuan agar menghalau atau membunuh semut-semut merah yang menyelimuti seluruh tubuhnya.

Daya melawan masih ada dalam dirinya dan wanita hodoh cuba berusaha menghalau kumpulan semut dengan menggeliat dan menggerakkan tubuhnya. Usaha itu tidak berhasil sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja semut-semut itu yang jatuh di lantai.

Perbuatan wanita hodoh itu merangsang kemarahan sebahagian dari semut-semut merah yang masih berada di badannya.

Kumpulan yang tinggal itu semakin agresif mencarik-carik daging tubuh wanita hodoh. Dari kaki hingga paras leher, tidak ada daging yang tersisa. Sudah tinggal tulang.

Kumpulan semut merah terus bergerak dan merayap ke bahagian leher. Wanita hodoh mengerang menahan kesakitan dan kumpulan semut merah sudah pun mendarat di wajahnya.

Dari situ merangkak ke telinga. Suara keluhan dari wanita hodoh kian lemah dan lenyap begitu saja.

Dan akhirnya, seluruh muka, kepala, hilang dalam timbunan kumpulan semut merah. Si wanita hodoh juga hilang entah kemana. Terdengar bunyi deru angin yang amat kencang di luar rumah.

Ekor mata saya terus menjeling ke arah datuk dan Ali Usman. Mereka masih seperti tadi, masih termenung dan terkejut dengan apa yang mereka lihat.

"Allah hu Akbar."

Itu yang berbunga dalam kalbu, bila melihat seluruh tubuh wanita bertukar menjadi rangka. Kaku di tengah ruang bilik macam patung. Kaki (tulang) terkangkang. Tangan terkedang, tengkorak (bahagian muka) mendongak ke langit.

Siling bilik yang bertentangan dengan tengkorak terbuka sendiri. Begitu juga dengan atap di bahagian tersebut sudah terkopak.

Cahaya matahari segera menerkam tengkorak dan tulang-temulang di lantai yang nampak seakan-akan memancar sinar berkilat.

Lebih mengejutkan, kumpulan semut merah yang tadi berpesta riang memamah daging tubuh wanita dengan rakus hilang entah kemana. Deru angin di luar rumah tidak kedengaran lagi.

Sinar matahari yang jatuh pada longgokan rangka wanita hodoh tidak secerah tadi. Tetapi dari lubang bumbung yang ternganga itu kelihatan beberapa helai daun kering melayang-layang di udara sebelum jatuh ditepi longgokan tulang rangka.

"Semuanya macam tidak masuk akal," Ali Usman memberikan komentar.

"Susah nak cakap," balas datuk.

Dan seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah dua manusia tersebut. Datuk menggaru hujung dahi sebelah kiri dua tiga kali. Barangkali, dia juga merasa takjub berhadapan dengan suasana yang tidak pernah difikirkannya.

"Kruuuuuupppppp."

Tulang-tulang rangka bergerak sendirian. Beberapa detik berikutnya perlahan-lahan tulang rangka wanita hodoh yang dalam keadaan duduk itu jatuh satu persatu dan berserakan di lantai.

Sinar matahari yang masuk ikut lubang bumbung terus menyorot ke arah tulang yang bertaburan.

BERJALAN

"EH, tulang rangka berjalan?"

Serentak ungkapan itu terpancut dari kekopak bibir datuk dan Ali Usman. Tulang-temulang yang berserakan bergerak dan berkumpul menjadi satu longgokan.

Bagaikan ada kuasa tertentu atau angin yang menggerakkan tulang temulang tersebut menjadi selonggok.

Susunannya juga menarik, tulang-tulang kaki dan tangan berada di bahagian bawah. Diikuti dengan tulang kering, tulang paha dan punggong. Lapisan ketiga untuk tulang dada, belakang, tulang bahu dan tengkuk.

Tempat paling atas untuk tengkorak. Lubang mata yang terpelohong, hidung dan mulutnya, letaknya mendongak ke arah lubang bumbung. Lebih tepatnya mengadap ke langit.

Kami bertiga bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Dari sebelah kanan bucu bilik, di bahagian papan yang terkopak sedikit muncul dua tiga ekor kalkatu.

Ganjil sekali, biasanya kalkatu muncul waktu malam. Keganjilan kalkatu muncul siang, turut dirasakan oleh datuk dan Ali Usman.

"Ini bukan sebarang kalkatu," datuk luahkan suara hatinya.

Ali Usman anggukkan kepala. Setuju dengan datuk.

Kalkatu itu terbang ke arah longgokkan tulang temulang. Dalam sekelip mata saja jumlahnya bertambah lalu bergabung dengan kalkatu yang mula-mula muncul tadi yang (jumlahnya tidak lebih dari tiga ekor) sedang berlegar-legar atas tulang selonggok.

Kerana jumlahnya sudah banyak, kumpulan kalkatu yang berlegar-legar itu melahirkan bunyi berdengung yang kuat. Setelah puas berlegar-legar kumpulan tersebut membentuk satu bulatan seperti bentuk piramid.

Kumpulan pertama berada di tempat paling atas sekali. Dua tiga ekor yang berada di bahagian bawah jatuh atas longgokan tulang yang hilang.

Sebahagian dari kalkatu yang berada dalam bentuk susunan piramid keluar, terutama di bahagian tengah.

Kumpulan yang terkeluar itu terbang menuju ke arah saya dan Ali Usman. Keadaan itu membuat saya cemas. Kumpulan yang datang itu bukan sedikit, nampak hitam seperti sebiji bantal guling.

"Tunduk," jerit datuk.

"Jangan sampai kepaknya jatuh atas badan kamu berdua. Jangan biarkan badan kamu digigit kalkatu siang. Bisanya boleh membawa maut," sambung datuk.

Arahan datuk kami patuhi. Malah kami terus meniarap di permukaan lantai.

"Siapa suruh kamu meniarap, kamu berdua nak mati katak. Aku suruh kamu tunduk saja," datuk meledakkan kemarahan. Dengan segera kami bangun dan tunduk.

Kumpulan kalkatu yang datang menyerang itu melepasi kepala kami berdua. Sebahagian yang terlajak, tidak sempat berpusing balik lalu melanggar dinding.

Akibatnya jatuh bergelimpangan di lantai dan segera menjadi butir-butir pasir yang halus. Sebahagian yang terselamat terus menyelinap ke dalam lubang dinding.

Kerana tidak mendapat arahan selanjutnya dari datuk, saya dan Ali Usman terus tunduk hingga batang leher terasa tidak selesa.

Secara mengejut kulit di tempurung kepala terasa seperti disikat-sikat. Rambut hitam saya gugur di lantai. Begitu juga dengan rambut Ali Usman.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 229/284

BACA: SBDJ Siri 228: Dendam Wanita Hodoh
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Saturday, August 30, 2025

Bilakah 2 Kerosakan Bani Israel Dan Siapa Yang Membalas Kerosakan Tersebut?

Bilakah 2 Kerosakan Bani Israel Dan Siapa Yang Membalas Kerosakan Tersebut?

Firman Allah Taala, "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau." (Surah Al-Israa: 4)

2 Kerosakan Bangsa Israel

Dalam ayat-ayat berikutnya Allah SWT jelaskan setiap kali mereka lakukan kerosakan tersebut akan ada pembalasan daripada Allah SWT.

Soalannya ialah, bilakah dua kerosakan yang dilakukan oleh Bani Israel dan siapakah yang membalas kerosakan tersebut?

Ramai ahli tafsir yang menyatakan dua kerosakan tersebut telah berlaku.

Sheikh Wahbah al-Zuhaili menyatakan kerosakan pertama berlaku di mana yahudi mengubah kitab Taurat dan menyalahinya serta membunuh para nabi. Kerosakan kedua adalah membunuh Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan cubaan membunuh Nabi Isa a.s.

Allah SWT membalas kerosakan pertama mereka dengan satu bangsa yang datang menjajah mereka dengan beberapa peperangan. Mereka adalah tentera Babylon yang dipimpin oleh Bukhtunnasar. Pendapat ini dipegang oleh Ibn Abbas r.a.

Qatadah pula menyatakan mereka adalah tentera dari Parsi. Sheikh Wahbah Zuhaili memilih pendapat Ibn Abbas r.a. dan menyatakan bahawa yang penting ialah mengambil ibrah dan pengajaran iaitu penguasaan kumpulan yang kuat ke atas kumpulan yang melampau. Tidak penting siapakah peribadi mereka dan kumpulan mereka.

Balasan kepada kerosakan kedua ialah diutus kepada mereka musuh-musuh yang masuk ke Masjid Aqsa. Mereka masuk secara ganas menghancurkan dan membakar kitab Taurat sehingga tidak meninggalkan kesan pembangunan serta merosakkan tanaman.

Mereka ialah Raja Babylon yang bergelar Birdus atau Khirdus sebagaimana disebut oleh al-Baidhawi.

PANDANGAN SHEIKH SYA'RAWI

Mengikut Sheikh Sya'rawi dalam ayat keempat ini Allah SWT memberi hukuman kepada Bani Israel dan memaklumkan kepada mereka berkaitan melakukan kekeliruan dalam menerima manhaj Allah yang disampaikan oleh para rasul.

Adakah Bani Israel melakukan hanya dua kerosakan? Sedangkan mereka telah melakukan banyak kali kerosakan tetapi kenapakah Allah menyatakan dua kali kerosakan?

Ramai ulama membicarakan dua kali kerosakan ini dan bilakah ia berlaku. Mereka berpendapat ia berlaku sebelum datangnya Islam.

Kerosakan pertama ialah Bani Israel membunuh Nabi Zakaria. Kemudiannya mereka dihukum dengan dikuasai oleh Raja Nebuchadnezzar dari kerajaan Babilon

Kerosakan kedua ialah Bani Israel membunuh Nabi Yahya. Kemudiannya mereka dihukum dengan dikuasai juga oleh seorang raja dari kerajaan Babilon.

Namun begitu bagi orang yang memerhatikan dengan teliti surah Isra' mereka mendapati ia diikatkan dengan Islam.

Oleh itu yang dikehendaki dengan dua kali kerosakan ialah mereka lakukan kerosakan selepas kedatangan Islam.

Kronologi ayat ini ialah bermula dengan cerita berkaitan Israk Nabi SAW ke Masjid Aqsa dan kemudian Allah SWT menyatakan kisah Bani Israel. Ini menunjukkan Islam merentasi hingga ke tempat suci Bani Israel iaitu Baitulmaqdis.

Ia menjadi kiblat pertama umat Islam dan destinasi terakhir Israk Nabi SAW.

Sebenarnya, Baitulmaqdis termasuk dalam kawasan Islam di mana Islam datang untuk menjaga semua agama samawi dan Islam adalah untuk seluruh manusia.

Bagi yang mengkaji penyelewengan oleh Bani Israel akan mendapati terlalu banyak yang mereka lakukan sama ada buat-buat lupa manhaj Allah, menyembunyikan manhaj Allah atau mengubah manhaj yang Allah turunkan dengan tangan-tangan mereka. Kemudian menyatakan ia adalah daripada Allah.

Apakah terdapat kerosakan yang lebih besar daripada mengubah manhaj yang Allah turunkan?

Menurut Sheikh Sya’rawi, kerosakan pertama berlaku selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan melakukan perjanjian dengan tiga kumpulan Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani al-Nadhir dan Bani Qainuqa’.

Mereka mencabuli perjanjian tersebut dan melanggar dengan melakukan perkara yang dilarang. Lantas Nabi SAW menghukum mereka. Sebahagian mereka ada yang dibunuh dan sebahagian lagi dihalau ke Syam dan Khaibar.

Maksud "Hamba-hamba Kami" ialah Rasulullah SAW dan para sahabatnya iaitu ketika Rasul dan para sahabatnya telah masuk ke penempatan mereka, membunuh, menawan dan mengeluarkan mereka daripada bumi Madinah.

Makna "Yang gagah perkasa dan ganas serangannya" ialah keadaan orang beriman ketika itu di Madinah. Mereka menjadi kerajaan yang kukuh dan kuat, mampu menghadapi orang yang menceroboh perjanjian.

Tidak berlaku peperangan antara umat Islam dengan Bani Israel beberapa kurun sejak zaman Nabi SAW sehinggalah perjanjian Balfour pada 1917 yang memberi hak kepada Yahudi mendirikan kerajaan Israel di bumi Palestin.

Maksud "Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan" ialah kekuasaan Yahudi ke atas umat Islam diberikan pada tahun 1967.

Umat Islam tidak selama-lamanya kalah dengan Yahudi


Kumpulan ulama yang berpendapat bahawa dua kerosakan tersebut berlaku ketika Zaman Nabi Muhammad SAW hidup dan pada zaman kini di mana pada zaman yang sedang menyaksikan penjajahan Negara Haram Israel terhadap Palestin.

Majoriti mereka adalah ulama yang hidup pada zaman kini seperti Syeikh Thantawi, Dr Wahbah Zuhaili, Syeikh Sya’rawi, Dr Solah Al-Khalidi, Dr Abdul Muiz Abdul Sattar dan ramai lagi.

Bagi mereka, dua kerosakan tersebut adalah seperti dalam perenggan berikut:

Kerosakan pertama adalah di Madinah. Yahudi daripada sebilangan suku kaum cuba beberapa kali untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, membunuh sebilangan para sahabat dan penduduk Madinah yang tidak bersalah, berkomplot dengan Quraisy dan Munafiqin untuk menghapuskan kerajaan Islam pertama dalam sejarah Islam, memungkiri perjanjian Madinah, menyeleweng agama yang mereka diperintahkan untuk menganutinya sebelum Rasullah SAW diutuskan, selepas baginda diutuskan, mereka memusuhi pula baginda walaupun mengetahui kebenarannya adalah apa yang dibawa oleh baginda SAW. Kerosakan ini telah berakhir dengan keluarnya mereka dari bumi Madinah.

Kerosakan kedua adalah di bumi Palestin pada zaman kini. Jelas dan tidak perlu lagi diperincikan. Semenjak jatuhnya kerajaan Othamaniah 1922 sekitar tahun 1922 dan pengiktirafan penjajah British Zionis di atas bumi Palestin, ia telah membuka pintu seluas-luasnya untuk Yahudi Zionis menjajah Palestin. Ia bukan sejarah, ia masih berlaku. Kerosakan ini masih berlaku di hadapan mata umat Islam.

Tuntasnya, majoriti ulama zaman silam mengatakan dua kerosakan Bani Israel adalah pada zaman sebelum Nabi Muhammad SAW, ia telah berlaku dan telah berakhir dan ia berlaku di bumi Palestin.

Bagi pendapat ulama zaman kini atau kontemporari, mejoritinya mereka mengatakan dua kerosakan ini berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pada zaman kini.

BERGEMBIRALAH WAHAI UMAT ISLAM

Firman Allah SWT: "Oleh itu, apabila menjelang waktu hukuman pembalasan kezaliman yang kedua." (Isra’:7) maknanya akan datang kerosakan kedua kepada mereka.

Ayat ini memberi berita gembira kepada umat Islam supaya kita kembali sebagaimana umat Islam terdahulu.

Hendaklah kita sedar, bangkit dan kembali kepada manhaj Allah maka ketika itu umat Islam akan menang ke atas yahudi. Umat Islam akan memasuki Masjid al-Aqsa dan menyelamatkanya daripada tangan-tangan Yahudi.

Jika diperhatikan kepada firman Allah "Mereka memasuki Masjid Baitulmaqdis sebagaimana mereka memasukinya kali pertama".

Kali pertama umat Islam memasuki Masjid Aqsa ialah pada zaman khalifah Umar al-Khattab r.a.

Pada ketika itu Masjid Aqsa berada dalam tangan Nasara berbangsa Roman bukan Yahudi. Tapi kali ini umat Islam yang memasuki Masjid Aqsa yang berada di bawah penguasaan Yahudi.

Umat Islam akan menghancurkan mereka dan membersihkan Masjid Aqsa daripada kotoran Yahudi.

Al-Quran tidak akan berkata, "sebagaimana mereka memasukinya kali pertama" kecuali ia berlaku dua kali memasuki Masjid al-Aqsa dengan sekali mereka iaitu Yahudi dikeluarkan.

Apa yang berlaku sekarang iaitu pengumpulan Yahudi di bumi Palestin yang bermula dengan Deklarasi Balfour pada 1917 dan sokongan kuat kuasa besar dunia terhadap Yahudi dan mereka memusuhi Islam, sebenarnya adalah memudahkan untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka.

Kemenangan terakhir adalah milik Islam dan umatnya.

Jarak untuk mencapai janji kemenangan ini bergantung kepada umat Islam sendiri sejauh manakah mereka berpegang kepada manhaj Allah.

Penulis:
Dr Khairul Anuar Mohamad,
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

-Sentiasapanas.com

Friday, August 29, 2025

SBDJ Siri 228: Dendam Wanita Hodoh

SBDJ Siri 228: Dendam Wanita Hodoh

Dan dalam sekelip mata juga, rangka tersebut kembali kepada keadaan asal. Kemudian bertukar semula menjadi rangka. Bertukar balik menjadi tubuh manusia. Begitulah seterusnya, sering bertukar ganti rupa dan bentuk. Semasa proses penukaran itu suasana dalam ruang bilik diterangi dengan kilaun cahaya merah dan hijau, gerakan cahaya itu tidak ubah macam pancaran kilat.

Toyol jadi-jadian

Bila terpancar warna hijau, tubuh wanita hodoh menjadi rangka, tengkorak kepalanya putih berkilat, lubang mata dan hidungnya terpelahang. Bila bergerak seluruh sendinya berbunyi macam bunyi tayar lori melanggar batu kerikil dijalan baru.

Bila pancaran hijau bertukar merah, rangka wanita bertukar menjadi tubuh manusia yang cukup sempurna. Pancaran warna yang sering bertukar menyebabkan pandangan menjadi silau. Mata menjadi pedih dan perit.

Seiring dengan pancaran warna itu, terdengar suara lelaki mengerang, merintih menahan rasa sakit yang amat sangat serta diselang seli dengan suara perempuan ketawa dan mengilai panjang.

Apa yang terdaya kami lakukan adalah pasrah pada keadaan. Bersedia menghadapi apa saja yang datang. Jauh di sudut hati, masih berbunga harapan yang datuk tidak akan berdiam diri, jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Ali Usman kelihatan tidak tenang sekali. Wanita hodoh terus mengusap-usap kepala bayi yang dipangkunya. Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai terus bergema.

"Kita hadapi apa saja yang terjadi," dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk masih sempat melafazkan pesanan.

"Saya faham dan bersedia," balas Ali Usman.

Dan saya hanya angguk kepala.

Tiba-tiba secara mengejut, pancaran cahaya hijau merah berhenti. Sekujur tubuh wanita berwajah hodoh kembali dalam bentuk asal, tidak lagi bertukar menjadi rangka. Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai turut lesap. Keadaan kembali tenang.

"Kenapa senyap dan sunyi," bergema persoalan dalam kalbu, bila berdepan dengan situasi yang saya kira cukup ganjil sekali. Rasa sepi menguasai sekitar.

Ruang bilik yang tadi riuh rendah dengan berbagai-bagai bunyi, bertukar rentak terasa sunyi dan kosong.

Gegendang telinga bagaikan hilang kuasa untuk menangkap sebarang kesan bunyi yang terjadi dalam bilik. Rasa cemas dan takut bersarang di dada.

Kami saling berpandangan dan mengharapkan salah seorang daripada kami dapat memberikan idea utuk memecahkan kebuntuan yang sedang dialami.

Wanita berwajah hodoh tahu masalah yang sedang kami hadapi. Dia tersenyum dan akhirnya ketawa. Dia melafazkan sesuatu ke arah kami.

Sayang, apa yang dituturkan tidak mampu ditangkap oleh anak telinga kami. Wanita berwajah hodoh makin menjadi-jadi, dia menari-nari sambil mengoyang-goyangkan punggungnya.

"Allahu Akbar."

Datuk bertempik sambil tangan kirinya memukul lantai bilik. Serentak dengan itu gegendang telinga kami berfungsi kembali, semuanya dapat didengar dengan jelas dan terang.

Rasa sepi yang menguasai segera berakhir. Bunyi bising dan hinggar binggar datang kembali.

SENYUM

Muka Ali Usman segera saya lihat. Ada senyum berlari di kelopak bibir. Datuk juga saya renung, orang tua itu masih membongkok, telapak tangannya kelihatan melekat di lantai seperti kena gam.

Datuk kerah seluruh tenaganya untuk memisahkan telapak tangannya yang melekat. Urat leher dan dilengannya nampak timbul.

"Dia mula memperdayakan aku," cetus datuk dengan muka berkerut.

"Itu satu permulaan," wanita berwajah hodoh menyindir.

"Aku tahu, jangan fikir aku mahu menyerah begitu saja," keras nada suara datuk.

Benih-benih peluh mula meruap di dahi dan pangkal leher. Tidak ada tanda-tanda datuk mahu menyerah. Segala kekuatan tenaga dan ilmu mula dimanfaatkan.

"Allahu Akbar."

Suara kemenangan menguasai seluruh ruang bilik. Telapak tangan yang melekat di lantai terpisah. Datuk berdiri gagah dan wanita berwajah hodoh tercengang, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Mengapa aku harus menjadi mangsa kamu," satu pertanyaan yang garang dari datuk.

"Tanpa kamu, semua angkara ini tidak terjadi."

"Aku sekadar menolong."

"Pembohong, kamu mahu menjahanamkan apa yang ada pada aku."

"Biar aku jelaskan."

"Diam..." jerit wanita berwajah hodoh.

Datuk terdiam tetapi, sepasang bola matanya tidak bergerak dari menatap seluruh tubuh wanita tersebut. Datuk tahu, kalau renungannya dialihkan ke arah lain dia akan menerima akibat buruk.

Jeritan yang bergema sebentar tadi bertujuan untuk mengalihkan perhatian datuk.

Secara lojiknya, tidak ada sebab wanita tersebut mesti menjerit kerana datuk bercakap dalam nada suara yang lembut, penuh persahabatan.

"Kamu orang tua sial."

Jari telunjuk wanita hodoh menuding ke arah batang hidung datuk. Darah saya tersirap kerana datuk tidak bertindak balas. Masih tenang, seolah-olah kata-kata itu tidak memberikan sebarang kesan pada dirinya.

"Bummmmmmm...."

Satu ledakan kecil terjadi di depan wanita berwajah hodoh. Seluruh ruang bilik mula dikuasai bau hangit dan hapak. Kepulan asap kecil dan nipis muncul di kiri kanan wanita tersebut.

Asap nipis sedikit demi sedikit bertukar warna menjadi hitam tebal hingga tubuh wanita yang memangku bayi hilang dari penglihatan kami.

"Kita keluar dari rumah neraka ni," satu usul dari Ali Usman.

"Ayuh," sahut saya.

Tdak ada sebarang bantahan dari datuk. Serentak kami memusingkan tubuh menghala ke pintu untuk keluar.

Sebelum langkah sulung dimulakan, terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Badan terasa bergegar dan terangkat secara perlahan-lahan.

TERHEMPAS

Sebelum pun sempat kami mengatur strategi, tubuh kami berpusing-pusing dalam ruang bilik yang hangit dan hapak.

Akhirnya terhempas ke dinding dengan kuat, seluruh sendi bagaikan mahu tercabut rasanya. Sakitnya tidak boleh di ceritakan. Lebih dari lima minit kami terkapar di situ.

"Hei kamu semua, mahu ke mana?"

Wanita berwajah hodoh tercegat di depan kami. Bayi yang dipangku berubah tempat. Kini berada di atas bahu dengan kedua belah kakinya terjuntai ke dada hampir mencecah hujung puting payu dara. Kedua dua belah tangan bayi memeluk dahi ibunya.

"Bagaimana? Masih macam tadi juga?"

Ternyata pertanyaan itu ditujukan kepada Ali Usman yang baru saja menyandar tubuh ke dinding. Datuk terus memicit hujung sikunya. Bunyi deru angin sudah mati, digantikan dengan bunyi bising yang tidak menentu.

"Bagaimana, masih mahu berkeras?"

Suara wanita berwajah hodoh bertambah lantang. Mungkin dia marah kerana pertanyaan tidak dijawab oleh Ali Usman. Bunyi bising hilang secara mengejut.

Datuk sudah pun berdiri, saya masih terkial-kial berusaha untuk duduk macam Ali Usman.

"Tak dapat nak buat keputusan," ulang wanita berwajah hodoh.

Ali Usman terus membisu.

"Kamu menolak peluang yang baik ini?"

"Iya, aku menolak," tingkah Ali Usman penuh yakin.

"Kamu mengkhianati perjanjian yang dibuat antara aku dan bapa saudara kamu."

"Heii, aku tidak masuk campur dalam perjanjian dengan syaitan, perkara itu memang aku tidak tahu. Macam mana, aku kamu babitkan."

"Kamu pengkhianat."

Wanita berwajah hodoh tidak mampu mengawal kemarahannya. Mukanya nampak merah. Dua tiga kali dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai bilik. Rumah terasa bergegar seketika.

Dalam keadaan yang begitu kritikal, Ali Usman dapat berdiri lalu menghadapkan wajahnya ke muka wanita hodoh.

"Jangan tentang anak matanya Ali," terpancut kata dari kelopak bibir datuk.

"Kekuatannya sekarang berkumpul di situ, dia akan menggunakan segala kebolehannya menunduk kamu."

"Hai orang tua, ini bukan urusan kamu," dengan segera wanita hodoh mengalihkan pandangannya ke arah datuk.

"Aku sekadar menolongnya, memenuhi permintaannya," balas datuk dalam nada suara yang lembut dan tenang.

HODOH

Saya lihat wanita hodoh menarik nafas dalam-dalam. Bayi yang berada di tengkuk diturunkan lalu dipangku dan dihayunkannya ke kiri dan ke kanan.

Sepasang tangan dan kaki bayi bergerak-gerak. Terdengar suara bayi merengek kegelian. Sebaik sahaja suara rengekan itu berhenti, bayi dalam pangkuan segera didakap erat ke dada. Kedua-dua belah pipi wanita hodoh nampak kembung, macam perut ikan buntal.

"Puuuhhhhh...."

Saya melihat ke arah mulut wanita hodoh, baju dan seluar datuk nampak bergerak, begitu juga rambutnya. Datuk terpaksa membongkok melawan arus angin yang keluar dari mulut wanita hodoh.

Andainya datuk berdiri tegak sudah tentu badannya bergerak dan terhumban ke dinding seperti tadi. Sebelum kejadian pertama berulang untuk kali kedua, datuk sudah pun mempersiapkan diri.

Wanita hodoh kelihatan panik, hembusan angin dari mulut yang selama ini mempunyai kekuatan untuk menjatuhkan pokok dan manusia, ternyata kali ini tidak berfungsi.

Datuk masih bertahan dalam keadaan yang cukup selesa. Wanita hodoh yang tak kenal erti putus asa terus berusaha. Kali ini dia dibantu oleh bayi dalam pangkuannya. Tetapi, tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk.

"Dia lelaki tua yang hebat," keluh wanita hodoh.

Rasa kecewa dan hampa tergambar diwajahnya kerana gagal menghempaskan tubuh datuk ke dinding melalui hembusan angin dari mulut.

Bayi dalam pangkuan bersuara seperti katak memanggil hujan. Wanita hodoh tumpukan seluruh perhatian pada nada dan irama bunyi suara tersebut.

Dua tiga kali dia anggukkan kepala, menandakan faham dan mengerti dengan erti bunyi tekanan nada suara si bayi dalam pangkuan.

"Itu satu arahan," tutur datuk.

"Bukan urusan kamu," balas wanita hodoh.

Datuk tersenyum sinis. Ali Usman menggigit jari manis dan saya ingin memastikan apakah kata-kata datuk itu tepat atau sebaliknya.

Ramalan datuk menjadi kenyataan. Nada suara si bayi yang menyerupai bunyi katak memanggil hujan adalah satu arahan.

Sebaik suara itu berhenti. Wanita hodoh menundukkan kepalanya ke lantai, kemudian diangkat perlahan-lahan, hingga tegak 90 darjah, menentang anak mata hitam datuk.

Dengan pantas datuk membengkokkan kepala lututnya yang sekali gus merendahkan tubuh hingga anak matanya berada di paras dada wanita hodoh. Dalam erti kata lain, mata datuk tidak berlaga dengan anak matanya.

Tindakan selanjutnya, wanita hodoh meluruskan kedua-dua belah tangannya ke depan dan turut merendahkan tubuh seperti datuk buat seketika.

Berdiri kembali dan kali ini bayi dalam pangkuan menghulurkan sepasang tangannya ke arah wanita hodoh.

Tanpa membuang masa wanita hodoh mematahkan jari telunjuk kiri dan kanan bayi dengan tenang. Setiap batang jari telunjuk yang dipatahkan itu dicabut, bayi dalam pangkuan ketawa macam digelitik.

Kedua-dua jari telunjuk yang dicabut itu diramas-ramas sehingga menjadi berkeping-keping. Kemudian diuli hingga bulat sebesar buah guli kaca. Dan guli dari jari kelingking itu dibalingkan ke arah datuk.

Kerana datuk sentiasa bergerak dan pantas mengelak, tidak ada satu pun yang singgah di tubuh datuk.

Semuanya terhempas ke dinding bilik akhirnya menghasilkan ledakan kecil-kecilan yang membingitkan anak telinga.

Saya dan Ali Usman menyaksikan semua kejadian aneh itu dengan penuh teliti di samping berjaga-jaga. Bimbang kalau kami berdua akan menjadi mangsa kemarahan wanita hodoh.

"Huuuuhhhh," jerit wanita hodoh sambil menampar-nampar dada dan meramas-ramas kepala bayi dalam dakapan. Dia bagaikan tahu, bahawa datuk bukanlah lawannya.

Dia perlu mengatur strategi lain hingga kejayaan berada di pihaknya. Apa yang pasti si wanita hodoh memang tidak kenal erti putus asa. Tidak kenal erti kekalahan. Apa yang dia tahu ialah kemenangan harus berada di pihaknya.

JALAN

Satu-satunya jalan menuju kemenangan ialah mempergunakan kelemahan Ali Usman. Untuk kesekian kalinya anak matanya mencari anak mata Ali Usman.

Pesan datuk tidak dilupakan. Ali Usman segera berusaha dengan sedaya yang boleh agar anak matanya tidak bertembung dengan anak mata wanita hodoh.

Di saat Ali Usman dan wanita hodoh berlawan, datuk mengambil peluang meluruskan tangan. Kemudian dengan tenang datuk berdiri seperti biasa, mengeliat untuk menghilangkan lenguh-lenguh di sendi akibat terlalu lama membongkok.

Di samping itu datuk membuka langkah silat-silat yang agak ganjil. Dengan menggunakan kekuatan kedua-dua belah ibu jari kakinya datuk mengatur langkah silat.

Silat yang menggunakan ibu jari kaki kiri dan kanan untuk mengawal pergerakan badan dan langkah silat, jarang digunakan oleh datuk.

Malah dia tidak pernah mengajar ilmu silat yang disebut SILAT SABUI kepada saya.

Silat yang banyak menggunakan kekuatan ibu jari kaki dan ibu jari tangan itu, lebih tertumpu pada kekuatan mental dan gerak cepat bahagian lengan.

Betis kaki yang menggerakkan jari jemari kaki dan tangan untuk mencakar bahagian dada, muka dan belakang lawan hingga terkoyak dan sekali gus menarik dan tulang pihak lawan terkeluar dari bahagian tubuh.

Silat Sabui ini berlandaskan kerohanian yang tidak lari dari hukum agama. Tetapi, kalau salah bawa boleh terpesong jauh dari hukum-hukum agama malah boleh terkeluar dari akidah.

Itulah salah satu sebab datuk tidak mahu menurunkan ilmu silat itu kepada anak muridnya kecuali hal-hal pengetahuan agama. Tidak boleh diajarkan kepada sebarang orang.

Apa yang saya tahu cuma ada tiga orang sahaja anak muridnya di Tanah Semenanjung, seorang di Benut-JOHOR dari suku Bugis, seorang di kawasan Padang Terap-Kedah dari suku Acheh dan seorang lagi di Kawasan Pulau Kerengge-Terengganu.

Anak murid di Benut lepasan Sekolah Al-Junid-Singapura, seorang lagi AL-Mashoor, Pulau Pinang dan yang akhir tamat pengajian dari Arab Saudi.

Mereka adalah tokoh agama ulama tempatan dan tidak ramai yang tahu tentang kebolehan ketiga-tiga insan tersebut.

Sebabnya, mereka ditegah memperlihatkan kebolehan atau ketangkasan ilmu yang dimiliki pada khalayak ramai.

Silat Sabui, hanya boleh dimanfaatkan bila keadaan terdesak. Tetapi wajib digunakan demi mempertahan agama dan maruah bangsa terutama bila diancam oleh puak bukan Islam yang bertujuan mempersendakan agama Allah.

Andainya, anggota silat Sabui tidak memanfaatkan ilmu yang ada untuk mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam, mereka dianggap dayus dan tidak keterlaluan boleh dicap sebagai pengkhianat agama.

"Berhenti."

Saya dan Ali Usman terkejut. Suara wanita hodoh cukup kuat. Rupa-rupanya dia sedang menuangkan kemarahannya ke arah datuk yang sedang menyusun tapak langkah silat sabui.

Matanya merah menyala, macam biji saga dan dari kedua-dua belah bahunya keluar asap. Telinga kiri dan kanannya sekejap mengembang, sekejap mengecut mengikut tarikan nafasnya.

"Kamu biadap, ambil ini."

Wanita hodoh mencampakkan bayi dalam pangkuannya yang sudah menjadi seketul bara ke arah datuk.

Kerana sudah menjangka apa yang akan berlaku, datuk sudah bersedia, dengan meluruskan kedua belah tangan dan mengembangkan telapak tangan dan jari jemari ke arah ketulan bara besar yang menuju ke arahnya.

Tiba-tiba kelajuan ketulan bara terhenti di tengah-tengah antara datuk dan wanita hodoh, berlegar-legar di situ sambil mengeluarkan bunyi letupan kecil yang membentuk bunga api halus dan tajam.

Tiba-tiba wanita hodoh terjatuh di lantai dan ketulan bara yang berada di awang-awangan kembali menjadi bayi lalu kembali ke pangkuan wanita hodoh.

"Hiss..." nyaring suara wanita hodoh.

Dalam sekelip mata dia sudah berdiri. Semua rambutnya menutup muka. Biji matanya tidak dapat dilihat kerana dilindungi rambut yang hitam. Saya kira ini juga merupakan taktik.

Dengan berbuat demikian, kami bertiga menyangka matanya di tutup rambut tidak dapat melihat kami, padahal dari celah-celah rambut hitam itu dia dapat melihat anak mata kami bertiga dengan jelas.

JELAS

Dengan demkan dia dapat melakukan sesuatu atau melemahkan kami melalui renungan matanya yang bertembung dengan mata kami.

Dan kali ini bayi dalam dakapan yang sejak tadi diam, tiba-tiba menangis dengan semahu-mahunya.

Ini juga merupakan satu helah, bagi menarik perhatian saya, Ali Usman dan datuk. Bila kami terleka atau terlalai dia akan melakkan sesuatu untuk membinasakan kami.

"Aaaaaa...."

Itu tanda isyarat dari datuk agar kami berhati-hati dan berjaga-jaga. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan tipu helah wanita hodoh itu. Kerana isyarat sudah diberikan, maka kami pun lebih bersedia.

Perhatian saya dan Ali Usman tertumpu ke arah tubuh wanita hodoh yang menggerakkan tubuhya dari kiri ke kanan secara perlahan-lahan.

Bila bahagian dadanya berdepan dengan dada Ali Usman, gerakan tubuhnya terus terhenti. Rambut hitam yang menutup muka sebelah kiri dikuaknya lalu disangkutkan ke telinga. Dengan sebelah mata dia memandang ke arah Ali Usman.

"Kau manusia pendusta, pengkhianat. Tidak sebaik bapa saudara kamu. Kamu yang mungkir janji, tidak akan aku lepaskan begitu saja," satu amaran keras dari wanita hodoh untuk Ali Usman yang nampak terkejut.

"Tapi..."

"Jangan bertapi lagi, kamu terimalah akibat dari perbuatan kamu," wanita hodoh memotong cakap Ali Usman dengan pantas sekali.

Dan kali ini Ali Usman nampak cemas, entah mengapa tiba-tiba badannya menggigil semacam, tidak boleh berdiri. Semua urat urat sendinya bagaikan terasa mahu bercerai.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 228/284

BACA: SBDJ Siri 227: Di Pintu Kematian
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Tuesday, June 17, 2025

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4 (Video)

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4 (Video)

Pada hari keempat konflik, Iran kembali melancarkan serangan misil besar-besaran ke wilayah utara Israel, termasuk Haifa. Beberapa misil menimpa kawasan kilang minyak Bazan di Haifa, memicu kebakaran hebat dan kerosakan signifikan pada paip serta infrastruktur transmisi. Akibatnya, operasi keseluruhan kilang terhenti sepenuhnya.

Iran Serang Kilang Minyak Haifa

Kilang milik Bazan Group, kilang terbesar di Israel, telah ditutup operasi sementara untuk penilaian dan pembaikan—kerosakan terutama pada pembangkit elektrik dan sistem wap.

Nilai ekonomi Kilang Penapisan Minyak Haifa

Penting untuk memahami bahawa Bazan Group yang mengendalikan Kilang Penapisan Minyak Haifa merupakan komponen utama dalam ekonomi Israel — terutamanya di utara negara tersebut.

Kapasiti & Sumbangan Ekonomi
  • Kapasiti penapisan: Mengendalikan hampir 197,000 tong sehari (~66 juta tong setahun), menjadikannya kilang terbesar di Israel.
  • Pengeluaran tahunan: Lebih kurang 9–10 juta tan metrik produk petroleum setahun. Bahan yang dihasilkan meliputi bahan bakar (gasolin, diesel, kerosen), aspal, bahan mentah untuk industri petro-kimia dan produk plastik seperti parafin.
  • Kilang dan bahan kimia tambahan: Melibatkan jenama seperti Gadiv, yang menghasilkan lebih 500,000 tan bahan petro-kimia setiap tahun.

Peranan Sosio-Ekonomi & Pekerjaan
  • Tenaga kerja: Bisnes penapisan dan petrokimia ini mengupah sekitar 1,500–1,800 pekerja tetap, selain 2,000 kontraktor.
  • Pendapatan: Pada 2015, BAZAN melaporkan pendapatan sebanyak $13.52 bilion, pertumbuhan operasi kira‑kira $4.47 bilion aset. Ia menyokong sekitar 40% jualan domestik dan pengeksport bahan mentah ke industri di luar Israel.

Impak Keseluruhan Ekonomi
  • Sumbangan kepada GDP & perdagangan: Kilang ini merupakan tulang belakang tenaga Israel, membekalkan bahan bakar pengguna, industri dan bahan masukan bagi sektor kimia & plastik.
  • Penyedia tenaga dan sumber domestik: Sebelum pembangkitan elektrik diubah suai, ia turut mengeksport stim dan elektrik kepada pelanggan industri.
  • Industri sekitarnya: Lokasinya yang bersebelahan dengan Pelabuhan Haifa menyokong logistik, eksport dan import; kilang ini menyumbang kepada penciptaan rantaian pengeluaran dan perkhidmatan sokongan.

Berdasarkan laporan terbaru, berikut adalah kerugian ekonomi akibat hentinya operasi Kilang Penapisan Minyak di Haifa (Bazan) selepas serangan roket Iran:

1. Penutupan dan kerosakan infrastruktur kilang

Pada 16 Jun 2025, kilang utama milik Bazan di Haifa terpaksa ditutup selepas stesen kuasa berkaitan mengalami kerosakan dari serangan peluru berpandu Iran; tiga pekerja maut dalam insiden tersebut

Laluan paip dan kemudahan hiliran turut rosak, menyebabkan hampir keseluruhan kompleks berhenti beroperasi.

2. Gangguan dalam rantaian bekalan domestik

Penutupan ini menyebabkan gangguan besar terhadap penggunaan petrol, diesel, bitumen dan bahan kimia yang dihasilkan tempatan, sehingga memberi tekanan kepada kebergantungan terhadap import.

Penutupan juga memberi kesan kepada penggunaan bahan asas untuk industri lain seperti pembuatan plastik dan semen di isi rumah Israel.

3. Kenaikan harga minyak dunia

Serangan tersebut menaikkan harga Brent kepada sekitar $74 setong (naik ~7%), satu lonjakan yang mempengaruhi kos pengimportan tenaga secara global

Sekalipun harga kemudiannya sedikit stabil, kos bahan bakar domestik sejak awal insiden ini sudah bertambah, menjejaskan pengguna dan perniagaan tempatan.

4. Impak dalam output dan eksport tenaga

Dua daripada tiga ladang gas utama Israel (Leviathan dan Karish) ditutup, mengurangkan bekalan gas domestik sebanyak hampir dua pertiga dan menjejaskan eksport gas ke Jordan dan Mesir

5. Kesan sosial dan ekonomi tempatan

Selain kecederaan nyawa dan kehilangan peluang pekerjaan sementara, aktiviti industri dan perniagaan di sekitar Haifa turut terhenti, mengganggu ekonomi tempatan.

Industri sekitar kilang berkait, termasuk 10,000 pekerja dan ratusan syarikat pengedaran, turut terkesan

6. Kos pembaikan & potensi pelaburan semula

Kerugian segera termasuk kos untuk membaiki stesen janakuasa, paip, sistem elektrik, dan menghasilkan semula stok produk.

Kos membaiki dan menggantikan kapasiti yang hilang dianggarkan dalam ratusan juta USD, dan menambah lagi beban ke atas ekonomi Israel.


Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Saturday, June 07, 2025

Ajaibnya Keikhlasan

Ajaibnya Keikhlasan

Apabila disebut perkataan ajaib, tentunya ada kaitan dengan sesuatu perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita yang terbatas kerana tiada penerangan saintifik mampu menjelaskan situasi berkenaan.

Kisah Amir Naik Haji
Kisah Amir.

Tidak kira sama ada mempunyai pegangan agama atau tidak, berpendidikan atau tiada, apabila berlaku keajaiban, kesemuanya cukup gembira dan terharu dengan kejadian tersebut.

Namun, ada juga yang berduka dengan kelalaiannya sendiri setelah ditarik nikmat yang dikecapi selama ini.

Sebetulnya, keajaiban boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ada ketikanya seseorang yang telah koma berpuluh tahun telah sedar dan pulih, serta dapat hidup seperti sediakala.

Ada juga yang berjaya mengandung anak pertama setelah usianya begitu lanjut dan hampir berputus harap untuk mendapatkan zuriat.

Begitu juga dengan pelajar yang begitu lambat dan cukup lemah dalam pelajaran sewaktu di sekolah rendah akhirnya boleh menjadi seorang doktor pakar.

Malah, ada juga yang bertemu jodoh dengan kekasih lama setelah begitu lama berpisah.

Selain itu, keajaiban juga boleh berlaku dalam proses perkembangan kehidupan manusia. Kalau dahulu mereka hidup susah dan miskin, namun telah menjadi kaya-raya hanya kerana bekerja sebagai tukang kebun kepada seorang jutawan yang tidak mempunyai anak untuk mewarisi hartanya.

Begitu juga dengan orang yang bergelar super jutawan boleh jatuh miskin kerana ditipu oleh rakan baik sendiri.

Kisah tentang keajaiban juga diceritakan dalam satu hadis sahih oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang pelacur diampuni oleh ALLAH. Wanita itu lalu berhampiran seekor anjing di sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kerana kelaparan. Lalu wanita itu menanggalkan seliparnya, kemudian mengikat dengan tudung kepalanya, lalu mengambil air untuk anjing tersebut. Wanita itu diampuni dosanya kerana hal tersebut." (Hadis Riwayat Bukhari)

Hakikatnya, keajaiban berlaku bukan disebabkan oleh pemberian daripada pelacur itu, namun disebabkan oleh keikhlasan yang ada dalam hati wanita itu yang menyebabkan perbuatan tersebut diangkat begitu tinggi di sisi ALLAH SWT.

Isu keikhlasan juga pernah dikongsi cerita oleh Mufti Menks dari Zimbabwe berkaitan doa seorang wanita yang dimakbulkan ALLAH untuk bertemu dengan seorang doktor di Pakistan yang mempunyai kepakaran dalam bidang neurologi.

Kesan doa wanita tersebut menyebabkan kapal terbang kecil yang dinaiki oleh doktor itu seperti 'dipaksa' untuk mendarat cemas di perkampungan beliau.

KISAH AMIR NAIK HAJI

Amir adalah seorang rakyat Libya yang pergi ke lapangan terbang untuk berangkat menunaikan haji, namun semasa dia sedang menyelesaikan urusan imigresen, pihak keselamatan mendapati ada masalah keselamatan yang berkaitan dengan namanya.

Pegawai keselamatan berkata kepadanya, "Kami akan cuba selesaikan, tapi kamu perlu tunggu sekejap."

Dalam masa itu, semua jemaah haji lain telah selesai urusan mereka, menaiki kapal terbang, pintu ditutup, dan selepas masalah Amir diselesaikan, malangnya juruterbang menolak untuk membuka pintu semula. Kapal terbang itu pun berlepas tanpanya.

Pegawai keselamatan di lapangan terbang berkata, "Apa boleh buat, nampaknya bukan rezeki kamu untuk pergi haji tahun ini."

Tapi Amir tetap bertegas dan berkata, "Saya takkan balik. Saya sudah berniat untuk haji dan insyaAllah saya akan tetap pergi."

Tiba-tiba mereka menerima laporan bahawa pesawat itu mengalami kerosakan teknikal dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang. Kapal terbang itu dibaiki, tetapi juruterbang masih enggan membuka pintu.

Pegawai keselamatan kembali berkata, "Nampaknya bukan rezeki kamu juga kali ini."

Namun Amir dengan penuh keyakinan menjawab, "Niat saya tetap untuk haji dan InsyaAllah saya akan tetap pergi."

Tidak lama selepas itu, pesawat yang sama mengalami kerosakan sekali lagi dan terpaksa kembali semula.

Ketika itu, juruterbang akhirnya berkata, "Saya takkan berlepas selagi Amir belum naik pesawat ini."

Akhirnya, Amir menaiki pesawat itu, berlepas ke Arab Saudi dan kemudian memuat naik video dari sana dengan wajah yang benar-benar gembira dari lubuk hati.

"Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia." (Surah Yasin: 82)

Niat yang ikhlas tidak akan pernah disia-siakan oleh Allah SWT.

YAKIN PERTOLONGAN ALLAH

Justeru, niat yang benar-benar ikhlas kepada ALLAH dalam melakukan kebajikan dan sentiasa berdoa kepada ALLAH dengan penuh pengharapan akan membantu kita memperoleh apa yang tidak terfikir untuk diperoleh.

Pupuklah niat yang ikhlas dalam diri sepanjang masa agar sentiasa mendapat keberkatan ALLAH SWT.

Umar bin al-Khattab r.a. telah berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Selain itu, kesabaran dan ketabahan kita mendepani setiap ujian serta cabaran akan menjadikan kita lebih kuat dan diangkat darjat yang lebih tinggi oleh ALLAH SWT.

Pun begitu, bagi mereka yang masih menganggap bahawa nikmat yang diperoleh bukannya ujian untuk mereka, menyebabkan segala nikmat yang dikecapi selama ini akan ditarik dengan begitu mudah oleh ALLAH SWT.

Keajaiban yang dikurniakan kepada kita disebabkan tiga perkara penting iaitu; sentiasa menanamkan perasaan ikhlas dalam diri, bersabar dan jangan mudah berputus harap dengan ujian yang diterima serta sentiasa menyedari bahawa segala nikmat dikurniakan ALLAH SWT, sebenarnya adalah ujian yang lebih besar kepada kita.

Biasakan lidah sentiasa menyebut ungkapan 'Cukuplah ALLAH bagiku' supaya kita sentiasa terlindung dan mendapat bimbingan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 227: Di Pintu Kematian

SBDJ Siri 227: Di Pintu Kematian

Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati Ali Usman. Suara tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan. Keresahan segera menggoncang dada. Wajah datuk pun dijeling, dia nampak tenang sekali. Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri.

Toyol jadi-jadian

Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila terlihat beberapa ekor lipas lari di lantai lalu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh.

"Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya.

"Yahooooo..."

Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan itu memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah lelangit rumah.

"Hisss..."

Ali Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak matanya sebentar terbuka dan sebentar terkatup.

Bila kelopak matanyanya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil tidak beralih. Seolah-olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu

"Hati-hati Ali," saya mengingatkannya.

"Itu urusan dia, bukan urusan kamu."

Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah pada datuk.

Puncak dari kemarahan itu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung kearah wanita berwanita hodoh yang tidak disenangi.

Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya.

Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula di alami.

Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan kearah lain.

Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding rumah menjadi sasaran anak mata. Rasa pening dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa dan berpijak pada alam nyata.

Keselesaan yang baru dinikmati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanita berwajah hodoh mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Itulah keazaman berputik dalam hati.

LEMAH

Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya.

Dan sebagai manusia yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip.

Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalami proses perubahan secara perlahan-lahan. Kulit mukanya yang menggerutu, macam kulit katak puru itu relai berkeping-keping jatuh atas kepala bayi yang di dukungnya.

Bekas kulit yang relai segera diganti dengan kulit baru yang putih dan licin.

Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yang relai tadi segera ditumbuhi rambut hitam yang kemerah-merahan.

Gigi yang tidak teratur kini nampak putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah membuat saya tidak nyenyak tidur malam.

"Cantik," bisik batin saya.

Mata masih terpaku kearah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu keningnya nampak tebal, bulu matanya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang merah menarik.

Rasa takut dan benci segera hilang,, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluap-luap, tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah.

Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu, kain putih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahan-lahan. Saya jadi kelam kabut.

"Dia telanjang bulat."

Itu reaksi saya apabila semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya.

"Huuuhhhh..." saya mengeluh geram.

Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan.

Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang semacam, badan menggeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik sekali.

"Rapatlah."

Saya seakan-akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya.

"Rapatlah. Cuma kita saja disini," ulangnya dengan suara yang serak-serak basah.

Gerak bibir dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia fantasi yang tidak bertepi.

Dengan hati-hati langkah pertama diatur kearah wanita yang sedang mendepakan kedua belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali dia bergerak atau melonjak.

Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik nafsu berahi yang sukar dikawal.

Langkah pertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan.

Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama rengekan berahi.

Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidak wujud lagi. Begitu juga dengan datuk.

Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah.

GELORA

Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin, saya terus melangkah dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah wanita bogel di depan mata harus di kuasai lahir batin. Langkah makin rancak, makin bersemangat.

"Tamar," terpinga-pinga suara datuk.

"Kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan perasaan dikuasai roh jahat."

Saat memikirkan kata-kata itu, terdengar bunyi berdesing yang amat kuat. Tidak tahu dari arah mana bunyi itu datang. Kerana bunyinya amat kuat dan panjang membuatkan gegendang telinga seperti mahu pecah. Rambut di kepala macam mahu tercabut.

Pandangan saya mula berpinar-pinar. Wanita cantik tanpa kain yang wujud di depan mata, tidak kelihatan lagi. Tidak tahu, entah mana ghaibnya.

Batang leher terasa sakit bila digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bunyi berdesing tidak juga berhenti.

"Datuk, tolong saya."

Suara saya tidak keluar, tersangkut dan tenggelam di tekak. Saya semakin lemas, tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Kepala semakin terasa berat.

Usaha terakhir yang dilakukan ialah membongkokkan separuh badan. Kemudian duduk bersila di lantai sambil melunjurkan kedua belah kaki.

Pada masa itu, entah macam mana saya terfikir membaca "surah An-Nas" hingga tamat. Bunyi berdesing yang memekakkan itu beransur perlahan dan terus hilang.

"Haaaa sudah berhenti!"

Saya seperti tersentak dari sebuah lamunan yang cukup panjang. Seluruh badan berpeluh, nafas tercungap-cungap. Saya lihat sekitar dan pasti segala-galanya kembali pada keadaan asal.

Wanita yang menghairankan itu kembali berada di tempat asalnya dengan wajah hodoh yang menakutkan mendukung bayi berkepala licin. Kecantikannya yang hampir berjaya memperdayakan saya, terus hilang.

Kerana keadaan sudah agak normal, tanpa membuang masa saya terus menoleh ke arah Ali Usman. Dia masih macam tadi, berdiri kaku macam patung menggenggam penumbuk, matanya masih terpaku kepada wanita hodoh yang mendukung anak kecil.

"Rapatlah," wanita hodoh bersuara parau semacam.

Anak matanya tetap menyorot tajam ke muka Ali Usman yang kelihatan seperti orang bodoh. Dan saya yang sudah pulih dari kuasa semangat wanita hodoh itu resah melihat keadaan Ali Usman yang tidak stabil itu.

"Rapatlah," kata wanita itu lagi.

"Aku tidak boleh melepasi garis di lantai ini."

Saya segera mencari garis di lantai yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Nyata, dia tidak berbohong. Memang ada garisan berwarna putih melingkari tempatnya sendiri.

"Rapatlah," ulangnya untuk sekian kali.

Ali Usman masih ragu-ragu sama ada mahu melangkah memenuhi permintaan wanita tersebut atau sebaliknya.

"Bila aku melangkah atau melanggar garisan ini, bererti apa yang mahu disampaikan atau mahu diturunkan oleh bapa saudara kamu kepada kamu habis hancur, semuanya menjadi sia-sia. Aku tak boleh melangkah garisan putih, ini sumpah kami berdua antara bapa saudara kamu dengan aku," nada suara wanita hodoh lembut merayu minta simpati.

TERMAKAN

Ali Usman termakan dengan rayuan itu. Dia pun melangkah setapak ke depan. Wanita berwajah hodoh ketawa mengilai. Bayi dalam dukungan merengek manja, macam diacah seseorang.

Saya jadi resah kerana datuk masih berdiam diri, tidak mahu melakukan sesuatu bagi menghalang niat jahat wanita hodoh tersebut.

"Aku datang sekadar mahu menyampaikan amanat orang yang sudah tiada, kau berhak menerima peninggalannya," dalam ketawa yang mengada-ngada wanita itu bersuara manja.

Ali Usman melangkah setapak lagi. Perasaan saya bertambah tidak tenteram.

Pada hemat saya sesuatu harus dilakukan, kalau dibiarkan pasti menimbulkan masalah yang rumit, mungkin Ali Usman bakal menjadi mangsa wanita berwajah hodoh.

"Terimalah warisan peninggalannya," rayu si wanita hodoh.

Ali Usman terus melangkah, ketawa wanita dan renggekan si bayi dalam dukungan kian menjadi-jadi, menguasai seluruh bilik khas itu.

"Jangan pergi Ali, bahaya tu," jerit saya separuh keras.

Sebaik saja jeritan berakhir saya menerpa ke arah Ali Usman dan menarik tangan kirinya seraya menyuruh dia berhenti dari melangkah ke depan.

Saya kira usaha itu berhasil kerana Ali Usman berhenti melangkah. Dia pun memusingkan tubuhnya ke belakang lalu merenung tepat ke arah batang hidung saya. Wajahnya nampak bengis. Marah benar dia kerana saya mengganggu urusannya.

"Aduh," jerit saya.

Satu hentakan siku yang kencang singgah dibahu membuat bahu kanan terasa sengal.

Tidak memadai dengan itu, sebiji lagi penumbuk Ali Usman singgah di pangkal dagu. Saya jatuh tersandar di dinding, tidak bermaya rasanya mahu bangun. Ketawa wanita berwajah hodoh makin galak, makin mengada-ngada.

Dalam renungan yang berpinar-pinar itu, saya lihat dia bertepuk tangan gembira. Bayi dalam pangkuannya melonjak-lonjak.

"Dia penghalang," kata wanita itu.

BENGIS

Ali Usman merenung bengis ke arah saya yang terkapai-kapai berusaha untuk bangun. Kerana menyedari tidak mampu melawan Ali Usman, saya hanya bersikap pasrah saja. Rela menerima tumbukan atau tendangan darinya.

"Huuhhhhh..."

Ali Usman melempiaskan kemarahannya tanpa menumbuk atau menyepak saya. Dia memusingkan badannya lalu menentang kerelaan.

"Masuklah ke sini, langkahlah garisan putih itu," Wanita berwajah hodoh menghulurkan sepasang tangannya ke arah Ali Usman.

Jari-jemarinya yang lentik berkuku panjang bergerak-gerak, macam ekor cicak putus dari badan. Ali Usman terus menghulurkan tangan untuk menyambut hujung jari-jemari wanita tersebut.

"Sambutlah, pegang kuku di jari hantu," wanita mengeluarkan arahan. Ali Usman anggukkan kepala, tanda setuju.

"Bercantum."

Itulah yang keluar dari mulut saya yang secara kebetulan terlihat anak dalam dukungan wanita itu seperti bercantum dengan dada wanita berwajah hodoh.

Bila hujung jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita itu, terdengar suara hilai ketawa yang nyaring bersama paluan gendang kemenangan.

Pada fikiran ketika itu, segala-galanya akan berakhir dengan kepunahan. Saya dan datuk bakal jadi korban penunggu rumah RAJA SUSUK, mungkin nasib saya dan datuk termasuk dalam istilah MATI KATAK.

"Sikit lagi, langkah setapak lagi," rayu wanita itu.

Dan Ali Usman akur pada rayuan itu. Dia menjengkitkan kakinya sambil rnencondongkan tubuh. Saat jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita hodoh, suara ketawa dan gendang makin bertambah gamat. Suasana kettka itu seperti dalam keadaan kacau bilau.

Pada saat itu, apa yang terbayang dalam kepala ialah pintu kematian untuk saya dan datuk. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan. Saya menarik nafas hampa dan kecewa.

Entah macamana timbul keinginan untuk melihat datuk, saya segera menoleh ke arahnya yang sudah bersila atas lantai.

Sepasang bibir datuk bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca sesuatu. Sudah pasti ayat Qura'an yang dibacanya.

Saya cuba menenangkan perasan dengan membaca surah "ALAM NASRAH" beberapa kali. Dengan izin Allah, ketenangan dan keyakinan segera datang dalam dada.

Saat Ali Usman mengangkat kaki untuk melangkah garisan putih, datuk seperti hilang sabar. Dia terus bangun dan menerpa ke arah Ali Usman.

MENJERIT

Dengan kekuatan tangan kiri tubuh Ali Usman ditolak kebelakang hingga jatuh terkapar di lantai, tidak bergerak, kecuali sepasang kakinya yang tersentap-sentap.

Tindakan datuk menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari wanita berwajah hodoh.

Wanita itu menjerit-jerit dan melompat dalam kawasan bergaris putih sambil menghamburkan kata-kata yang sukar difahami. Datuk buat tidak kisah dengan tindak tanduk wanita berwajah hodoh.

Perhatian lebih ditumpukan pada Ali Usman yang terkapar di lantai. Semasa datuk bertinggung mahu melakukan sesuatu, seluruh tubuh Ali Usman bergerak, satu sepakan kaki kiri dilepaskan oleh Ali Usman.

Kerana serangan itu cara mengejut dan tidak diduga, datuk tidak dapat mengelak dan satu sepakan tepat mengenai pangkal belikat kanan. Datuk terduduk.

Ali Usman yang memperolehi kekuatan luar biasa segera bangun dan melakukan serangan bertubi-tubi. Datuk terus mengelak dan berusaha dengan sedaya tidak mahu membalas serangan tersebut.

Bila dapat berdiri dalam keadaan yang cukup selesa, datuk berusaha menentang anak mata Ali usman sambil melafazkan kata "BISMILLAH" yang kemudian diikuti dengan bacaan petikan surah tertentu dan Al-Quran.

Hasilnya, kekuatan luar biasa Ali Usman menjadi lemah, terutama setelah lima jari kiri datuk ditayangkan ke muka All Usman.

Dan anak saudara Raja Susuk itu pun jatuh terkulai di lantai untuk kali kedua. Bezanya, jatuh kali pertama terus pengsan dan kemudian memperolehi kekuatan luar biasa.

Jatuh kali kedua, dia seakan-akan terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.

"Apa yang terjadi?" tanyanya kehairanan.

MEMBISU

SAYA dan datuk terus membisu. Kami menanti reaksi selanjutnya dari wanita berwajah hodoh yang sedang memangku anak.

Ali Usman mengulangi pertanyaan yang sama. Saya dan datuk tetap bersikap macam tadi. Wanita berwajah hodoh pura-pura batuk.

"Kamu harus bertanya pada aku, bukan pada mereka yang tiada urusan dalam hal ini. Kenapa kamu bawa dua manusia ini," suara wanita menguasai ruang khas.

Semasa suara itu bergema, saya lihat kelopak bibir wanita tersebut tidak bergerak langsung. Dalam erti kata lain, suara itu tidak datang dari mulut wanita itu.

Dalam keadaan saya terpingga-pingga itu, saya lihat datuk mendekati Ali Usman. Ada sesuatu yang datuk bisikkan padanya. Ali Usman anggukkan kepala lalu melangkah mendekati garisan putih.

"Hai perempuan, apa yang harus aku tanyakan kepada kamu," keras sungguh nada suara Ali Usman.

Wanita itu tersengih sambil menghayunkan bayi yang didukungnya ke kiri dan ke kanan.

"Aku sebenarnya memang mahu mencari kamu, bila kamu sudah datang memudahkan kerja aku."

"Maksud kamu?" Sergah Ali Usman.

"Guru kepada bapa saudara kamu, mengambil aku bersama anak dari kubur untuk dipelihara sebagai kunci atau ibu pada segala ilmu yang dituntut. Bila guru itu mati, aku dan anak diserahkan untuk peliharaan bapa saudara kamu," wanita berwajah hodoh berhenti bercakap.

"Apa hubungan aku dengan kamu?"

"Bapa saudara kamu berjanji untuk melihara aku dan anak ini sampai hari kiamat. Bila dia mati, pewarisnya adalah kamu, segala ilmu yang dituntutnya dulu dengan sendiri akan turun kepada kamu. Tidak susah membela kami, makanan kami tulang, minuman kami darah binatang."

"Oh, itu bukan urusan aku membela syaitan. Bukan kerja aku, bukan kerja orang beriman."

Kata-kata itu membuat wanita berwajah hodoh jadi marah. Dia mendengus macam kerbau. Anak dalam pangkuannya bertukar jadi merah macam kayu arang dibakar.

Mata wanita itu juga berubah dan wajahnya bertambah garang dan seram yang dalam sekelip mata seluruh badannya bertukar mejadi rangka.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 227/284

BACA: SBDJ Siri 226: Wanita Dalam Bilik Pawang
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Friday, June 06, 2025

Fakta Ejakulasi Dan Air Mani Wanita

Fakta Ejakulasi Dan Air Mani Wanita

Wanita apabila mengalami klimaks dan ejakulasi semasa melakukan hubungan seks juga akan mengeluarkan air mani bagi menandakan kepuasan nafsu syahwat mereka namun, pasti ramai yang tidak tahu bagaimana rupa air mani yang sebenar wanita kan?

Fakta Ejakulasi Wanita
Gambar hiasan.

Sebenarnya, air mani wanita adalah lebih kurang sama saja seperti air mani lelaki dari segi penampilannya.

Air mani wanita mempunyai warna putih, tekstur likat dan rasa masin, masam atau manis, bergantung kepada pemakanan.

Jadi, perbezaan antara air mani wanita dan lelaki hanyalah kewujudan sperma di dalamnya.

Bagaimana pula dengan kuantiti? Ada yang mengatakan ia lebih banyak daripada air mani lelaki dan juga sebaliknya.

Mungkin ia bergantung kepada keupayaan wanita itu sendiri, samada mampu memancutkan air mani (squirting) semasa ejakulasi atau hanya akan mengeluarkan lelehan sahaja.

Ini bermaksud kuantiti air mani wanita adalah berbeza mengikut individu malah, ada wanita yang sangat sukar untuk 'memancutkan' air mani.

Mungkin situasi ini berlaku kerana wanita tidak dapat mencapai klimaks atau orgasma.

Keadaan ini mungkin berlaku ekoran wanita tidak dapat mencapai klimaks atau orgasma disebabkan oleh beberapa faktor.

Sebab air mani perempuan susah keluar semasa seks

Jika kaum lelaki sering dimomokkan dengan masalah ejakulasi pramatang atau keluar air mani terlalu awal ketika beraksi di ranjang, wanita mungkin ada masalah lain yang lebih membimbangkan iaitu air mani wanita susah keluar semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Menurut kajian, kira-kira hampir 1 daripada 3 wanita tidak mampu mencapai orgasma semasa melakukan hubungan intim.

Ramai pasangan terpaksa melakukan rangsangan tambahan menggunakan tangan dan oral untuk mengeluarkan air mani wanita.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan air mani perempuan susah keluar, ya?

Berikut merupakan jawapannya:

1. Kurang rangsangan pada klitoris

Menurut doktor pakar kehamilan, rangsangan klitoris sangat diperlukan dalam usaha wanita mencapai klimaks. Tanpanya, orgasma dan air mani perempuan mustahil untuk dikeluarkan.

Klitoris ada banyak saraf yang sangat sensitif terhadap apa-apa rangsangan, tidak kira sentuhan tangan atau jilatan lidah. Klitoris adalah kunci utama dalam memuaskan nafsu syahwat wanita.

Oleh itu, pasangan suami isteri sebenarnya perlu merancang perlakuan seks dengan lebih menumpukan rangsangan pada klitoris berbanding payudara.

Jika tangan atau lidah masih tidak cukup, boleh guna alatan seks seperti vibrator atau dildo!

2. Tidak kenal tubuh badan sendiri

Bagi wanita, klitoris adalah bahagian dalam tubuh badan yang perlu diutamakan untuk rangsangan semasa melakukan hubungan kelamin.

Setiap wanita memiliki area sensitifnya yang tersendiri. Ada yang akan ghairah jika disentuh pada puting, payudara, punggung dan sebagainya.

3. Pengambilan ubat-ubatan

Menurut pakar, ada beberapa jenis ubat terutamanya jenis antidepresan untuk merawat depresi akan memberi efek kepada fungsi seksual wanita.

Pengambilan ubat-ubatan ini mungkin akan menyukarkan usaha mengeluarkan air mani wanita.

Ini kerana ubat jenis antidepresan misalnya akan menghalang produksi hormon seks seperti serotonin, dopamin dan norepinefrin dalam tubuh badan perempuan.

Tanpa hormon-hormon ini, agak mustahil untuk wanita menikmati seks bersama pasangan.

4. Kurang hormon oksitoksin

Hormon oksitoksin adalah hormon cinta yang dirembeskan otak sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan seks.

Kekurangannya sudah pasti akan mengakibatkan wanita susah mencapai orgasma.

Anda dan pasangan perlu melakukan foreplay terlebih dahulu sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi membantu wanita lebih mudah terangsang semasa berasmara.

Adegan ringan-ringan seperti berpelukan, bercium, berpegangan tangan serta bersentuhan badan sudah pasti dapat meningkatkan produksi hormon oksitoksin wanita.

5. Tidak ada keyakinan diri

Wanita sukar untuk mencapai klimaks lalu mengeluarkan air mani adalah tidak mempunyai keyakinan diri dengan kecantikan dirinya.

Memang sudah sifat wanita untuk merasa insecure terhadap pandangan pasangan terhadap mereka.

Mereka selalu akan beranggapan bahawa diri mereka adalah gemuk, busuk, tua dan tidak mampu menarik perhatian pasangan mereka. Ini adalah salah sama sekali!

Jadi, perempuan tidak seharusnya berfikiran seperti ini. Hakikatnya, suami anda mungkin tidak begitu kisah dengan rupa dan bentuk tubuh badan anda.

Ini kerana perasaan cinta yang akan membuat segala-galanya tampak indah. Cinta itu buta dan membutakan, bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, air mani perempuan akan jadi sukar untuk dikeluarkan semasa hubungan seks adalah berpunca daripada anda dan pasangan anda sendiri.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Thursday, May 29, 2025

SBDJ Siri 226: Wanita Dalam Bilik Pawang

SBDJ Siri 226: Wanita Dalam Bilik Pawang

Tanpa membuang masa saya dan datuk melihat ke dalam bilik. Samar-samar kelihatan seorang lelaki duduk bersila dengan sepasang tangan berada diantara kedua belah paha dan kaki. Sebuah tempat bara berada di depannya, mengeluarkan asap berbau cengkih dan kemenyan.

Toyol jadi-jadian

Lelaki yang berwajah serius dan bengis itu seperti bertafakur dengan sepasang kelopak matanya dirapatkan. Kepala dililit dengan kain kuning.

"Dari mana datangnya makhluk ini," bisik batin saya.

"Eehemmmmm..." suara datuk menyumbat lubang telinga. Dan sudah pasti, suara tersebut adalah isyarat untuk saya mengawal perasaan, jangan memikirkan tentang sesuatu.

Asap kemenyan yang bergerak lembut si sebelah kiri dan kanan lelaki itu, melakarkan sekumpulan bebayang makhuk ganjil yang menakutkan.

Ada yang bertanduk, bermisai, mata berlubang, berdagu panjang hingga ke lantai dan bermacam-macam lagi.

Saya segera merenung ke arah datuk. Tenang sahaja datuk menghadapi suasana yang mencemaskan itu. Bibirnya seperti bergetar. Dan saya menduga, datuk sedang membaca petikan ayat al-Quran untuk menghalau syaitan.

Usaha datuk yang direstui Allah mendatangkan hasil yang sungguh mengesankan. Satu persatu bayang yang menakutkan itu menipis, membulat dan memanjang.

Sebelum ghaib dari penglihatan terdengar seperti suara hembusan angin yang keluar dari belon mainan akibat dicucuk dengan jarum.

"Dah hilang," cetus hati saya.

Datuk berdehem dan saya sedar tentang kesilapan yang tidak saya sengajakan. Dua tiga kali saya menarik dan melepaskan nafas sambil mengutuk diri sendiri.

Mungkin menyedari tidak ada sebarang gangguan lagi menyebabkan datuk menumpukan seluruh perhatiannya kepada Ali Usman kembali. Macam tadi juga, Ali Usman masih lagi mamai.

Dua kali bahu Ali Usman saya singgung dengan kuat. Tetapi, dia tidak memberikan tindak balas yang sewajarnya.

"Áli, apa yang kamu lihat itu, itulah juga yang aku lihat. Sekarang semuanya sudah selesai, sudah tak ada lagi, Cuba buka mata kamu."

Datuk dan saya segera berusaha mendirikan Ali Usman. Kepalanya yang terkulai kami tegakkan. Wajahnya dihalakan ke arah pintu bilik yang terdedah. Pelahan-lahan Ali Usman membuka kelopak matanya.

"Kamu tengok sekarang, semuanya sudah hilang."

Itulah yang datuk bisikkan ke lubang telinga Ali Usman. Dengan lemah saya lihat Ali Usman anggukkan kepala. Dia hanya berkerut, buat beberapa ketika Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dalam usahanya mencari ketenangan dan ketenteraman.

"Bagaimana perasaan kamu sekarang? Dah tenang?" susul datuk.

Ali Usman anggukkan kepala, senyumnya kian lebar.

"Kalau gitu kamu mulakan."

Datang lagi usul dari datuk dan ternyata tiada bantahan dari Ali Usman. Dia pun melangkah melepasi bendul pintu bilik.

Setelah mendapat isyarat dari datuk, saya turut melangkah ke dalam bilik yang kelihatan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Datuk pun membekalkan pesan agar jangan menyentuh apa juga barang yang terdapat di situ, kecuali setelah mendapat kebenaran darinya.

KHAS

Berada di dalam bilik khas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, terasa nyaman bagaikan berada di dalam bilik yang berhawa dingin.

Keganjilan yang dialami setiap kali melangkah, saya seperti tidak dapat mengimbangi seluruh tubuh, terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan. Bagi mengelak dari jatuh terpaksa berpaut pada tubuh Ali Usman.

Apakah perkara yang saya alami turut dirasakan oleh Ali Usman dan datuk? Tetapi, melihat pada gaya dan gerak mereka temyata perkara itu tidak berlaku.

Dengan tidak semena-mena terdengar seperti suara kumbang mengorek lubang dikayu. Keadaan begini memang kurang tenteram, memberi kesan yang tidak tentu arah disanubari.

"Apa pula sialnya si kumbang ni, mengacau urusan orang dan menakutkan aku," jerit batin saya.

"Ehemmmm..." Datuk berdehem pendek.

Dan secara sepontan saya menoleh ke arah datuk, pandangan kami bertembung.

"Jangan ditegur atau dikomen bila kamu melihat atau mendengar sesuatu yang pelik. Cuba fikir dulu sebelum mengikut kata hati. Jangan pandai-pandai nak mengutuk atau marah tidak bersebab."

Itulah komentar datuk. Dia bagaikan tahu erti renungan mata saya sebentar tadi. Saya mengggit bibir, susah sungguh berurusan dengan manusia yang dapat membaca suara hati kita.

Dan buat sekian kalinya, saya menatap wajah Ali Usman. Dia nampak bersahaja. Tetapi gerak mata hitamnya membayangkan sekelumit keresahan dalam dirinya. Dia cuba tersenyum dan ternyata senyum yarng dipaksa itu hilang serinya.

Bilik yang nampak kecil itu, tenyata cukup besar dan luas. Buktinya, sudah lebih sepuluh langkah kami melangkah dari bendul, masih belum sampai ke bahagian tengah bilik.

Ali Usman memberikan isyarat tangan, supaya kami menuju ke bucu bilik sebelah kiri. Dan saya yang sangsi dengan arahan tersebut enggan melangkah.

"Ke sana, sebelah kiri," keras suara Ali Usman.

"Maaf," bisik saya padanya.

"Bodoh."

Sakit benar rasa hati menerima ungkapan kata yang ditujukan oleh Ali Usman untuk saya. Kalau tidak memikirkan berada di tempat orang mahu rasanya melepaskan penumbuk sulung ke mukanya. Biar pecah berdarah dan tersungkur di lantai.

"Ehemmm..." datuk bersuara.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, saya minta maaf dengan menganggukkan kepala pada datuk.

Saya dan datuk mengekori Ali Usman menuju ke tempat yang dimaksudkan. Keadaan di situ agak gelap dan lubang hidung mula diasak dengan bau bunga cempaka kembang pagi.

Terdengar bunyi seperti kain batik dikoyak berkali-kali. Sesekali terdengar suara wanita berbisik sesama sendiri.

Dalam suasana yang agak gelap itu, sepasang telapak tangan jatuh atas sayap bahu kiri dan kanan. Berdebarlah hati saya, rasa cemas dan takut terus memuncak.

Perlahan saya raba tangan di bahu kiri, terasa kasar dan keras dengan urat-urat timbul di belakang tangan.

Bila telapak tangan merayap di lengan orang yang belum saya pasti siapakah orangnya, rasa gementar terus menguasai tangkai hati, lebih-lebih lagi bila telapak tangan menyentuh bulu roma yang keras terpacak.

Pergerakan telapak tangan terhenti di hujung siku, bila tersentuh bulu berlebihan daging yang lembik dan lembut.

Tidak salah lagi tangan yang memegang kedua belah sayap bahu ialah tangan datuk dan dengan serta merta degup jantung saya kembali normal.

"Bertenang dan kawal perasaan kamu Tamar, jangan menggelabah tak tentu pasal,"suara datuk masuk ke lubang telinga.

"Baik tuk."

Serentak dengan itu cengkaman sepasang telapak tangan di bahu kiri dan kanan segera berakhir. Saya bernafas lega kerana datuk berada tidak jauh dari saya.

LILIN

Ali Usman menyalakan api di hujung lilin besar. Tidak diketahui dari mana dia memperolehi mancis.

Cahaya di hujung lilin yang sekejap besar, sekejap kecil itu mampu memberikan sinar yang cukup terang untuk kami melihat apa saja barang atau peralatan yang berada disitu.

Terdapat sebuah perahu Bugis, lengkap dengan layar dan pendayungnya terbelenduh di bucu bilik. Bahagian bawah (perut) perahu terletak di atas empat pasu besar Cina yang berukiran naga dengan latar belakang biru kuat.

Pada hemat saya, tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan kerosakan lantai bilik dan perut perahu.

"Kita ke sana."

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkan. Saya dan datuk pun bergerak ke arah yang dimaksudkan. Tidak ada apa pun yang terdapat di situ, kecuali kain tabir yang berwarna hitam.

"Ada rahsia di sebalik tabir ini."

Dengan pantas Ali Usman menjatuhkan kain tabir berwarna hitam lalu digulung serta di ketepikan berhampiran dinding.

"Pasu pertama diisi tulang gajah mati beragan, pasu kedua atau di tengah-tengah ditaruh tulang badak sumbu mati berlaga di tepi danau dan pasu yang ketiga ditaruhkan dengan tulang harimau jantan yang ganas."

Mulut saya terlopong mendengar penjelasan dari Ali Usman yang memang tidak diduga atau dijangkakan.

Datuk hanya anggukkan kepala sambil mengharapkan ada penjelasan selanjutnya dari Ali Usman. Dan apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Keadaan sekitar terasa amat sunyi sekali tetapi, beberapa minit kemudian tulang temulang dalam ketiga-tiga pasu besar itu bergerak dan berlaga sama sendiri.

Beberapa potong tulang terangkat sendiri. Dalam masa yang sama, terdengar seperti ada orang menjilat dan menyedut tulang yang terangkat dari pasu besar.

Saya cuba mengesan dari arah mana datangnya bunyi orang menjilat dan menghisap tulang itu.

Ali Usman tahu yang saya sedang mengesan bunyi ganjil tersebut. Dia cuba berusaha menghalangnya dengan cara yang paling sopan sekali.

Berkali-kali dia mengedutkan dahi sambil menggaru pangkal leher kanan, macam ada sesuatu yang mahu dituturkan.

"Semua yang saya cakapkan tadi, bukan rekaan. Hal itu diberitahu oleh bapa saudara saya sendiri. Pesannya, bila dia sudah tiada, saya mesti menjaga apa yang ada di dalam rumah ini," Ali Usman mengakhiri kata dengan senyum yang memanjang.

Saya dan datuk berbalas renungan.

KHASIAT

"Dia tak cakap pada kamu tujuan dia menyimpan tulang temulang binatang dalam pasu?" Satu pertanyaan datu ajukan dalam nada suara yang lembut sekali.

"Untuk tujuan perubatan," jawap Ali Usman.

"Untuk ubat." Datuk minta kepastian.

"Iya," angguknya penuh yakin.

Mungkin untuk meyakinkan kami berdua, Ali Usman pun menerangkan tentang khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dari tulang-temulang binatang yang ada di dalam ketiga-tiga pasu tersebut.

"Kalau kena cirit birit atau kolera, panas badan, darah tinggi, runsing dan sukar tidur malam, rendam tulang paha gajah semalaman bersama air telaga, kemudian minumlah air tersebut bersama dengan campuran biji tembikai."

"Lagi, tulang yang lain macam mana?" desak datuk.

"Air rebusan tulang harimau ganas, diminum waktu pagi dicampur dengan sedikit jintan manis, boleh menghilangkan lenguh-lenguh sendi, lelas, lesu badan, kencing manis, gaut, tekanan darah rendah, menambahkan nafsu makan."

"Macam mana tulang badak sumbu mati berlaga."

"Air rebusan dari tulang kaki badak mati berlaga diminum bersama campuran kicap pekat dan air tebu hitam diminum waktu pagi cukup berkesan untuk menguatkan dan mengeraskan alat kelamin lelaki, tahan lama berjuang lama di katil. Perempuan belum beranak dilarang minumnya, boleh menyebabkan mandul."

"Haaaa..." Datuk seperti terkejut.

Sesungguhnya saya tidak melibatkan diri dalam perbincangan itu (antara datuk dan Ali Usman) lebih banyak mendengar dan memerhatikan saja. Kalau masuk campur, mungkin tidak disenangi oleh Ali Usman.

Malah, mungkin dimarahi datuk. Ali Usman bergerak ke arah lain, kesudut paling kanan. Datuk mengikut saja ke mana Ali Usman melangkah, begitu juga dengan saya.

Berada di sudut paling kanan dalam bilik tersebut seluruh badan terasa panas berbahang, macam berdiri dekat unggun api. Peluh mula mercik di seluruh badan.

"Panas?" Tanya Ali Usman.

Saya mengangguk.

"Tetapi, datuk kamu sejuk mengigil."

Bagi mempastikan cakap Ali Usman benar atau sebaliknya, saya toleh ke arah datuk, memang benar dia menggeletar.

Saya berhadapan dengan suasana yang sungguh menakjubkan. Dalam sebuah bilik, kami berhadapan dengan hawa yang berbeza.

"Tak apalah, sebentar lagi kamu akan kembali normal, setiap orang yang baru masuk ke sini akan mengalami rasa sejuk dan panas tidak bersebab," jelas Ali Usman dengan tenang.

Saya dan datuk menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Kata-kata Ali Usman terbukti benar. Lima minit kemudian suhu badan saya dan datuk kembali normal.

"Ini tempat paling rahsia, hanya saya seorang saja yang diizinkan masuk di sini, orang lain diharamkan. Hari ini saya melanggar akibatnya," tutur kata Ali Usman tersangkut sangkut.

Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Bagaimanapun, Ali Usman tidak terdaya menyembunyikan keresahan batinnya dari terpamir diwajahnya.

BANTAL

Sudut paling kanan ini saya kira cukup istimewa berbanding dengan sudut sebelah kiri, terdapat tilam bersarung kain kuning, dua biji bantal beropol kain kuning juga.

Terdapat longgokkan buku (kitab) lama yang kertasnya sudah kuning. Terdapat lampu minyah tanah antik, badannya dari kaca dan corongnya juga dari kaca.

Di hujung tilam, atas rak yang dibuat dari buluh kuning tersusun berpuluh botol kecil yang berisikan aneka minyak, ada minyak dagu, minyak tupai jantan, minyak tembuni, minyak mani gajah, dan berbagai lagi.

Kegunaannya untuk pengasih dan menegangkan kulit muka, demikian saya diberitahu oleh Ali Usman.

"Ini pula taring babi hutan yang mati beragan."

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah tali pinggang yang penuh taring babi hutan yang berwarna putih berkilat.

"Untuk apa?" secara sepontan datuk menyoal.

"Sesiapa yang memakainya, digantung di leher, diikat di pinggang atau dijadikan azimat, orang itu tak lut peluru atau senjata tajam. Itulah yang diberitahu oleh bapa saudara kepada saya."

"Perbuatan syirik, syukurlah saya dapat membetulkannya. Walaupun mengambil masa yang lama," Ali Usman luahkan perasaannya dengan penuh keyakinan.

"Sepatutnya semua yang ada di sini dimusnahkan," datuk mengemukakan cadangan.

Ali Usman menarik nafas panjang sambil merenung ke arah longgokan kitab.

"Biarkan semua yang ada di sini musnah sendiri, saya tak senang hati kalau dimusnahkan oleh orang lain."

"Kamu ada maksud lain Ali?"

"Tidak ada, saya sendiri tidak suka dengan semua ini."

"Baiklah," jawap datuk pendek.

BENAR

Sungguh mengejutkan bila Ali Usman membenarkan saya dan datuk menyentuh dan membaca kitab-kitab lama yang ada di situ. Walaupun sudah diizinkan, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya.

"Boleh tuk."

"Silakan tuk."

Sebuah kitab lama saya buka, tulisannya sungguh ganjil bercampur aduk tulisan jawi dengan tulisan siam, Vietnam, Jawa Kuno, dan Hindustan. Sukar untuk membaca apalagi memahaminya.

Tetapi, saya tidak putus asa, saya cari kitab lain dan akhirnya saya tersua dengan sebuah buku tebal yang di dalamnya tercatat nama pawang dan bomoh serta orang yang pernah berguru dengan bapa saudara Ali Usman (Si Raja Susuk).

Antaranya terdapat nama beberapa lelaki dan wanita dari Pahang, Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu yang pernah menuntut ilmu dengan Raja Susuk.

Bila pulang ke tempat asal mereka berusaha mengembangkan ilmu tersebut di tempat masing-masing.

"Dia datang," jerit Ali Usman.

Dengan serta merta buku ditangan, saya lepaskan. Datuk yang duduk bersandar di tepi dinding segera bangun.

Seluruh biji mata tertumpu ke arah pintu yang terbuka. Semuanya tergamam tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Seorang wanita dengan rambut mengerbang, memangku seorang bayi berkepala licin dalam kain putih. Sebahagian dari dadanya dibalut dengan kain merah manakala bahagian lainnya terdedah. Buah dadanya dilindungi oleh tubuh bayi yang dipangkunya.

Kain putih yang membalut tubuh si bayi kepala botak, menutup bahagian badan depan wanita tersebut iaitu dari pinggang hingga ke kaki.

Dengan sepasang mata yang merah, mulut separuh terbuka bersama susunan gigi yang tinggi rendah. Wanita melangkah kea rah kami.

Di luar bilik terdengar suara tangisan bayi sedangkan bayi dalam pangkuan wanita berwajah hodoh diam kaku.

Dari bahagian jenang atas pintu terhulur kain berwarna merah jambu bersama lembaga yang menyerupai muka orang hutan.

Dari lubang hidung lembaga tersebut terkeluar hembusan nafas membekalkan bau busuk.

Mata kanannya buat kehijau-hijauan, manakala mata kirinya serupa dengan mata manusia biasa. Wanita berwajah hodoh terus melangkah mendekati kami.

Ali Usman cuba melakukan sesuatu. Dia berdiri sambil menggenggam penumbuk dan menentang wanita yang memangku bayi kecil kepala botak.

"Saya tahu, semuanya berpunca dari perbuatan saya membuka rahsia rumah ini pada orang lain," jerit Ali Usman.

"Bertenang, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi," datuk memberikan secebis nasihat dan Ali Usman akur dengan nasih tersebut.

Wanita terus melangkah mendekati dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 226/284

BACA: SBDJ Siri 225: Penunggu Bilik
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com