Friday, February 17, 2017

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Bagi anda yang masih lagi belum tahu apa sebenarnya burung berwarna ungu atau purple yang sedang menghentak kepalanya ke lantai diruangan komen, itulah set stiker yang bernama Trash Dove.

trash-dove-thailand

Trash Dove dicipta oleh seorang pelukis dari Florida bernama Syd Weiler pada September 2016 dan kemudian dijadikan set stiker pada iPhone Januari tahun ini.

Yang menjadi persoalan ramai pengguna Facebook adalah, apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan oleh burung ungu itu yang dikatakan adalah seekor burung merpati.

Mari kita ketahui beberapa perkara yang diketahui tentang burung ungu ini yang mungkin boleh merungkai sedikit persoalan yang bersarang di kepala semua orang.

Apa itu Trash Dove, burung ungu

Menurut penjelasan di laman web knowyourmeme.com, burung tersebut dikenali sebagai Floppy Trash Doves dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi Facebook stickers.

Ia memaparkan burung Merpati itu dalam 24 situasi dan gaya, termasuk gaya mengangguk yang menjadi pilihan ramai.

Siapa pencipta Trash Dove, burung ungu

Sticker ini direka oleh Syd Weiler, seorang artis dan pereka grafik dari Florida, Amerika Syarikat. Ia mula dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari lalu dan mula viral di Thailand.

Maksud 'Mengangguk'

Ditanya mengapa burung itu menganggukkan kepala dengan gaya ala penyanyi heavy metal, Weiler memberitahu, gaya tersebut boleh melambangkan banyak situasi dan perasaan, antaranya gembira, teruja atau sedang berseronok.

Weiler juga tidak menolak anggukan burung itu juga melambangkan emotionally disturbed atau bahasa mudahnya, gila.

'Trash Dove Meme'


Lagak pelik burung itu, seperti biasa, mendapat perhatian netizen, sekaligus mencetuskan banyak reaksi yang menggelikan hati.

Semoga menjawab persoalan.

BACA INI JUGA: Juan Pablo Culasso, Lelaki Luarbiasa Yang Mampu Bezakan 3,000 Suara Burung!

Sumber: aa

Saturday, January 28, 2017

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana remaja di luar negara akan membakar kulit mereka kemudian meletakkan ais dan garam di tempat yang mengalami luka itu.

Cabaran

Kegilaan berkenaan dikenali sebagai `cabaran garam dan ais’. Peserta yang mengambil bahagian perlu menahan diri bagi melihat berapa lama mereka dapat menahan kesakitan tersebut.

Selepas itu mereka akan berkongsi gambar luka terbabit di media sosial.

Meskipun ia berlaku di luar negara, namun tidak mustahil aksi gila dan bodoh ini boleh merebak di negara ini terutama kepada mereka yang gemar mengikut aksi bodoh di internet.

Akibat kebodohan tersebut juga, ada remaja terpaksa dibawa ke hospital akibat luka melecur. Keadaan ini mengakibatkan polis di Yorkshire memberi amaran kepada ibu bapa dan guru-guru supaya memantau anak-anak serta pelajar mereka.

“Tolong beri amaran kepada anak-anak anda agar tidak mengambil bahagian dalam cabaran yang membahayakan ini,” kata polis.

Ini kerana ia bukan hanya mendatangkan kesakitan malah luka yang dialami meninggalkan parut kekal.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Punca Air Laut Menjadi Masin?

Sumber: mynewshub

Saturday, January 21, 2017

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Permintaan terhadap perkhidmatan sewa teman lelaki mula melonjak di China apabila perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.

Teman Lelaki

Pada tahun 2017 ini sempena dengan kedatangan tahun ayam, perkhidmatan itu dilaporkan semakin popular dan kadar sewa juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Baharu Cina adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama-sama pada malam perayaan itu.

Bagaimanapun, bagi wanita bujang, perayaan itu menjadi satu keadaan yang merimaskan apabila ibu bapa atau keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Kini, perkhidmatan sewa teman lelaki tersebut dilaporkan media tempatan semakin menjadi trend popular di China.

Tahun ini, harga sewa teman lelaki melonjak sehingga ada yang mencecah 1,544 yuan (kira-kira RM1,000) sehari dan ada pula yang menawarkan mengikut jam.

‘Sewa teman lelaki’ juga menjadi perkataan paling banyak ditaip di enjin pencarian Internet, termasuk di laman sesawang membeli-belah.

BACA INI JUGA: Penguin Mengamuk Lihat 'Isteri' Curang Viral

Sumber: mynewshub

Friday, January 13, 2017

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Anda sanggup membalutkan diri anda sendiri dalam kain putih yang diikat rapat seumpama pocong sehingga anda pula sukar bergerak ke mana-mana, selama 20 minit?

Otonamaki

Percaya atau tidak, itulah kaedah terapi baharu yang kini menjadi tular dan ‘trending’ di Jepun, serta dikatakan boleh mengurangkan masalah postur dan kekejangan otot, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Dipanggil sebagai Otonamaki, terapi pelik itu ternyata semakin popular dan tular di negara ‘matahari terbit’ tersebut, meskipun mungkin kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah kalangan kita.

Otonamaki

Ia bukan sahaja tentunya membuat sesiapa sahaja berasa sukar untuk bernafas, malah kaedah terapi aneh itu boleh dikatakan seperti babak hantu pocong dalam aksi filem seram Nusantara!

Menurut BBC, terapi Otonamaki diilhamkan daripada amalan Ohinamaki, iaitu bayi dibalut dengan kain putih dengan cara yang sama untuk membantu dalam pembangunan fizikal mereka.

Setiap sesi Otonamaki dijalankan sekitar 20 minit sahaja dan hanya kain tipis yang digunakan agar pelanggan tersebut dapat bernafas dengan selesa ketika mereka berada lama di dalamnya.

Otonamaki

“Ia tampak sempit tetapi tidak rasa sempit langsung. Selepas sesi, saya rasa bahu dan belakang tubuh lebih selesa,” kata seorang pelanggan berusia 40-an tahun yang mendapatkan khidmat itu dari syarikat Kyoko Proportion.

Seorang lagi pelanggan yang enggan didedahkan namanya pula berkata kepada BBC bahawa beliau berasa begitu selesa hingga hampir terlena sebelum dikejutkan petugas yang membuka ikatan kain berkenaan.

Otonamaki

Namun, ada sesetengah netizen yang mengakui menerusi media sosial tempatan bahawa kaedah terapi luar biasa itu tampak agak menakutkan dan kelihatan pula seperti babak ngeri dalam filem seram.

Orie Matsuo dari Kyoko Proportion memberitahu BBC, bahawa Otonamaki membolehkan otot-otot di bahagian pinggang, kaki dan bahu pada pelanggan mereka untuk menjadi lebih fleksibel.

Otonamaki

Namun, Visvanathan Ravi, ahli fisioterapi kanan di Hallmark Physiotherapy berkata, jika seseorang berada di kedudukan seperti itu lebih dari 30 minit, mereka akan mengalami masalah tulang belakang.

Beliau juga malah berkata kepada BBC, bahawa orang ramai dinashatkan supaya tidak menjalani terapi berkenaan kerana bimbang risiko komplikasi sampingan yang lain.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

Sumber: mynewshub

Saturday, December 10, 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

Google dalam kenyataannya menyenaraikan 10 klip video muzik paling popular di seluruh dunia dan trending sepanjang 2016.

Rihanna

Fifth Harmony muncul sebagai klip video muzik paling popular tahun 2016 (dengan lebih dari satu bilion tontonan).

Berikut adalah senarai video muzik paling popular di seluruh dunia bagi tahun 2016:

1. Fifth Harmony - Work from Home ft. Ty Dolla $ign

2. Calvin Harris - This Is What You Came For (Official Video) ft. Rihanna

3. Hasta el Amanecer - Nicky Jam | Video Oficial

4. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

5. Rihanna - Work (Explicit) ft. Drake

6. Mike Posner - I Took A Pill In Ibiza (Seeb Remix) (Explicit)

7. Sia - Cheap Thrills (Lyric Video) ft. Sean Paul

8. ZAYN - PILLOWTALK

9. Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)

10. twenty one pilots: Heathens (from Suicide Squad: The Album) [OFFICIAL VIDEO]

Video muzik Rihanna mencatat jumlah tontonan video tertinggi dalam masa 24 jam pertama untuk sebuah video muzik pada tahun 2016. -mk

BACA INI JUGA: 10 Penyanyi Arab Paling Kaya

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

Bagi kategori 10 video dan video muzik global paling popular di Malaysia 2016, senarai terbaru Google menyatakan, secara keseluruhan semua 10 klip yang tersenarai mencatatkan 550 juta tontonan dan disaksikan untuk tempoh lebih dari 25 juta jam oleh penonton Malaysia.

Adele Carpool Karaoke

Berikut adalah 10 video global Paling Trending dan Popular di Malaysia 2016.

1. Adele Carpool Karaoke

2. Pen-Pineapple-Apple-Pen/PIKO-TARO

3. What's inside a Rattlesnake Rattle?

4. Nike Football Presents: The Switch ft. Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Anthony Martial & More

5. Grace VanderWaal: 12-Year-Old Ukulele Player Gets Golden Buzzer - America's Got Talent 2016

6. Water Bottle Flip Edition | Dude Perfect

7. Channing Tatum & Beyonce's "Run The World (Girls)" vs. Jenna Dewan-Tatum's "Pony" | Lip Sync Battle

8. Donald Trump: Last Week Tonight with John Oliver (HBO)

9. THE $21,000 FIRST CLASS AIRPLANE SEAT

10.Brothers Convince Little Sister of Zombie Apocalypse

Saluran-saluran yang mencipta video tersebut memiliki lebih 40 juta pelanggan yang kerap menonton kandungan lucu, berinformasi dan menghiburkan. -mk

BACA INI JUGA: 5 Lagu Michael Jackson Yang Paling Diminati

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

Dalam senarai video muzik paling popular di Malaysia pada tahun 2016, penyanyi Aiman Tino berada di kedudukan tertinggi melalui lagu popularnya, Kurela Dibenci.

Aiman Tino

Google Malaysia menyenaraikan 10 klip video muzik yang menjadi trending di negara ini sepanjang 2016.

Senarai trending untuk video muzik di YouTube Malaysia bagi tahun ini ialah:

1. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci (Official Music Video with Lyric)

2. Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)

3. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

4. Gamma1 - Jomblo Happy | Official Video Clip

5. DNCE - Toothbrush (Official Video)

6. JESSICA (제시카) (Feat. Fabolous) - FLY Official Music Video

7. 방탄소년단 'Save ME' MV

8. Galantis - No Money (Official Video)

9. Jennifer Lopez - Ain't Your Mama

10. Maroon 5 - Don't Wanna Know

Aiman Tino mengatasi artis lain termasuk Gamma1, Jennifer Lopez dan Maroon 5. -mk

BACA INI JUGA: Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

Google Malaysia dalam kenyataan terbaru menyenaraikan 10 klip video yang paling trending dan popular di Malaysia sepanjang 2016.

Rama-Rama

Mengungguli carta klip video paling trending di Malaysia ialah Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends, diikuti klip video siri animasi televisyen BoBoiBoy.

Turut tersenarai ialah video klip program hiburan, lagu Namewee dan parodi filem Korea.

Tidak ketinggalan, klip video tendangan percuma luarbiasa Faiz Subri.

Berikut adalah senarai video klip yang menjadi trending di YouTube pada tahun ini:

1. Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends

2. TERBARU! Musim 3 - Episod TERAKHIR: Jumpa Lagi BoBoiBoy (ENG SUB)

3. TRAIN TOO 'BOSAN' Trailer (Parody of 'Train to Busan' Trailer)

4. Spicy Korean Noodle Challenge | Asyalliee

5. [Namewee Tokok] 057 Tattoo Artist 紋身 10-01-2016

6. Maharaja Lawak Mega 2016 - Akhir (Bocey) Muzikal

7. Faiz Subri insane knuckleball free kick Penang 4-1 Pahang FC

8. Pokemon GO In REAL LIFE

9. 当学校开学的时候 -Youtube

10. Like, DM, Unfollow: Malaysian Beauties

Menurut kenyataan Google Malaysia hiburan kanak-kanak memberi kesan besar pada tahun ini.

"Populariti kandungan YouTube tempatan juga melonjak ke paras tertinggi dengan lapan daripada video yang berada dalam senarai 10 video trending adalah dari bakat-bakat tempatan.

"Mereka melayani para penonton dengan video-video watak menyeronokkan, aksi mendebarkan dan gelagat menghiburkan," katanya. -mk

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?

Wednesday, November 30, 2016

Fenomena Selfie Satu Jari, Aksi Merakam Selfie Tanpa Pakaian Depan Cermin

Fenomena Selfie Satu Jari, Aksi Merakam Selfie Tanpa Pakaian Depan Cermin

Trend mengarut terbaharu apakah ini? Sekumpulan lelaki dan wanita cuba mencipta trend terbaru di media sosial dengan mewujudkan Cabaran Selfie Satu Jari, iaitu merakamkan selfie sambil berbogel di depan cermin, dengan syarat satu jari perlu menutup bahagian sulit mereka.

Selfie Satu Jari
Gambar hiasan.

Malangnya, peserta cabaran berkenaan berisiko menunjukkan lebih daripada apa yang mereka rakamkan, dengan mendedahkan seluruh badan mereka yang bogel itu.

Salah seorang peserta yang mengambil bahagian ialah Aimee Davison yang menyatakan cabaran itu bermula hasil lukisan pelukis anime Jepun, Sky-freedom.

Dalam ilustrasi pelukis itu, watak anime berkenaan digambarkan merakamkan selfie dalam keadaan bogel, dengan hanya satu jari sahaja menutup alat sulitnya.

Pada mulanya Aimee teragak-agak untuk mencuba cabaran berkenaan tetapi dia kemudiannya mencuba selfie itu, tetapi masih memakai seluar.

Dia hanya menggunakan jari untuk menutup payu daranya.

“Saya jadi keliru bagaimana nak tutup payu dara dan alat sulit pada satu masa dengan menggunakan satu jari sahaja,’’ soal Aimee.

Kalau nak tengok gambar Selfie Satu Jari, sila google sendiri. Sebab gambar tu mengarut, kah kah..

BACA INI JUGA: Padah Selfie Berahi, Polis Wanita Dipecat!

Sumber: Mynewshub

Thursday, September 15, 2016

Jamsu, Trend Cantik Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik!

Jamsu, Trend Cantik Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik!

Apabila sebut sahaja negara Korea Selatan, pasti sudah terbayang mengenai rakyatnya yang amat mementingkan penjagaan kecantikan kulit wajah.

Korean Jamsu

Sehinggakan, muncul macam-macam idea tips dan perawatan kulit yang aneh lagi luar biasa.

Salah satunya perawatan pelik dari negara kimchi itu adalah menampar wajah puluhan kali sebelum tidur.

Ini kerana mereka percaya cara ini dapat melancarkan aliran darah di wajah sekali gus membuatkan kulit menjadi ‘pink’ semula jadi.

Terbaharu, negara yang sinonim dengan muzik K-Pop ini kembali memperkenalkan teknik kecantikan aneh iaitu dengan menenggelamkan wajah dalam besen berisi air selama 30 saat.

Korean Jamsu

Teknik kecantikan ini dikenali dengan nama bahasa Korea, jamsu atau bermaksud tenggelam.

Menurut kepercayaan mereka, menenggelamkan wajah dalam air dapat membuat solekan wajah tahan lama.

Teringin ingin mencuba?

Ini langkah-langkahnya:
  • Pakai mekap di wajah secara biasa.
  • Taburkan bedak bayi ke wajah anda, sebanyak yang anda suka.
  • Siapkan besen penuh air.
  • Tenggelamkan wajah anda dalam besin, tahan nafas hingga 30 saat.
  • Ulang hingga dua.

Anda boleh mencuba sendiri tapi ingat, risiko teknik kecantikan ini anda kena tanggung sendiri ye..

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub

Wednesday, March 16, 2016

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Gadis-gadis di China ketika ini dilanda trend pinggang ramping dan menggunakan kertas A4 bagi mengukur pinggang masing-masing.

Pinggang Paling Cantik

Ia bagi menunjukkan bahawa pinggang mereka tidak melebihi ukuran lebar kertas terbabit.

Gambar-gambar gadis yang bergambar dengan kertas di pinggang kini memenuhi media sosial di negara itu dan menjadi trend terbaru di kalangan mereka.

Masing-masing memuatnaik gambar mereka dengan kertas itu diselitkan sama ada di dalam seluar atau dilekatkan di pinggang.

Berpuluh ribu orang sudah berkongsi gambar pinggang mereka dalam Weibo, iaitu medium media sosial yang sama seperti Twitter dan Facebook.

Pinggang Paling Cantik

Bagaimanapun tidak semua yang bersetuju dengan trend berkenaan kerana ia umpama menghina dan memalukan mereka yang mempunyai pinggang yang besar.

“Ia bukan sesuatu yang `cool’ untuk menghina gadis yang tidak menepati ukuran itu,’’ demikian tulis netizen.

Disebabkan ia menjadi trend, maka perkataan `pinggang paling cantik’ menjadi carian paling tinggi dalam internet.

BACA INI JUGA: 7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, February 24, 2016

Glitter, Air Mata Berkilau Kegilaan Terbaru Trend Kecantikan

Glitter, Air Mata Berkilau Kegilaan Terbaru Trend Kecantikan

Menangis, terutamanya dengan muka yang penuh dengan solekan menyebabkan maskara mencair. Tetapi, dengan solekan muka terbaru yang popular di Internet ini membolehkan anda menangis dan masih kelihatan sempurna.

Glitter

Air mata berkilau adalah kegilaan terbaru trend kecantikan menggunakan glitter, yang sebelum ini popular digunakan pada akar rambut dan sebagai ‘jeragat’ berkilauan.

Peminat trend itu akan memakai glitter di bawah mata sehingga ke bawah pipi bagi mewujudkan ilusi ‘air mata’ sebelum memuat naik gambar itu ke akaun Instagram.

Glitter boleh dipakai sama ada sebagai perlindungan di bawah mata untuk menambah sentuhan berkilau atau dipakai dengan banyak bagi membentuk seperti air mata mengalir ke bawah.

Populariti trend ini semakin meningkat pada Hari Valentine, sebagai cara wanita melahirkan rasa kekecewaan kerana masih belum berteman.

Glitter [2]

“Air mata glitter ini diinspirasikan sempena keseorangan pada Hari Valentine,” tulis seorang pengguna media sosial yang berkongsi gambarnya mengikut trend itu.

Tetapi ada juga yang menggunakannya untuk menambah sentuhan pada solekan mereka, selain ada yang mencampurkan glitter dengan celak bagi memberikan ilusi seperti maskara itu dirosakkan air mata.

Trend itu menyusuli tompok glitter, yang popular di media sosial baru-baru ini. Peminat trend itu melitupi hidung, tulang pipi dan sekitar mata dengan tompokan glitter.

Glitter [3]

Glitter juga digunakan oleh wanita yang gemarkan kelainan menyembunyikan perbezaan pada akar rambut yang diwarnakan. Untuk tujuan itu, ia diletakkan sepenuhnya pada akar rambut untuk menambahkan sentuhan berkilau.

Imej itu dibawa oleh Miley Cyrus, yang juga peminat trend itu dan Lucy Hale, yang berkongsi gambarnya memakai glitter pada rambutnya di Instagram.

BACA INI JUGA: 'Marah' Kepada Allah Kerana Buah Tembikai?

Sumber: Hmetro

Tuesday, September 01, 2015

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala Di China

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala Di China

Macam-macam ragam, itulah yang berlaku di China sekarang, mana tidaknya fesyen 'menanam' tumbuhan kecil di atas kepala kini menjadi ikutan ramai di negara itu.

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala

Berdasarkan laporan Taobao, fesyen itu menjadi ikutan bukan sahaja kepada kaum wanita muda, malah lelaki dewasa serta kanak-kanak kini secara beramai-ramai menanam tumbuhan di atas kepala mereka.

Trend ini terjadi rupa-rupanya dek kerana masyarakat China terpengaruh dengan karektor kartun maskot Yan Jun, yang memiliki tumbuhan di atas kepalanya.

Oleh kerana merasakan comel dan uniknya karektor Yan Jun, masyarakat di China cuba mencontohi karektor tersebut.

BACA INI JUGA: Fesyen-fesyen Terkini Tapi Pelik

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala [2]
Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala [3]
Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala [4]

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, April 14, 2014

Fesyen-fesyen Terkini Tapi Pelik

Fesyen-fesyen Terkini Tapi Pelik

Dunia serba moden kini menyaksikan kemunculan pelbagai fesyen-fesyen terkini sealiran dengan peredaran zaman.

Namun yang pasti bukan semua fesyen terkini lebih cantik, canggih dan menarik. Malah sebahagiannya ada yang kelihatan pelik. Fesyen-fesyen ini bukan sahaja bermaksud pakaian tapi apa sahaja yang dirasakan boleh mencantikkan penampilan, gaya dan keterampilan seseorang.

Jom kita lihat antara fesyen-fesyen terkini yang lain daripada yang lain.

Facekini

Facekini

Salah satu cara untuk mengelakkan sinaran matahari yang membahayakan ialah dengan berada di dalam rumah. Tapi jika ingin keluar, ramai yang menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan sinaran itu terkena secara langsung dengan kulit mereka seperti menggunakan losyen atau krim penahan sinaran matahari.

Namun, dinegara China, terdapat satu lagi kaedah untuk mengelakkan sinaran matahari terkena muka jika berada di luar iaitu dengan mengenakan topeng 'Facekini'. Facekini digunakan dioleh para pengunjung pantai di perairan Laut China Timur untuk mengelakkan kulit mereka terkena pancaran sinaran matahari.

Topeng ini telah dicipta pada tahun 2005 dan kini dipasarkan secara meluas dan biasanya dijual disepanjang kawasan pantai di negara tersebut. Harga Facekini ialah antara USD$1.50 ke USD$4. Selain melindungi daripada sinaran cahaya matahari, ia turut membantu mengelakkan serangan serangga dan obor-obor.

Pendakap gigi tiruan

Pendakap gigi tiruan

Ingin memakai pendakap gigi tapi tak mahu mengambil risiko? Mungkin memakai pendakap gigi tiruan adalah jawapan untuk mereka yang mahukan fesyen terkini untuk digayakan di gigi mereka. Bagi sesetengah remaja di Thailand, Indonesia dan China, memakai pendakap gigi telah menjadi satu gaya baru yang telah memberi impak yang cukup besar di negara-negara tersebut. Ini kerana memakai pendakap gigi menunjukkan lambang kekayaan, status dan gaya. Oleh kerana pendakap gigi sebenar boleh mencecah harga USD$1,200, ramai remaja yang ingin menggayakan trend tersebut menggunakan pendakap gigi tiruan yang boleh dibeli dengan harga serendah USD$100.

But muncung

Botas Picudas Mexicanas

But muncung yang turut dikenali sebagai 'Botas Picudas Mexicanas' adalah satu gaya but yang memang berbeza kerana mempunyai bahagian depan yang muncung tirus dan melengkung naik keatas. Sejak tahun 2009, fesyen but sebegini menjadi begitu popular di kalangan lelaki di Mexico dan sebahagian kawasan di Amerika Syarikat. Lelaki-lekaki muda mula menjadi obses dengan but-but ini yang dikatakan berasal dari Matehuala, San Luis Potosi.

Cermin mata tanpa gelas

Cermin mata tanpa gelas

Cermin mata tanpa gelas menjadi kegilaan remaja terutamanya di Korea Selatan dan Hong Kong. Cermin mata tanpa gelas dibuat dalam pelbagai warna serta bentuk dan biasanya digunakan sebagai satu padanan gaya bersama baju atau rambut pemakai. Menurut mereka yang rajin memakai cermin mata ini, ia bukan sekadar fesyen semata-mata, malah dapat menutup kekurangan yang ada pada wajah, contohnya lingkaran gelap di bawah mata.

Seluar baju panas

Swants Sweater Pants

Sesuai dengan musim sejuk, maka fesyen seluar baju panas ataupun dikenali juga dengan panggilan 'Swants Sweater Pants' boleh juga digunakan. Seluar yang diperbuat daripada baju panas ini perlulah diubahsuai sepertimana yang dilakukan dalam tutorial oleh Steven May.

Janggut palsu

Trend Janggut palsu

Bagi lelaki yang teringin untuk memiliki janggut tetapi tidak boleh kerana masalah gen yang tidak memungkinkan mereka untuk memiliki janggut, maka jawapannya ada pada janggut-janggut palsu ini. Janggut-janggut palsu keluaran Jepun ini digunakan untuk lelaki-lelaki yang inginkan kelainan pada rupa paras mereka tetapi tidak mampu memiliki janggut sendiri. Janggut-janggut palsu ini bagaimanapun hanya terdapat dalam warna hitam. Namun, bagi mereka yang mempunyai warna rambut seperti warna perang atau merah, kurang sesuai untuk memakainya.

Aksesori haiwan peliharaan hidup

Fur Is Alive

Seorang artis seni dari Belanda, Cecilia Vilentine telah muncul dengan satu idea aksesori yang pelik tetapi pada masa yang sama sangat menarik. Daripada koleksi siri 'Fur Is Alive' miliknya, terdapat aksesori hiasan seperti cekak rambut yang mempunyai sangkar burung yang memuatkan seekor burung kecil dan sebuah rantai yang boleh memuatkan haiwan peliharaan seperti tikus, harmster dan ketam hermit.

Ekor robotik

Ekor robotik

'Tailly' ialah sejenis ekor robotik yang dicipta oleh Shota Ishiwatari. Ia mampu mengenalpasti perasaan teruja seseorang yang memakainya dengan mengukur kadar degupan jantung melalui satu pengesan yang dipasang pada tali pinggang pada ekor tersebut. Tailly akan bergoyang-goyang jika kadar degupan jantung pemakainya naik dan akan mengendur semula jika kadar degupan jantung pemakainya turun.

Anda suka yang mana satu?

BACA INI JUGA: Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman

-Sentiasapanas.com

Sunday, January 19, 2014

GILER! Wanita Sanggup Suntik G-spot Demi Kepuasan!

GILER! Wanita Sanggup Suntik G-spot Demi Kepuasan!

Prosedur mudah suntikan G-spot telah mula mendapat populariti kerana menjanjikan peningkatan kepuasan seks wanita dengan melakukan suntikan di kedudukan G-spot.

G-spot
Gambar hiasan.

Kos $1,000 dolar untuk satu suntikan Hyaluronan iaitu sejenis kolagen yang disuntik ke kawasan G-spot menyebabkan kawasan G-spot itu membengkak.

G-spot yang merupakan Zon nikmat bagi wanita akan lebih mudah dikesan selepas proses pembengkkan ini berlaku.

Walau bagaimanapun, pendapat mengenai prosedur ini terbahagi dua.

Walaupun suntikan telah terbukti berjaya, terdapat juga beberapa pihak yang mendakwa suntikan adalah tidak perlu dan bagi sesetengah wanita ianya sia-sia dan menyakitkan.

BatSheva Marcus, pengarah klinikal Pusat Perubatan untuk Seksualiti Wanita di New York, berkata, "Bagi sesetengah wanita, ransangan G-spot berasa hebat, untuk orang lain tidak begitu".

"Bagi wanita yang biasanya tidak mendapat ransangan nikmat dari kawasan itu, mereka tidak akan berasa banyak kesan ". katanya kepada akhbar New York.

BACA INI JUGA: Benarkah Isteri Suka Zakar yang Besar?

Tuesday, January 14, 2014

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

NAJIB KANGKUNG

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.

-Sentiasapanas.com