Tuesday, January 14, 2014

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!


Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

NAJIB KANGKUNG

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon