Tuesday, April 10, 2018

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Bila memikirkan tentang sempadan antara negara, kita pasti terbayangkan suatu tempat yang dikawal ketat, sukar dilepasi, terpencil, sunyi dan kadang-kadang ada juga yang langsung tidak dapat dilihat.

Namun, ada sesetengah sempadan yang menakjubkan dan sangat menarik. Berikut merupakan antara sempadan yang unik yang ada di muka bumi.

1. Korea Utara-Korea Selatan

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Tidak semua negara begitu santai tentang sempadan mereka, di sini anda boleh melihat cahaya lampu di waktu malam di Korea Utara dan Korea Selatan, hampir tidak ada lampu ketika malam di Korea Utara.

Hanya ibu kota di Pyongyang nampaknya terang terhadap kegelapan. Ia juga salah satu sempadan paling ketat di dunia.

2. Norway-Sweden

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Bercakap tentang sempadan yang santai, salah satunya adalah di antara Norway dan Sweden - mereka hanya memotong laluan pokok untuk menandakannya.

Orang ramai sering menggunakannya untuk menunggang kereta salji di musim sejuk (tidak semuanya boleh dilalui), dengan jarak lebih kurang 1000 batu.

Apa yang membuatkan gambar di atas lebih menarik, memandu kereta salji di Norway, percaya atau tidak, adalah menyalahi undang-undang.

Sebaliknya di Sweden, ia dibenarkan.

Pihak berkuasa Norway percaya bahawa ia boleh menakut-nakutkan hidupan liar dan menjejaskan alam sekitar.

3. Argentina-Paraguay-Brazil

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Apa yang kita boleh lihat di sini adalah sempadan yang unik antara tiga buah negara, Argentina, Paraguay dan Brazil, dipisahkan oleh Sungai Parana dan Iguazu.

4. Ethiopia-Somalialand

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Tiada yang lebih ringkas daripada satu tali untuk menandakan satu sempadan.

5. Argentina-Chile

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Arca Jesus, seberat 4 tan, memisahkan sempadan antara Argentina dan Chile. Arca ini yang dikenali sebagai “Christ the Redeemer of the Andes” diletakkan sejak 1904 untuk menandakan keharmonian antara kedua-dua buah negara ini.

6. Sepanyol-Portugal

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Flying fox dari Sepanyol ke Portugal yang kurang dari setengah batu panjang mungkin cara yang paling menarik untuk melintasi sempadan.

Anda juga sebenarnya mendapat perbezaan masa satu jam ketika mendarat di Portugal kerana zon waktu yang berbeza daripada Sepanyol.

7. Amerika Syarikat-Mexico

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Dengan 350 juta lintasan yang sah setiap tahun, ini adalah sempadan yang paling kerap dilintasi di dunia dan gambar ini menunjukkan perbezaan yang menarik di antara kedua-dua negara.

Di sebelah kanan adalah Tijuana, Baja California, dan di sebelah kiri adalah San Diego, California.

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Bangunan di atas tanah lapang di sebelah San Diego adalah loji rawatan kumbahan yang dibina untuk membersihkan sungai Tijuana.

Sempadan ini adalah sepanjang 2000 km dan kita dapat melihat padang pasir yang tandus Amerika di sebelah kiri dan Mexico yang padat dan sibuk di sebelah kanan.

8. Pakistan-India

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Kedua-dua negara ini selalunya tidak sefahaman, tetapi mereka berkongsi majlis yang menarik dan luar biasa di persimpangan sempadan Wagah.

Upacara di atas berlaku setiap hari sebelum pintu masuk ke kedua-dua negara dikunci untuk malam itu.

Di setiap sisi pintu, rakyat dari India dan Pakistan melaungkan slogan-slogan patriotik kerana tentera terlibat dalam satu set pergerakan berarak yang melibatkan tendangan tinggi dan pameran visual lain.

Majlis 45 minit itu berakhir dengan tentera dari setiap negara berjabat tangan dan menutup pintu.

9. Belgium-Belanda

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Banyak sempadan di Kesatuan Eropah adalah sangat kasual, tetapi sempadan ini pasti mencuri tumpuan.

Di bandar Baarle, pergi dari satu negara ke negara yang lain semudah pergi dari satu sisi sebuah pub ke satu sisi yang lain.

Untuk tujuan pelancongan, salib-salib putih menandakan sempadan di seluruh bandar, tetapi tidak ada kawalan sempadan dan tiada siapa yang benar-benar mengambil berat di negara mana anda sedang berada.

10. Poland-Ukraine

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Ikan gergasi di sempadan Poland dan Ukraine ini bertujuan untuk mewakili perpaduan. Reka bentuk yang unik itu dicipta oleh artis Poland Jaroslaw Koziara sebagai sebahagian daripada Festival Seni Tanah.

Sebagai lokasi yang digemari, NBC mencatatkan bahawa, "Ikan gergasi itu dicipta dengan menanam pelbagai jenis tanaman di lapangan antara sempadan Poland dan Ukraine."

11. Haiti-Republic Dominica

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Sekarang, anda pasti boleh meneka apakah yang berlaku di sini. Haiti (kiri) mempunyai dasar tersendiri mengenai penebangan hutan manakala Republik Dominica (kanan) pula adalah sebaliknya.

Kesannya amat jelas kelihatan.

12. Jerman-Belanda

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Bagaimana pula sempadan yang ada di dalam bangunan? Dinyatakan bahawa "di satu sisi bangunan ada peti mel Jerman dan seorang anggota polis Jerman. Di sisi lain, peti mel Belanda dan seorang anggota polis Belanda."

Sempadan ini cukup terbuka, tiada penjaga sempadan, tiada pusat pemeriksaan.

Tetapi, surat yang dihantar dari bahagian Jerman bangunan itu mengambil masa seminggu untuk sampai ke bahagian Belanda.

13. China-Nepal (Gunung Everest)

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Pasti ramai tidak tahu bahawa puncak Gunung Everest, titik tertinggi di Bumi sebenarnya adalah sempadan!

Sempadan antarabangsa antara China dan Nepal terletak di puncak, tepat - tidak kurang dari 8,848 meter, sudah tentu sempadan tertinggi di planet ini.

Terdapat beberapa sempadan di puncak gunung, tetapi di pergunungan yang jauh lebih rendah.

14. China-Mongolia

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Tiada senarai akan lengkap tanpa menyatakan Tembok Besar China yang ikonik dan terkenal.

15. Slovakia-Austria-Hungary

15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia

Anda boleh berkelah dengan pelbagai bangsa, di satu meja! Meja berbentuk segitiga ini berfungsi sebagai sempadan tiga hala, dan anda boleh berada di Slovakia, berkongsi kek dengan rakan-rakan anda dari Austria atau Hungary.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 33 Nama Negara Yang Tidak Lagi Wujud Di Dunia

sumber: iluminasi

Pontianak Punca Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Kuaters Bomba Kempas!?

Pontianak Punca Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Kuaters Bomba Kempas!?

Buaian berhayun sendiri tanpa sesiapa duduk di atasnya kecuali satu sosok seolah-olah puntianak berdiri di hadapan buaian itu dalam satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) pada 28 Mac 2018 lalu tular dan dikongsi pengguna aplikasi lain termasuk WhatsApp sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.

Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Kuaters Bomba Kempas!

Video seram itu dipercayai dirakam penghuni kuarters kerajaan di Jalan Permatang 1, Kempas, Johor dan dapat dilihat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Wartawan yang meninjau kuarters berkenaan mendapati ia baru siap dibina namun belum dihuni sepenuhnya kakitangan jabatan itu.

Video itu dipercayai dirakam dari arah sebuah blok berhadapan taman permainan kanak-kanak di kuarters berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sejak menghuni kuarters berkenaan, tiada gangguan atau kejadian tidak diingini berlaku.

“Baru-baru ini kecoh dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan saya ada menonton video berkenaan apabila ia tular. Sejak tinggal di sini awal tahun ini, saya tidak pernah berdepan gangguan mistik atau insiden pelik.

“Perumahan ini juga belum penuh dan ramai belum berpindah ke sini buat masa ini,” katanya yang tidak tahu siapa yang merakam video seram tersebut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Mohamad Riduan Akhyar berkata, isu gangguan makhluk halus itu tidak pernah dibangkitkan sejak penghuni kuarters berpindah ke rumah masing-masing, Mac 2018 lalu.

Bagaimanapun, katanya, sejak video yang memaparkan wanita menyerupai puntianak itu dikongsikan, pihaknya mengadakan bacaan tahlil dan Yasin di kawasan berkenaan.

“Kami mengambil pendekatan perubatan tradisional dan mengadakan bacaan tahlil dan Yasin.

“Bagi kami, isu ini tidak serius dan mungkin secara kebetulan dilihat penghuni dalam kejadian pada siang hari itu.

“Sebelum ini, anak penghuni bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah mengalami masalah isu gangguan makhluk halus,” katanya yang memaklumkan hampir 80 peratus kuarters dihuni kakitangan jabatan berkenaan ketika kejadian viral berlaku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Seram Buaian ‘Berayun’ Sendiri Di Keningau!


sumber: pressreader

Brokoli Dan Yogurt Mampu Merawat Gastrik

Brokoli Dan Yogurt Mampu Merawat Gastrik

Majoriti daripada kes pesakit gastrik adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria H. pylori yang mampu menguraikan lapisan pertahanan perut menyebabkan asid yang dirembeskan menghakis dinding perut.

Brokoli Dan Yogurt Mampu Merawat Gastrik

Dan sememangnya gastrik ataupun gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu dialami oleh masyarakat dan pesakit akan mengadu pedih pada ulu hati, selalu sendawa dan kurang selera makan.

Malangnya, ramai tidak tahu dua makanan di bawah ini mampu membantu dalam merawat jangkitan H. pylori dalam menyelesaikan masalah gastrik.

1. Yogurt

Brokoli Dan Yogurt Mampu Merawat Gastrik

Kajian yang diterbitkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ telah menemui bahawa yogurt mengandungi tinggi probiotik mampu memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.

Ia disebabkan yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih mudah menghapuskan bakteria H. pylori di dalam perut.

2. Brokoli

Brokoli Dan Yogurt Mampu Merawat Gastrik

Brokoli adalah salah satu makanan yang senang di dapati di Malaysia. Sayur ini mengandungi serat dan vitamin yang tinggi.

Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori.

Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin. Ia merupakan salah satu kompaun yang tinggi di dalam Brokoli.

Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori.

Sebelum ini kompaun sulforane telah terbukti di dalam makmal mampu membunuh kuman H. pylori.

Pada tahun 2009, satu uji kaji pada manusia telah dibuat, dimana kumpulan manusia yang mempunyai jangkitan H. pylori mempunyai kadar penuruan bakteria tersebut apabila mengambil broccoli secara kerap.

Ini menunjukkan bahawa Brokoli merupakan salah satu makanan yang mampu merawat penyakit gastrik.

Kesimpulan

Oleh itu, jika anda sering menghadapi masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk masalah tersebut, mungkin melebihkan sedikit pengambilan Broccoli dan yogurt mampu membantu masalah perut anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Punca Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

sumber: sembangmommy

8 Jenis Simbol Anda Patut Tahu Sebelum Memasuki Tandas Di Jepun

8 Jenis Simbol Anda Patut Tahu Sebelum Memasuki Tandas Di Jepun

Memandangkan setiap jenama mangkuk tandas yang tersedia di negara Jepun mempunyai simbol yang berbeza, Kerajaan Jepun telah berjaya tampil dengan satu solusi dimana 8 simbol standard bakal digunakan untuk semua pengeluar mangkuk tandas.

8 Jenis Simbol Anda Patut Tahu Sebelum Memasuki Tandas Di Jepun

Dalam pada itu, perkara ini mungkin agak sukar buat mereka yang tidak mahir membaca atau mengetahui setiap simbol-simbol yang tersedia.

8 Jenis Simbol Anda Patut Tahu Sebelum Memasuki Tandas Di Jepun
Butang yang tersedia pada mangkuk tandas di Jepun.

Berikut merupakan 8 simbol yang bakal digunakan secara standard untuk seluruh jamban elektronik sekitar Jepun.


8 Jenis Simbol Anda Patut Tahu Sebelum Memasuki Tandas Di Jepun

Dari kiri atas: Flush air besar, flush air kecil, buka penutup, tutup penutup.

Dari kiri bawah: Berhenti, basuhan belakang, basuhan bidet, pengering.

Hasrat yang dilakukan oleh Kerajaan Jepun ini seiring dengan persiapan awal bagi menyambut tetamu sempena Sukan Olimpik 2020 yang bakal diadakan di Tokyo selain daripada peningkatan pelancong ke Jepun setiap tahun.

Tahniah buat Japan Sanitary Equipment Industry Association atas usaha untuk memudahkan orang ramai.

Tak sangka betul isu simbol pada mangkuk tandas juga dipandang serius oleh Jepun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Masyarakat Jepun Mendidik Kanak-kanak Dan Pelajar Yang Luarbiasa!

sumber: iluminasi

Monday, April 09, 2018

Misteri Kena Tindih Semasa Tidur, Sleep Paralysis

Misteri Kena Tindih Semasa Tidur, Sleep Paralysis

Fenomena ditindih makhluk halus semasa tidur juga dikenali dengan istilah Sleep paralysis, namun ada beberapa kepercayaan tentangnya yang dikaitkan dengan perkara mistik juga dengan istilah eRep-eRep.

Misteri Kena Tindih Semasa Tidur
Gambar hiasan.

Biasanya orang yang mengalami ketindihan mahluk halus semasa tidur atau sleep paralysis akan terkejut, terbangun dan merasakan tubuhnya berat dan tidak boleh digerakkan.

Satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala sekencang-kencangnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali, biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan.

Perkara inilah yang diandaikan “ketindihan” makhluk halus oleh sebahagian besar orang.

Penjelasan Fenomena Ketindihan Mahluk Halus saat Tidur, Sleep Paralysis

Semasa tidur, aktiviti dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak, sehingga menyebabkan lumpuh sementara. Bahkan kadang-kadang lumpuh kekal setelah terbangun.

Biasanya, lumpuh tidur diikuti dengan halusinasi dan orang yang mengalami lumpuh tidur merasa seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak dan sukar berteriak.

Ketika seseorang tidur, aktiviti otak mengalami dua perkara berbeza yang disebut tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur non-REM.

Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakan selagi anda tidur, seperti bercakap dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM akan mempengaruhi denyutan jantung, laju respirasi dan tekanan darah ketika tidur.

Secara psikologi, sleep paralysis berkaitan dengan tidur di tahap REM, dimana setelah mengalami tidur REM, mata terbuka namun paralysis tetap bertahan yang biasanya menyebabkan halusinasi.

Sleep paralysis berlaku kira-kira 2-3 minit dan setelah otak dan badan yang berkaitan kembali normal, pesakit dapat menggerakkan semula tubuhnya.

Namun, memori dari sensasi yang mengerikan atau mimpi buruk biasanya akan bertahan lama.

Secara fisiologi, penyebab sleep paralysis belum diketahui secara pasti. Setakat ini, para psikologi memberikan gambaran umum mengenai penyebab terjadinya sleep paralysis, seperti kebiasaan tidur menghadap ke atas, pola tidur tak tentu, stres dan perubahan mendadak pada lingkungan atau lifestyle.

Mitos Tentang Sleep Paralysis, Ketindihan Mahluk Halus Di Berbagai Negara

Bukan hanya di Malaysia saja, mitos eRep-eRep atau ketindihan mahluk halus turut tersebar di serata dunia.

Berikut adalah mitos tentang sleep paralysis yang ada di pelbagai belahan dunia;

1. Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut the devil riding your back, hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

2. China, disebut gui ya shen atau gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

3. Mexico, disebut se me subió el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya roh orang meninggal yang melekat pada seseorang.

4. Kemboja, Laos dan Thailand, disebut pee umm, merujuk kepada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

5. Iceland, disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Ertinya, hantu yang menduduki dada seseorang pada waktu malam dan berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati kelemasan.

6. Turki, disebut karabasan, dipercayai makhluk yang menyerang ketika tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

7. Jepun, disebut kanashibari, yang secara literatur dimaksudkan mengikat, seseorang diikat oleh makhluk halus.

8. Vietnam, disebut ma de eartinya dikuasai syaitan. Ramai penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuk tubuh seseorang.

9. Hungary, disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang ketika tidur.

10. Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuk individu tersebut.

Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang meletakkan benda dari perak atau sebilah  pisau di bawah bantal semasa tidur.

11. New Guinea, fenomena misteri ini disebut Suk Ninmyo. Ia adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia pada waktu malam agar tidak mengganggu manusia di siang hari.

Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Manusia Mengigau?

sumber: madinatulasrar

Gambar 'Double Elvis' Presley Dijangka Terjual USD$30 Juta!

Gambar 'Double Elvis' Presley Dijangka Terjual USD$30 Juta!

Apa yang menarik tentang foto dibawah ini? Gambar ini adalah karya legenda pop art Andy Warhol yang diberi tajuk ‘Double Elvis’ dan dihasilkan sekitar tahun 1960an.

Gambar 'Double Elvis' Presley Dijangka Terjual USD$30 Juta!

Dan siapa tidak mengenali legenda muzik Amerika Syarikat, Elvis Presley dalam potret yang nampak seperti gambar biasa sahaja, tetapi dalam satu acara lelongan yang akan dijalankan syarikat Christie, ia dijangka bakal dibida sehingga USD30 juta (RM116 juta).

Gambar ini menyaksikan Elvis memegang pistol revolver dari salah satu adegan dalam filem lakonannya, Flaming Star dan lelongan ini akan dijalankan pada 17 Mei 2018 depan.

Gambar 'Double Elvis' Presley Dijangka Terjual USD$30 Juta!

Peminat setia Elvis memang ramai dan tidak mustahil untuk gambar ini mencapai harga yang lebih tinggi.

Lagi pun ianya hasil tangan Andy Warhol, bertambahlah lagi nilai gambar ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Salvator Mundi Potret Nabi Isa Lukisan Paling Mahal Di Dunia Berharga RM1.84 Bilion

sumber: thevocket

'Xherdan' Kucing Berkedut Jadi Selebriti Di Instagram

'Xherdan' Kucing Berkedut Jadi Selebriti Di Instagram

Seekor kucing dari baka Sphynx yang memiliki wajah perengus selain berkulit kedut-kedut pada seluruh badan kini menjadi sensasi terbaharu di media sosial Instagram.

Kucing Berkedut Jadi Selebriti Di Instagram

Kucing yang berusia lima tahun itu diberi nama Xherdan dan kini dipelihara oleh Sandra Filippi, 45, di bandar Zurich, Switzerland.

Kucing Berkedut Jadi Selebriti Di Instagram

Sandra memutuskan untuk menjadikan Xherdan sebagai haiwan peliharaan selepas dia melihat satu iklan dalam talian yang menawarkan kucing berkenaan untuk penjagaan.

Xherdan kini mempunyai hampir 5,000 pengikut di Instagram apabila pemiliknya berkongsi gambar menunjukkan kulit kedut selain reaksi wajah bengisnya.

Kucing Berkedut Jadi Selebriti Di Instagram

Kucing itu mempunyai warna badan merah jambu dan sepasang mata berwarna firus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

sumber: kosmo

Apa Itu G6PD, Ujian Kesihatan Wajib Anak Anda

Apa Itu G6PD, Ujian Kesihatan Wajib Anak Anda

G6PD (Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis genetik keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia dan kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Apa Itu Enzim G6PD, Ujian Kesihatan Wajib Anak Anda

Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan ini dikenali sebagai anemia hemolytik.

Seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa masalah penyakit, termasuk demam kuning bayi baru lahir, sakit perut dan atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur) dan palpitasi (Cecil, 1992).

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan wanita, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki, kerana ia dikaitkan dengan kromosom X.

Dianggarkan 400 juta penduduk di dunia penghidap G6PD dan lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia mempunyai kekurangan ini.

Secara amnya, ia ditemui kepada mereka yang ibu bapa mereka berasal dari daerah yang sering mengalami jangkitan Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Sebenarnya kekurangan enzim ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalaminya, kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya.

Anda hanya perlu berpengetahuan tentang apa yang harus dielakkan agar hemolisis tidak berlaku.

Apakah itu Hemolisis?

Hemolisis berlaku apabila enzim G6PD berkurangan dan tidak dapat mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah.

Apabila bayi G6PD tededah kepada bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida, ini akan meningkatkan paras molekul oksigen reaktif yang menyebabkan sel darah merah musnah lebih cepat berbanding dari penghasilannya.

Sel darah merah yang berkurang kemudian akan menimbulkan simptom hemolisis dan tanda hemolitik anemia.

Kekurangan enzim ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja bayi itu dilahirkan. Selalunya bayi yang mempunyai kekurangan G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran.

Kebanyakan institusi perubatan akan memantau kesihatan bayi berkenaan di wad untuk sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Komplikasi

Salah satu masaalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran.

Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutan, kemungkinan kekurangan G6PD.

Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini.

Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan.

Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati dan dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler, 1994).

Ini berlaku kerana sel darah merah penghidap G6PD mudah pecah dan membolehkan bilirubin meningkat dengan cepat dan pada tahap tertentu bilirubin memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal.

Sebab itu, bayi yang ada demam kuning akan diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Jika tahap bilirumin terlalu tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan dan biasanya darah bapa bayi tersebut akan diambil.

Simptom-simptom Hemolisis
  • Kelihatan pucat
  • Tidak bermaya
  • Pening
  • Degupan jantung yang laju
  • Sukar bernafas
  • Sakit dada
  • Jaundis (penyakit kuning)
  • Air kencing berdarah atau warna teh pekat

Langkah-langkah Pencegahan

Ibu bapa perlu memberitahu doktor jika anak mereka menghidap G6PD supaya dia boleh memberi ubat yang sesuai. Jangan belikan ubatan sebarangan dari famasi tanpa nasihat doktor agar tidak terbeli ubat yang salah.

Pakaikan "rantai perubatan" pada anak supaya boleh membantu dalam kecemasan.

Diagnosis

Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak.

Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan dan Pantang Larang

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi.

Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa.

Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Contoh makanan dan herba yang perlu dielakkan:
  • Kacang parang (fava beans)
  • Semua produk soya
  • Makanan berperisa mentol
  • Makanan dengan warna tiruan
  • Ubat China dan ubat tradisi lain

Bahan lain yang mesti dielakkan:
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

*lihat senarai lengkap di sini; myhealth.

Ubat anti-malaria

Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria.

Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi.

Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan.

Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti.

Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD, dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

Rawatan

Rawatan bagi demam kuning baru lahir dan anemia hemolytik telah wujud selama beberapa tahun.

Rawatan ini bagi memastikan bahawa tisu badan dibekalkan dengan cukup oksijen oleh sel darah merah.

Bayi dengan demam kuning berpanjangan diletakkan di bawah cahaya khas, dikenali sebagai cahaya bili, yang mengurangkan demam kuning.

Apabila serangan anemik berlaku, individu dirawat dengan oksigen hdung dan direhatkan di atas katil, yang mungkin memberikan kelegaan simptom (Cecil, 1992).

Individual anemik kadang kala dirawat dengan barangan haptoglobin manusia (Ohga et al., 1995), dan atau melalui pemindahan darah (Cecil, 1992).

Pada anemia hemolytik akut, pesakit diberikan asid folik (Cecil, 1992).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

sumber: wikipedia

'Despacito' Video YouTube Pertama Cecah Tontonan 5 Bilion!

'Despacito' Video YouTube Pertama Cecah Tontonan 5 Bilion!

Despacito kini menjadi video dengan tontonan paling tinggi di Youtube apabila versi asal lagu ini nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee jadi video pertama mendapat tontonan melebihi 5 bilion.

'Despacito' Video YouTube Pertama Cecah Tontonan 5 Bilion!

Sebagai perbandingan, lagu popular sebelum ini seperti Gangnam Style (PSY), Shape Of You (Ed Sheeran) dan See You Again (Charlie Puth) hanya setakat 3 bilion tontonan sahaja.

Jumlah tontonan video ini juga tidak termasuk versi Justin Bieber yang hanya mendapat tontonan sekitar 600 juta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahu Maksud Lagu Despacito? Cumbuan Dan Seks Bebas!

sumber: thevocket

Kenali MyCar Pengganti Uber

Kenali MyCar Pengganti Uber

Ramai sedia maklum Uber akan menghentikan operasi di Malaysia bermula pada 9 April 2018 bermakna hanya Grab akan memegang pasaran dan sekiranya pengguna memasuki aplikasi Uber, mereka dipaparkan dengan mesej yang mana perkhidmatan Uber tidak lagi ditawarkan untuk rantau ini.

Kenali MyCar Pengganti Uber

Walaupun dihentikan di Malaysia namun, di Singapura tempoh operasi Uber dilanjutkan untuk seminggu lebih lama sementara menanti pihak berkuasa di sana menyemak kepada proses penyatuan kedua-dua syarikat ini.

Pada aplikasi Uber juga, kini pengguna diminta untuk menggunakan aplikasi Grab, selain kod khusus disediakan untuk penawaran diskaun.

Walau bagaimanapun, satu lagi perkhidmatan baru telah dilancarkan untuk pengguna tempatan, dinamakan sebagai MyCar.

MyCar telah beroperasi sejak 1 Februari 2018 yang lepas, tetapi baru sahaja dilancarkan secara rasminya.

Menurut pihak MyCar, sudah terdapat sekitar 60,000 pemandu berdaftar dengan aplikasi MyCar dan sekitar 5,000 pengguna telah menggunakan perkhidmatan mereka.

MyCar beroperasi lebih kurang sama seperti Grab atau Uber, dimana pengguna boleh memilih jenis kenderaan, memasukkan destinasi dan seterusnya membuat tempahan menggunakannya.

MyCar turut hadir dengan sokongan pembayaran nirtunai melaluinya.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh memuat-turun aplikasi MyCar hari ini dan menggunakannya dalam membuat tempahan pengangkutan ke destinasi.

Muat-Turun MyCar untuk AndroidMuat-Turun MyCar untuk iPhone

Buat masa ini, MyCar lebih dilihat memfokuskan pengguna sekitar Lembah Klang dan dijangka diperluaskan secara berperingkat ke lokasi lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pemandu Teksi Malaysia Paling Teruk Di Dunia!

sumber: amanz