Thursday, August 02, 2018

Warner Bros. World Abu Dhabi Taman Tema Tertutup Terbesar Di Dunia


Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memang mempunyai banyak kejutan kerana negara Arab moden itu bukan sahaja mempunyai bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, tetapi kini taman tema tertutup yang terbesar di dunia.

Warner Bros. World Abu Dhabi

Warner Bros. World Abu Dhabi baru sahaja dibuka 25 Julai lalu, bertempat di Pulau Yas, taman berkeluasan 1.65 juta kaki persegi itu mempunyai 29 permainan, persembahan dan lain-lain tarikan.

Selain itu, terdapat enam ‘dunia’ fantasi dan superhero seperti Gotham City, Bedrock dan Metropolis yang digambarkan filem-filem terbitan Warner Bros.

Taman tema tersebut dibina dengan pengawasan sepenuhnya oleh syarikat tersebut.

Mereka meneliti setiap perabot, kerja dan susun atur batu, lampu, kesan bunyi, muzik dan sebagainya agar menepati ‘dunia’ fantasi ciptaan Warner.

Dengan adanya Warner Bros. World Abu Dhabi, jumlah pelancong ke Pulau Yas dijangka meningkat tujuh peratus.

Pulau tersebut yang mempunyai tarikan lain seperti Ferrari World dan Formula 1 Grand Prix menerima 27 juta pelancong pada tahun lalu.

Warner Bros. World Abu Dhabi

Projek-projek tarikan pelancong giat dijalan di UAE sejajar dengan Wawasan Ekonomi 2030 negara itu, yang menjadikan pelancongan sebagai salah satu daripada 12 sektor yang diutamakan.

Pulau Yas disasar menjadi salah satu daripada 10 destinasi hiburan terbaik dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wowmalaysia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon