Monday, December 17, 2018

Misteri Minyak Keluar Dari Dinding Mampu Sembuhkan Penyakit Di Australia

Misteri Minyak Keluar Dari Dinding Mampu Sembuhkan Penyakit Di Australia

Jika dilihat, rumah satu tingkat yang terletak di sebuah kawasan pinggir Sydney, Australia itu kelihatan biasa sahaja dan sama seperti kediaman lain. Pemiliknya, George Tannous dan isteri, Lina berkata, mereka sudah lama mendiami rumah yang memiliki tiga bilik tidur tersebut dan mengakui selesa tinggal di situ.

Minyak misteri dari dinding

Begitu pun, ia tiba-tiba menjadi tular selepas pasangan suami isteri itu mendakwa kediaman itu merupakan sebuah rumah ajaib.

Cerita George, kediamannya itu mula mengeluarkan minyak daripada bahagian dinding.

“Semuanya bermula pada tahun 2008 selepas kematian anak lelaki kami, Mike.

“Mike telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya dan kejadian itu amat menyedihkan kami.

“Selepas kematian Mike, bahagian dinding kediaman ini tiba-tiba sahaja mula mengeluarkan minyak berwarna kuning yang cukup aneh,” ujar George seperti dipetik laman web Oddity Central.

Jelas lelaki itu lagi, dia percaya bahawa semua yang berlaku itu adalah kerana roh anaknya masih berada dalam kediaman tersebut.

Semasa hayatnya, Mike merupakan seorang remaja yang baik dan kuat agama.

Sebagai seorang ibu, Lina berkata, dia dapat merasakan kehadiran roh anaknya dalam rumah itu.

“Saya tahu, Mike yang menyebabkan minyak-minyak keluar daripada dinding rumah ini,” ujarnya.

Roh anak

Misteri Minyak Keluar Dari Dinding
Mike.

Minyak tersebut tiba-tiba mengalir daripada permukaan dinding di dalam rumah ajaib itu dan berterusan sehingga sekarang dan benar-benar menimbulkan tanda tanya kepada penduduk sekitar.

Sebaik sahaja menyedari tentang keanehan kediaman mereka, George dan Lina kemudian membuka rumah mereka kepada orang ramai untuk datang berdoa.

Orang ramai juga dibenarkan untuk menyapu minyak yang keluar daripada dinding itu di mana-mana bahagian tubuh dengan niat untuk menyembuhkan penyakit.

Rumah itu kemudian dibanjiri manusia dari seluruh dunia kerana mereka mahu melihat sendiri keajaiban yang ada di situ seperti yang didengari mereka sebelum ini.

Ia menjadi semakin popular selepas seorang wanita menerusi laman sosial Facebook berkata, dia disahkan mengandung selepas datang berdoa di rumah berkenaan.

Sebelum ini, dakwa wanita tersebut, doktor pernah memberitahunya bahawa dia tidak mungkin hamil atas beberapa faktor.

Sembuh sepenuhnya

George Tannous and Lina
George Tannous dan Lina.

Seorang lagi pengguna Facebook yang enggan mendedahkan identitinya juga memberitahu, anak kepada seorang rakannya sembuh daripada penyakit kanser selepas berkunjung ke kediaman itu.

“Ketika rakan saya berkunjung ke kediaman tersebut, anaknya yang berusia 2 tahun menghidap kanser saraf.

“Kini, kanak-kanak itu sudah berusia 8 tahun dan disahkan sudah sembuh daripada penyakitnya. Kediaman itu benar-benar ajaib,” tulisnya.

Sehingga kini, George dan Lina masih menerima kunjungan orang ramai yang berharap kedatangan mereka ke kediaman itu boleh menyembuhkan penyakit yang mereka dihidapi.

Pengarang majalah Australian Skeptics, Tim Mendham berasa sangsi dengan keanehan rumah tersebut dan berkata ia mungkin palsu.

“Sebelum ini, banyak fenomena aneh berlaku dan ia kemudian didapati palsu dan hanya direka untuk tujuan publisiti.

“Mungkin pemiliknya sendiri meletakkan minyak pada dinding rumah mereka. Kita tidak tahu,” ujarnya.

George dan Lina bagaimanapun tidak kisah dengan pandangan orang ramai kerana mereka tidak mengenakan caj kepada pengunjung.

“Kami tidak mengambil sebarang keuntungan dan ikhlas membuka rumah ini kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk menyembuhkan penyakit.

“Ia dibuka setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 5 petang,” jelasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Maksud Mimpi Melihat Emas Dan Perak

Maksud Mimpi Melihat Emas Dan Perak

Emas adalah impian ramai orang sejak dahulu kala kerana ia mampu menjadikan seseorang hidup kaya dan senang. Tetapi, bagaimana jika anda bermimpi melihat emas? Apa maksudnya dalam kehidupan sebenar?

Mimpi Melihat Emas

Mari kita lihat penjelasan dan tafsirnya dibawah.

EMAS

1. Mimpi memperolehi emas ertinya akan mendapat susah atau sesuatu yang tidak disukai atau wangnya hilang atau dimarahi penguasa. Jika mempunyai pekerjaan, bererti dipecat daripada pekerjaannya.

2. Mimpi mendapat emas yang digunakan sebagai bekas (tempat menyimpan sesuatu) bererti mendapat susah.

3. Mimpi melihat emas bererti hutang dan susah bagi orang lelaki, tetapi baik bagi orang perempuan.

4. Menurut Abu Said al-Waidh, emas mempunyai erti yang kurang baik. Ini kerana ia dilihat daripada nama emas dalam bahasa Arab yang di sebut “zahab”, ertinya ‘pergi’. Kemudian, warnanya juga kuning yang menunjukkan sakit atau susah.

WANG EMAS

1. Mimpi melihat wang emas di tangannya bererti mendengar ucapan yang tidak baik, yang menyebabkan kesakitan. Jika bilangan emas itu diketahui, maka susahnya sedikit sahaja.

2. Jika hitungan emas itu ada lima, bererti mengerjakan sesuatu yang diterima. Jika mempunyai wang emas yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, bererti rumah kecil yang baik.

3. Mimpi memberi sekeping wang emas kepada seseorang atau hilang sekeping wang emas, bererti ilmunya hilang.

4. Mimpi menemui satu wang emas, bererti kesusahan di sebabkan oleh orang tua. Jika wang emas itu banyak, bererti rezeki yang diperolehi dengan susah payah.

5. Mimpi melihat banyak emas, bererti amanat daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam surah Aali-Imran 3:75 yang bermaksud, “Ada orang yang jika engkau percaya dengan harta yang banyak, pasti akan diberikannya kepadamu.”

6. Mimpi di tangannya ada lima keping wang emas, bererti menunaikan solat lima waktu. Jika wang itu hilang, ertinya juga demikian. Jika hilang dua keping, bererti meninggalkan dua waktu solat.

7. Melihat wang emas yang tidak mempunyai lukisannya, bererti agama atau jalan yang lurus. Wang emas yang mempunyai gambar bererti sebaliknya.

8. Mimpi menemui wang emas, sebelah muka ada tulisan nama Allah SWT dan sebelah muka yang satu lagi mempunyai gambar, jika yang bermimpi orang Islam, bererti kafir.

9. Mimpi menemui, diberi atau memberikan empat keping wang emas, bererti memperolehi kedudukan dan kemuliaan serta martabat daripada seorang wanita. Bahkan, kadang-kala menemui perkara yang sama dalam keadaan jaga.

10. Mimpi ada orang memberikan banyak wang emas, bererti orang itu zalim. Jika dia memberikan orang beberapa keping wang emas, bererti dia orang zalim.

11. Mimpi memperolehi beberapa wang emas di dalam debu atau diambil dengan tangannya kemudian hancur, bererti mendapat kesusahan kerana orang tua perempuan (ibu) kemudian kesusahan itu hilang.

12. Mimpi melihat emas, bererti orang yang soleh. Jika orang yang tidak baik, bererti berkhianat dalam soal harta.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran 3:75 yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka ada orang yang jika engkau percaya dengan satu wang dinar, maka tidak disampaikannya kepadamu, kecuali selama engkau berdiri di atasnya (menuntutnya).”

13. Mimpi ada mayat memberikan wang emas, bererti selamat daripada penganiayaan. Jika diberi tetapi tidak mahu menerima, bererti harus berhati-hati terhadap penganiayaan ke atas dirinya.

14. Mimpi memberikan beberapa wang emas kepada orang, bererti hilang kesusahannya.

15. Melihat wang emas di kepala seorang wanita, bererti perhiasan bagi wanita.

PERAK

1. Mimpi melihat perak, bererti kegembiraan atau kadang-kala bererti kesedihan.

2. Perak yang tulen atau utuh bererti berita yang benar. Jika perak pecah bererti berita bohong dan pertengkaran.

3. Mimpi menemui sepotong perak yang dihancurkan atau dia memberikannya kepada orang, bererti dia mengahwini orang di tempat itu.

4. Mimpi masuk ke dalam besi perak, bererti isteri menipunya.

5. Mimpi menemui perak yang banyak, bererti mendapat peti simpanan.

6. Wang perak dalam mimpi mempunyai pelbagai maksud, sesuai dengan pelbagai jenisnya. Ini kerana kebanyakan orang yang menemui wang perak dalam mimpi, dia akan menemuinya ketika terjaga sama seperti yang dilihatnya dalam mimpi.

7. Mimpi mendapat beberapa wang perak, bererti mendengar pembicaraan yang baik atau mengesakan Allah SWT, terutama jika wang perak itu berwarna putih lagi indah.

8. Mimpi melihat wang perak berwarna hitam dan mempunyai gambarnya, bererti pertengkaran dan peperangan.

9. Mimpi diberikan wang perak di dalam uncang atau dompet, bererti ada orang yang berbicara dengannya tentang sesuatu yang dirahsiakan lalu dia menyimpan rahsia itu.

10. Wang perak yang kecil bererti anak kecil.

11. Mimpi kehilangan wang perak kecil, bererti mendapat susah dan kesulitan disebabkan oleh anak kecil. Jika wang itu ditemui semula, bererti kesusahan itu akan hilang, jika tidak dijumpai, bererti anak itu meninggal dunia.

12. Wang perak yang telah dicampur, bererti gosip atau fitnah.

TAFSIR LAIN TENTANG MIMPI EMAS

1. Mimpi melihat emas ertinya ada kesempatan atau peluang yang baik untuk anda.

2. Mimpi memiliki emas meramalkan anda akan menjadi sukses dalam apa pun usaha yang dilakukan saat ini.

3. Mimpi menemui emas atau harta karun emas, ertinya mendapat keuntungan besar.

4. Jika mimpi menemui emas atau harta karun emas namun menyembuyikan kembali harta tersebut, ertinya akan beruntung namun tidak disukai kerana tamak.

5. Mimpi mengubur emas (bukan emas yang ditemui) ertinya akan mendapat pertolongan yang tidak disangka-sangka.

6. Mimpi membeli emas maknanya akan mendapat pasangan hidup yang kaya raya.

7. Mimpi diberikan hadiah emas atau mendapat warisan emas ertinya akan mengalami hidup yang mudah dan menyenangkan.

8. Mimpi dititipkan emas untuk dijaga ertinya mendapat kehormatan.

9. Mimpi menyimpan emas ertinya akan dibebankan tanggung jawab besar yang imbalannya besar pula.

10. Mimpi kehilangan emas ertinya mengalami ketidakberuntungan.

11. Mimpi emas dirompak ertinya anda tidak disukai orang lain.

12. Mimpi merompak emas orang lain ertinya ada orang tertentu yang anda tidak sukai.

13. Mimpi menjual emas ertinya anda akan kehilangan peluang dalam hidup kerana lalai.

14. Mimpi bekerja di kedai emas tafsirnya adalah anda berusaha merebut hak orang lain.

15. Mimpi wang emas berjatuhan dari langit ertinya sama dengan hujan wang.

16. Mimpi melihat emas ditutup dengan lumpur atau tersembunyi di suatu tempat bererti kegagalan.

17. Mimpi emas yang disimpan di suatu tempat atau ditempatkan dalam beg tanpa melihat warnanya bererti mimpi yang baik dan harus mengharapkan keuntungan, asalkan kamu adalah orang yang saleh.

18. Erti mimpi mengenakan gelang emas bererti akan dapat mewarisi kekayaan.

19. Erti mimpi memakai dua gelang emas atau cincin bererti masalah yang timbul akibat perbuatan sendiri.

20. Erti mimpi mengenakan gelang emas atau perak bererti akan mengalami rasa takut atau masuk penjara. Dalam keadaan apa pun, gelang untuk lelaki, rantai dan segala macam perhiasan untuk mereka bermakna buruk atau menyimpan kalung, cincin dan anting-anting maknanya sama saja.

21. Erti mimpi mengenakan kalung emas bererti akan dipercayakan dengan beberapa tugas yang tinggi atau diberikan suatu negara atau bandar untuk kamu memerintah disana.

22. Erti mimpi memakai anting-anting emas bagi lelaki bererti anda adalah seorang penyanyi yang baik.

23. Erti mimpi menerima sebuah cincin emas, cincin khas bererti melemahnya keyakinan agama, kecuali ada sesuatu yang diukir di atasnya.

24. Erti mimpi menerima sebuah cincin emas yang tidak terlihat seperti cincin dan dengan apa-apa diukir di atasnya: bererti akan kehilangan beberapa rasa memiliki atau akan membangkitkan murka dan kemarahan.

25. Erti mimpi melihat salah satu rumah yang terbuat dari atau dilapisi dengan emas bererti rumah akan terbakar.

26. Erti mimpi melihat satu tangan terbuat dari emas bererti tangan akan lumpuh.

27. Erti mimpi memberikan sepotong emas besar bererti akan menjadi penguasa atau tanggungjawab akan ditingkatkan.

28. Mimpi memakai gelang emas dalam mimpi bererti menerima warisan.

29. Memakai perhiasan emas dalam mimpi bererti pernikahan dengan orang yang tidak serasi.

30. Mimpi mengenakan kalung emas, atau kalung perak atau kalung bertatahkan permata dalam mimpi bererti bahawa anda akan menjadi seorang pemimpin atau mendapat kepercayaan.

31. Jika seseorang melihat emas berubah menjadi perak dalam mimpi, itu bererti penurunan nilai atau keadaan yang berubah dalam hubungannya dengan wanita, anak-anak atau harta.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Azmin Ali Bakal Perdana Menteri Malaysia?

Azmin Ali Bakal Perdana Menteri Malaysia?

Di sebalik satu demi satu Ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti di mana sehingga ini jumlahnya sudah mencecah 16 orang, dalam waktu yang sama disahkan seramai 36 Ahli Parlimen BN juga telah menandatangani akujanji menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Azmin Ali Bakal PM

Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin yang turut mengumumkan keluar daripada UMNO bersama lima yang lain.

Kata Hamzah yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sokongan kepada Tun Mahathir itu bertujuan untuk memastikan kestabilan kerajaan dan bagi mengelakkan Parlimen digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Tidak sukar untuk memahami bahawa pihak yang dimaksudkan Hamzah yang dikatakan mungkin menggunakan Parlimen untuk menjatuhkan Tun Mahathir itu tidak lain tidak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Anwar ketika ini berada dalam dua senario - pertama, sebagai pengganti yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan untuk mengambil alih kedudukan Tun Mahathir dalam tempoh kira-kira setahun setengah daripada sekarang dan kedua, beliau mungkin bekerjasama dengan Ahli Parlimen UMNO yang pro kepada Zahid Hamidi untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Jika penantian suatu penyeksaan dan ternampak tanda-tanda Tun Mahathir enggan menyerahkan jawatan, pilihan bagi Anwar ialah mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Tun Mahathir.

Meskipun jika Ahli Parlimen PKR berpecah kerana kumpulan pro Azmin ketika ini dilihat sudah "jatuh cinta" kepada Tun Mahathir, tetapi dengan sokongan DAP dan Amanah, ditambah dengan kehadiran sokongan Ahli Parlimen UMNO serta daripada Sarawak, kebarangkalian untuk Anwar berjaya melakukan rampasan kuasa tidak boleh ditolak.

Tun Mahathir tampak menyedari hakikat ini dan sebab itu usaha menarik Ahli Parlimen UMNO melompat parti giat diusahakan, selain melalui akujanji sokongan terhadapnya yang melibatkan 36 Ahli Parlimen BN itu.

Bermakna, dalam diam-diam sekarang, wujud perlumbaan kuasa antara Tun Mahathir dan Anwar.

Dalam hal ini, yang menarik sekali ialah Hamzah sekali lagi muncul sebagai watak yang dipergunakan untuk menghalang kemaraan Anwar.

Pada tahun 1998 dahulu, sebelum Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Hamzah merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam episod tersebut.

Melalui rakaman perbualan Anwar mengorat isterinya yang disebar-luaskan waktu itu, ia telah dijadikan sandaran untuk menunjukkan buruknya perangai beliau sebagai bakal pemimpin negara yang kemudian ditambah lagi dengan hebaran cerita serta pendakwaan berkaitan kes liwat terhadapnya.

Sejak tersingkirnya Anwar pada 1998 itu, Hamzah terus melonjak dalam politik sehingga berjaya menjadi menteri, walaupun beliau bukanlah pemimpin yang menonjol sangat ketokohannya.

Apakah kali ini Hamzah sekali lagi akan muncul sebagai watak untuk menghalang Anwar?

Tetapi, jika benar maksudnya ke arah itu, mengapa Tun Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar, walhal ia sudah dipersetujui dalam Pakatan Harapan? Apakah kesalahan atau salah laku yang ada pada Anwar ketika ini?

Sampai bila pula Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri, sedangkan usianya sudah melebihi 93 tahun dan beliau juga menyatakan hanya mahu memegang jawatan itu selama dua tahun saja?

Siapakah pilihan sebenar yang ada dalam hati Tun Mahathir yang mahu diserahkannya jawatan Perdana Menteri selepasnya?

AZMIN BAKAL PERDANA MENTERI?

“Kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu adalah bagus kerana ia akan menjadikan Pakatan Harapan sebuah kerajaan yang lebih Melayu berbanding sebelumnya.”

“Sekurang-kurangnya dengan semakin ramai Ahli Parlimen UMNO beralih kepada Bersatu, kuasa DAP dapat diimbangi dalam Pakatan Harapan.”

“Janganlah gelabah, dengan kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu, Tun Mahathir Mohamad hanya bertujuan memperolehi majoriti dua pertiga dalam Parlimen supaya pindaan undang-undang ke arah kebaikan rakyat dapat dilaksanakan.”

“Kita kena percaya kepada Tun Mahathir, beliau tahu apa yang dibuatnya dan tentu untuk kebaikan negara.”

Di atas adalah hujah-hujah yang biasa kedengaran kebelakangan ini sejak seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO bertindak meninggalkan parti itu dan sebahagiannya telah pun diterima sebagai ahli Bersatu.

Sekali pandang, memang ternampak murni semua hujah-hujah tersebut, tetapi apakah benar setakat itu saja kewajaran dalam membawa masuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu?

Benarkah juga semua hujah itu begitu penting dalam perkiraan serta pemikiran Tun Mahathir?

Apa yang dibimbangi, di sebalik semua hujah yang nampak murni itu, selain untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perdana Menteri, ia mungkin terjajar kepada tujuan serta maksud untuk menidakkan berlakunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dijanji dan dipersetujui sebelum Pakatan Harapan menang PRU14 yang lalu.

Tambahan lagi, dalam banyak keadaan, meskipun Tun Mahathir selalu mengatakan beliau akan menepati janji berhubung peralihan kuasa itu, kerapkali juga kata-katanya agak tergantung, "saya mungkin jadi Perdana Menteri kurang daripada dua tahun dan mungkin juga lebih dua tahun."

Tidak pernah sama sekali Tun Mahathir berkata, "cukup-cukup dua tahun nanti saya akan serahkan jawatan Perdana Menteri ini kepada Anwar."

Dalam konteks peralihan kuasa kepada Anwar, semua sedia maklum jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti, orang yang bakal menjadi timbalannya, baik dari segi kelayakan, pengalaman dan kekananan ialah Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu sekarang.

Tidak ada pemimpin lain dalam Pakatan Harapan yang lebih sesuai digandingkan dengan Anwar selain daripada Muhyiddin.

Dalam waktu yang sama, sementara ada persetujuan mengenai peralihan kuasa kepada Anwar, kecenderungan Tun Mahathir terhadap Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terlihat sungguh nyata sejak awal lagi.

Beliau yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 lalu dan tidak disenaraikan oleh PKR sebagai calon menteri, telah dipilih oleh Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Ekomoni dalam kabinetnya.

Dengan jawatan tersebut, Azmin bukan saja menjadi antara menteri yang menguasai kementerian paling kanan dalam kerajaan, bahkan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan bersama Tun Mahathir selaku Pengerusinya.

Dengan yang demikian, ia menyebabkan berlegar cakap-cakap dan andaian bahawa Tun Mahathir lebih cenderung mahukan Azmin sebagai penggantinya berbanding Anwar.

Cakap-cakap dan andaian itu mungkin segera berkubur jika Tun Mahathir berani bertegas menyatakan, "cukup dua tahun saya akan berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar."

Namun, ia tidak pernah sesekali dilakukan Tun Mahathir, malah di sebalik ayat, "mungkin kurang dua tahun dan mungkin lebih dua tahun" menjadi Perdana Menteri, beliau ternampak cuba mengukuhkan kedudukannya melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti.

