Friday, December 22, 2017

Taman Tema Escape Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia!


Action Park di Vernon New Jersey, Amerika Syarikat merupakan pemegang rekod gelongsor air terpanjang di dunia sekarang dengan ukuran panjang 0.6 kilometer.

Taman Tema Escape Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia!

Namun, tahun 2018 nanti kita bakal menyaksikan rekod terpanjang akan bertukar tangan apabila taman tema Escape Pulau Pinang sedang membina gelongsor air dengan ukuran panjang 1 kilometer.

Pengasas Escape Sim Choo Kheng berkata, pengunjung akan diangkat menggunakan chairlift ke ketinggian 420m untuk ke tempat permulaan.

Gelongsor ini akan merentasi Jalan Teluk Bahang dan akan berakhir dalam kolam mandi taman tema tersebut.

Gelongsor air ini dijangka dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018 disamping beberapa tarikan utama lain seperti Graavityplay.

Tonton video di bawah untuk lihat dengan lebih dekat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: China Bina Taman Hiburan Angry Birds



sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon