Saturday, March 17, 2018

Asal-usul Dan Sejarah Dikir Barat

Asal-usul Dan Sejarah Dikir Barat

Dikir Barat adalah satu persembahan dari negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan dan biasanya diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara yang akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Asal-usul Dan Sejarah Dikir Barat

Tahukah anda Dikir Barat adalah satu bentuk persembahan nyanyian, namun asal-usul kewujudannya sehingga kini masih diperdebatkan, walaupun kebanyakan menerimanya sebagai bentuk seni yang datang dari selatan Thailand atau utara Semananjung Malaysia.

Dalam lingkungan masyarakat petani, Dikir Barat dipersembahkan sebagai upacara keagamaan atau sambutan sempena musim menuai.

Kini, persembahan Dikir Barat lebih berperanan sebagai satu bentuk hiburan begitupun, pertandingan antara kumpulan Dikir Barat sering diadakan.

Sehingga kini, Singapura dan dua negeri di Malaysia - Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri yang masih mempersembahkan Dikir Barat secara aktif.

Kita memanggilnya Dikir, perkataan yang bunyinya ada persamaan dengan perkataan Melayu zikir yang bermakna doa atau amalan keagamaan, sesuatu yang dilihat oleh penduduk di utara semenanjung Malaysia dan diamalkan orang Thai setiap musim menuai padi.

Barat pula bermakna kedudukan geografi, orang utara dulu menganggap Thailand berada di sebelah barat padahal dari segi kedudukan geografinya, ia berada di utara Malaysia.

Memandangkan nama itu sudah sebati dengan penggunaan, ia kekal sehingga ke hari ini dan tidak pernah diubah.

Budaya Dikir Barat kemudian terus menular ke selatan, Singapura sekitar 1970-an.

Pelbagai pertandingan dianjurkan badan kerajaan setiap tahun dan sambutan terhadapnya begitu baik sehingga ke hari ini, biarpun Singapura kini adalah kota metropolitan yang maju.

Sejarah Dikir Barat bermula dengan tarian

Banyak kajian dilakukan untuk mengesan sejarah sebenar Dikir Barat di Malaysia dan menurut sumber sejarah, Dikir Barat wujud dari sebuah tarian yang dipanggil tarian Patung Inai - tarian yang sangat popular dikalangan masyarakat Siam dan Kelantan sekitar tahun 1800 hingga 1940.

Kemudian, seorang penggiat seni ini yang dikenali sebagai Pak Leh Tapang atau Haji Salleh menukarnya menjadi nama Dikir Barat.

Tarian Patung Inai adalah tarian tradisional yang dipersembahkan ketika majis perkahwinan di mana seorang ketua (Tok Jogha) akan menyanyikan lagu dan diikuti secara beramai-ramai anggota dikir lain.

Muzik Dikir Barat pula punya pengaruh ritma rebab atau rebana Sunda dan aktiviti ini sudah menjadi amalan kebiasaan setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan di perkampungam Melayu.

Dikir Barat juga ada kaitan dengan Dikir Laba atau lebih dikenali sebagai Dikir Punjab yang bermaksud drama dalam bahasa Punjab (Hindustan) dan mempunyai kaitan rapat dengan Qawwali, iaitu budaya popular di kalangan orang India.

Dalam Dikir Laba, anggotanya akan menyanyikan lagu dan cuba mengikuti rentak dengan menggerakkan badan. Mereka juga perlu menyanyi menerusi nada yang tinggi.

Tidak kira apa bentuk dikir sekalipun, Tok Jogha punya tanggungjawab besar untuk menghidupkan lagu yang dipersembahkan itu.

Pada 1948, Pak Leh Tapang mengubah cara tarian Patung Inai iaitu dimainkan dengan mengadaptasi beberapa elemen dari Dikir Laba dan Dikir Punjab.

Perkataan barat diambil dari gelaran yang diberikan orang Kelantan kepada masyarakat Siam. Ada juga pihak memnbawa teori bahawa perkataan barat datang dari perkataan 'Bharat', nama lama kepada benua kecil India.

Ia boleh dikira logik memandangkan pengaruh dari konteks Dikir Punjab.

ASAL USUL DIKIR BARAT

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam.

Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan.

Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan pernah diperintah oleh Kerajaan Siam.

Rakyat daripada kedua-dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat.

Ketika dibawa ke Kelantan, ianya adalah dalam bentuk Dikir sebelum ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu

Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana.

Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai suatu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat.

Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu.

Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam.

Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun.

Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun.

Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam).

Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.

Fungsi Tukang Karut

Elemen asas dalam kumpulan Dikir Barat adalah dua teraju utamanya, iaitu Juara dan Tukang Karut.

Anggota kumpulan Dikir Barat tidak terhad kepada jumlah tertentu. Di Singapura, ketika berlangsungnya pertandingan, siaz standard kumpulan ialah dua teraju utama - 14 awak-awak dan empat pemain muzik percussion.

Juara ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan memulakan persembahan diikuti Tukang Karut.

Tidak seperti Juara, Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya. Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan menghiburkan sebagai berkesan fungsinya sebagai penghibur. Juara pula biasanya adalah penyanyi yang memiliki suara cukup mendayu.

Awak-awak biasanya akan menyanyikan korus pada dikir. Mereka akan menyanyi dan menari dalam keadaan duduk mengikut irama yang didendangkan oleh dua teraju utama.

Pemuzik percussion pula terdiri daripada ibu rebana, anak rebana, maracas, trambouline, gong dan canang.

Ibu rebana, adalah percussion paling penting. Anak rebana pula berfungsi sebagai penyokong kepada ibu rebana dan lebih kecil dari segi saiz namun memiliki nada lebih tinggi.

Gong dan Canang pula memperkemaskan lagi tempo. Canang adalah gong tradisional Melayu bersaiz kecil yang diletakkan di atas lantai.

Maracas dan Trambouline pula biasanya digunakan untuk kesan bunyi tambahan kepada muzik itu. Trambouline biasanya dimainkan seorang teraju utama ketika anggota lain menyanyi.

Dikir Barat di Kelantan dipercayai dipelopori Pak Leh Tapang, diikuti Pak Ku Mat, Seman Wau Bulan, Husin Gelang Mas, Jusoh Kelong, Daud Bukit Abal, Arifin Ana.

Kemudian generasi baru terdiri daripada penyanyi dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Mat Gelemor dan Megat Nordin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Tarian Kuda Kepang

sumber: adisaufi

Saturday, March 03, 2018

Asal-usul Tarian Barongan

Asal-usul Tarian Barongan

Gabungan buni gendang, gong, saron, angklung, bonang, tipung dan sampret akan menghasilkan alunan yang indah, tambahan pula gabungan bunyi ini menaikkan semangat pendengarnya.

Asal-usul Tarian Barongan

Bulu roma terasa tegak apabila mendengar irama muzik itu. Ada sepuluh orang penari kuda kepang sedang beraksi.

Tiba-tiba datang masuk seorang penari dengan memakai topeng harimau. Itulah yang dinamakan 'Barongan'.

Sedang semua mata tertumpu pada Barongan, terdengar suara seorang berteriak kuat. Heppppp!!

Dia kemudian bangun dan terus masuk ke tengah laman. Mukanya kelihatan sangat garang. Matanya tepat melihat ke arah penari-penari kuda kepang. Beberapa orang cuba menenangkannya, tapi dia semakin agresif.

Apabila dia semakin tidak terkawal. Seorang lelaki bangun lalu mendekati Barongan itu. Dia memandang lelaki tersebut sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu ditiup ke muka lelaki itu. Sebentar kemudian, lelaki itu terus rebah.

Namun demikian, walaupun terdapat gangguan daripada lelaki tersebut, penonton seolah-olah tidak terganggu.

Mereka seperti sudah biasa dengan keadaan begitu. Persembahan Barongan tetap berjalan.

Jarang sekali kita mendengar tentang Barongan. Tarian ini terkenal di Johor. Apa sebenarnya tarian Barongan?

Barongan adalah kesenian orang Jawa yang berasal dari daerah Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Tarian Barongan membawa semangat harimau, berdasarkan satu hikayat dalam kepercayaan orang Jawa.

Kononnya, pada suatu zaman dahulu, terdapat seorang lelaki paling kaya di daerah Ponorogo.

Dia mempunyai 40 ekor kuda belaan, namun setiap hari banyak kudanya hilang. Daripada 40 ekor, akhirnya hanya tinggal empat ekor sahaja.

Dia merasa sangat hairan namun, lama-kelamaan akhirnya dia mendapat tahu kudanya hampir habis dimakan harimau.

Orang kaya itu merasa marah. Dia menguar-uarkan kepada semua penduduk kampung, sesiapa yang dapat membunuh harimau itu akan dihadiahkan ganjaran lumayan.

Ramai yang mencuba tapi semuanya tewas sehinggalah datang seorang pemuda bernama Bujang Ganong yang disebut-sebut sebagai seorang yang handal dan merupakan anak murid Kiyai Klono Sewan Dono.

Bujang Ganong yang menawarkan diri untuk menangkap harimau itu akhirnya berjaya membunuh harimau yang telah membaham kuda-kuda orang kaya itu.

Bujang Ganong kemudiannya meletakkan bangkai harimau itu diatas bahunya dan pulang ke kampung.

Orang kampung yang teruja melihat bangkai harimau turut sama mengikut dibelakang Bujang Ganong sehinggalah ia dipersembahkan kepada orang kaya tersebut.

Sebab itulah jika mengikut prinsip tarian Barongan, sesiapa pun tidak boleh duduk lebih ke depan daripada Barongan tanpa mengira pangkat dan kedudukannya.

Upacara Sebelum Persembahan

Asal-usul Tarian Barongan

Sebelum memulakan pertunjukan Barongan, perlu ada adat dan upacara harus dijalankan terlebih dahulu.

Biasanya mereka akan menyiapkan 'sajan' yang diibaratkan seperti 'makanan' untuk memanggil semangat harimau.

Sajan biasanya terdiri daripada pisang raja, daun sirih, tembakau, cengkih, telur, nasi, air kopi dan kemenyan. Semuanya akan diletakkan di dalam sebuah dulang.

Selepas itu, akan dimulakan dengan bacaan untuk memanggil semangat harimau yang dinamakan 'Joblongko'.

Tujuan semangat Joblongko diseru adalah supaya pertunjukan nampak lebih 'hidup' apabila Barongan dirasuk semangat harimau.

Menurut cerita, pisang raja yang digunakan untuk dijadikan sajan jika dimakan selepas pertunjukan Barongan, rasa manisnya hilang, rasanya tawar dan tidak sedap.

Semangat Joblongko

Pada kebiasaannya, penari yang diresapi semangat harimau akan menjadi seperti harimau. Gaya, gerak geri dan wataknya nampak seakan-akan seperti seekor harimau.

Semangat Joblongko sememangnya suka jika orang memuja dan memanggilnya.

Kalau dipanggil memang Joblongko akan datang, tapi bila nak suruh balik dikatakan sangat payah dan perlu dipujuk elok-elok.

Peralatan muzik Barongan juga dikatakan tidak boleh disimpan sembarangan kerana adakalanya ia akan berbunyi sendiri terutama jika ditinggalkan ditempat baharu.

Kini, Barongan hanyalah salah satu kesenian tradisi warisan zaman dan persembahannya lebih kepada hiburan semata-mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Tarian Kuda Kepang

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 29, 2018

Sejarah Tarian Hip Hop Di Malaysia

Sejarah Tarian Hip Hop Di Malaysia

Apabila menyebut hip-hop, pasti kebanyakan peminat muzik akan mengingati beberapa artis hip-hop dunia seperti Eminem, Dr Dre, Nelly, Tupac dan beberapa lagi namun, genre muzik ini sudah bermula di Amerika Syarikat (AS) seawal sekitar 1970-an lagi.

Sejarah Tarian Hip Hop Di Malaysia

Hip-hop lahir apabila golongan Afrika-Amerika yang tinggal di Bronx bercakap-cakap sambil mendendangkan rentak, tanpa diiringi instrumen muzik.

Daripada rentak tersebut, tercetus idea daripada golongan tersebut dengan menamakan rentak itu sebagai Rap.

Pada ketika itu, lahirlah artis rap otai seperti DJ Kool Herc, Grandmaster Flash and The Furious Five, Fab Five Freddy dan lain-lain lagi.

Selepas itu, rap mengalami evolusi dalam apabila bunyi-bunyian daripada alat muzik dimasukkan untuk mengiringi rap.

Evolusi ini telah melahirkan istilah hip-hop di kalangan artis rap dan dikatakan kumpulan The Sugarhill Gang yang memulakan genre tersebut apabila mencipta lagu bertajuk Rapper’s Delight.

Lagu tersebut menjadi pujaan penggemar rap, sekali gus golongan ini dapat menerima genre tersebut di samping hip-hop.

Selepas Sugarhill Gang, maka lahirlah beberapa artis yang mewarnai dunia hip-hop dengan gaya tersendiri seperti DMC, Beastie Boys dan LL Cool J.

Kemunculan Too Phat

Akibat ledakan genre tersebut, dua anak muda daripada Johor Bahru tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan genre itu di Malaysia pada lewat 1990-an.

Menamakan diri mereka sebagai Too Phat, kemunculan Malique Ibrahim (Malique) dan Johan Ishak (Joe Flizzow) sangat diterima sekali gus tiba-tiba menjadi popular.

Segala-galanya bermula apabila mereka melancarkan lagu pertama, Too Phat Baby sebelum memperkenalkan lagu Freak To The Beat.

Freak To Beat sangat diminati oleh masyarakat kerana menggunakan lagu klasik Melayu yang agak popular, Anak Ayam sebagai muzik latar.

Pertaruhann penggunaan lagu Anak Ayam membuahkan hasil bagi mereka dan Too Phat tidak menyangka lagu tersebut menerima sambutan hangat daripada masyarakat.

Selepas kejayaan penjualan album pertama, Too Phat terus melangkah mencipta beberapa buah lagu yang menjadi hit sehingga kini seperti Just A Friend, Alhamdulillah, Dua Dunia dan Ala Canggung.

Pun begitu, jodoh Malique dan Joe tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri demi mengembangkan karier masing-masing.

Perkara ini amat menyedihkan peminat mereka, lebih-lebih lagi mereka merasakan Too Phat mampu menghasilkan lebih banyak lagu hip-hop berkualiti untuk jangka masa yang lama.

Namun begitu, sumbangan Too Phat terhadap industri muzik telah memberi impak besar, dengan lebih ramai artis yang mencuba nasib mereka di dalam genre hip-hop.

Nama-nama seperti Urban XChange, Poetic Ammo, Altimet dan Waris diharap dapat mengembalikan kegemilangan hip-hop seperti ketika 90-an dahulu!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Tarian Dan Budaya Ravers

sumber: sinarharian

Thursday, January 04, 2018

Misteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang

Misteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang

Tarian Ulek Mayang merupakan tarian yang mengandungi unsur pemujaan, tarian keasyikan keagamaan pra Islam yang diiringi oleh nyanyian dan muzik di Terengganu, berasal dari sebuah pulau berdekatan tidak dikenali di mana orkestra Melayu, mengandungi gendang, gong, biola dan accordion dan sebagainya digunakan.

Misteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang

Ulit atau Ulek merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.

Biasanya persembahan Ulek Mayang ini berlangsung pada waktu malam apabila tiba musim puja pantai. Selain itu, Ulek Mayang turut ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari.

Namun begitu, pada zaman sekarang Ulek Mayang dijadikan sebagai seni persembahan Melayu yang boleh dianggap seni teater muzika kerana di dalamnya terdapat pelbagai seni persembahan seperti pantun yang dilagukan, tarian mengikut lagu dan irama, serta dilakonkan oleh watak-watak tujuh orang puteri, watak pawang atau bomoh dan pesakit.

Segala unsur-unsur mantera di dalam lirik lagu Ulek Mayang juga turut diubah setelah kedatangan Islam.

Asal-usul legenda Ulek Mayang

Legenda Ulek Mayang atau Ugam Mayang (Pahang) dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar lagi.

Kewujudan tarian Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870-an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.

Pada zaman tersebut, Ulek Mayang amat popular sebagai upacara rawatan penyakit kepada masyarakat Terengganu dewasa itu.

Disamping itu, tarian Ulek Mayang juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.

Sejarah Ulek Mayang bermula pada zaman dahulu, apabila sekumpulan nelayan keluar ke laut menangkap ikan dengan berperahu.

Tiba-tiba, mereka telah dilanda ribut yang amat dahsyat di tengah lautan sehingga jong yang dinaiki mereka telah dipukul ombak ganas.

Kesemua nelayan terhumban di dalam laut yang bergelora sambil terkapai-kapai menyelamatkan diri. Akhirnya mereka kepenatan dan beralah dengan takdir apabila gagal menyelamatkan diri dari kekuatan ombak laut yang tidak dapat dikawal lagi.

Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat.

Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.

Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa nyawa nelayan yang tidak sedarkan diri itu berada di alam lain walaupun jasadnya ada bersama mereka.

Zaman tersebut lebih juga dikenali sebagai zaman animisme dimana bomoh digunakan untuk menyembuhkan penyakit seseorang.

Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali nelayan tersebut.

Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya seorang yang tertarik. Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian.

Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu.

Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang puteri sehingga menjadi enam orang kesemuanya.

Pertarungan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut menjadi semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut.

Apabila pertarungan menjadi semakin sengit, muncul Puteri ke-7, iaitu puteri yang sulung. Puteri ini memiliki rupa yang lebih rupawan, lebih kuat dan bijaksana.

Setelah itu, bomoh telah merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semula semangat nelayan tersebut.

Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

Dalam pertempuran tersebut, puteri sulung berkata, “Aku tahu asal-usulmu. Biarkan yang laut pulang ke laut dan yang darat pulang ke darat.”

Jiwa nelayan telah dipulangkan dan nelayan kembali sedar. Bomoh dan rakan-rakan nelayan berasa terhutang budi kepada sang puteri, lalu mereka mempersembahkan nasi berwarna kepada sang puteri sebagai tanda penghargaan atau berterima kasih.

Upacara ini kekal diamalkan sehinggalah kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Walaupun asal-usul bermulanya tarian Ulek Mayang terdapat dalam pelbagai versi namun, susunan peristiwanya agak serupa iaitu tentang sekumpulan nelayan yang telah mengalami kecelakaan di laut dan salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri.

Tarian Ulek Mayang dilakukan untuk memuja semangat Puteri yang merujuk kepada tujuh semangat yang bersal dari laut.

Semangat puteri ini sudah wujud di kalangan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar umbi dari kepercayaan animisme atau khurafat masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

Tujuh Semangat Puteri dikenali sebagai Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh.

Terdapat beberapa sumber menyatakan upacara Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit dengan menggunakan semangat yang dipuja.

Namun begitu, upacara Ulek Mayang telah diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan unsur-unsur khurafat seperti mantera dan jampi.

Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Upacara Ulek Mayang

Upacara Ulek Mayang dipercayai mengandungi mantera yang digunakan untuk memujuk roh atau semangat.

Perkataan “mantera” berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu “mantra” atau “manir” yang merujuk kepada ucapan kudus dam kitab-kitab Veda, serta mengandungi unsur mistik dan jampi serapah.

Mantera menjadi amalan yang merangkumi seluruh hidup masyarakat hindu, untuk tujuan kebaikan (T.plattes dalam Harun Daud:2004).

Harun Daud pula berpendapat bahawa, “Mantera ialah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau prosa berirama yang mengandungi unsur magis dan diamalkan oleh orang tertentu, terutamanya bomoh, dengan tujuan kebaikan dan sebaliknya.” (Harun Daud, 2004:xxi).

Kewujudan mantera dalam bentuk puisi dapat dilihat pada kebanyakan mantera seperti yang terdapat dalam lagu Ulek Mayang.

Oleh itu, (Harun Daud:2004) telah menyatakan lima perkara penting dalam keberkesanan mantera iaitu pertama, kepercayaan dan keyakinan diri seseorang pengamal, kedua adalah kesucian diri, ketiga adalah perlakuan diri, keempat pula adalah suasana tempat, masa dan peristiwa dan yang kelima adalah penggunaan peralatan atau benda seperti pengeras, benda pembantu ritual, makanan, pantang larang dan kekuatan isi mantera. Kesemua ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas dalam seni persembahan Ulek mayang.

Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang yang merupakan bahan utama dalam tarian Ulek Mayang.

Mayang tersebut akan dibangkitkan dengan semangat dan dibangunkan dengan semah asal usul.

Semah bermaksud sajian berupa makanan, binatang dan sebagainya yang disediakan untuk makhluk halus.

Untuk menyembuhkan penyakit, pawang akan menggunakan mayang pinang yang masih lagi dalam seludangnya. Mayang pinang tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan ritual setelah seludangnya pecah.

Seterusnya, pawang akan menggunakan sebiji guri tembaga atau batil yang berisi air, sebatang lilin yang diperbuat dari sarang dan madu lebah, bertih padi (bertih jantan), kemenyan dan beberapa kuntum bunga yang kebiasaannya bunga cempaka, melati dan melor.

Seterusnya, lilin dinyalakan dan kemudiannya diletakkan dalam batil atau guri tembaga yang berisi air. Apabila sampai waktunya, pawang akan membakar kemenyan dalam dupa yang siap dengan bara api dan seterusnya melihat arah asap yang sekaligus memberi petunjuk bahawa arah itulah nanti penyakit akan dibuang dan dari arah yang berlawanan pula “Puteri Tujuh Beradik” dipanggil bagi menyempurnakan proses pengubatan.

Sewaktu upacara persembahan diadakan, ianya akan diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya.

Persembahan ini dilakukan beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan dan pawang yang memegang mayang pinang akan duduk di tengah-tengah bulatan tersebut.

Pada peringkat awal, tidak ada alat muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya, para pemain terdiri dari mereka yang berusia antara lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Setiap peralatan yang digunakan akan diasap dengan kemenyan satu persatu telebih dahulu bermula dengan seludang mayang dan diikuti dengan bunga dan peralatan yang lain.

Setelah itu bomoh akan menutup kepala dengan kain batik lepas dan dililit “semutar” dan separuh badannya ditutupi dengan kain putih yang menggunakan benang kapas dan duduk bersila sambil mengulek atau mengugam.

Mengugam atau mengulek membawa maksud menyanyi dan melihat waktu yang baik untuk memohon pertolongan dan caranya ialah menyanyi dan menari.

Pada waktu bomoh memulakan nyanyian, pukulan rebana mula mengiringi nyanyian pawang dengan tingkah laku tertentu yang mulanya perlahan kemudian kepada nada yang lebih sederhana dan tinggi.

Dalam upacara ini, irama rebana tidak boleh tersalah kerana ini akan mengurangkan konsentrasi bomoh serta tidak akan membawa turun ”Puteri Tujuh” ke alam maya dan semangat.

Lukah, Serkap

Dalam upacara yang dianggap permainan inilah seorang bomoh atau pawang akan memulakan persembahan dengan membaca mentera memuja sejambak mayang pinang atau lukah atau kukur kelapa atau sebuah serkap dan benda-benda itu akan bergerak perlahan-lahan dan menari-nari dengan sesiapa sahaja yang memegang mayang tersebut atau dengan objek-objek lain.

Maksudnya, jika mayang dijadikan objek utama dalam persembahan ini, maka orang yang memegangnya akan ikut bergerak mengikut gerakan mayang yang dipegangnya. Begitu juga dengan lukah atau kukur kelapa, bubu atau serkap.

Terdapat beberapa daerah di Pahang terutamanya di Hulu Tembeling dan Temerloh, lukah atau serkap diberikan pakaian seperti manusia. Jika bomoh itu tinggi ilmunya, lukah atau serkap itu seakan bergerak-gerak tanpa dipegang.

Malah, yang lebih menarik lagi jika kukur kelapa digunakan, kukur itu akan bergerak sendiri.

Menurut kepercayaan, jika kukur kelapa tersebut diletakkan dengan pasangan yang tidak sejenis, maka gerakannya akan menjadi lebih halus dan “romantis” dan jika diletakkan pasangan sejenis, maka ianya ”berperang”.

Dalam tradisi masyarakat di daerah ini, kukur biasa diberikan jantina iaitu kukur jantan dibuat ”sawat” atau alat kemaluan, manakala kukur betina di bawahnya tidak terdapat apa-apa ukiran.

Gerakan “tari” atau “perang” kukur jika menggunakan kukur atau gerakan mayang yang menari-nari dengan pawang itu merupakan kemuncak kepada persembahan ini.

Pada peringkat terakhir, bomoh akan memecahkan mayang kelapa dengan menghempaskannya ke pasir atau menghempaskan sedulang mayang tadi ke telapak tangannya.

Pada saat inilah sedulang mayang tersebut digerak-gerakkan untuk memanggil-manggil tujuh orang puteri seorang demi seorang.

Puteri Satu adalah puteri tertua dan sulung yang harus dipanggil dengan tertib dan hormat sehinggalah Puteri tujuh yang terakhir iaitu puteri bongsu dan merupakan puteri yang paling cantik dan paling sakti.

Dipanggil untuk mengulek dan melihat si pesakit jika bertujuan untuk pengubatan dan akan merahmati persembahan Ulek Mayang jika ianya untuk persembahan hiburan.

Upacara membawa turun tujuh puteri ini dibantu oleh “peduan” (Panduan) yang berfungsi sebagai “Tok Minduk”.

Tok Minduk atau Peduan bermaksud “guru tua” atau guru segala guru dalam pengamalan ilmu seni tersebut.

Kedatangan setiap puteri disambut dengan taburan tujuh biji bertih jantan dan biasanya setiap orang puteri akan memberi salam dan salam ini hanya dapat didengari oleh Pawang atau Peduan sahaja.

Antara dialognya adalah seperti berikut:
Puteri Tujuh: Assalamualaikum!
Peduan: Waalaikumussalam!
Puteri Tujuh: Apa hajat dipanggil hamba turun ni?
Peduan: Nak minta tengok si Fatimah (jika pesakit itu perempuan dan kalau pesakit itu lelaki diberikan nama Ali). Minta tolong tengok dan sembuhkan penyakit (jika untuk persembahan hiburan, minta tenangkan keadaan dan berikan semangat yang baik).
Puteri Tujuh: Ambo (hamba) tak reti (tak pandai), tapi cuba-cuba buat cuba-cuba tengok.
Ketika peduan berbual dengan Puteri ketujuh, penepuk gendang perlu menghentikan rebananya dan jika rebab digunakan sebagai menggantikan rebana, pemain rebab akan menghentikan gesekan rebabnya.

Hal ini kerana untuk mengelakkan penonton “tergerak angin” atau terasuk kerana jika hal ini berlaku, suasana pada ketika itu akan menjadi rumit, iaitu yang diubati tidak sembuh dan yang tidak sakit mendapat penyakit.

Penggunaan mantera dan pantun dalam Ulek Mayang

Mantera dan pantun digunakan serentak dalam persembahan Ulek Mayang sebagai alat berkomunikasi dengan Puteri 7 yang diseru.

Seperti yang difahami umum bahawa pantun adalah seni pengucapan Melayu yang paling indah dan popular dalam masyarakatnya.

Hampir seluruh wilayah-wilayah adat yang termasuk 19 wilayah suku besar Melayu seperti Acheh, Gayo-Alas, Batak-Nias, Minangkabau-Mentawai, Jambi-Engganao, Melayu-Melaka-Medan-Riau-Pontianak, Dayak-Raya, Bangka-Belitung, Sunda, Jawa-Tengah,Jawa-Timor-Madura, Bali-Lombok, Sulawesi-Selatan-Makasar, Teroja, Gorontolo, Flores-Timor, Minahasa-Sanghi-Talaud, Maluku-Utara (Ternate), Malaku Selatan (Ambon), Papua (Jakob Sumardjo:2002), daerah ini mempunyai tradisi pantun masing-masing.

Penggunaan pantun dalam persembahan Ulek Mayang, dapat dilihat kepada fungsi magisnya iaitu sewaktu upacara “memanggil” ketujuh-tujuh Puteri Tujuh turun menyertai acara atau upacara menurun bagi mengubati penyakit.

Puteri Tujuh merupakan lambang daripada mitos masyarakat dan ianya juga sebagai watak-watak yang sentiasa hadir dalam kebanyakan cerita-cerita lisan tempatan, watak atau peristiwa yang ada hubungan legenda dan sejarah tempatan atau pandangan dunia semesta masyarakat Melayu secara umumnya.

Pantun yang digunakan dalam persembahan Ulek Mayang tidak banyak bezanya antara rangkap pertama sehingga ketujuh.
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Berdasarkan petikan pantun di atas, dasar pembentukan sebuah pantun mestilah dua baris pertama sebagai pembayang dan dua baris berikut adalah maksud yang tidak akan kita temui.

Ini kerana keempat-empat baris merupakan kesinambungan pemerihalan tentang puteri yakni berbaju serong di baris pertama, bersanggul sendeng dibaris kedua, bersubang gading dibaris ketiga dan berselendang kuning di baris keempat dan begitulah hingga puteri ketujuh.

Pantun di atas dinyanyikan pada peringkat menghidupkan mayang. Apabila mayang telah hidup dan ”puteri tujuh” telah turun dan teresap sama ada kepada pesakit, suasana akan menjadi rancak maka pelbagai jenis pantun akan dinyanyikan namun lebih memfokuskan kepada ”puteri” yang dikaitkan dengan semangat suatu bentuk aforisme, iaitu menghaluskan ungkapan sebagai lambang atau kias kepada tujuh jenis semangat yang terdapat di dalam diri pesakit dan juga di alam ghaib termasuk, hantu, jin, penunggu, roh dan sebagainya.

Dalam persembahan Ulek Mayang, struktur persembahan yang diungkap dalam pantun amat berkaitan dengan mentaliti persekitaran hidup mereka.

Pantun-pantun yang diungkap menyebut tujuh alamat bidadari atau puteri yang diundang dalam upacara dalam tubuh dukun atau bomoh.

Dengan ini memberikan kekuatan magis dan berpadu dengan segala rahsia kekuatan hal yang dikisahkannya. Pengkisahan ini amat berhubungan dengan mentaliti masyarakat pendokongnya.

Dia amat memahami perilaku masyarakat yang dia juga hidup bersama. Dari pemahaman inilah setiap pengucapan dukun, bomoh atau pawang dapat memenuhi psikologi khalayak dan dia dianggap orang pandai dan sebagai pengantara antara alam fizikal dan alam batin juga alam ghaib.

Dengan mantera atau jampi serapah yang diawali terdahulunya, suatu bentuk pengucapan antara dia dan “puteri” memberikan nilai mistik dan sakral:
Tujuhkan beradik
Tujuh sebiring
Tujuh segenap
Mengikutlah dari bari
Amboilah kan tujuh
Semangat tujuh
Selangkat tujuh
Tunjanglah kan tujuh
Anggota tujuh
Sifatkan tujuh
Maknuyah tujuh
Ai..turunlah kan tujuh
Belahkan sifat
(Aripin Said: 1997)
Dalam tradisi mantera Melayu terdapat tujuh jenis angin (dilambangkan tujuh puteri) iaitu Angin Dewa tujuh (tambahan dari penulis, Dewa tujuh terdiri Dewa sakti,dewa Muda, Dewa Kecil, Dewa Indera, Dewa Bisnu, Dewa Syahmalik dan Dewa Kesukma Daru ataupun Dewa Semar Daru, iaitu Angin dalam persembahan Main Puteri atau tokoh-tokoh dalam cerita Mak Yong), Angin Bidan ketujuh, Angin Hala Ketujuh, Angin Mambang Ketujuh, Angin Raja Bongsu, Angin Hulubalang atau Pendekar dan Angin Bersenang Pesakit (Hashim Awang:2007).

Pelbagai jenis mantera sama ada dalam bentuk pantun atau mantera biasanya bertujuan yang pertamanya untuk memanggil semangat dan yang keduanya untuk memanggil angin.

Bagi keempat-empat kelompok mentaliti masyarakat Melayu seperti yang diungkapkan di atas, konsep semangat dan angin adalah sama sahaja.

Konsep semangat tujuh ini juga hampir sama dalam mantera masyarakat Jawa. Tujuh bidadari itu adalah Tohok (tuak), Sulasih (air), kuranta (sayur mayur), tunjung biru (laut/garam), Wilotomo(daging/buah), supraba (padi) dan gagar mayang (minuman keras) (Jakob Sumardjo:2002) yang mengambil lambang-lambang dipersekitaran kehidupan mereka.

Ini sesuai dengan konsep perlambangan yang diambil dari alam keseluruhan, yakni gunung, laut, bukit bukau dan lambang-lambang dari flora dan fauna serta anatomi tubuh badan manusia itu sendiri.

Pada kebiasaanya, mantera (juga mantera dalam bentuk pantun) digunakan bagi memulihkan semangat pesakit yang telah dirasuk atau diserang hantu laut (puteri berselendang kuning) manakala hantu gunung (belantara) disebut puteri berselendang hijau:
Bismillah al-Rahman al-Rahim
Syeikh minat raja di kapal
Penjajah pengganti
Kecil besar, tua muda
Jantan betina, riuh rendah
Buta rengek, riuh pikuk
Jangan dikosek
Balik anak cucuku
Orang di hutan kita minta jauhkan diri
Orang di laut kita minta jauhkan diri
Orang di darat kita minta jauhkan diri
Orang di laut ada di darat
Diminta balik ke laut
(Hashim Awang:2007)
Dalam mantera Ulek Mayang, semangat pesakit dipanggil balik serta dipulihkan dengan istilah yang disebut angin bersenang pesakit, dengan ungkapan lemah lembut hantu laut (juga hantu hutan, gunung, belantara) yang merasuk atau mengusai pesakit, diminta kembali ke tempat asal diminta balik ke laut.

Kerasukan hantu ini dipercayai telah masuk ke dalam timun betek timun belulang (ke dalam diri) pesakit sehingga pesakit tidak sedarkan diri, meracau, berkelakuan aneh dan kadangkala tidak sedarkan diri.

Perkara ini terjadi mungkin kerana pesakit secara tidak sengaja telah memasuki ”wilayah” tempat tinggal penunggu laut atau gunung atau tidak menghormati pantang larang, misalnya kencing dalam laut.

Pesakit boleh dipulih dengan menghantar pulang hantu atau penunggu yang menumpang dalam dirinya.

Setelah segala-galanya dapat dikembalikan pulih seperti sediakala akan ada upacara lain iaitu mengirimkan ancak atau sesaji ke laut tanda terima kasih pesakit kepada semangat atau hantu laut.

Ulek Mayang Selepas Kedatangan Islam

Setelah kedatangan Islam, persembahan Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera.

Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit (Suzan Ahmad:2009).

Setiap olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan selaras dengan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini.

Permainan Ulek Mayang dimainkan sekadar untuk hiburan, di mana ia melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Puteri Tujuh Beradik.

Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.

Doa dan 'bangkitan' dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa sebarang kemalangan.

Lagu Ulek Mayang
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning

Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Nota: Puteri 2 maksudnya 2 orang puteri turun. Puteri 4 turunnya lagi 2 menjadikan 4 dan seterusnya hingga 1 puteri akhir turun menjadikan puteri 7.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Asal-usul Tarian Mak Yong

sumber: ceriteradimensi

Wednesday, October 04, 2017

Asal-usul Tarian Kuda Kepang

Asal-usul Tarian Kuda Kepang

Tarian kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia dan dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu.

Kuda Kepang

Permainan Kuda Kepang kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.

Cara permainan

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar.

Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput dan air untuk persembahan.

Dikawal oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing.

Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan.

Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.

Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya.

Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak.

Kononnya, jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari akan menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka.

Ketika mabuk, mereka kadang-kadang akan bermimpi menunggang kuda sebenar sambil menari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka akan cuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh".

Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawal, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Bilangan penari

Tarian kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
  • 9 orang penari.
  • 5 orang pemain muzik.
  • 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih".
  • 9 - 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang.

Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang" dan penari-penari biasanya berpakaian seragam.

Peralatan

Peralatan tarian kuda kepang terdiri daripada:
  • Lima buah angklung.
  • Sebuah gendang.
  • Beberapa gong.
  • Beberapa bonang(caklempong).
  • Beberapa saron.
  • Beberapa jidur.
  • Beberapa kenong.
  • Sekurang-kurang sembilan kuda.
  • Sebatang pecut.
  • Serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyang dan menggoncangkan buluh tersebut.

Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan.

Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki.

Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu.

Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang.

Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu.

Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

Pantang Larang Kuda Kepang

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan.

Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih.

Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan.

Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larang dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.

Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi.

Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh melihat kaca kerana takut mereka akan makan kaca itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Asal-usul Tarian Mak Yong

sumber: wikipedia

Wednesday, April 26, 2017

14 Tarian Tradisional Masyarakat Majmuk Di Malaysia

14 Tarian Tradisional Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan.

Tarian Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dengan pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat ini terutama daripada tariannya.

Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.

Berikut merupakan 10 tarian tradisional suku kaum utama paling popular di Malaysia.

1. Tarian Melayu

Tarian Mak Yong

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki.

Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

Tarian Zapin

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor.

Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Tarian Joget

Tarian Joget Melayu

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju.

Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

Tarian Sarah

Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira.

Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya.

Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja.

Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.

2. Tarian India

Tarian Bharatanatyam

Tarian Bharatanatyam

Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Istilah “bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).

Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap sebagai manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu.

Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat.

Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.

Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.

Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.

Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara.

Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.

Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).

Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri.

Penari bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata digerakkan.

Tarian Kolattam

Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.

Kummi adalah salah satu bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa.

Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan lain-lain yang diketahui.

Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan mereka untuk mengangkat lagu-lagu.

Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka.

Tarian Kathakali

Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan.

Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahawa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain.

Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa setan).

Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.

3. Tarian Cina

Tarian Naga

Tarian Naga

Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.

Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi.

Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti Tang dan Song,

Tarian naga telah menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.

Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian naga.

Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang istimewa.

Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.

Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain, dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi.

Terdapat satu "naga", jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik.

Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam dan ia sangat menarik.

Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara. Semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.

Tarian Singa

Bermain singa dan tarian naga, sebagai bentuk tarian tradisional China, juga adalah aktiviti yang popular.

Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru yang datang untuk menambah keseronokan. Adat ini telah berusia seribu tahun.

Di China, bermain singa ada pelbagai bentuk serta boleh dibahagikan kepada dua bentuk: singa utara dan singa selatan.

Bentuk, corak, warna dan banyak lagi singa utara pun berbeza dengan singa selatan.

Mengapa orang ramai sangat suka bermain singa ketika Tahun Baru yang datang? Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap tahun baru, raksasa itu mahu keluar merosakkan tanaman, memudaratkan manusia dan haiwan, dan penduduk tempatan sangat takutkannya.

Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya raksasa itu berlari keluar dari kawasan penduduk tempatan.

Oleh itu, penduduk tempatan percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik.

Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang, rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.

Tarian Kipas

Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja.

Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas.

Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.

Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki.

Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka.

Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’.

‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka.

Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat.

4. Tarian Sabah

Tarian Sumazau

Tarian Sumazau

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan Dusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.

Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.

Tarian Sumayau

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau.

Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau.

Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu.

Ia harus juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.

Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu.

Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari.

Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan.

Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

5. Tarian Sarawak

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”.

Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.

Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’.

Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung.

Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang.

Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang dihiaskan dengan buru-buru burung juda dipakai.

Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu.

Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang di tangan kanan dan perisai kayu yang berukir di tangan kiri.

Mereka akan nenari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan kanan.

Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong.

Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.

Tarian Kenyalang

Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di Sarawak.

Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.

Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.

Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan atau pun berkumpulan.

Kipas tangan anggun yang deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan digunakan oleh para penari apabila mempersembahkan tarian ini.

Bulu burung kenyalang ini melambangkan sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari sebagai perhiasan.

Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tarshu14

Tuesday, April 25, 2017

10 Jenis Tarian Tradisi Suku Kaum Negeri Sabah

10 Jenis Tarian Tradisi Suku Kaum Negeri Sabah

Setiap suku kaum memiliki beberapa jenis tarian kebudayaan yang diwarisi turun temurun. Banyak tarian yang masih popular sementara yang lain telah dilupakan begitu sahaja kerana peredaran zaman serta trend hidup rakyat Sabah yang kian berubah.

Terdapat lebih kurang 80 jenis tarian terdapat di negeri Sabah dan kesemuanya merupakan identiti bagi setiap suku kaum.

Berikut merupakan 10 jenis tarian tradisi paling terkenal beberapa suku kaum di negeri Sabah.

1. Tarian Sumazau

Sumazau

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan Dusun.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut.

Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.

Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.

2. Tarian Adai-adai

Tarian Adai-adai

Adai-adai ialah tarian suku kaum Brunei di Sabah. Tarian ini tercipta ketika para nelayan yang sedang berdayung pulang dari menangkap ikan pada waktu malam agar rasa mengantuk para nelayan akan hilang.

Selain itu, tarian ini menggambarkan pada kehidupan kaum nelayan yang mana merupakan kehidupan tradisi masyarakat Brunei.

Dalam tarian ini, ia mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu hasil tangkapan yang akan diperolehi.

Tarian Adai-Adai ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang berbentuk pantun dan dinyayikan beramai-ramai.

Kewujudan tarian-tarian ini dicipta melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu itu dinanyikan seperti Lagu 'Adai-Adai'.

Lagu ini lazimnya dinanyikan oleh kaum nelayan ketika hendak pergi atau pulang dari menangkap ikan.

Daripada kisah tersebut diciptalah tarian yang menggambarkan keriangan, kepenatan dan pekerjaan yang dilakukan iaitu menangkap ikan.

3. Tarian Daling-daling

Tarian Daling-daling

Mengikut sejarahnya, tarian Daling Daling sebenarnya berasal dari Sepanyol. Ia dipercayai diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina.

Akibat pengaruh yang dibawakan tentera Sepanyol, kini tarian Daling Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau.

Alat muzik yang digunakan ialah 'gabbang' dan dua bilah kayu yang disebut 'bolak-bolak'.

Daling-daling ditarikan secara berpasangan, masing-masing tiga penari lelaki dan wanita. Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis Hari Raya.

Penari wanita memakai 'destar' yang disebut 'pies'.

Manakala, jari mereka pula dihias dengan kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu dinamakan 'janggal'.

Selain terkenal di kalangan suku kaum Sulu, tarian Daling Daling juga adalah tarian tradisional yang cukup terkenal bagi suku kaum Bajau.

Tarian Daling Daling biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan 'gabbang' dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakan kaki penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.

Ada sesetengah yang berpendapat bahawa tarian ini adalah tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Sulu dari kepulauan Mindanao selepas mendapat pengaruh tentera Sepanyol.

Pertumbuhan dan percampuran antara masyarakat Bajau dan Sulu mengakibatkan begitu kuatnya pengaruh tarian ini.

Sementara itu, dipercayai juga perkataan Daling Daling adalah berasal daripada perkataan Inggeris 'darling' yang bererti kekasih.

Tarian ini adalah tarian hiburan yang unik di majlis khusus dan istimewa di mana penari lelaki dan perempuan akan berbalas pantun sambil menari.

Dan etnik ini turut terkenal dengan tarian daling-daling bermaksud sayang yang turut dikenali sebagai satu tarian usik mengusik di antara teruna dan gadis.

Pakaian tradisi etnik ini agak unik dan mempunyai reka bentuk tersendiri. Terdapat pelbagai jenis pakaian tradisi etnik ini antaranya seperti bajju samda, bajju sablai, bajju siggpit, bajju kammisun dan sebagainya.

Sementara seluar kuput, hanya dipakai oleh keturunan Sultan atau Panglima sahaja. Ukurannya agak sempit di bahagian betis dan berwarna putih atau kuning keemasan.

Kain merah pula digunakan sebagai tali pinggang yang dinamakan kandit. Warna hijau juga kadangkala menjadi pilihan.

Mereka juga memakai tanjak yang dikenali sebagai pis. Tingkat tanjak ini biasanya mengikut keturunan dan kedudukan seseorang itu.

Bagi kaum wanita pula mereka menggunakan pakaian berbeza sama ada untuk bersiar-siar atau menghadiri sesuatu pesta atau majlis keramaian. Untuk bersiar-siar atau di rumah, mereka mengenakan baju yang terdiri daripada kamissun, samda dan sablai.

Semasa menghadiri pesta atau majlis rasmi wanita etnik ini memakai baju sigpit atau baju ala kebaya asli dengan kain batik lepas.

Di bahagian kepala mereka biasanya mengenakan atau meletakkan mahakutta. Mereka juga mengenakan sanggul yang dihiasi dengan sisir bersalut emas yang dinamakan sudlai bulawan.

Wanita Suluk keturunan bangsawan pula selalunya mempunyai mahakutta yang bertatahkan berlian atau mutiara asli.

Bagi seorang gadis atau penari mangiluk atau daling-daling atau seorang pengantin selalu memakai kuku palsu yang panjang berwarna keemasan yang dinamakan janggai.

4. Tarian Limbai

Tarian Limbai

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.

Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.

Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah.

Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

5. Tarian Lansaran

Tarian Lansaran

Suku kaum Murut merupakan suku kaum bumiputera yang kecil bilangannya di Sabah. Kaum ini tinggal di kawasan pedalaman iaitu di Keningau, Nabawan, Sepulot dan Tenom.

Perkataan lansaran berasal daripada perkataan lumasar yang bermaksud melambung atau berayun-ayun.

Hal ini sesuai dengan situasi tarian itu yang ditarikan di satu tempat khas dengan berayun-ayun dan melambung-lambungkan diri.

Pada masa dahulu tarian ini berkait rapat dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak, khususnya pemujaan semangat kepala manusia yang diperoleh semasa ngayau.

Kini tarian ini ditarikan sebagai bersuaka ria sempena keramaian seperti perkahwinan dan perpindahan ke rumah panjang yang baharu.

6. Tarian Mogunatip

Mogunatip

Tarian Mogunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah.

Perkataan Mogunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.

Keunikan tarian Mogunatip ini bukan saja bagaimana cara ia di tarikan namun kekuatan dan ketangkasaan perlu ada di samping pakaian tarian ini mengambarkan pahlawan murut satu ketika dulu.

Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.

Tarian Mogunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

7. Tarian Sumayau

Tarian Sumayau

Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara 'Rumaha' (Upacara memuja tengkorak kepala), 'Mangahau' (Upacara pemujaan Tajau).

Penari perempuan mengerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan, sementera penari lelaki berdiri dan menggoncangkan 'Giring'atau lonceng kecil yang dilekatkan pada pakaian mereka.

Sumayau dipersembahkan lebih daripada lapan orang pasangan yang berpakaian serba hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher.

Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan sementara penari lelaki memekai 'Sigar'.

8. Tarian Sazau Papar

Tarian Sazau Papar

Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di Daerah Papar.

Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya.

Kelalaian si pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.

9. Tarian Mongigol

Tarian Mongigol

Mongigol merupakan tarian suku kaum Kadazan Dusun. Tarian Mongigol dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan upacara semangat.

Tarian ini ditarikan oleh tiga hingga lapan orang penari perempuan dan di ketuai oleh penari lelaki.

10. Tarian Sumundai-Mongigol

Tarian Sumundai-Mongigol

Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong.

Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus.

Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.

Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siahmastura