Kalaulah berlaku sekali lagi episod Anwar diketepikan sebagai pengganti Perdana Menteri di mana kali pertama terjadi ketika dalam UMNO dahulu, yang akan turut "terbunuh" bersamanya tentu saja ialah Muhyiddin.

"Membunuh" karier politik Anwar, tidak dapat tidak, akan menyebabkan Muhyiddin "terbunuh" sama masa depannya.

Muhyiddin bukan saja tidak ternampak ada kecenderungan dalam hati Tun Mahathir untuk diletakkan sebagai penggantinya, bahkan jika Azmin yang menjadi Perdana Menteri, tidak mungkin beliau akan melantik Presiden Bersatu itu sebagai timbalannya.

Siapa pilihan Azmin sebagai timbalan jika beliau menjadi Perdana Menteri?

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tionghoa Atau Cina, Mana Panggilan Paling Sesuai?

Tionghoa Atau Cina, Mana Panggilan Paling Sesuai?

Ramai tertarik dengan penggunaan istilah “Tionghoa” dalam laporan NST ini sebab penggunaan Tionghoa untuk merujuk kepada Cina bukan amalan biasa Malaysia, tapi biasa diamalkan di Indonesia. Negara China pun diorang panggil “Tiongkok”.

Tionghoa Atau Cina
Gambar hiasan.

Mungkin niat baik editor (atau cadangan dari Samantha sendiri, tak tau la), takut istilah “Chinese” menimbulkan kekeliruan maksud “orang lahir China”, lagi-lagi di zaman Malaysia Baharu yang menitikberatkan “political correctness”.

Tapi, adakah kita rasa keliru dengan “American of German descent”, “Obama, a U.S. President of Kenyan descent” atau “Malaysian Malay of Javanese descent”? Tak kan.

Mungkin ada yang pernah mendengar bahawa istilah “Cina” mempunyai konotasi negatif di Indonesia disebabkan ia ditetapkan oleh rejim Suharto yang mengamalkan dasar mendiskriminasi kaum Cina.

Tapi dalam konteks Malaysia, istilah Cina tak ada unsur negatif pun.

Istilah Cina sebenarnya berasal dari istilah Sanskrit “Cina” yang digunakan oleh orang India, yang kemudiannya diguna oleh orang Arab (Sin), orang Jepun (Shina), orang Perancis (Chine) dan orang Inggeris (China). Dalam Salalatus Salatin pun guna istilah Cina.

“Cina” merujuk kepada Dinasti Cin (atau “Qin” dalam Mandarin moden) yang telah membina empayar orang Cina yang pertama pada tahun 221 Sebelum Masihi (sebelum itu di tanah China terdapat beberapa “kingdom” yang kecil, Cin yang menyatupadukan semua dan mewujudkan satu common identity).

Setiap kali bertukar dinasti, nama “orang Cin” pun bertukar: Dinasti Han panggil “orang Han”, Dinasti Tang panggil “orang Tang”, Dinasti Song panggil “orang Song”.

Tapi disebabkan Dinasti Han (202 SM hingga 196 Masihi) adalah dinasti paling kuat dan merupakan zaman keemasan orang Cina yang pertama, maka secara “default” orang Cina menamakan diri sebagai “orang Han” (汉人).

Di China sekarang pun masih guna pakai klasifikasi “orang Han”, “orang Hui”, “orang Mongol”, “orang Uyghur” dan sebagainya.

Tapi bagi orang Cina yang duduk di sebelah wilayah-wilayah selatan China iaitu Fujian (Hokkien, Teochew, Foochow), Guangdong dan Guangxi (Kantonis), Hainan dan juga orang Hakka, mereka guna istilah “orang Tang” atau “Tangren” (唐人).

Sebab ketika Dinasti Tang (tahun 618-907), orang-orang Cina Selatan ni mula berdagang dan berlayar ke luar China, jadi bila ditanyakan mana asal mereka, mereka pun membahasakan diri sebagai “orang dari Tang”.

Nama Kampung Cina di Kota Bharu ialah “Tangren-po” (唐人坡), Petaling Street pula namanya ialah “Tangren-jie” (唐人街).

Sebutan “Tangren” ni berbeza ikut dialek. Kalau orang Hokkien sebut “Tng Lang”, orang Hakka sebut “Tong Ngin”, orang Kantonis sebut “Tong Yan”.

Yang orang sebut “Tongsan” (唐山) tu istilah orang Kantonis bagi tanah besar China, merujuk kepada Dinasti Tang.

Manakala istilah “Tionghoa” (atau “Zhonghua”/”Chunghua” dalam Bahasa Mandarin) sebenarnya merupakan istilah yang agak moden, dicipta oleh pemikir nasionalis bernama Liang Chi Chao (1873-1929).

Idea Liang adalah untuk menyatupadukan semua kaum-kaum Han, Manchu, Hui, Mongol dan Tibet jadi satu bangsa baru bernama “Chunghua” (中华).

Jadi, selepas keruntuhan Dinasti Qing pada tahun 1911, Republik China atau “Chunghua Minkuo” didirikan.

Selepas komunis menguasai China pada 1949, mereka menamakan negara baharu sebagai Republik Rakyat China atau “Zhonghua Renmin Gongheguo”.

Perkataan Chunghua ini mula dipakai oleh Cina di Tanah Melayu yang berhaluan nasionalis China.

Sebab sebelum 1946, majoriti orang Cina di Tanah Melayu masih menganggap diri mereka adalah rakyat China yang mencari rezeki di Tanah Melayu.

Jadi, mereka menganggap diri masih lagi sebahagian daripada negara-bangsa Chunghua tersebut.

Sekolah-sekolah Cina (kubu gerakan nasionalis China) mula menggunakan nama Chunghua misalnya sekolah pendahulu kepada “SMK Chong Hwa” dan “SMK Tiong Hua”.

“Tionghoa” ini adalah sebutan “Chunghua” dalam dialek Hokkien.

Jadi, jangan rasa was-was nak guna sebutan Cina atau Tionghoa, mana-mana pun sebenarnya boleh.

Kalau ikutkan, lagi suka “Cina” sebab ia lebih neutral.

Perkataan “tiong” dalam “Tionghoa” bermaksud “tengah” jadi ia mempunyai konotasi “Sino-centrism” yang melihat orang Cina sebagai “center of the world” (“Tiongkok” atau “Zhongguo” sebenarnya bermaksud “middle state” atau “middle kingdom”).

Disebabkan “Tionghoa” adalah sebutan Hokkien, ia agak janggal dalam masyarakat Cina Malaysia sebab Hokkien bukan majoriti seperti di Indonesia atau Singapura.

Bagi yang berdarah Kantonis-Hakka memang tak setuju kalau nak pakai “Tionghoa” tapi kalau pakai “Zhonghua” atau “Chonghwa” lagilah pelik, elok kekalkan isitilah “Cina” saja.

Itu sekadar pandangan. Kalau korang tanya Cina lain mungkin diorang tak kisah pun kot. Kan sekarang semua dah mengaku diri Bangsa Malaysia. Kan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Sunday, December 16, 2018

8 Nutrisi Dan Vitamin Untuk Kanak-kanak Yang Paling Penting

8 Nutrisi Dan Vitamin Untuk Kanak-kanak Yang Paling Penting

Walaupun ada ibu bapa yang memasak di rumah, namun mereka masih tidak lari daripada memilih bahan-bahan segera seperti makanan di dalam tin, pek segera atau pelbagai lagi makanan yang diawet. Justeru itu, bagaimanakah caranya anak-anak kita mendapatkan makanan yang berkhasiat?

Nutrisi Kanak-kanak

Hal ini menjadikan penyediaan makanan untuk kanak-kanak pada hari ini sebagai sesuatu yang rumit dan mencabar.

Perkara ini juga menyebabkan kebanyakan ibu bapa pada masa kini memilih untuk mengambil makanan tambahan kesihatan untuk kanak-kanak dengan harapan anak mereka mendapat zat dan nutrisi yang penting untuk perkembangan tumbesaran.

Perlukah makanan tambahan?

Makanan tambahan dapat membantu bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan sokongan nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat. Dengan cara ini, kanak-kanak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh mereka.

Makanan tambahan seperti multivitamin juga dapat membantu anak anda untuk mengurangkan risiko penyakit dan jangkitan selain membolehkan mereka cepat sembuh dari penyakit.

Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan kesihatan yang dijual untuk kanak-kanak dan kesemuanya menawarkan fungsi yang berbeza mengikut jenis vitamin.

8 NUTRISI PENTING UNTUK KANAK-KANAK

1. Vitamin A

Baik untuk perkembangan normal kanak-kanak, selain membaiki tisu dan tulang, menyihatkan kulit dan mata serta bertindak balas kepada imunisasi badan.

2. Vitamin B

Vitamin B termasuklah Vitamin B2, B3, B6 dan B12, amat penting untuk menghasilkan tenaga dan membantu metabolisme badan.

3. Vitamin C

Amat penting dalam pembentukan otot dan tulang yang sihat untuk menghubungkan tisu dan kulit.

4. Vitamin D

Baik untuk pembentukan tulang dan gigi serta membantu penyerapan kalsium dalam badan.

5. Kalsium

Membantu dalam membina tulang yang kuat.

6. Zat besi

Membina otot dan penting dalam menghasilkan sel darah merah yang sihat.

Zat besi adalah amat penting untuk kanak-kanak khususnya kanak-kanak perempuan yang akan mengalami haid.

7. Omega-3

Sumber utama yang ada dalam minyak ikan ialah Omega-3 yang amat baik untuk otak.

Carilah minyak ikan yang mengandungi gabungan docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA).

8. Probiotik

Probiotik mengandungi yis dan bakteria baik yang dapat memperbaiki jumlah mikro-flora dalam badan kanak-kanak.

Probiotik digalakkan diambil oleh kanak-kanak yang kerap mengalami masalah cirit-birit atau masalah pada penghadaman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 100comments

Saturday, December 15, 2018

Kenali Logo Halal Dari 40 Buah Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Kenali Logo Halal Dari 40 Buah Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Lambakan produk dari luar negara yang menggunakan pelbagai logo halal dari negara-negara yang berlainan sememangnya boleh mengelirukan pengguna, namun apa yang penting adalah, kita haruslah mengenali dengan lebih dekat logo halal Malaysia dan logo halal dari negara lain yang diiktiraf supaya kita tidak terdedah dengan penipuan ini.

Halal Brands

Justeru, artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri logo halal dari seluruh dunia yang diiktiraf oleh JAKIM.

Logo Halal Malaysia

Logo halal bermaksud logo yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf iaitu pihak berkuasa (mana-mana satu yang berkenaan):
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), atau
  • Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), atau
  • Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Mulai 1 Januari 2012, hanya 1 sahaja logo halal yang diiktiraf di Malaysia iaitu logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN.

Lazimnya logo halal Malaysia akan dicetak pada label makanan atau barang kegunaan harian dan dipamerkan di premis berkenaan.

LOGO HALAL DI LUAR NEGARA

Pernah tak anda mengalami masalah ‘susah nak cari makanan halal’ ketika travel? Terutama di negara-negara bukan Islam, sampai nak beli makanan di supermarket pun was-was. Yang ada cop halal pun masih lagi ragu-ragu takut ‘halal tepek’.

Buat pengetahuan anda, sebenarnya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pengiktirafan kepada 66 badan pensijilan halal di luar negara dari 40 buah negara.

Ini menunjukan negara di dunia hari ini sentiasa merujuk kepada Malaysia dalam konteks pensijilan halal kerana Malaysia memenuhi semua kriteria dan standard yang diperlukan antarabangsa.

Pengiktirafan ini diambil kira dari semua aspek baik dari segi pematuhan syariah, kebersihan, kesucian dan keselamatan. Sebagai rujukan anda, di bawah ini kami kongsikan semua 66 logo halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Panduan ini juga boleh digunakan untuk anda semak sebelum membeli produk-produk makanan import yang dijual di pasaran.

Logo Halal Afrika Selatan

Logo Halal Argentina

Logo Halal Australia

Logo Halal Austria

Logo Halal Bangladesh

Logo Halal Belanda

Logo Halal Belgium

Logo Halal Brazil

Logo Halal Brunei

Logo Halal Canada

Logo Halal Chile

Logo Halal China

Logo Halal Mesir

Logo Halal Filipina

Logo Halal India

Logo Halal Indonesia

Logo Halal Ireland

Logo Halal Itali

Logo Halal Jepun

Logo Halal Jerman

Logo Halal Kazakhstan

Logo Halal Kenya

Logo Halal Korea

Logo Halal Maldives

Logo Halal Morocco

Logo Halal New Zealand

Logo Halal Pakistan

Perancis

Logo Halal Poland

Logo Halal Sepanyol

Logo Halal Singapura

Logo Halal Sri Lanka

Logo Halal Switzerland

Logo Halal Taiwan

Logo Halal Thailand

Logo Halal Turki

Logo Halal UK

Logo Halal USA

Logo Halal Vietnam

Harap lepas ini anda tak curiga kalau tengok bentuk logo halal selain daripada logo ‘Halal Malaysia’. Sebabnya, semua logo halal di atas juga diiktiraf oleh JAKIM.

Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk rujukan di kemudian hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Jerat Percintaan Kahwin Campur Masyarakat Indonesia

Jerat Percintaan Kahwin Campur Masyarakat Indonesia

Seringkali kita kali diberitahu tentang desas-desus sistem masyarakat Indonesia yang membenarkan perkahwinan campur di antara umat Islam dengan individu lain, seperti penganut agama Kristian, malah ramai anak kepada pasangan yang lahir daripada perkahwinan itu terumbang-ambing tidak tahu sama ada mahu jadi Islam atau Kristian.

Kahwin Campur di Indonesia

Kenapa perkara ini boleh berlaku di negara yang merupakan komuniti penduduk Islam terbesar dunia?

Undang-undang yang 'membolehkan'

Undang-undang mempunyai cara takrifan yang boleh membawa maksud berbeza, sekiranya ditafsirkan dengan cara yang berbeza dan tidak ditulis dengan jelas. Itu adalah punca utama masalah kepada isu perkahwinan campur di Indonesia.

Semua pendaftaran perkahwinan di Indonesia sehingga kini dikawal selia menggunakan Undang-undang perkahwinan Indonesia 1974, yang menyebut dengan jelas bahawa; 'sekiranya sesuatu perkahwinan itu dilangsungkan menurut tuntutan agama dan kepercayaan kedua-dua pihak, maka perkahwinan itu dianggap sebagai sah.'

Frasa 'kepercayaan kedua-dua pihak' itulah yang dimaktubkan dalam undang-undang mereka, dijadikan hujah bagi mana-mana pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan berlainan agama.

Disebabkan tiada larangan atau kebenaran yang jelas, kebanyakan kes perkahwinan campur ini diuruskan berdasarkan kepada intepretasi pegawai-pegawai yang menguruskan pendaftaran perkahwinan itu semata-mata.

Ini menyebabkan ada beberapa daerah seperti Yogyakarta, Salatiga, Surabaya dan Denpasar menjadi terkenal kerana urusan pendaftaran perkahwinan campur di sana, dianggap lebih mudah.

Oleh kerana tiada perincian yang secara eksplisit menyebut larangan perkahwinan campur melibatkan Muslim wujud, segelintir masyarakat Indonesia mengambil kesempatan menggunakan kelompongan ini untuk berkahwin tanpa mempedulikan tuntutan syariat.

Bagai menampal kapal yang bocor dan sedang tenggelam

Sejak undang-undang itu diperkenalkan, kerajaaan Indonesia cuba memperkenalkan beberapa langkah dalam memastikan tidak ada kekeliruan atau masalah intepretasi terhadap undang-undang mereka seperti yang telah berlaku.

Selepas lebih 9 tahun dasar undang-undang perkahwinan Indonesia 1974 diperkenalkan, barulah kerajaan Indonesia mengeluarkan arahan istimewa Presiden pada tahun 1983 yang ditujukan kepada semua penjawat awam bertanggungjawab melakukan pendaftaran perkahwinan; melarang pendaftaran perkahwinan campur melibatkan individu Muslim.

Bagi membantu memperbaiki pemahaman masyarakat Indonesia dalam memahami undang-undang negara mereka sendiri, kerajaan Indonesia melalui Kementerian Agama memperkenalkan satu penerbitan kompilasi yang diberikan judul 'Kompliasi Hukum Islam di Indonesia' pada tahun 1997.

Kompilasi itu menjelaskan dengan lebih terperinci keperluan-keperluan sesuatu perkahwinan itu untuk diadakan mengikut garis panduan dan permintaan agama Islam.

Dalam dua bab yang terkandung di dalamnya, jelas disebutkan larangan berkenaan perkahwinan dengan penganut bukan Muslim dengan orang Muslim; dengan hanya perkahwinan di antara pasangan Muslim sahaja dibenarkan.

Bagaiamanapun, masih terdapat perbezaan besar di antara hukum dalam kompilasi tersebut dengan undang-undang yang diamalkan di negara mereka.

Bagaimana sistem mahkamah menambah kekeliruan

Kahwin campur artis

Masyarakat Indonesia tidak perlu menunggu lama untuk melihat sendiri polemik yang wujud disebabkan masalah-masalah kecelaruan undang-undang ini.

Dalam kes perkahwinan campur yang menggemparkan negara Indonesia pada tahun 1986, pelakon dan penyanyi terkenal Jamal Mirdad yang beragama Islam memilih untuk berkahwin dengan pasangannya, pelakon terkenal Lydia Kandou seorang Kristian Protestan.

Perkahwinan itu yang dilakukan dengan cara perkahwinan sivil mendapat liputan media Indonesia disebabkan status pasangan itu, menimbulkan perbincangan hangat yang menimbulkan perbahasan serta mempersoalkan status perkahwinan itu. Walaupun sudah berlangsung, perkahwinan itu dianggap tidak sah oleh kerajaan Indonesia sehingga tahun 1995.

Sebuah lagi kes melibatkan pasangan berlainan agama melibatkan seorang wanita Muslim dan lelaki Protestan, yang dinafikan pendaftaran perkahwinan mereka oleh badan agama Islam Indonesia disebabkan status wanita itu.

Kes itu dibawa ke Mahkamah Agung Indonesia untuk dibicarakan dan keputusan mahkamah sendiri memutuskan undang-undang perkahwinan Indonesia tidak mempunyai penerangan yang jelas, sama ada dibenarkan atau dilarang perkahwinan campur dilakukan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung Indonesia merasakan pasangan tersebut mempunyai alasan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka dengan badan pendaftaran negara tersebut, asalkan wanita itu secara jelas tidak mahu berkahwin menurut tatacara Islam dan seterusnya rela murtad - sekali gus menyebabkan hukum syariah yang diperkenalkan tidak terpakai ke atas dia.

Kembali pada kisah keluarga Jamal Mirdad dan Lydia Kandou tadi, tidak dapat dinafikan perkahwinan mereka panjang usianya, dikurniakan empat orang cahaya mata semuanya dengan dua daripadanya mengikut jejak langkah ibu dan ayahnya terjun ke dalam bidang seni, iaitu Nana dan Naysila Mirdad.

Kedua-duanya memilih untuk mengikut pegangan ibu mereka yang beragama Kristian Protestan sementara dua lagi adik beradik mereka mengikut ayah beragama Islam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kereta Ditarik Bank: Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967

Kereta Ditarik Bank: Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967

Sebelum ini terdapat satu video viral yang mengenai ketidakpuasan hati seorang tuan punya kereta terhadap penarik kereta yang memperlihatkan tuan punya kereta tersebut telah melanggar dari belakang sebuah kereta lain yang berkemungkinan kepunyaan penarik kereta.

Kereta Ditarik Bank

Kita tidak ingin membincangkan siapakah yang bersalah didalam kes ini. Apa yang ingin diterangkan sedikit sebanyak proses penarikan balik kereta oleh pihak Bank.

Pertama, kita perlu dan kena tahu, bilamana kita memasuki Perjanjian Jual Beli dengan pihak Bank, maka, kereta yang terlibat bukan milik kita. Hak milik adalah dituntut oleh pihak BANK.

Selagi hutang bank tidak dijelaskan sepenuhnya kepada pihak bank maka terimalah hakikat bahawa kereta tersebut adalah milik pihak BANK.

Pun demikian, pihak bank bukanlah sewenang-wenangnya boleh menarik balik kereta kita. Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti oleh pihak bank.

Bilakah pihak Bank boleh memulakan proses tarikbalik kereta anda?

Jawapannya adalah, bila mana anda mempunyai kemungkiran pembayaran ansuran 2 kali berturut-turut, pihak Bank akan mengeluarkan dan menyerahkan Notis Jadual Keempat kepada anda melalui alamat sebagaimana didalam Perjanjian Jual Beli atau alamat terakhir yang dimaklumkan kepada pihak Bank oleh anda.

Keadaan ini terpakai sekiranya jumlah baki pinjaman belum mencapai tahap 75% dari jumlah keseluruhan jumlah pinjaman.

Tetapi sekiranya anda mempunyai kemungkiran bayaran ansuran 2 kali berturut-turut dan anda telah membayar harga tunai keseluruhan kereta melebihi 75%, maka selain mengeluarkan Notis Jadual Keempat, pihak Bank perlu mendapatkan Perintah dari Mahkamah.

Proses ini akan mengambil masa dan sekiranya anda mempunyai kesedaran, cubalah menyelesaikan tunggakkan yang ada.

Perlu diingat bahawa Notis Jadual Keempat memberikan tempoh 21 hari kepada anda untuk membuat penyelesaian dan selepas tamat tempoh 21 hari, sekiranya anda masih tidak menyelesaikan tunggakan, Bank hendaklah mengeluarkan Notis Niat Menarikbalik Kenderaan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 yang memberikan masa selama 14 hari kepada anda untuk membuat penyelesaian.

Hanya selepas tamat tempoh 14 hari Notis Peraturan 15 itulah Bank boleh mengeluarkan perintah penarikan balik kenderaan kepada Ejen Perolehan Semula (EPS).

Masalah yang selalu timbul adalah semasa EPS hendak menarikbalik kereta anda, seringkali berlaku ketidakpatuhan samada dipihak anda sendiri mahupun dipihak EPS.

Di sini beberapa fakta mengenai EPS.

1. EPS tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011.

2. Semua ejen EPS hendaklah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian.

3. Apabila hendak menarikbalik kenderaan, EPS hendaklah:
  • mengemuka dan menunjukkan permit yang sah,
  • mengemuka dan menunjukkan kad pengenalannya dan
  • mengemukakan perintah pemilikan semula daripada bank atau daripada Mahkamah.

EPS wajib berjumpa dengan anda semasa hendak menarik kereta. Laporan polis tidak diperlukan oleh EPS untuk menarik kereta atau selepas menarik kereta anda.

Apabila berlakunya penarikan, peminjam dinasihatkan untuk meminta salinan perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang sah dan mendapatkan butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku kecurian atau penipuan.

Jika tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa agen membuat repot polis di balai.

Kerap terjadi penipuan dimana pencuri kenderaan mengambil kesempatan diatas kelalaian ini.

Peminjam dinasihatkan agar jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada agen yang menarik kereta kerana selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah penarikan kepada beberapa agen yang sah.

Membayar wang kopi tidak menyelesaikan masalah anda dan ianya diketogerikan sebagai RASUAH kerana agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau bank dan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau oleh pihak agen penarikan.

4) EPS hanya boleh menarik kenderaan dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Semasa pihak EPS hendak menarik kereta anda, jangan panik, jangan menangis, anda sepatutnya sudah menjangkakan bahawa suatu hari nanti pihak Bank pasti akan menarik kereta anda sekiranya terdapat tunggakan.

Apa yang perlu anda buat semasa kereta ditarik adalah catatkan perkara-perkara berikut.
  • nama ejen,
  • nombor permit,
  • nama dan alamat bank dan
  • tempat menyimpan kenderaan yang ditarik.

Selepas kereta anda ditarik oleh pihak Bank, masalah anda tidak habis disitu sahaja. Anda perlu berusaha untuk membayar jumlah tunggakan yang ada bagi membolehkan anda mendapat kembali kereta anda.

Pihak Bank akan mengeluarkan Notis Jadual Kelima dengan memberikan tempoh 21 hari kepada anda untuk menyelesaikan tunggakan dan/atau keseluruhan hutang.

Notis Jadual Kelima juga akan disertakan suatu notis penerimaan kereta yang ditarik yang mesti menyatakan jenis kereta yang ditarik, bila ditarik dan tempat ditarik.

Jika tamat tempoh 21 hari tersebut penyewa masih tidak menyelesaikan tunggakan dan tidak mengambil semula kenderaan, maka anda bertabahlah kerana pihak Bank boleh melelong kereta anda dengan mengeluarkan Notis Lelongan dengan menyatakan tarikh, masa dan tempat lelongan yang akan dijalankan.

Anda perlu ingat juga bahawa sekiranya jumlah lelongan kereta masih tidak dapat menampung jumlah hutang pinjaman, pihak Bank berhak untuk meneruskan prosiding seterusnya ke Mahkamah bagi mendapatkan lebihan hutang, masalah anda masih belum selesai.

Berbalik kepada tindakan EPS yang sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa atau menggunakan kekerasan semasa proses penarikan kereta, anda boleh membuat aduan kepada pihak Bank dan pada masa yang sama anda juga boleh membuat aduan kepada pihak Bank Negara Malaysia.

Siasatan dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan Undang-Undang samada dipihak Bank mahupun dipihak EPS.

Serahkan Kereta Kepada Bank

Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya untuk meneruskan pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan kembali kepada syarikat atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh mengenakan sebarang cas tambahan seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan lain-lain cas sehingga kenderaan tersebut dilelong atau dijual.

Jika selepas jualan masih terdapat baki hutang yang perlu dijelaskan (loss after sale).

Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat mengenai pembayaran semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan hutang yang masih ada.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: careta

Friday, December 14, 2018

Apa Itu Berkat Dan Barakah Serta Keajaibannya

Apa Itu Berkat Dan Barakah Serta Keajaibannya

Perkataan 'berkat'' berasal daripada bahasa Arab 'barakah' yang bermaksud tumbuh dan bertambah yang umumnya menurut pemahaman umat Islam, ada kaitan dengan anugerah Allah yang mendatangkan kebaikan bagi diri seseorang.

Berkat dan Barakah

Ia juga sering dikaitkan dengan perantaraan 'wasitah' orang-orang tertentu, yang merupakan pengaruh baik seperti berkat doa orang tua-tua, berkat usaha gigih dan sebagainya.

Sekiranya ia dikaitkan dengan makanan, makanan yang dimakan itu mencukupi bagi mereka yang memakannya, berasa puas dan kenyang.

Harta yang mempunyai keberkatan memberi manfaat, bertambah dan memberi kebahagiaan kepada si empunya diri dan orang lain.

Kalau harta yang dimiliki itu dibelanjakan untuk menyekolahkan anak-anak, maka anak-anak itu menjadi manusia yang berakhlak.

Dalam istilah syarak, berkat bererti adanya sesuatu kebajikan Allah yang diletakkan pada suatu, yang melibatkan nabi-nabi, wali-wali, orang soleh, orang yang mati syahid dan sebagainya.

Ada juga keberkatan itu diletakkan ayat-ayat suci al-Quran, pada surah Kahfi misalnya, pada surah Yasin, pada surah al-Ikhlas dan sebagainya.

Pada amnya, keberkatan itu bermaksud atau merujuk kepada kebajikan Allah, rahmat Allah yang diletakkan pada sesuatu yang dikasihi oleh-Nya.

Keberkatan pada harta ialah, mereka yang mempunyai harta itu berasa senang dan bahagia dengan hartanya, hidup harmoni dengan keluarga rukun damai, baik dengan jiran tetangga dan sebagainya. Harta yang tidak mempunyai keberkatan memberi kesan buruk kepada si empunya.

Hati berasa susah dan runsing biarpun mempunyai harta yang banyak. Masalah yang datang tidak henti-henti ataupun mempunyai harta tetapi tidak dapat dinikmatinya dengan cara yang baik.

Makanan yang mempunyai berkat ialah makanan yang menyebabkan orang yang memakan sihat dan tidak menimbulkan masalah. Makanan yang disediakan untuk dua orang boleh dimakan oleh tiga orang tanpa mengurangi kepuasan makan.

Mengenai keberkatan ini Allah berfirman (al-Raf: 96) yang bermaksud, "Dan kalau penduduk negeri beriman dan bertakwa kepada Tuhan, nescaya akan Kami bukakan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi. Keberkatan dari langit diturunkan ke bumi melalui hujan dan keberkatan dari bumi dianugerahkan melalui tumbuh-tumbuhan dan hasil yang keluar daripadanya."

Sebuah hadis daripada Salim bin Abi Ja'd, daripada Jabir r.a. beliau berkata, "Kalaulah engkau melihat bagaimana saya bersama-sama dengan nabi, ketika itu waktu asar sudah tiba sedangkan air tidak ada untuk berwuduk, kecuali lebihan air sedikit."

"Maka air yang sedikit itu dimasukkan dalam satu bekas lalu dibawa kepada Nabi Muhammad. Baginda telah masukkan tangan ke dalam bekas itu lalu merenggangkan anak jarinya, kemudian baginda berkata: 'Hai orang yang akan berwuduk, ke marilah, barakah daripada Allah.' Saya lihat, kata Jabir, air mencucur keluar dari anak jari baginda, maka berwuduklah semua orang dan minumlah."

"Saya tidak peduli lalu memenuhkan perut saya dengan air itu. Saya tahu betul bahawa air itu memberi barakah. Saya bertanya Jabir, kata Salim bin Abi Ja'd: Berapa orang kamu semua ketika itu? Jawabnya seribu empat ratus orang."

Dalam surah al-Qasas: 30 Allah berfirman yang bermaksud, "Maka setelah Musa datang ke sana, terdengar ia dipanggil dari sebelah kanan lembah tempat yang sudah diberi berkat dari pohon kayu: Hai Musa, sesungguhnya Aku ini Allah, Tuhan semesta alam."

Dalam surah Ali-Imran: 96, Allah berfirman yang bermaksud, "Bahawasanya rumah pertama yang didirikan untuk beribadah bagi manusia ialah yang berada di Mekah, yang diberi barakah dan menjadi petunjuk bagi alam semesta."

Keterangan di atas, yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis menunjukkan bahawa keberkatan itu adalah kebajikan daripada Allah yang dianugerahkan oleh-Nya pada sesuatu yang dikasihi oleh-Nya termasuk rezeki yang halal.

Jelas membuktikan bahawa barakah itu adalah sesuatu yang wujud dan perlu diyakini yang datangnya hanya daripada Allah.

Persoalan timbul adakah harus seseorang itu pergi ke satu tempat, membaca sesuatu, memakai sesuatu dengan mengharapkan limpahan berkat. Adakah perbuatan ini boleh merosakkan tauhid atau mengurangkan iman seseorang kepada Allah?

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi datang ke Masjid Quba setiap hari Sabtu menaiki kenderaan atau berjalan kaki. Begitulah juga yang dilakukan oleh Ibnu Umar yang melakukan hal yang sama.

Hadis ini menyatakan bahawa Nabi datang ke Masjid Quba untuk mengambil keberkatan daripada masjid itu kerana Masjid Quba adalah sebuah masjid yang diberkati Allah.

Mengenai Masjid Quba Allah berfirman (at-Taubah: 108) yang bermaksud, "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa dari hari pertama didirikan adalah lebih patut engkau sembahyang di dalamnya."

Masjid Quba terletak lebih kurang enam kilometer dari Kota Madinah. Setiap hari Sabtu baginda datang ke situ dan sembahyang sunat dua rakaat di masjid berkenaan.

Rasulullah datang ke Masjid Quba bukan mencari keberkatan daripada masjid berkenaan, tetapi hakikatnya beliau meminta kepada Allah agar berkat yang telah diberikan kepada masjid berkenaan dilimpahkan kepadanya.

Dalam sebuah hadis lain, hadis daripada Siti Aisyah menyatakan bahawa Nabi apabila sakit, baginda membaca untuk dirinya surah-surah al-Muawwidhat dan meniupkan ludah beliau.

Tetapi apabila sakitnya bersangatan, maka sayalah yang membacakan untuknya dan saya usapkan pada tangan beliau dengan mengharapkan berkatnya muawwidhat itu.

Hadis daripada Abdullah bin Maghfal pula, menyatakan yang dia telah melihat Rasulullah pada hari peperangan menakluki Mekah membaca surah al-Fath. Surah ini dibaca dengan mengharapkan kelimpahan berkat yang ada pada surah berkenaan.

Mengenai keberkatan pada makanan pula dinyatakan dalam beberapa buah hadis, di antaranya hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi apabila diberi orang tamar buah sulung baginda membaca doa yang bermaksud, "Ya Allah berkatilah kami dalam kota kami, berilah keberkatan buah-buahan kami, gantang kami, sukatan kami, berkat di atas berkat."

Kemudian baginda memanggil anak-anak dan memberi tamar itu kepada mereka.

Dalam sebuah hadis lain pula, iaitu daripada Aun bin Juhaifah, daripada bapanya beliau berkata, yang dia telah datang menemui Rasulullah yang sedang berdoa dalam khemah kulit berwarna merah. Beliau melihat bilal juga beberapa orang lain berebut-rebut mengambil air bekas wuduk Nabi.

Ada di antara mereka menggosokkan air itu ke badan dan mereka yang tidak mendapatnya mengambil air tersebut daripada bekas-bekas basuh tangan temannya.

Dalam keterangan hadis ini kita diperlihat betapa sahabat-sahabat yang terlibat berebut mengambil bekas air wuduk Nabi dan mengusapkan air itu ke badannya untuk mengambil berkat daripada air yang telah menyentuh kulit Nabi yang mulia.

Kelakuan ini tidak dilarang oleh Rasulullah. Ia tidak merosakkan tauhid mereka yang terlibat. Kalau merosakkan tentu baginda melarang sahabat daripada berbuat demikian.

Mengambil berkat di sini bermaksud agar berkat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada nabi melimpah kepada umatnya, iaitu mereka yang berbuat demikian.

Berdasarkan keterangan di atas ternyata bahawa keberkatan itu wujud pada diri mereka, yang juga merujuk kepada hasil perlakuan, wujud pada objek-objek tertentu, seperti Kaabah, masjid dan air.

Dalam keadaan tertentu barakah dirujuk kepada rezeki, anugerah Allah.

Dalam masyarakat kita juga sering mempelajari dari contoh-contoh perilaku manusia, di mana hasil haram yang diperoleh oleh seseorang itu dikatakan tidak adanya keberkatan.

Orang yang memakan rasuah, menyalah guna kuasa biarpun memperoleh jumlah kekayaan atau harta yang banyak, hasil daripada perilaku tersebut, sifat tamaknya semakin menjadi-jadi, harta yang dimiliki digunakan untuk merosakkan orang lain.

Dari sikap seperti inilah lahirnya rasa tidak tenang kerana dalam dirinya terus timbul rasa tamak, dengki kepada orang lain yang memperoleh nikmat.

Tidak mustahil seseorang itu memperoleh harta yang banyak, tetapi ketenangan tidak wujud dalam keluarga, timbul pergaduhan di antara suami, isteri, kaum keluarga dan sebagainya.

Di antara tanda-tanda kebahagiaan di dunia dan akhirat ialah mereka yang berupaya mengingati Allah ketika dalam keadaan kaya-raya dan senang-lenang, reda dengan qadak dan qadar Allah, juga sabar terhadap musibah yang menimpa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan