Saturday, August 04, 2018

Surah Yasin Rumi

Surah Yasin Rumi

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Surah Yasin Rumi

Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).

Seelok-eloknya membaca Surah Yaasin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.

SURAH YAASIIN RUMI

Audzubillahi minasyaitan nirrajim, Bismillah hirrahman nirrahiim.

1. يسٓ
Yaa, Siin.

2. وَٱلْقُرْءَانِ ٱلْحَكِيمِ
Wal-qur'ānil-ḥakīm

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.

3. إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ
Innaka laminal mursaliin.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus.

4. عَلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ
'Alā ṣirāṭim mustaqīm.

Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).

5. تَنزِيلَ ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ
Tanzīlal-'azīzir-raḥīm

Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

6. لِتُنذِرَ قَوْمًۭا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمْ فَهُمْ غَـٰفِلُونَ
Litunżira qaumam mā unżira ābā’uhum fa hum gāfilūn.

Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

7. لَقَدْ حَقَّ ٱلْقَوْلُ عَلَىٰٓ أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Laqad ḥaqqal-qaulu 'alā akṡarihim fa hum lā yu'minūn.

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

8. إِنَّا جَعَلْنَا فِىٓ أَعْنَـٰقِهِمْ أَغْلَـٰلًۭا فَهِىَ إِلَى ٱلْأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ
Innā ja'alnā fī a'nāqihim aglālan fa hiya ilal-ażqāni fa hum muqmaḥūn.

Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

9. وَجَعَلْنَا مِنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّۭا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّۭا فَأَغْشَيْنَـٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Wa ja'alnā mim baini aidīhim saddaw wa min khalfihim saddan fa agsyaināhum fa hum lā yubṣirūn.

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

10. وَسَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Wa sawā'un 'alaihim a'anżartahum am lam tunżirhum lā yu'minūn.

Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.

11. إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّكْرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَـٰنَ بِٱلْغَيْبِ ۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍۢ وَأَجْرٍۢ كَرِيمٍ
Innamā tunżiru manittaba'aż-żikra wa khasyiyar-raḥmāna bil-gaīb, fa basysyirhu bimagfiratiw wa ajrin karīm.

Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

12. إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا۟ وَءَاثَـٰرَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَـٰهُ فِىٓ إِمَامٍۢ مُّبِينٍۢ
Innā naḥnu nuḥyil-mautā wa naktubu mā qaddamū wa āṡārahum, wa kulla syai’in aḥṣaināhu fī imāamim mubīn.

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

13. وَٱضْرِبْ لَهُم مَّثَلًا أَصْحَـٰبَ ٱلْقَرْيَةِ إِذْ جَآءَهَا ٱلْمُرْسَلُونَ
Waḍrib lahum maṡalan aṣḥābal-qaryah, iż jā'ahal-mursalūn.

Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami).

14. إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍۢ فَقَالُوٓا۟ إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ
Iż arsalnā ilaihimuṡnaini fa każżabūuhumā fa 'azzaznā biṡāliṡin fa qālū innā ilaikum mursalūn.

Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: 'Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu'.

15. قَالُوا۟ مَآ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌۭ مِّثْلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمَـٰنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ
Qālū mā antum illā basyarum miṡlunā wa mā anzalar-raḥmānu min syai’in in antum illā takżibūn.

Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".

16. قَالُوا۟ رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ
Qālū rabbunā ya‘lamu innā ilaikum lamursalūn.

Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu.

17. وَمَا عَلَيْنَآ إِلَّا ٱلْبَلَـٰغُ ٱلْمُبِينُ
Wa mā ‘alainā illal-balāgul-mubīn.

"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".

18. قَالُوٓا۟ إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا۟ لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌۭ
Qālū innā taṭayyarnā bikum, la'il lam tantahū lanarjumannakum wa layamassannakum minnā 'ażābun alīm.

Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

19. قَالُوا۟ طَـٰٓئِرُكُم مَّعَكُمْ ۚ أَئِن ذُكِّرْتُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌۭ مُّسْرِفُونَ
Qālū ṭā’irukum ma‘akum, a’in żukkirtum, bal antum qaumum musrifūn.

Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

20. وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا ٱلْمَدِينَةِ رَجُلٌۭ يَسْعَىٰ قَالَ يَـٰقَوْمِ ٱتَّبِعُوا۟ ٱلْمُرْسَلِينَ
Wa jā'a min aqṣal-madīnati rajuluy yas'ā qāla yā qaumittabi'ul-mursalīn.

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

21. ٱتَّبِعُوا۟ مَن لَّا يَسْـَٔلُكُمْ أَجْرًۭا وَهُم مُّهْتَدُونَ
Ittabi'ū mal lā yas'alukum ajraw wa hum muhtadūn.

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

22. وَمَا لِىَ لَآ أَعْبُدُ ٱلَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Wa mā liya lā a'budullażī faṭaranī wa ilaihi turja'ūn.

Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

23. ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً إِن يُرِدْنِ ٱلرَّحْمَـٰنُ بِضُرٍّۢ لَّا تُغْنِ عَنِّى شَفَـٰعَتُهُمْ شَيْـًۭٔا وَلَا يُنقِذُونِ
A'attakhiżu min dūnihī ālihatan iy yuridnir-raḥmānu biḍurril lā tugni 'annī syafā‘atuhum syai'aw wa lā yunqiżūun.

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

24. إِنِّىٓ إِذًۭا لَّفِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍ
Innī iżal lafī ḍalālim mubīn.

"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

25. إِنِّىٓ ءَامَنتُ بِرَبِّكُمْ فَٱسْمَعُونِ
Innī āmantu birabbikum fasma'ūn.

"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)".

26. قِيلَ ٱدْخُلِ ٱلْجَنَّةَ ۖ قَالَ يَـٰلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ
Qīladkhulil-jannah, qāla yā laita qaumī ya'lamūn.

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -

27. بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ
Bimā gafara lī rabbī wa ja‘alanī minal-mukramīn.

"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".

28. ۞ وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَىٰ قَوْمِهِۦ مِنۢ بَعْدِهِۦ مِن جُندٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ
Wa mā anzalnā ‘alā qaumihī mim ba‘dihī min jundim minas-samā’i wa mā kunnā munzilīn.

Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

29. إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةًۭ وَٰحِدَةًۭ فَإِذَا هُمْ خَـٰمِدُونَ
In kānat illā ṣaiḥataw wāḥidatan fa iżā hum khāmidūn.

(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

30. يَـٰحَسْرَةً عَلَى ٱلْعِبَادِ ۚ مَا يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ
Yā ḥasratan 'alal-'ibād, mā ya'tīhim mir rasūlin illā kānū bihī yastahzi'ūn.

Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

31. أَلَمْ يَرَوْا۟ كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّنَ ٱلْقُرُونِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لَا يَرْجِعُونَ
Alam yarau kam ahlaknā qablahum minal-qurūni annahum ilaihim lā yarji'ūn.

Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).

32. وَإِن كُلٌّۭ لَّمَّا جَمِيعٌۭ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ
Wa in kullul lammā jamī'ul ladainā muḥḍarūn.

Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

33. وَءَايَةٌۭ لَّهُمُ ٱلْأَرْضُ ٱلْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَـٰهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّۭا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ
Wa āyatul lahumul-arḍul-maitatu aḥyaināhā wa akhrajnā minhā ḥabban fa minhu ya'kulūn.

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.

34. وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّـٰتٍۢ مِّن نَّخِيلٍۢ وَأَعْنَـٰبٍۢ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ ٱلْعُيُونِ
Wa ja'alnā fīhā jannātim min nakhīliw wa a‘nābiw wa fajjarnā fīhā minal-'uyūn.

Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,

35. لِيَأْكُلُوا۟ مِن ثَمَرِهِۦ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ ۖ أَفَلَا يَشْكُرُونَ
Liya'kulū min ṡamarihī wa mā 'amilathu aidīhim, afalā yasykurūn.

Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?

36. سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Subḥānallażī khalaqal-azwāja kullahā mimmā tumbitul-arḍu wa min anfusihim wa mimmā lā ya'lamūn.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

37. وَءَايَةٌۭ لَّهُمُ ٱلَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ ٱلنَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ
Wa āyatul lahumul-lailu naslakhu minhun-nahāra fa iżā hum muẓlimūn.

Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;

38. وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّۢ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ
Wasy-syamsu tajrī limustaqarril lahā, żālika taqdīrul-'azīzil-'alīm.

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

39. وَٱلْقَمَرَ قَدَّرْنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلْعُرْجُونِ ٱلْقَدِيمِ
Wal-qamara qaddarnāhu manāzila ḥattā 'āda kal-'urjūnil-qadīm.

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

40. لَا ٱلشَّمْسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدْرِكَ ٱلْقَمَرَ وَلَا ٱلَّيْلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِ ۚ وَكُلٌّۭ فِى فَلَكٍۢ يَسْبَحُونَ
Lasy-syamsu yambagī lahā an tudrikal-qamara wa lal-lailu sābiqun-nahār, wa kullun fī falakiy yasbaḥūn.

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

41. وَءَايَةٌۭ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ
Wa āyatul lahum annā ḥamalnā żurriyyatahum fil-fulkil-masyḥūun.

Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

42. وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِۦ مَا يَرْكَبُونَ
Wa khalaqnā lahum mim miṡlihī mā yarkabūn.

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

43. وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
Wa in nasya’ nugriq-hum fa lā ṣarīkha lahum wa lā hum yunqażūn.

Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -

44. إِلَّا رَحْمَةًۭ مِّنَّا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍۢ
illā raḥmatam minnā wa matā‘an ilā ḥīin.

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

45. وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّقُوا۟ مَا بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَمَا خَلْفَكُمْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Wa iżā qīla lahumuttaqū mā baina aidīkum wa mā khalfakum la'allakum turḥamūun.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).

46. وَمَا تَأْتِيهِم مِّنْ ءَايَةٍۢ مِّنْ ءَايَـٰتِ رَبِّهِمْ إِلَّا كَانُوا۟ عَنْهَا مُعْرِضِينَ
Wa mā ta’tīhim min āyatim min āyāti rabbihim illā kānū 'anhā mu'riḍīn.

Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).

47. وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ قَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنُطْعِمُ مَن لَّوْ يَشَآءُ ٱللَّهُ أَطْعَمَهُۥٓ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍۢ
Wa iżā qīla lahum anfiqū mimmā razaqakumullāhu qālallażīna kafarū lillażīna āmanū anuṭ‘imu mal lau yasyā’ullāhu aṭ‘amahū in antum illā fī ḍalālim mubīn.

Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".

48. وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ
Wa yaqūlūna matā hāżal-wa‘du in kuntum ṣādiqīn.

Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): "Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",

49. مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةًۭ وَٰحِدَةًۭ تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ
Mā yanẓurūna illā ṣaiḥataw wāḥidatan ta’khużuhum wa hum yakhiṣṣimūn.

Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

50. فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةًۭ وَلَآ إِلَىٰٓ أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ
Fa lā yastaṭī 'ūuna tauṣiyataw wa lā ilā ahlihim yarji‘ūn.

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

51. وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ
Wa nufikha fiṣ-ṣūri fa iżā hum minal-ajdāṡi ilā rabbihim yansilūn.

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

52. قَالُوا۟ يَـٰوَيْلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحْمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلْمُرْسَلُونَ
Qālū yā wailanā mam ba‘aṡanā mim marqadinā hāżā mā wa‘adar-raḥmānu wa ṣadaqal-mursalūn.

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

53. إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةًۭ وَٰحِدَةًۭ فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌۭ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ
In kānat illā ṣaiḥataw wāḥidatan fa iżā hum jamī‘ul ladainā muḥḍarūn.

Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

54. فَٱلْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌۭ شَيْـًۭٔا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Fal-yauma lā tuẓlamu nafsun syai’aw wa lā tujzauna illā mā kuntum ta‘malūn.

Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

55. إِنَّ أَصْحَـٰبَ ٱلْجَنَّةِ ٱلْيَوْمَ فِى شُغُلٍۢ فَـٰكِهُونَ
Inna aṣḥābal-jannatil-yauma fī syugulin fākihūn.

Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;

56. هُمْ وَأَزْوَٰجُهُمْ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ مُتَّكِـُٔونَ
Hum wa azwājuhum fī ẓilālin 'alal-arā’iki muttaki'ūn.

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;

57. لَهُمْ فِيهَا فَـٰكِهَةٌۭ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ
Lahum fīhā fākihatuw wa lahum mā yadda'ūn.

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

58. سَلَـٰمٌۭ قَوْلًۭا مِّن رَّبٍّۢ رَّحِيمٍۢ
Salāamun qaulam mirrabbir raḥīm.

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

59. وَٱمْتَـٰزُوا۟ ٱلْيَوْمَ أَيُّهَا ٱلْمُجْرِمُونَ
Wamtāzul-yauma ayyuhal-mujrimūn.

Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).

60. ۞ أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا۟ ٱلشَّيْطَـٰنَ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ
Alam a'had ilaikum yā banī ādama allā ta'budusy-syaiṭān, innahū lakum 'aduwwum mubīn.

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. وَأَنِ ٱعْبُدُونِى ۚ هَـٰذَا صِرَٰطٌۭ مُّسْتَقِيمٌۭ
Wa ani'budūunī, hāżā ṣirāaṭum mustaqīim.

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

62. وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنكُمْ جِبِلًّۭا كَثِيرًا ۖ أَفَلَمْ تَكُونُوا۟ تَعْقِلُونَ
Wa laqad aḍalla minkum jibillan kaṡīrā, afalam takūunūu ta'qilūun.

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

63. هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Hāżihī jahannamullatī kuntum tū'adūn.

"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

64. ٱصْلَوْهَا ٱلْيَوْمَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
Iṣlauhal-yauma bimāa kuntum takfurūun.

"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"

65. ٱلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰٓ أَفْوَٰهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ
Al-yauma nakhtimu 'alāa afwāahihim wa tukallimunāa aidīhim wa tasyhadu arjuluhum bimāa kāanūu yaksibūun.

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

66. وَلَوْ نَشَآءُ لَطَمَسْنَا عَلَىٰٓ أَعْيُنِهِمْ فَٱسْتَبَقُوا۟ ٱلصِّرَٰطَ فَأَنَّىٰ يُبْصِرُونَ
Wa lau nasyāau laṭamasnāa 'alāa a'yunihim fastabaquṣ-ṣirāaṭa fa annāa yubṣirūun.

(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

67. وَلَوْ نَشَآءُ لَمَسَخْنَـٰهُمْ عَلَىٰ مَكَانَتِهِمْ فَمَا ٱسْتَطَـٰعُوا۟ مُضِيًّۭا وَلَا يَرْجِعُونَ
Wa lau nasyāa'u lamasakhnāahum 'alāa makāanatihim famastaṭāa'ū muḍiyyaw wa lāa yarji'ūun.

(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

68. وَمَن نُّعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِى ٱلْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ
Wa man nu'ammirhu nunakkishu fil-khalq, afalāa ya'qilūn.

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

69. وَمَا عَلَّمْنَـٰهُ ٱلشِّعْرَ وَمَا يَنۢبَغِى لَهُۥٓ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌۭ وَقُرْءَانٌۭ مُّبِينٌۭ
Wa mā 'allamnāhusy-syi'ra wa mā yambagī lah, in huwa illā żikruw wa qur'ānum mubīn.

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

70. لِّيُنذِرَ مَن كَانَ حَيًّۭا وَيَحِقَّ ٱلْقَوْلُ عَلَى ٱلْكَـٰفِرِينَ
Liyunżira man kāna ḥayyaw wa yaḥiqqal-qaulu 'alal-kāafirīin.

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

71. أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّا خَلَقْنَا لَهُم مِّمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَآ أَنْعَـٰمًۭا فَهُمْ لَهَا مَـٰلِكُونَ
Awalam yarau annāa khalaqnāa lahum mimmāa 'amilat aidīināa an'āaman fa hum lahāa māalikūun.

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?

72. وَذَلَّلْنَـٰهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ
Wa żallalnāhā lahum fa minhā rakūbuhum wa minhā ya'kulūn.

Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.

73. وَلَهُمْ فِيهَا مَنَـٰفِعُ وَمَشَارِبُ ۖ أَفَلَا يَشْكُرُونَ
Wa lahum fīhā manāfi‘u wa masyārib, afalā yasykurūn.

Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?

74. وَٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةًۭ لَّعَلَّهُمْ يُنصَرُونَ
Wattakhażū min dūnillāhi ālihatal la‘allahum yunṣarūn.

Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

75. لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُندٌۭ مُّحْضَرُونَ
Lā yastaṭī‘ūna naṣrahum wa hum lahum jundum muḥḍarūn.

Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

76. فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ ۘ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ
Fa lā yaḥzunka qauluhum, innā na‘lamu mā yusirrūna wa mā yu‘linūn.

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

77. أَوَلَمْ يَرَ ٱلْإِنسَـٰنُ أَنَّا خَلَقْنَـٰهُ مِن نُّطْفَةٍۢ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌۭ مُّبِينٌۭ
Awalam yaral-insānu annā khalaqnāhu min nuṭfatin fa iżā huwa khaṣīmum mubīn.

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

78. وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًۭا وَنَسِىَ خَلْقَهُۥ ۖ قَالَ مَن يُحْىِ ٱلْعِظَـٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌۭ
Wa ḍaraba lanā maṡalaw wa nasiya khalqah, qāla may yuḥyil-'iẓāma wa hiya ramīm.

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

79. قُلْ يُحْيِيهَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
Qul yuḥyīhallażī ansya'ahā awwala marrah, wa huwa bikulli khalqin 'alīm.

Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

80. ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلشَّجَرِ ٱلْأَخْضَرِ نَارًۭا فَإِذَآ أَنتُم مِّنْهُ تُوقِدُونَ
Allażī ja‘ala lakum minasy-syajaril-akhḍari nāran fa iżā antum minhu tūqidūn.

"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".

81. أَوَلَيْسَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُم ۚ بَلَىٰ وَهُوَ ٱلْخَلَّـٰقُ ٱلْعَلِيمُ
Awa laisallażī khalaqas-samāwāti wal-arḍa biqādirin ‘alā ay yakhluqa miṡlahum, balā wa huwal-khallāqul-'alīm.

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

82. إِنَّمَآ أَمْرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيْـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ
Innamāa amruhūu iżāa arāada syai'an ay yaqūula lahūu kun fa yakūun.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

83. فَسُبْحَـٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍۢ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Fa subḥāanallażīi biyadihīi malakūutu kulli syai'iw wa ilaihi turja'ūun.

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, August 03, 2018

7 Perkara Ajaib Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Selepas Anda Minum Air Kelapa!

7 Perkara Ajaib Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Selepas Anda Minum Air Kelapa!

Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.

Perkara Ajaib Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Selepas Anda Minum Air Kelapa!

Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.

Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita.

Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.

Apa yang akan terjadi apabila anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?

1. Menguatkan antibodi

Air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.

2. Meningkatkan tenaga

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang.

Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

3. Menurunkan berat badan

Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.

4. Membersihkan pencernaan

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.

5. Mencegah tekanan darah tinggi

Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung.

Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

6. Mengelak Dehidrasi

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.

7. Anti Oksidan

Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Video Remaja Perempuan Berlagak Patah Paha Kanan Terjatuh 10 Kaki Di Sandakan

Video Remaja Perempuan Berlagak Patah Paha Kanan Terjatuh 10 Kaki Di Sandakan

Seorang remaja perempuan terpaksa menanggung derita selepas patah peha kanan akibat terjatuh dari ketinggian 10 kaki.

Video Remaja Perempuan Berlagak Patah Paha Kanan Terjatuh 10 Kaki Di Sandakan

Menerusi sebuah rakaman video yang menjadi tular di media sosial itu, kelihatan tiga remaja perempuan berpaut pada eskalator yang sedang bergerak sebelum salah seorang daripada mereka gagal turun dan terjatuh ke atas lantai.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat membeli-belah di Sandakan, Sabah, minggu ini.

Sementara itu, seorang lelaki dipercayai pengunjung di pusat membeli-belah itu dilihat cuba membantu remaja berkenaan namun tidak berjaya.

Saksi kejadian kemudiannya menghubungi pengawal keselamatan sebelum mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.


Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Bayaran Bantuan Sara Hidup 15 Ogos 2018

Bayaran Bantuan Sara Hidup 15 Ogos 2018

Sejumlah RM1.6 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 4.1 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) menjelang sambutan Aidiladha.

Bantuan Sara Hidup 2018

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengumumkan perkara itu berkata, pembayaran peringkat ketiga itu akan dibuat pada 15 Ogos 2018 ini.

"Kerajaan berharap pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos.

"Pembayaran akan dimasukkan ke akaun penerima, manakala bagi yang tidak mempunyai nombor akaun bank, surah pengesahan akan dipos ke alaman penerima dan mereka boleh menunaikannya di cawangan Bank Simpanan Nasional," kata Guan Eng dalam kenyataan pada Jumaat.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah ditukar kepada BSH sebaik kerajaan PH mentadbir negara ini.

Kata Guan Eng, walaupun tanpa hasil cukai GST dan negara menanggung hutan RM1 trilion, namun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) masih mampu untuk membantu rakyat dengan memberi BSH.

"Walaupun GST sudah dimansuhkan, kerajaan persekutuan masih tidak mengalami kebankrapan seperti yang didakwa oleh kerajaan terdahulu, sebaliknya masih mampu terus memberi BSH walaupun tanpa hasil cukai GST.

"Perlu ditegaskan bahawa pembayaran RM1.6 bilion (BSH) dibuat dalam keadaan kekangan kewangan kerana hutang Kerajaan Persekutuan yang mencecah RM1 trilion ekoran skandal kewangan 1MDB dan salah urus tadbir," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Fibroid Penyakit Rahim Wanita Yang Menyerang Tanpa Disedari

Fibroid Penyakit Rahim Wanita Yang Menyerang Tanpa Disedari

'Menyerang' wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun (usia reproduktif), fibroid adalah satu ketumbuhan yang jinak atau benign tumor yang biasa pada rahim wanita.

Fibroid Penyakit Rahim Wanita Yang Menyerang Tanpa Disedari

Fibroid adalah sejenis penyakit yang menyerang wanita tanpa menunjukkan sebarang tanda seseorang itu menghidapnya dan kebiasaannya mereka hanya mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit tersebut pada peringkat fibroid tersebut telah membesar.

Didapati lebih 20 hingga 25 peratus wanita mempunyai fibroid, wanita hamil juga tidak terkecuali daripada penyakit ini.

Fibroid yang ada pada wanita hamil bukanlah satu perkara luar biasa kerana ibu-ibu hamil akan menghasilkan lebih estrogen di mana ia akan menyebabkan fibroid tersebut menjadi aktif.

Majoriti wanita yang menghidap penyakit ini tidak akan mengalami simptom-simptom bagaimanapun ia bergantung di mana fibroid itu berada serta saiznya.

Individu yang mempunyai fibroid hanya akan berasa sakit sekiranya fibroid mengalami pendarahan dan jangkitan kuman yang kebiasaannya pada fibroid yang bersaiz besar.

Fibroid yang bersaiz besar kadangkala menekan pundi kencing menyebabkan individu mempunyai simptom sering kencing manakala fibroid di dalam ruang endometrium atau submukosa iaitu pada dinding rahim yang akan menyebabkan individu tersebut sukar untuk hamil kerana penyempitan pada salur fallopio boleh berlaku.

Dalam kalangan wanita hari ini, 20 hingga 25 peratus daripada mereka mempunyai fibroid bagaimanapun daripada jumlah ini 10 hingga 12 peratus sahaja yang menghidapinya ketika hamil.

Bagi wanita sedang hamil tidak semua fibroid akan membesar atau aktif.

Fibroid membesar ketika hamil adalah disebabkan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil, begitupun tidak semua fibroid akan membesar atau aktif ketika hamil.

Kebiasaannya, fibroid yang berukuran lebih daripada enam sentimeter berkemungkinan untuk lebih membesar ketika hamil dan pemantauan perlu dilakukan secara pemeriksaan klinikal atau imbasan ultrasound untuk melihat sama ada fibroid membesar serta melihat perkembangan fibroid ketika hamil.

Penyakit Senyap

Fibroid boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak, sakit di bahagian pelvis, sakit belakang, kekejangan dan boleh mengganggu kepada kesuburan wanita.

Ada juga sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom dan menyebabkan mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai fibroid.

Walaupun punca terjadinya fibroid masih tidak dapat dipastikan, namun pertumbuhannya dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron, dan juga keturunan.

Jadi, sekiranya anda mempunyai ibu atau kakak yang mempunyai fibroid, kebarangkalian anda untuk mempunyai fibroid juga tinggi.

Walaupun fibroid boleh mengecut sendiri, terutamanya selepas menopaus, namun pembedahan adalah perlu sekiranya saiz fibroid besar dan menjejaskan kualiti hidup penghidapnya.

Kebanyakan doktor mengesyorkan pembedahan - sama ada myomectomy untuk membuang fibroid atau histerektomi untuk membuang rahim, dengan kemungkinan ovari dan tiub fallopio di buang sekali, menyebabkan wanita tidak boleh hamil lagi.

Tetapi, ada rawatan semulajadi untuk kecutkan fibroid.

Rawatan Semulajadi Untuk Cegah Atau Kecutkan Fibroid

1. Elakkan makanan yang menjadikan fibroid semakin teruk

Antara makanan yang patut dielakkan termasuklah:

Daging yang diproses dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi.
  • Ia boleh meningkatkan tahap keradangan dan kebiasaannya mengandungi bahan kimia tambahan.
  • Daging jenis ini sangat tidak bagus diambil oleh wanita yang mempunyai fibroid.
  • Contohnya seperti daging burger, sosej.
  • Untuk memilih daging, pilihlah daging dari haiwan yang diberi makan rumput (grass-feed).

Tenusu konvensional
  • Contohnya tenusu bukan organik kerana ia mempunyai kandungan steroid yang sangat tinggi serta bahan kimia lain yang boleh mengubah hormon dan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fibroid.

Gula (refined)
  • Pengambilan gula halus boleh meningkatkan kesakitan dan mengurangkan fungsi imun dalam badan.
  • Ia juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan ketidakseimbangan hormon, dua faktor yang menggalakkan perkembangan fibroid.
  • Kajian juga menunjukkan bahawa indeks glisemik pemakanan yang tinggi dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi terhadap fibroid rahim di kalangan sesetengah wanita.

Karbohidrat (refined)
  • Selain gula, 'refined' karbohidrat seperti bijirin segera juga perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan tahap insulin meningkat mendadak dan hormon menjadi bercelaru.

Kafein
  • Terlalu banyak kafein membebankan badan, terutamanya hati anda.
  • Apabila hati terpaksa kerja lebih dari yang sepatutnya, ia sedikit sebanyak menjejaskan fungsinya dalam menjaga kestabilan hormon.
  • Minum lebih daripada dua cawan kopi setiap hari boleh meningkatkan tahap estrogen pada wanita dan boleh memburukkan lagi keadaan fibroid.

Alkohol
  • Pengambilan alkohol berlebihan boleh meningkatkan keradangan seluruh badan, mengurangkan fungsi imun dan menggalakkan ketidakseimbangan hormon.
  • Dengan mengurangkan atau mengelakkan alkohol, anda boleh membantu badan anda untuk stabilkan hormon serta percepatkan proses pengecutan fibroid.

2. Amalkan pemakanan yang boleh menyembuhkan fibroid

Makanan berikut sepatutnya dimasukkan dalam diet harian:

Makanan organik
  • Pilih makanan organik untuk elakkan diri sebanyak mungkin dari terdedah kepada racun perosak.
  • Racun perosak beri kesan terhadap estrogen dan tahap hormon lain.
  • Memandangkan keseimbangan hormon adalah kunci utama rawatan semulajadi untuk fibroid, adalah lebih baik pilih makanan organik dalam diet seharian.

Sayuran berdaun hijau
  • Sayuran jenis ini menghalang perkembangan fibroid dalam badan wanita.
  • Sayuran ini kaya dengan Vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah dan mengawal pendarahan haid.

Sayuran dari kumpulan kobis
  • Ia membantu proses detoksifikasi hati dan bantu seimbangkan paras estrogen.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan yang tinggi sayuran seperti brokoli, kubis, kubis Cina, tomato dan epal dipercayai menjadi faktor pelindung untuk fibroid.
  • Pengambilan sayur-sayuran berkobis (dan buah-buahan segar) dipercayai mampu mengurangkan kejadian fibroid rahim di kalangan wanita.

Makanan kaya dengan beta-karotena
  • Semasa proses pencernaan, tubuh badan menukarkan beta karotena kepada vitamin A.
  • Vitamin A menggalakkan pertumbuhan tisu yang sihat di samping membaiki tisu yang rosak, jadi, ianya sangat membantu dalam penyembuhan fibroid.
  • Makanan yang tinggi beta-karotena termasuklah lobak merah, kentang manis, kale dan bayam.

Makanan kaya dengan zat besi
  • Fibroid kadangkala menyebabkan sesetengah wanita untuk kehilangan lebih banyak darah semasa kedatangan haid setiap bulan.
  • Ini boleh membawa kepada anemia. Untuk menggantikan kehilangan zat besi, masukkan makanan tinggi zat besi dalam diet anda seperti daging lembu (grass-fed) dan kekacang untuk membantu menggantikan zat besi yang hilang besi dan seterusnya mencegah anemia.

Minyak ikan/minyak flaxseeds
  • Ia membantu seimbangkan tahap estrogen dalam badan, yang seterusnya boleh membantu untuk mengecutkan fibroid.

Bijirin penuh
  • Daripada bijirin halus (refined), adalah lebih baik memilih bijirin penuh yang lebih sihat seperti millet, beras perang, buckwheat, dan oat.

3. Amalkan pengambilan herba detoksifikasi

Herba seperti milk thistle, Chasteberry (vitex), burdock, yellow dock, red clover dan articok membantu detox hati, seimbangkan hormon, dan mengurangkan estrogen berlebihan serta keradangan. Ini sangat membantu mencegah dan mengecutkan fibroid.

Herba lain yang berkesan dalam merawat fibroid termasuk black cohosh, ginseng Siberia, Echinacea, goldenseal, raspberi merah, akar likuoris, motherwort dan dong quai.

Untuk wanita yang mengalami pendarahan harus elak dari mengambil dong quai, kerana ia boleh meningkatkan aliran darah.

Herba ini juga tidak digalakkan untuk wanita menyusu atau wanita hamil.

4. Cuba pek minyak kastor

Dengan meletakkan pek minyak kastor ke perut anda, ia meningkatkan peredaran dalam sistem limfa dan peredaran darah dan juga meningkatkan limfosit - sel-sel darah putih yang menghapuskan toksin penyebab penyakit dari badan.

Ramai pengamal holistik percaya pengumpulan toksin memainkan peranan penting dalam perkembangan fibroid.

Minyak Castor juga mengandungi asid anti-radang ricinoleic.

Walaupun tidak ada apa-apa penyelidikan saintifik setakat ini yang secara langsung mengkaji kesan pek minyak kastor ke atas fibroid, namun tidak salah untuk mencuba.

Terdapat satu kajian pada tahun 2011 menunjukkan bahawa pek minyak kastor boleh membantu detoksifikasi dengan mengurangkan gejala sembelit.

5. Bersenam

Kajian menunjukkan senaman juga membantu mencegah dan mengatasi fibroid.

Senaman aerobik seperti berjalan, berlari, berenang dan menari menstabilkan paras insulin dan membantu mencegah ketidakseimbangan hormon.

Senaman seperti yoga dan regangan tai chi, meningkatkan aliran tenaga (chi) kepada organ-organ pelvis dan kelenjar hormon.

Manakala latihan berat badan meningkatkan kesihatan otot dan menguatkan otot-otot yang menyokong rahim.

6. Elakkan pendedahan berterusan kepada toksin alam sekitar

Jauhi perkara-perkara berikut untuk meningkatkan kesihatan hormon serta kesihatan keseluruhan anda:
  • Racun perosak, racun herba, baja sintetik peluntur.
  • Bahan pengawet makanan, pewarna makanan.
  • Pencuci berbahaya.

Seeloknya buat pilihan produk penjagaan dalaman wanita yang semulajadi serta produk penjagaan badan dan alat solek yang organik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Kenapa Allah Mencipta Iblis Dan Syaitan?

Kenapa Allah Mencipta Iblis Dan Syaitan?

Kita pastinya asyik terfikir, Iblis itu jahat dan menghasut manusia agar membuat kejahatan sedangkan Allah inginkan kita menjadi baik. Jadi kenapa Allah ciptakan juga Iblis?

Kenapa Allah Mencipta Iblis Dan Syaitan?
Gambar hiasan.

Iblis ialah sejahat-jahat kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT dan ramai orang secara tidak sedar beranggapan bahawa Allah tidak sepatutnya mencipta Iblis.

Bukankah lebih baik jika Iblis tidak wujud? Maka semua manusia akan lebih cenderung untuk beriman dan taat kepada Allah.

Sebenarnya, mereka mempersoal dan mempertikaikan penciptaan Iblis ini lantaran kejahilan mereka terhadap hikmah kejadian Iblis.

Keadaan ini samalah juga dengan malaikat yang berasa hairan dengan penciptaan manusia pada awal-awal dahulu.

Lalu mereka bertanya kepada Allah tentang rasional manusia yang gemar melakukan kerosakan dan menumpahkan darah itu dicipta sebagai khalifah di muka bumi.

Namun, persoalan malaikat itu bukanlah untuk mempertikaikan perbuatan Allah. Para malaikat itu suci daripada segala bentuk kemaksiatan.

Sebenarnya persoalan mereka itu menunjukkan bahawa malaikat tidak tahu hikmah Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Tiga Asas Kefahaman

Sebelum perbincangan lanjut tentang hikmah penciptaan Iblis, kita perlu ingat tiga asas berikut:

1. Segala perbuatan Allah sama ada baik atau buruk pada penilaian manusia tidak boleh dipersoalkan kerana Allah mempunyai hak mutlak untuk menciptakan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, “Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang dilakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.” (Surah al- Anbiya ’ : 23)

2. Allah menciptakan manusia di muka bumi adalah bertujuan untuk menguji siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya sebagaimana yang ditegaskan dalam surah al- Mulk ayat 2.

Justeru, penciptaan Iblis adalah sebahagian daripada ujian Allah bagi menilai umat manusia.

3. Allah telah memberi amaran berulang- ulang kali dalam al-Quran dan sunnah Rasul-Nya bahawa Iblis dan syaitan itu musuh manusia yang paling nyata.

Maka kita tiada alasan untuk mengatakan mereka tidak mengetahui musuhnya.

Berikut adalah antara hikmah penciptaan Iblis:

Hikmah 1: Membuktikan Allah Pencipta Mutlak

Berbalik kepada hikmah penciptaan Iblis, antaranya adalah bagi menunjukkan kekuasaan Allah dalam menciptakan segala yang wujud secara berpasang-pasangan dan berlawanan antara satu dengan lain.

Hal ini samalah seumpama Allah menciptakan lelaki dan wanita, jantan dan betina, malam dan siang, baik dan buruk, cantik dan hodoh, Muslim dan kafir, termasuk juga malaikat dan Iblis.

Sebagaimana Allah mampu menciptakan satu makhluk yang tidak pernah ingkar kepada-Nya dan hanya beribadah kepada-Nya semata-mata pada setiap waktu, begitulah juga Allah mampu menciptakan satu makhluk yang paling kuat mengingkari perintah-Nya seperti Iblis.

Semua ini sekali gus menunjukkan kesempurnaan kekuasaan Allah dalam penciptaan sehingga manusia tidak boleh mengatakan bahawa Allah hanya mampu menciptakan benda-benda yang baik sahaja.

Sebaliknya, benda-benda yang jahat seperti Iblis dan syaitan itu berkuasa menciptakan dirinya sendiri bagi menandingi Allah.

Hikmah 2: Membuktikan Kekuasaan Allah

Penciptaan Iblis juga akan menzahirkan dan membuktikan beberapa nama dan sifat Allah seperti al- Qahhar (Maha Gagah Perkasa), al-Muntaqim (Maha Pembalasan), al- ’Adl (Maha Adil), al-Dhar (Maha Memberi Mudarat), Syadid al-'Iqab (Maha Pemberi Azab Pedih), Sari ’ al-Hisab (Maha Pemberi Pembalasan Segera), alKhafidh (Maha Merendahkan), al- Mu ‘iz ( Maha Memuliakan), al- Muzill (Maha Menghinakan), al-Rafi' (Maha Meninggikan) dan lain-lain.

Nama-nama dan sifat-sifat Allah ini tidak akan terzahir dan terbukti sekiranya semua makhluk yang wujud ini bersifat seperti malaikat.

Sebaliknya ia terzahir disebabkan kewujudan makhluk yang menzahirkan penentangan terhadap titah dan perintah Allah.

Hal ini dijelaskan lagi dengan peristiwa-peristiwa Allah memberi pertolongan kepada wali-wali-Nya dan menghancurkan musuh-musuhnya.

Hikmah 3: Menzahirkan Kasih Sayang Allah

Selain itu, kewujudan Iblis juga akan menzahirkan sifat Allah yang Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Pemurah dan sebagainya.

Hal ini benar -benar tidak dapat disangkal lagi apabila Allah memasukkan hamba- hamba-Nya yang berdosa ke dalam syurga tanpa mengambil kira secara terperinci segala dosa dan maksiat yang telah dilakukan akibat godaan dan hasutan Iblis.

Jika tiada manusia yang berdosa dan melakukan maksiat, maka tiadalah keperluan untuk Allah menzahirkan sifat - sifat ihsan dan belas kasihan ini.

Hikmah 4: Menyempurnakan Kehambaan Manusia

Al-Imam Ibn Qayyim alJauziyyah menyebut bahawa antara hikmah penciptaan Iblis adalah untuk menyempurnakan tahap-tahap kehambaan kepada Allah sepertimana yang ditunjukkan oleh para nabi dan rasul serta pengikut mereka.

Ini kerana tahap perhambaan ini tidak sempurna kecuali dengan menguji mereka dengan musuh-musuh.

Musuh-musuh Allah akan mengganggu dan memerangi mereka yang berusaha untuk istiqamah dalam agama.

Sekiranya mereka bersabar dan berjihad melawan musuh-musuh Allah dan mengutamakan pahala, maka dengan kesabaran dan kesungguhan itu akan sempurnalah tahap kehambaan mereka kepada Allah.

Selanjutnya Ibn Qayyim mengatakan bahawa banyak perkara yang kita tidak nampak kebaikan dan keutamaannya melainkan apabila dinampakkan lawannya.

Maka proses untuk menampakkan keburukan berlaku menerusi penciptaan Iblis dan syaitan.

Wallahu a‘lam

BACA INI JUGA:

sumber: addeen

Thursday, August 02, 2018

Warner Bros. World Abu Dhabi Taman Tema Tertutup Terbesar Di Dunia

Warner Bros. World Abu Dhabi Taman Tema Tertutup Terbesar Di Dunia

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memang mempunyai banyak kejutan kerana negara Arab moden itu bukan sahaja mempunyai bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, tetapi kini taman tema tertutup yang terbesar di dunia.

Warner Bros. World Abu Dhabi

Warner Bros. World Abu Dhabi baru sahaja dibuka 25 Julai lalu, bertempat di Pulau Yas, taman berkeluasan 1.65 juta kaki persegi itu mempunyai 29 permainan, persembahan dan lain-lain tarikan.

Selain itu, terdapat enam ‘dunia’ fantasi dan superhero seperti Gotham City, Bedrock dan Metropolis yang digambarkan filem-filem terbitan Warner Bros.

Taman tema tersebut dibina dengan pengawasan sepenuhnya oleh syarikat tersebut.

Mereka meneliti setiap perabot, kerja dan susun atur batu, lampu, kesan bunyi, muzik dan sebagainya agar menepati ‘dunia’ fantasi ciptaan Warner.

Dengan adanya Warner Bros. World Abu Dhabi, jumlah pelancong ke Pulau Yas dijangka meningkat tujuh peratus.

Pulau tersebut yang mempunyai tarikan lain seperti Ferrari World dan Formula 1 Grand Prix menerima 27 juta pelancong pada tahun lalu.

Warner Bros. World Abu Dhabi

Projek-projek tarikan pelancong giat dijalan di UAE sejajar dengan Wawasan Ekonomi 2030 negara itu, yang menjadikan pelancongan sebagai salah satu daripada 12 sektor yang diutamakan.

Pulau Yas disasar menjadi salah satu daripada 10 destinasi hiburan terbaik dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wowmalaysia

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Bekas bintang filem dewasa, Mia Khalifa menceritakan detik cemas apabila payu dara yang ‘diimplan’ dikatakan pecah akibat hentaman bola hoki ais beberapa bulan lalu.

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Mia yang ketika itu menghadiri perlawanan pasukan kegemarannya, Washington Capitals difahamkan duduk di tepi gelanggang ketika insiden tersebut berlaku.

“Saya sedang duduk di belakang kaca semasa perlawanan berlangsung apabila ia (bola hoki ais) terbang ke arah saya.

“Semua berlaku dengan pantas hinggakan saya tidak sempat berbuat apa-apa.

"Saya segera memegang dada dan tidak mahu melepaskannya.

“Saya merasakan jika saya melepaskannya darah akan memenuhi kawasan itu,” katanya kepada Daily Star.

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Tambahnya lagi, kemalangan tersebut menyebabkan salah satu implan payudaranya turut pecah dan dia akan melakukan pembedahan tahun hadapan.

Mia yang sudah meninggalkan industri filem porno, kini menjadi hos bersama dalam podcast Sportball Rooster bersama bekas personaliti radio ESPN, Tyler Coe.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mediahiburan

Apa Sebenarnya Emas Putih Dan Bagaimana Ia Dihasilkan?

Apa Sebenarnya Emas Putih Dan Bagaimana Ia Dihasilkan?

Secara semulajadinya, emas berwarna emas, yang paling tulen adalah emas bergred 24 karat walau bagaimanapun, untuk penghasilan barangan kemas bagi wanita, emas 24 karat tidak digunakan kerana ianya terlalu lembut.

Apa itu Emas Putih

Penggunaan emas 24 karat bagi penghasilan barangan kemas akan menyebabkannya mudah bengkok dan kemek hanya dengan menekannya menggunakan jari.

Oleh itu, bagi membolehkan barang kemas lebih tahan lasak untuk kegunaan harian, maka elemen logam lain ditambah padanya, lalu terhasillah aloi emas.

Memahami istilah 'karat' bagi emas

Kita biasa mendengar unit karat digunakan bagi merujuk kepada ketulenan sesuatu emas dan barang permata. Apakah yang dimaksudkan dengan 'karat' ini?

Perkataan 'karat' ini merujuk kepada bahagian emas yang terdapat dalam emas yang dijual. 24 karat boleh diistilahkan sebagai 24 bahagian emas dalam emas yang dijual.

Sebagai contoh, sekiranya cincin emas yang dijual dilabel dengan 18 karat, maka 18 bahagian daripada cincin tersebut adalah emas sementara baki 6 bahagian lagi merupakan logam lain yang ditambah padanya.

Ini bermakna 75% (18 bahagian daripada 24) cincin emas tersebut adalah emas manakala baki 25% (6 bahagian daripada 24) adalah logam asing.

Contoh lain, loket yang diperbuat daripada emas 14 karat bermakna 14 bahagian daripada loket tersebut adalah emas sementara baki 10 bahagian lain adalah logam asing.

Proses penghasilan emas putih

Mengambil contoh yang dinyatakan di atas, apakah bahan logam asing ini?

Ianya bergantung pada hasilnya. Sekiranya barangan kemas yang dihasilkan berwarna emas, maka antara logam yang biasa ditambah adalah tembaga (Cu) dan zink (Zn).

Sejak kebelakangan ini, warna emas "rose gold' semakin diminati sejak penjualan iPhone 6 yang dijual dalam variasi warna ini. Untuk menghasilkan "rose gold", logam tembaga dan zinc biasanya akan ditambah.

Untuk menghasilkan emas putih, maka logam seperti perak (Ag), paladium (Pd), mangan (Mn) dan nikel (Ni) biasanya digunakan. Nikel biasanya menjadi pilihan berbanding logam lain kerana ianya lebih murah.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini penggunaan nikel semakin berkurangan kerana ianya boleh memberikan kesan alergik kepada penggunanya.

Campuran antara emas dan logam asing yang dinyatakan di atas akan menghasilkan emas putih yang dijual di pasaran.

Walau bagaimanapun, campuran emas dan logam asing ini biasanya tidak akan menghasilkan warna perak yang berkilauan.

Oleh itu, kebanyakan emas putih yang dijual di pasaran yang akan diselaputi dengan lapisan nipis rhodium, iaitu sejenis logam dalam keluarga platinum.

Pemilihan rhodium adalah kerana warna peraknya yang lebih bercahaya dan tahan lama. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memakai barangan kemas daripada emas putih untuk tempoh yang lama, barangan kemas tersebut mungkin akan berwarna kekuningan kerana lapisan rhodium ini semakin menipis.

Maka, bolehlah ke kedai emas berhampiran untuk membersihkannya. Kedai emas biasanya boleh menambah satu lapisan rhodium padanya agar barang kemas tersebut kembali bersinar-sinar.

Adakah berbaloi membeli emas putih?

Apa itu Emas Putih
Perbezaan emas putih.

Soalan ini mungkin terlalu objektif. Sekiranya anda kekurangan bajet, maka membeli barangan kemas yang diperbuat daripada emas putih berbanding emas biasa mungkin satu pilihan.

Walau bagaimanapun, tidak ramai gemar membeli barangan kemas yang diperbuat daripada emas putih memandangkan secara kasarnya, ia kelihatan seperti perak.

Malah, anda mungkin menghadapi masalah untuk menggadai atau menjualnya kelak kerana emas putih kurang diminati kebanyakan wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, August 01, 2018

Malaysia Akui Kehilangan MH370 Campur Tangan Pihak Ketiga?!

Malaysia Akui Kehilangan MH370 Campur Tangan Pihak Ketiga?!

Pasukan Penyiasat tidak menolak kemungkinan campur tangan pihak ketiga (third party intervention) antara punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014.

Kehilangan MH370 Mungkin Ada Campur Tangan Pihak Ketiga!
Gambar hiasan.

Kata Ketua Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon, Pasukan Penyiasat telah meneliti semua laporan dan dakwaan di semua platform berita dan juga media sosial.

"Apabila anda menyiasat MH370, ia merupakan antara kerja paling sukar di dunia.

"Apa yang kami telah buat ialah membaca semua jenis laporan, semua jenis dakwaan, berita dan gosip di media sosial, dan kami letak semuanya di atas meja.

"Dalam hampir 60 dakwaan dan gosip yang diterima dan diteliti, kami buang satu per satu dan tengok apa yang tinggal.

"Kini, tinggal hanya tujuh kemungkinan. Tetapi saya harus berhati-hati kerana saya tidak mahu menolak sebarang kemungkinan," katanya kepada media selepas selepas membentangkan laporan terakhir siasatan MH370 di Bangunan Kementerian Pengangkutan.

Laporan itu, antara lain, menyatakan penemuan sepanjang siasatan, termasuk aspek keadaan pesawat berkenaan, keadaan kru termasuk juruterbang sewaktu penerbangan, komunikasi dua hala antara pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh, serta cadangan-cadangan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Antara penemuan yang dinyatakan ialah, sewaktu pesawat Boeing B777-200ER itu melencong dari laluan asal, ia berada di bawah kawalan manual dan sengaja dihalakan menuju ke Lautan India.

"Kami telah menjalankan tujuh simulasi penerbangan, tiga di bawah kelajuan tinggi dan empat lagi di bawah kelajuan rendah dan kami mendapati lencongan berkenaan dibuat di bawah kawalan manual, bukan autopilot ," jelas Soo Chon.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat kesimpulan yang kesihatan juruterbang pesawat, Kapten Zaharie Ahmad Shah ataupun pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, berada di tahap kurang baik, atau mempunyai tujuan berlainan sewaktu kapal terbang itu dilencongkan.

"Kami telah membuat pemeriksaan terhadap Zaharie, kami dapati beliau tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan atau keluarga, tiada sifat-sifat kemurungan, tiada penyalahgunaan alkohol atau dadah.

"Kami juga dapati tiada tekanan atau tanda kebimbangan dalam komunikasi antara beliau dengan pusat kawalan udara di Kuala Lumpur atau Ho Chi Minh.

"Kami dapati Kapten Zaharie seorang juruterbang yang kompeten, rekod penerbangan hampir sempurna, serta mempunyai kebolehan untuk menguruskan tekanan sewaktu bekerja," jelasnya.

Bagi Fariq juga, kata Soo Chon, tiada sebarang asas untuk beliau melencongkan pesawat berkenaan, tetapi dakwaan yang mengatakan terdapat isyarat dari telefon bimbit beliau sukar ditentukan memandangkan ianya terlalu lemah.

Tetapi katanya, kekurangan komunikasi radio antara MH370 dan pusat kawalan sebelum ia dilencongkan adalah berkemungkinan besar sistem komunikasi pesawat berkenaan telah ditutup secara manual, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Soo Chon berkata, pihak beliau juga dapati Pusat Kawalan Udara Ho Chi Minh gagal untuk memaklumkan Pusat Kawalan Udara Beijing apabila pesawat itu tidak melakukan sebarang komunikasi lanjut.

Jelasnya lagi, petugas di pusat kawalan berkenaan tidak menjalankan pelbagai fasa kecemasan yang sudah tergaris dalam panduan, sekali gus memberi impak yang besar kepada operasi mencari dan menyelamat.

Dalam pada itu, Soo Chon menegaskan laporan setebal 449 muka surat yang diedarkan kepada awam bukan bermakna siasatan sudah berakhir.

"Bagaimana kami boleh menganggapnya laporan terakhir, itu akan jadi tekaan tanpa asas kerana rangka MH370 tidak ditemui, mangsa juga tidak ditemui," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani