Tuesday, March 06, 2018

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

Amerika Syarikat menerusi Presidennya, Donald Trump sebelum ini telah mengumumkan dengan bangganya bahawa tarikh pemindahan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem jatuh pada 14 Mei 2018.

Nakba Day 14 Mei, Hari Malapetaka Rakyat Palestin

Jadi, apakah signifikan pengumuman tarikh itu? Bagi mereka yang mengikut rapat isu Palestin-Israel pasti akan sedar bahawa pemilihan tarikh 14 Mei ada kena mengena dengan sejarah menyayat hati rakyat Palestin.

Sama ada sengaja atau tidak, tarikh itu dipilih bagi meraikan kejayaan pengganas Israel merampas tanah suci Palestin.

Pada 14 Mei, negara haram Yahudi akan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan ke-70.

Mengimbau kembali detik tarikh itu, sejarah mencatatkan tentera rejim Israel melakukan serangan pencerobohan dan memusnahkan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin dan menyebabkan lebih 800,000 warga Palestin menjadi pelarian.

Oleh sebab itu, tarikh 14 Mei diingati sebagai Hari Nakba yang bermaksud 'hari malapetaka'.

Memasuki era milenium hari Nakba itu disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada 1948.

Tarikh penting tersebut menjadi detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Rejim Zionis bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka.

Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai berlaku sepanjang peristiwa Nakba.

Justeru, sebagai umat yang prihatin dan dekat dengan isu Palestin apa rancangan kita untuk ulang tahun Nakba70 nanti?

Atau kita sebenarnya masih lalai dengan isu lain? Sama-sama kita renungkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Intifada Rakyat Palestin Menentang Kezaliman Zionis Yahudi

sumber: sinarharian

Tradisi Mingi Adat Bunuh Anak Cacat Paling Sadis Suku Karo Dan Himar

Tradisi Mingi Adat Bunuh Anak Cacat Paling Sadis Suku Karo Dan Himar

Tradisi Mingi yang diamalkan oleh dua suku kaum Karo Dan Himar di pedalaman Ethiopia yang memaksa ibu bapa mengorbankan anak sendiri adalah tradisi penuh sadis dalam keterpaksaan.

Tradisi Mingi Adat Paling Sadis Suku Karo Dan Himar

Perkataan Mingi membawa maksud 'tidak sempurna' dalam kepercayaan suku itu yang menganggap bayi yang dilahirkan cacat fizikal, kembar, bayi yang lahir tanpa kebenaran ketua adat, bayi yang tumbuh gigi pertamanya dirahang atas dan bayi yang lahir dari ayah yang tidak berjaya menyempurnakan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.

Setiap kali seorang bayi lahir, ia akan dirujuk kepada ketua puak yang akan memutuskan samada bayi tersebut adalah Mingi atau tidak.

Jika bayi adalah Mingi, ia akan di bunuh serta-merta tanpa belas kasihan!

Lebih malang, bayi yang diputuskan sebagai Mingi akan dibunuh dengan kejam, tanpa kubur sebagai tanda mereka tidak pernah hadir ke dunia.

Terdapat beberapa cara untuk membunuh bayi Mingi. Dibuang ke dalam sungai dipenuhi buaya atau ditinggalkan di dalam hutan supaya mati kelaparan atau dimakan binatang buas.

Dilaporkan bahawa setiap tahun, kira-kira 300 bayi menjadi korban tradisi Mingi.

Seorang ibu yang kehilangan 15 orang anak angkara tradisi Mingi terpaksa merelakan anaknya dirampas satu demi satu bagi menghormati tradisi yang diamalkan.

Semuanya berpunca daripada suaminya yang gagal menyempurnakan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.

Tradisi Mingi Adat Paling Sadis Suku Karo Dan Himar

Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 kerajaan Ethiopia telah mengharamkan tradisi Mingi, namun masih terdapat segelintir puak yang tidak mahu menerima anak yang dianggap Mingi dan masih diamalkan secara haram di kawasan-kawasan pedalaman.

Untuk mengelakkan kematian, anak-anak Mingi akan diserahkan kepada pusat jagaan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan Ethiopia untuk membela nasib mereka.

Ada ibu bapa yang menyalahkan diri sendiri kerana terpaksa mengorbankan nyawa anak sendiri akibat kegagalan menyempurnakan adat lompat kerbau.

Menanggung rasa bersalah bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi dikala penghujung usia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Tradisi Perkahwinan Paling Mengarut Di Seluruh Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, March 05, 2018

'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh

'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh

Sebatang pokok oak yang terletak di Eutin, Jerman, dikenali 'Bridegroom Oak' dan berusia 500 tahun menjadi tempat pencari jodoh, mempunyai alamatnya sendiri dan setiap hari menerima hampir 40 keping surat dari pelusuk dunia.

'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh

Surat mencari jodoh itu diharap akan dibaca oleh mereka yang berkunjung ke situ dan membalasnya kembali kepada pemilik surat berkenaan.

Biar pun pelbagai platform mencari jodoh yang lebih canggih dan moden dengan aplikasi mudah alih ketika ini, tetapi luahan melalui sekeping surat masih menjadi pilihan.

Walaupun kelihatan 'pelik' kerana beralamatkan sebang pokok, ianya tetap dianggap sesuatu yang romantik.

"Sesuatu yang istimewa dan sangat magis," jelas seorang posmen berusia 72 tahun yang menjadi penghantar surat ke Bridegroom Oak.

"Di Internet, fakta dan soalan menjadikan seseorang itu dipadankan, tetapi di pokok ini, ia seperti kebetulan, seperti takdir."

'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh

Pokok terkenal ini tumbuh membesar di Eutin kira-kira 500 tahun dahulu menjadi tempat bertemu jodoh, malah dianggap pusat kisah cinta.

Dan ianya mempunyai kisah legenda tersendiri mengenai cinta seorang gadis yang dihalang bapanya pada tahun 1890.

Menurut cerita penduduk tempatan, walaupun hubungan cinta dihalang, gadis dan teman lelakinya, seorang pembuat coklat bernama Wilhelm tetap berkahwin pada Jun 1891 di bawah pokok tersebut.

Sementara itu, pencari jodoh yang datang ke situ hanya boleh memilih satu surat sahaja dan jika berminat, pembaca itu membalas surat kepada pengirimnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Surat Cinta Tertua Didunia

sumber: mstar

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir

Tanggal 3 Mac 1924 menjadi satu tarikh hitam buat seluruh umat Islam dengan jatuhnya sistem khalifah Islam yang sudah berabad-abad memerintah, sekalipun Sultan Abdul Hamid II berusaha sehabis mungkin meneguhkan Empayar Islam Turki yang sedang tenat akibat ditekan oleh kuasa-kuasa besar Eropah yang lain, ditambah pula hutang kerajaan yang tinggi pada ketika itu.

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir
Sultan Abdul Hamid II (1876-1909 M).

Sebahagian besar wilayah takluk Empayar Islam Uthmaniyyah yang bertapak di Turki itu terletak di Asia Barat termasuklah Palestin, Israel, Kuwait, Iraq, Lebanon, Jordan, Syria dan Iran, pernah menguasai sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika Utara.

Empayar Islam Uthmaniyyah juga pernah menjajah beberapa negara Eropah dan Afrika Utara termasuklah Greece, Hungary, Albania, Armenia, Bosnia-Herzegovina, Bulgaria, Serbia, Kosovo, Arzebaijan, Croatia, Tunisia, Libya, Mesir, Algeria serta beberapa negara lain.

Bertahan selama lebih 600 tahun, empayar itu bagaimanapun akhirnya runtuh disebabkan pelbagai faktor termasuk isu dalaman sehingga menyebabkan anasir luar mudah menerobos dan menghancurkan kegemilangan kerajaan Islam tersebut secara perlahan-lahan.

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan khalifah selepas kerajaan Umayyah (661 hingga 750 Masihi) dan kerajaan Abasiyyah (752-1258).

Diasaskan oleh Uthman Ertugrul atau dikenali sebagai Osman Ghazi dan Uthman I sekitar tahun 1299, empayar itu melalui beberapa era iaitu penubuhan, perluasan, kekuasaan dan kejatuhan iaitu antara 1683 hingga 1908 sehinggalah zaman pemerintahan khalifah terakhir Abdul Majid II yang berakhir pada 1924.

Selain kejayaan menawan beberapa wilayah menerusi Perang Kosovo dan Perang Salib, kemuncak kejayaan Uthmaniyyah ialah kejayaan menawan Constantinople atau Istanbul di bawah pimpinan Sultan Muhammad ke-II atau Sultan Al-Fateh.

Bagaimanapun, ‘langit tidak selalu cerah’ dan itulah yang berlaku selepas Perang Vienna 1683 yang menyaksikan kekuatan Empayar Uthmaniyyah semakin mengecil dan satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan kuasa barat termasuk Britain, Perancis dan Rusia.

Pada masa yang sama, banyak wilayah lain turut bangkit atas semangat nasionalisme menuntut pembebasan daripada kekuasaan Uthmaniyyah termasuk beberapa negara Arab yang ketika itu dimomokkan dengan sentimen menentang ketuanan khalifah yang berbangsa Turki.

Faktor-faktor dalaman seperti perebutan kuasa, pergolakan politik, rasuah, hutang dan kemewahan melampau turut menyumbang kepada kejatuhan empayar itu sehingga muncul satu persatu kuasa yang cuba menjatuhkan mereka.

Faktor lain termasuklah keterlibatan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Rusia-Turki sehingga menyebabkan pemimpin empayar Islam itu ketika itu digelar ‘The Sick People of Europe’.

ZIONIS

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir
Theodore Herzl pemimpin kumpulan Zionis yang pertama.

Semasa pemerintahan baginda, pemimpin utama Zionist iaitu Theodore Herzl datang menghadap Sultan Abdul Hamid II dengan penuh hormat sambil tunduk dan mencium tangan baginda.

Herzl meminta pada baginda agar membenarkan orang-orang Yahudi yang terusir dari Eropah membina penempatan di Palestin dengan menawarkan bayaran emas bernilai 150 juta pound. Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid II.

“Beta tidak akan menjual walau seinci pun tanah Palestin kerana tanah itu bukan milik beta tetapi ia milik umat Islam. Mereka mendapatkan tanah ini dengan darah,” kata Sultan Abdul Hamid II kepada Theodor Herzl.

“Simpan saja wang kamu itu. Kamu akan mendapat wilayah Palestin secara percuma jika empayar ini musnah. Selagi beta hidup, beta tidak akan benarkan perkara itu berlaku,” tegasnya lagi.

Pendirian Sultan Abdul Hamid II itu telah menyebabkan Zionis mengamuk dan tidak berdiam diri.

MUSTAFA KAMAL ATARTURK

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir
Mustafa Kamal Ataturk merupakan Presiden Turki yang petama (1918-1934 M).

Kemudian, muncul pula gerakan baharu yang menyebarkan idea-idea pemodenan dalam masyarakat Turki yang diterajui oleh beberapa tokoh terkenal termasuk seorang pegawai tentera Uthmaniyyah yang juga pengasas Republik Turki moden sekarang iaitu Mustafa Kamal Atarturk.

Mustafa Kamal yang mengepalai sebuah gerakan dikenali The Young Turks dikatakan cuba mengurangkan kuasa Sultan dengan menubuhkan Parlimen dalam usaha menjadikan Turki sebuah negara sekular serta membuat beberapa perubahan radikal terhadap polisi negara itu mengikut acuan Barat.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Turki masih lagi menganggap mereka sebagai negara yang berkuasa walaupun hakikatnya tidak - apabila hasrat mereka untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) masih belum diterima sehingga kini.

Dalam situasi hari ini pula, boleh dikatakan sebahagian besar daripada negara yang pernah berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah di Asia Barat kini masih bergolak.

Konflik antara Israel dan Palestin telah lama berlarutan hingga menyebabkan beratus ribu nyawa melayang, manakala negara-negara lain seperti Iraq, Libya dan Mesir pula berdepan penentangan rakyatnya sendiri hingga mendorong campur tangan kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang mengintai peluang ‘untuk menangguk di air keruh’.

Negara seperti Greece pula berdepan kemelesetan ekonomi yang teruk ekoran krisis hutang yang sangat tinggi, manakala beberapa siri keganasan masih mewarnai Turki dan perang saudara meletus di Syria sehingga menyebabkan ratusan ribu orang awam terkorban.

TURUN TAKHTA

Sultan Abdul Hamid II digulingkan takhta dalam satu peristiwa berdarah sebelum digantikan khalifah Sultan Mehmed V, Sultan Mehmed VI dan Sultan Abd-ul-Mejid II yang hanya sebagai boneka sahaja.

Sistem khalifah di ambang kejatuhan tatkala Mustafa Kamal Ataturk diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama pada 29 Oktober 1923.

Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Mustafa telah dirancang rapi untuk mengaburi mata rakyat Turki pada masa itu sehingga mereka berasa yakin dengan kepimpinan beliau.

Semasa pemerintahan Mustafa, beliau telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah.

Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.

Rentetan daripada itu, kedurjanaan Mustafa yang dilantik sebagai Presiden Turki telah pun terserlah dengan menjadikan Turki sebagai negara yang sekular atas alasan mahu memodenkan Turki mengikut gaya Barat.

Sejurus selepas sistem khalifah secara rasmi dibubarkan, beliau telah mengumumkan beberapa perkara iaitu:
  • Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
  • Menutup mahkamah-mahkamah Syariah.
  • Menghapuskan jawatan Menteri Syariah.
  • Membubarkan sekolah agama dengan mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan.

Antara perubahan lain yang dilakukan oleh Mustafa ialah azan dilaungkan dalam Bahasa Turki, pemakaian yang dikaitkan dengan agama adalah diharamkan seperti purdah dan tudung serta kalendar Hijrah ditukar dengan kalendar Masihi.

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924, umat Islam terus ditimpa musibah yang seperti tiada kesudahannya.

Kerajaan Islam kecil yang bernaung di bawah Turki sebelum ini telahpun dikaut dan dijajah oleh Eropah.

Selain itu, masyarakat juga menjadi pincang dan berpecah belah sehinggakan umat Islam seakan-akan dibiarkan tergantung tak bertali.

Akhirnya, selepas 3 Mac 1924, tiada lagi khalifah Islam sehingga ke hari ini dan corak pemerintahan Islam hanyalah menjadi satu lagi lembaran sejarah yang ditinggal kenangan.

KUASA BARU?

3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam Terakhir

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyyah juga menyaksikan Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, MASYUMI di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah membuka laluan kepada kemunculan kuasa baru di rantau Asia Barat seperti Iraq di bawah Saddam Hussein dan Libya di bawah Muammar Gaddafi serta Mesir di bawah Hosni Mubarak dan Syria, namun, kekuasaan semua negara Arab itu berakhir selepas AS menyerang Iraq membawa kepada kejatuhan Saddam Hussein dan kematian Muammar Gaddafi selepas campur tangan barat di Libya dan perang saudara di Syria.

Kini, wujud vacuum di Asia Barat dan Turki mula menunjukkan pengaruhnya untuk bangkit semula sebagai satu kuasa di Asia Barat dan begitu juga dengan Arab Saudi dan Iran.

Tarikh 3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam.

Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniyyah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan | mynewshub

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Pengguna Apple dinasihatkan agar tidak membuka sekiranya menerima 'teks bom' dari bahasa Telugu yang digunakan oleh golongan Dravidia di bahagian selatan India yang mampu merosakkan peranti yang digunakan dalam iPhone, iPad dan juga Mac.

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Sekiranya pengguna Apple terus membuka teks tersebut, ia boleh merosakkan sistem aplikasi dalam sebarang gajet jenama berkenaan.

Semua gajet Apple meggunakan iOS 11.2.5 atau MacOS mudah terkena dengan pepijat tersebut sekaligus menggagalkan untuk penggunaan iMessages.

Bahaya 'Text Bomb' Telugu, Jangan Buka Jika Terima Teks Ini

Selain itu ia juga memberi kesan kepada aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger, Outlook (IOS) dan juga gmail.

Dilaporkan, sekiranya berlaku, gajet tersebut akan tertutup (off) secara berterusan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

sumber: mstar

Rahsia Pindaan Kuasa Raja-raja Melayu

Rahsia Pindaan Kuasa Raja-raja Melayu

1. “Jika you batalkan juga pindaan ini, saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa. Yes, hak rakyat, bukan hak mereka.

Rahsia Pindaan Kuasa Raja-raja Melayu

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang. Mereka bukan Raja Mutlak seperti Raja-Raja Arab. Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar (arwah Tun) apabila Dr. Mahathir (Tun) menelefon beliau memaklumkan hasratnya tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.

Katanya lagi mungkin satu hari nanti anak-anak Raja yang tak senang dengan kita, mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita. Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. AL-FATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara TERPAKSA dipinda, justeru mereka terus berdendam dan menyalahkan Dr. Mahathir seolah-olah beliau sesuka hati dan beria-ia sangat mahu kedua-dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus-terang, selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Dr. Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.

Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran-teguran secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya. Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1983, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 (4) 2 Raja-Raja MESTI bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.

15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr. Mahathir telah berjaya mententeramkan keadaan, jika tidak, mungkin hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada Negeri Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira 320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan, Selangor.

Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris (bekas MB Selangor), Datuk Kamaruddin Md. Isa (bekas MB Perak), Datuk Mustapha Jabar (Setiausaha Agung) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

19. Akhirnya mereka (Raja-Raja dan peguam mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru mereka ( Raja-raja) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

20. TIDAK ADA RAJA JIKA TIDAK ADA RAKYAT kerana rakyatlah yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar cakap-cakap kononnya ada terdapat amalan di mana Raja-Raja perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya.

Begitu juga kononnya sama ada seseorang itu boleh dilantik sebagai EXCO atau tidak, turut ditentukan oleh Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-mana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja yang TIDAK AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti yang menang tidak digemarinya.

Ini semua adalah amalan yang terang-terangan bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan, maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara (Ketua Kerajaan) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun, cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakkan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas Gomez, dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan pada 10hb Disember 1992 adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja pertama diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah tidak rugi jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar dari Johor yang berbunyi, "AKU BUKAN TUHAN YANG PATUT DISEMBAH".

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK MENGUNDI IALAH HAK RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.

Terima Kasih.

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 05/03/18.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Insiden Raja Memukul Rakyat Antara Punca Pindaan Perlembagaan 1993

sumber: shahbudindotcom

Kajian Membuktikan Hikmah Larangan Islam Memakan Binatang Buas

Kajian Membuktikan Hikmah Larangan Islam Memakan Binatang Buas

Sejak zaman primitif lagi manusia telah menjadi pemburu dan pemakan segala jenis daging buruan terutamanya dalam mendapatkan sumber daging yang terbaik termasuklah binatang buas namun, sejak beberapa tahun terakhir ini, ramai saintis berlumba-lumba mengakui bahawa apa yang kita makan, itulah diri kita.

Kajian Membuktikan Hikmah Larangan Islam Memakan Binatang Buas

Maksudnya, zat-zat makanan yang dimakan dapat menentukan sikap dan karakter seseorang.

Perkara penting ini didedahkan sendiri oleh Janie Polansky, seorang pakar terapi enzim dari Loomis Institute, Wisoncin, Amerika Syarikat.

Menurut Janie, ramai yang tidak sedar bahawa makanan sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani seterusnya menentukan kualiti hidup seseorang.

Apabila kita memakan daging, tenaga haiwan yang tersimpan di dalam makanan itu akan turut diserap oleh tubuh.

Tenaga ini kemudian akan berinteriaksi dengan kuasa dalaman badan sehingga ia mempengaruhi diri seseorang.

Sebagai contoh, semua haiwan karnivor seperti harimau, anjing, beruang, burung helang dan haiwan pemakan daging yang lain, memiliki karekter pemangsa.

Malah, dalam tubuh haiwan tersebut turut mengandungi hormon yang boleh membangkitkan perilaku suka menyerang dan mencari mangsa.

Hormon itu juga diyakini menjadi pencetus kepada sifat-sifat bengis, kejam dan kasar, sehingga cenderung menumpahkan darah sesama sendiri.

Paling ditakuti, zat-zat tidak baik dalam daging haiwan tersebut akan mengalir dalam darah dan meracuni mereka yang memakannya.

Penularan Penyakit Berbahaya

Dalam laporan WHO mendedahkan, bahaya terbesar daging anjing ialah penyebaran kepada penyakit anjing gila kepada manusia.

Penularan bikan sahaja kepada orang yang memakannya malah pekerja penyembelihan anjing juga dengan mudah boleh dijangkiti seterusnya merebak kepada orang lain.

Buktinya, pada tahun 2007, Vietnam dilaporkan telah diserang wabak penyakit anjing gila dengan 30 peratus daripada kematian berpuca daripada penyembelihan anjing.

Penduduk Artik juga seboleh-bolehnya mengelak daripada memakan daging binatang buas seperti beruang kutub.

Sikap selektif ini sudah bermula seawal tahun 1596 lagi apabila ramai peneroka mengalami penyakit ngeri selepas memakan daging haiwan tersebut.

Simptom yang ditunjukkan ialah mengantuk, kelesuan, cepat marah, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, penglihatan kabur dan muntah.

Manakala gejala paling dahsyat pernah dilaporkan ialah berlaku pengelupasan kulit disekeliling mulut dan kulit gugur diseluruh badan sehingga mendedahkan bahagian isi dan pendarahan teruk.

Kes-kes yang paling teruk biasanya akan berakhir dengan kerosakan hati, pendarahan, koma dan kematian.

Memilih Daging Halal

Pemilihan daging yang bersih bukan sahaja dapat membantu memperbaiki peribadi, bahkan dapat memperelok personaliti, tingkah-laku, pemikiran dan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Memilih makanan yang baik dan halal sebenarnya sudah lama diajarkan dalam agama Islam.

Tegahan ini dapat dilihat menerusi beberapa hadis sahih yang memperincikan tentang hukum memakan seumpama itu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Setiap binatang buas yang bertaring, maka memakannya adalah haram." Hadis riwayat Muslim

Dari Ibnu Abbas beliau berkata, "Nabi melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku yang mencengkam." Hadis riwayat Muslim

Nabi Muhammad SAW telah memperincikan kaedah umum untuk mengenali binatang yang diharamkan itu iaitu haiwan yang bertaring dan memburu menggunakan kuku.

Maknanya, Nabi melarang kita daripada melakukan sesuatu dan setiap tegahan itu ada hikmah tersembunyi.

Sains telah membuktikan bahawa makanan mempunyai pengaruh dominan kepada seseorang, kalau tidak banyak mungkin sedikit tetapi kesannya tetap ada dan mempengaruhi akhlak kita.

Justeru, jika kita memakan makanan daripada sumber yang halal lagi bersih, ia akan dapat menjadikan jiwa suci dan jasmani yang sihat.

Sebaliknya, makanan yang haram pula akan dapat membentuk perilaku yang keji.

Jangan terlalu terkejar-kejar dengan makanan 'eksotik' ini kerana banyak lagi makanan yang diyakini tahap halal dan kebersihannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Menyembelih Haiwan Sebelum Dimakan?

-SENTIASAPANAS.COM

8 Jenis Demam Anda Wajib Ketahui Dan Cara Rawatannya

8 Jenis Demam Anda Wajib Ketahui Dan Cara Rawatannya

Ada beberapa sebab dan punca kenapa demam terjadi dan kita perlulah ambil peduli dan tahu tentang perubahan pada badan sama ada ada menghidap penyakit berbahaya atau tidak.

8 Jenis Demam Anda Wajib Ketahui Dan Cara Rawatannya

Bukankah mencegah dari awal itu lebih baik. Jangan tangguh mendapatkan rawatan doktor dan biarkan melarat.

Apa Punca Demam?

Jika seseorang mengalami demam, ia adalah disebabkan oleh kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa.

Pengesahan kenaikan suhu badan boleh ditentukan dengan mengunakan jangka suhu.

Ada beberapa tempat yang boleh diukur suhunya dan tahap-tahapnya diklasifikasikan sebagai demam seperti pada bahagian mulut dengan bacaan melebihi 37.8ºC (100ºF) dan suhu dubur pula melebihi 38.3ºC (101ºF) atau 37ºC (98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.

Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, misalnya seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman.

Kuman yang menjangkiti badan dikenali sebagai pirogen, istilah yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan apabila memasuki badan ia akan menyebabkan kenaikan suhu.

Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun.

Jenis-Jenis Demam

Demam umumnya terjadi disebabkan oleh beberapa sebab yang boleh dikategori atau dikelompokkan sebagai jenis-jenis demam.

Antaranya adalah seperti;

1. Demam berpanjangan atau berterusan

Biasanya demam seperti ini berpanjangan atau berlarutan antara 10-14 hari. Demam ini dikategorikan sebagai demam gred rendah.

2. Demam Infeksi

Demam infeksi adalah demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria, virus atau mikroorganisma yang masuk ke dalam tubuh.

Beberapa penyakit yang dapat menyebabkan jangkitan dan mendapat demam antaranya ialah Tetanus, Mumps atau Epidemic Parotitis, Measles-Rubella, demam berdarah, Tuberculosis, jangkitan pada saluran kencing dan sebagainya.

3. Demam Non-Infeksi

Demam non-infeksi adalah demam yang bukan disebabkan oleh jangkitan tetapi disebabkan oleh penyakit keturunan atau pembawakan sejak lahir dan ia tidak ditangani dengan baik.

Misalnya, demam kerana mempunyai penyakit berat seperti leukimia atau kanser darah, tumor atau penyakit disebabkan oleh autoimun seperti rheumatic, SLE (lupus) dan lain-lain.

4. Demam fisiologi

Demam fisiologis adalah demam yang bukan disebabkan oleh jangkitan kuman, virus dan bakteria atau bukan disebabkan oleh penyakit keturunan.

Suhu demam fisiologi biasanya jarang melebihi 38°C kerana ia disebabkan oleh kekurangan air atau cecair dalam badan (dehidrasi), perubahan cuaca yang terlalu panas dan sejuk serta beberapa sebab lain.

Demam jenis ini biasanya tidak memerlukan rawatan khusus, cukup dengan rehat dan pengambilan air yang mencukupi.

5. Demam Kronik

Demam kategori ini berlangsung lebih lama dari tiga hingga empat hari. Sesetengah pakar perubatan menganggap demam sekejap-sekejap yang berulang-ulang dari bulan ke tahun sebagai demam kronik.

6. Demam Berselang-seli

Suhu badan dalam keadaan baik tetapi bervariasi atau tidak tetap, iaitu dari normal ke tahap demam dalam masa satu hari atau berulang dan berselang-seli dalam masa satu hingga tiga hari.

7. Demam Remit

Demam jenis ini datang dan pergi pada selang masa yang tetap dalam tempoh 24 jam.

8. Demam Hyperpyrexia

Demam ini dianggap bahaya kerana suhu bagi penghidap biasanya boleh mencecah melebihi 106.7 F atau 41.5°C.

Suhu ini terlalu tinggi dan memerlukan rawatan kecemasan dengan segera.

Lemah Antibodi Punca Demam

Demam juga boleh terjadi apabila seseorang memiliki keupayaan imun badan yang terhad untuk melawan jangkitan atau pun mungkin disebabkan oleh keradangan.

Kerana itulah orang yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah mudah dijangkiti demam.

Berikut adalah sebab-sebab sistem imun yang lemah:
  • Kanser.
  • Rawatan kanser.
  • Ubat imunosupresif, contohnya digunakan dalam pemindahan organ.
  • Terapi steroid untuk masa yang lama.
  • HIV.
  • Berumur lebih daripada 65 tahun.
  • Tiada limpa (selepas pembedahan limpa).
  • Sarcoidosis (keadaan yang dicirikan oleh bentuk keradangan yang agak luar biasa, yang membawa kepada pembentukan granuloma yang boleh berlaku di mana-mana di dalam badan).
  • Lupus.
  • Kekurangan gizi.
  • Diabetes.
  • Penggunaan alkohol atau penyalahgunaan dadah.

Satu lagi keadaan perubatan yang melibatkan demam adalah kerana penyebabnya tidak diketahui atau tidak dapat dikesan (walaupun punca itu boleh ditemui pada satu jangka masa yang lain).

Ia dipanggil FUO (Fever of Unknown Origin).

FUO ditakrifkan sebagai suhu yang melebihi daripada 101 F (38.3°C) dan berlaku beberapa kali dalam tempoh lebih daripada tiga minggu dan kegagalan untuk didiagnosis walaupun rawatannya telah dinilai oleh banyak pakar dan ujian secara intensif.

Akhirnya, FUO diklasifikasikan sebagai demam yang disebabkan oleh jangkitan, kanser, penyakit vaskular kolagen, kegagalan organ dalaman atau hormon tiroid, jangkitan parasit yang tidak jelas dan kanser okultisme.

Rawatan Demam

Jika anda mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah, perhatian sepenuhnya perlu diberikan kepada mereka sekiranya mengalami demam kerana masalah demam yang kuat dan berpanjangan boleh menyebabkan berlakunya sawan demam.

Sawan jenis ini boleh terjadi hanya semasa demam dan biasanya ia berlaku selama 10 hingga 15 minit.

Sawan Demam

Sekiranya sawan terjadi, letakkan tuala basah di atas kepala pesakit dan bawa berjumpa dengan doktor dengan segera.

Langkah lain yang boleh dilakukan semasa pesakit mengalami demam adalah memastikan pesakit mengambil cecair yang mencukupi, memakai pakaian yang tidak tebal dan suhu bilik yang tidak terlalu panas.

Sekiranya pesakit hendak diberikan ubat bagi melegakan demam, beberapa persoalan perlu diambil kira didalam pengubatan sendiri:
  • Berapa lamakah mengalami demam?
  • Berapakah suhu badan? Bagaimana suhu badan disukat?
  • Adakah tanda-tanda lain selain daripada demam?
  • Sudahkah rawatan lain digunakan untuk merawat demam tersebut?
  • Adakah anda sedang menjalani rawatan atau mengambil ubat tertentu?
  • Adakah anda menghadapi masalah alergi atau kesan buruk ubat-ubat tertentu?

Untuk penggunaan ubat bagi melegakan demam, pilihan ubat boleh digunakan oleh pesakit dewasa ialah paracetamol dan ibuprofen.

Kedua-dua ubat ini kerap kali digunakan untuk melega atau mengurangkan demam.

Aspirin turut mempunyai kelebihan untuk menghilangkan kesakitan semasa demam.

Dos ubat yang diambil oleh pesakit ialah 660 hingga 1000 miligram pada setiap empat hingga enam jam sehingga dos maksimum iaitu lima dos sehari.

Ibuprofen pula disyorkan pada kadar 200 hingga 400 miligram setiap empat hingga enam jam sehingga dos maksimum iaitu sebanyak 1200 miligram sehari.

Bagi kanak-kanak pula, hanya disyorkan untuk merawat demam dengan dos ubat yang lebih kecil berbanding dos dewasa.

Pilihan dos ubat mestilah disesuaikan dengan umur pesakit dan kebiasaannya pesakit kanak-kanak diberikan ubat cecair bagi memudahkan pengambilan ubat.

Dos yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia di antara dua hingga 11 tahun ialah 10 hingga 15 miligram bagi setiap kilogram berat badan kanak-kanak pada setiap empat hingga enam jam.

Manakala dos maksimum sehari pula adalah sebanyak 65 miligram/kilogram. Dos ini hanya dibenarkan untuk selama lima hari sahaja.

Semasa ubat diambil, sebarang perubahan negatif perlu diberi perhatian.

Rawatan Kecemasan

Bagi mereka yang mengalami kejutan panas, pertolongan cemas mesti diberikan dengan cepat untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Pakaian mangsa perlu dilonggarkan dan mangsa hendaklah dibawa ketempat teduh dan sejuk.

Siram air sejuk atau dingin ke atas badan mangsa sambil memicit-micit anggota badan untuk mempercepatkan kehilangan haba dari badan.

Biasanya semasa dihospital, mangsa akan direndam di dalam air sejuk untuk mengeluarkan haba dalam badan.

Jika kenaikan suhu badan disebabkan oleh masalah kelenjar seperti kerosakan kelenjar pituitari di otak, maka pengambilan ubat demam tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan suhu badan.

Di dalam keadaan ini, masalah penyakit yang menyebabkan kenaikan suhu badan perlu dirawat terlebih dahulu untuk menghilangkan demam.

Biasanya untuk mengesan suhu atau diagnosis demam di rumah adalah dengan mengambil suhu seseorang dengan termometer dan terdapat banyak cara untuk mengurangkan suhu demam.

Umumnya demam boleh dikurangkan dengan ibuprofen (Advil, Motrin, Nuprin) atau acetaminophen (Tylenol dan lain-lain). Kedua-dua ubat ini kadang-kala diberikan bersama kerana fungsinya bertindak sebagai ubat penahan sakit dan mengurangkan demam.

Walau bagaimanapun, Aspirin bukanlah ubat pilihan pertama untuk pengurangan demam. Ia tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak.

Aspirin boleh menjadi toksik jika mengambil dos yang banyak kepada orang dewasa atau menyebabkan sindrom Reye pada kanak-kanak. Jangan berikan Aspirin kepada individu berusia 18 tahun ke bawah kecuali atas arahan doktor untuk diberikan dos tertentu.

Sekiranya demam telah dipastikan dan demam yang anda alami bukan disebabkan oleh penyakit kronik, maka langkah rawatan sendiri di rumah boleh dilakukan.

Mungkin demam yang dialami itu boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubat tertentu.

Namun begitu, sekiranya penggunaan ubat tersebut selama beberapa hari tidak juga dapat menyembuhkan demam, maka pesakit disarankan berjumpa doktor bagi mengenal pasti punca demam agar langkah selanjutnya dapat diambil.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cun

Sunday, March 04, 2018

Ikan Candiru Lebih Berbahaya Dari Piranha

Ikan Candiru Lebih Berbahaya Dari Piranha

Ikan Candiru atau juga digelar ikan Canero adalah sejenis ikan air tawar dari spesis yang sama dengan ikan Lele dan boleh ditemui di sungai Amazon dan sungai Oranoco.

Ikan Candiru Lebih Berbahaya Dari Piranha

Ikan ini memiliki reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, lebih ditakuti berbanding ikan piranha.

Ikan ini hanya mampu membesar antara 1 hingga 2 inci dan lebar 4 sampai 6 milimeter, memiliki bentuk seperti seekor ikan belut dan hampir lutsinar, membuatkannya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air.

Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.

Terdapat 3 spesis ikan ini, Candiru yang berukuran sebesar jari, Candiru yang berukuran sebesar gigi dan biasanya makan dengan cara memasuki tubuh ikan yang lebih besar dan Candiru Paus (whale candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk memakan bangkai ikan yang sudah mati.

Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah mudah tetapi kejam: untuk menemui ikan, ikan Candiru akan mengesan riak air, berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain.

Setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan Candiru akan menuju ke celah-celah sirip ikan itu dan duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan tersebut yang akan mengeluarkan darah selagi ikan candiru berada di dalam insang ikan itu.

Ikan Candiru juga disebut sebagai ikan Vampire di Brazil.

Ikan Candiru Lebih Berbahaya Dari Piranha

Ikan Candiru ditakuti kerana ia tertarik pada aliran air atau darah dan apabila seseorang berenang di dalam kawasan yang ada ikan Candiru, ia akan masuk ke celah lubang dubur atau vagina, malah juga masuk ke lubang kemaluan.

Bila ini terjadi, ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kecuali melalui pembedahan dan kematian sering berlaku sebelum Candiru dapat dikeluarkan.

Kencing ketika berenang akan meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke dalam saluran kencing manusia.

Cara untuk membunuh ikan Candiru adalah melalui kaedah tradisional menggunakan dua jenis tanaman iaitu Xagua dan Epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang dimasuki.

Kedua-dua tumbuhan ini akan melarutkan ikan Candiru.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Fakta Menarik Ikan Buntal, Isinya Sedap Tapi Sangat Beracun

sumber: beritaunik

4 Realiti Sebenar Alam Perkahwinan, Tak Semuanya Indah Selepas Berkahwin

4 Realiti Sebenar Alam Perkahwinan, Tak Semuanya Indah Selepas Berkahwin

Anda telah pun mengucap lafaz 'Aku terimah nikah', mengadakan majlis walimatul'urus, membuka bungkusan hadiah perkahwinan dan "salam cangkuk", berpindah ke rumah baru dan di sinilah bermulanya kisah sebenar.

4 Realiti Sebenar Alam Perkahwinan, Tak Semuanya Indah Selepas Berkahwin

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menjadi sukar jika anda enggan mengurangkan expectations dan sukar menerima diri pasangan anda yang sebenar:

1. Dekorasi rumah

Secara amnya, lelaki tak berapa kisah untuk memadankan tirai dengan sofa, membeli barangan kaca Corelle atau Noritake. Tetapi itu sama sekali berbeza buat si isteri.

Rumah adalah seperti syurga wanita di bumi, jadi ia perlulah sempurna, sekurang-kurangnya pada mata si isteri.

Ini mungkin boleh menimbulkan sedikit pertikaian kerana satu pihak mungkin mahu menjimatkan wang daripada membeli apa yang dianggap tidak perlu, tetapi pihak yang lagi satu inginkan sebaliknya.

2. Melancong

Ini adalah salah satu salah-faham terbesar tentang perkahwinan. Sesetengah orang menganggap perkahwinan sebagai tiket untuk pengembaraan halal dengan pasangan mereka.

Logik sikit guys, mula-mula mesti susah untuk dapat travel sama-sama, kalau anda menjalani kehidupan normal bekerja 9-5 kerana kemungkinan anda harus membayar bil, kereta, rumah, dan berapa saja yang tinggal untuk travel?

Mungkin masih boleh kalau anda seorang yang berjimat cermat, tetapi macam mana kalau pasangan anda tidak?

Backpacking mungkin dapat dilaksanakan walaupun anda tak ada banyak duit, tetapi jika isteri mahu menginap di hotel mewah dan bukan hostel, adakah anda masih boleh mengembara bersama-sama?

Kedua, lelaki melihat percutian berbeza daripada wanita. Katakanlah, isteri mencadangkan untuk bercuti di Bangkok untuk merasai pengalaman naik TukTuk dan makan Tom Yam halal.

Bila wanita biasanya melakukan perkara-perkara secara tidak langsung atau spontan, lelaki lebih memilih untuk merancang sesuatu.

Isteri mungkin berfikir, "Okay saya tahu Tom Yam sedap di restoran ini dan itu" dan sedikit maklumat yang mencukupi untuk memulakan misinya.

Tetapi bagi lelaki? Mereka ingin tahu koordinat GPS, waktu operasi, gaya perniagaan (bungkus atau makan di situ), nak naik apa, laluan mana, ada tol atau tidak. Segala-galanya perlu diputuskan terlebih dahulu!

Isu ini memang serius kerana ia boleh mengubah sesuatu yang seronok kepada bencana. Walaupun pasangan mahukan percutian yang dapat diingati dan penuh romantis, suasana tetap boleh menjadi tegang hanya disebabkan pilihan mereka yang berbeza ketika merancang percutian.

Kalau kedua-dua anda berkongsi minat yang sama dan tak cerewet, lebih mudahlah untuk anda pergi bercuti. Travel gaya backpackers boleh, gaya mewah pun boleh.

3. Kerja rumah

Saya berpegang kepada prinsip bahawa suami dan isteri harus melakukan kerja rumah bersama-sama. Saya setuju dengan putaran kerja seperti mana kita dilatih untuk mengikut jadual tugasan ketika di sekolah.

Konsepnya mudah, kita semua makan dan "membuang", kita bersihkan. Sudah berlalu zaman di mana lelaki menonton TV sambil menunggu Teh O dihidangkan, membiarkan isteri memasak, menjaga anak, dan membuat secawan Teh O untuk dirinya. Banyak cantik!

Kalau suami nak Teh O, dia kena jaga anak-anak. Kalau nak Nasi Lemak, dia kena mandikan anak-anak atau bersihkan tong sampah semasa isteri memasak. Itulah asas kepada kerja berpasukan.

Tetapi dalam realiti kehidupan, anda mungkin berkahwin dengan orang yang hanya pulang ke rumah untuk makan, tidur, dan menonton TV.

Kalau anda dah ada, jadikan ia sebagai satu cabaran. Anda perlu membiarkan pasangan anda mengambil beberapa tanggungjawab dan anda sendiri harus menerima hakikat bahawa anda tidak perlu melakukan segala-galanya seorang diri.

Pemikiran tentang anda telah berkahwin dengan orang yang salah hanyalah bisikan syaitan yang ingin memusnahkan perkahwinan anda. Saya yakin anda boleh!

4. Tabiat buruk pasangan

Anda tak akan tahu sehingga anda duduk sebumbung bersama pasangan. Inilah masanya anda discover dengkurannya yang kuat, cara dia korek hidung, bila dia kentut, dia terlupa nak flush mangkuk tandas selepas "membuang" dan lebih buruk lagi, anda perlu hidup dengannya.

Walaupun begitu, selain hidup dengannya, anda ada hak untuk menghalang pasangan anda daripada melakukan perkara-perkara buruk dan menjijikkan sekurang-kurangnya di hadapan anda.

Atau anda boleh berbincang tentang perkara ini dan cari jalan penyelesaian. Mungkin boleh letak sticky note di dinding bilik air bertulis. "Dah flush ke belum? - Love, Suami" sebagai peringatan.

Kesimpulan

Niat saya menulis artikel ini bukan untuk menakutkan anda semua. Saya hanya cuba memberi gambaran terhadap apa yang mungkin berlaku selepas anda berkahwin.

Jadi, anda boleh lebih bersiap sedia atau boleh juga bangkitkan isu-isu ini semasa dalam tempoh pertunangan.

Adakah Islam membenarkan perbincangan sedemikian? Sudah tentu! Pertunangan adalah masa yang tepat untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Harapan saya kepada mereka yang masih mencari atau sudah menemui, semoga berjaya dalam mengenali pasangan anda.

Anda mungkin tidak tahu semuanya, tetapi sekurang-kurangnya dengan tulisan mudah ini, anda dapat melihat sekilas apa yang diharapkan daripada pasangan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sepuluh Soalan Sebelum Bertunang

sumber: says