Feb 14, 2016

11 Tanggapan Salah Tentang Orang Cina Yang Kita Selalu Percaya!

Sejak kecil lagi, kita yang dibesarkan dalam environment Melayu telah diberitahu tentang beberapa perkara mengenai orang Cina. Biasalah tu kan.

Chinese girl

Di sini kami senaraikan 11 salah faham. Sila baca kesemuanya di bawah..

1. Pandai Cakap Cina

Orang Cina [1]

Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai cakap bahasa Cina

Tak betul.

Pernah dengar 'Banana Chinese'? Inilah gelaran yang diberikan kepada orang Cina yang tak reti cakap bahasa Cina. Kenapa banana atau pisang? Sebab buah pisang kan sifatnya "kuning di luar, putih di dalam".

Begitu juga dengan mereka ini. Kulit di luar tetap Cina (atau orang barat selalu gelar "yellow skin") tetapi di dalamnya langsung tak Cina. Bahasa ibunda mereka kebanyakannya adalah Bahasa Inggeris.

Walaupun bahasa Cina juga ada banyak dialek seperti Mandarin, Cantonese, Hokkien, Haka, Teochew, dan macam-macam lagi, mereka memang sejak kecil bertutur dalam English dengan keluarga dan tak pergi sekolah Cina.

2. Pintar Matematik

Orang Cina [2]

Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai Matematik

Macam betul tapi sebenarnya tak.

Bukan semua orang Cina pandai Matematik. Bukan setakat tak pandai, yang benci Matematik pun ada. Bila sampai bab mengira saja, terus mengeluh. Cina atau tak Cina, semua sama saja.

3. Kuat Minum Arak

Orang Cina [3]

Kita selalu anggap orang Cina suka minum beer, kaki botol, dan kaki judi

Tak betul jugak.

Tak dinafikan, minuman utama yang akan dihidang dalam apa-apa majlis semestinya beer. Selain beer, minuman keras yang lain seperti whiskey, cyder, dan lain-lain turut sama dihidang.

Tapi itu tak bermaksud semua orang Cina suka minum. Ada yang lebih prefer minum air suam je, atau teh tarik, sebab mereka rasa beer ni tak sedap.

Kalau bab berjudi pula, ada juga yang merasakan judi tidak membawa apa-apa faedah langsung. Daripada menghabiskan duit, lebih baik spend untuk benda lain.

4. Rajin dan Bijak Berniaga

Orang Cina [4]

Kita selalu anggap orang Cina rajin bekerja dan bijak berniaga

Hehe tak juga sebenarnya.

Mana-mana individu bekerja sekalipun, bila dah sampai waktu malas tu tetap akan rasa malas, termasuklah orang Cina. Mana ada orang yang sentiasa rajin 24 jam. Betul tak?

Soal meniaga pulak, orang Cina ada juga yang tak pandai. Tak semestinya bisnes orang Cina semua berjaya dan meletup.

Ramai sebenarnya yang dah lingkup dan ramai juga yang memilih untuk bekerja makan gaji sahaja. Lebih safe and secured.

5. Amoi Cina

Orang Cina [5]

Kita selalu panggil gadis Cina 'Amoi' dan anggap mereka tak kisah

Mereka kisah sebenarnya, tapi ramai tak tahu.

Di Malaysia, perkataan 'Amoi' tu memang dah sinonim dengan gadis Cina. Kalau kita nak panggil mereka, mesti kita akan bahasakan mereka sebagai 'Amoi'.

Tapi kalau diikutkan, panggilan 'Amoi' ini sebenarnya agak offensive. YES! Sama jugak macam perkataan 'Awek'.

Cuba kalau kita tegur gadis Melayu yang kita tak kenal dengan panggilan 'Awek'. Kan macam kasar bunyinya di situ.

Ya, itulah contoh yang paling senang untuk kita bandingkan. Jadi kalau boleh, tukarlah perkataan 'Amoi' tu kepada 'miss'. Take note people!

6. Pandai Buat Duit

Orang Cina [6]

Kita selalu anggap orang Cina pandai buat duit

Tak semestinya.

Financial education memang tak diajar di sekolah. Untuk betul-betul mahir dalam bidang ini, kenalah pergi seminar atau kursus berkenaan pengurusan wang.

Kalau tak ada ilmu, nak buat duit pun susah kan? Sama jugak macam orang Cina, bukannya semua minat atau rajin belajar bab kewangan.

Siapa yang belajar, dialah yang akan mahir. Kebijaksanaan dalam perihal kewangan tak akan datang secara semulajadi.

7. Tisu Tandas

Orang Cina [7]

Kita selalu anggap orang Cina hanya pakai tisu sahaja untuk basuh sisa najis selepas membuang

Nope, nope, nope, and NOPE!

Pelik. Entah dari manalah datangnya asal-usul tanggapan macam ni. Kita suka sangat label orang Cina sebagai pengotor, lagi-lagi bila bab kebersihan diri. Sejak dari dulu lagi.

Tak betul lah. Orang Cina pun pakai air jugak, bukan pakai tisu je. Sama jugak macam orang lain.

Adakah mungkin disebabkan frekuensi orang Cina pakai tisu adalah lebih tinggi berbanding orang lain?

Jadi tak semena-mena orang anggap mereka tak suka pakai air.

Tuutttt... Salah!

8. Beragama Buddha

Orang Cina [8]

Kita selalu anggap orang Cina mesti beragama Buddha

Mestilah tak.

Agama Buddha juga telah sangat sebati dengan masyarakat Cina. Mungkin sebab kita selalu nampak Sami Buddha yang berkepala botak dan mengenakan jubah oren tu orang Cina.

Tapi itu bukan bermakna mereka semua menganut satu agama sahaja. Ramai juga diantara mereka yang beragama Kristian. Malah, ada juga yang mengamalkan kepercayaan Taoisme.

9. Orang Cina 'Kiasu'

Orang Cina [9]

Kita selalu anggap orang Cina ni 'kiasu' Salah!

Direct translation bagi perkataan 'kiasu' ialah 'takut kalah'.

Kia = takut
Su = kalah

Contohnya, lecturer bagi assignment untuk dihantar dua bulan lagi, tapi ada sorang ni siapkan cepat-cepat dalam masa seminggu dan terus hantar tanpa tunggu deadline. Inilah yang dipanggil 'kiasu'. Semua benda nak cepat, semua benda nak menang. Lol :D

Tapi dalam ramai-ramai, mungkin ada seorang je yang macam tu. Yang lain mana ada 'kiasu'. Semua pun sama saja.

10. Mahir Guna Chop Stick

Orang Cina [10]

Kita selalu anggap orang Cina ni terer makan pakai 'chop stick'

Yang ni pun salah.

Rupa-rupanya, ramai juga orang Cina yang tak reti makan pakai 'chop stick'. Eh, bukan tak reti tapi tak mahir. Makan pakai 'chop stick' juga memerlukan practice secara konsisten.

Kalau hidup dalam environment yang tak selalu makan pakai 'chop stick' sejak kecil, memang susah sikit nak mahir. Jadi itulah hujahnya.

11. Orang Cina Kedekut

Orang Cina [11]

Kita selalu anggap orang Cina ni kedekut dan berkira

Tettt!

Benar, orang Cina memang selalu tekankan nilai prosperity dan kekayaan dalam kehidupan. Tapi tak semestinya mereka ini kedekut dan berkira.

Jangan tak tahu, orang Cina juga percaya kepada nilai memberi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Apa yang kita bagi, itulah yang kita akan dapat balik, malah berganda!

Itulah dia senarainya..

Orang Cina

Kesimpulannya, tak perlulah ada tanggapan atau stereotaip sebegini terhadap sesiapa sekalipun. Tak elok kan?

Yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tak kira bangsa, kaum, agama, atau warna kulit.

BACA INI JUGA: 10 Kepercayaan Karut Paling Popular Di Korea Selatan

Sumber: Says

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

tanggapan saya ..orang cina memang cantik-cantik tetapi orang bumiputera dan melayu juga sama cantiknya..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon