Saturday, August 04, 2018

Apa Sebenarnya Batu Jed?


Sebagai antara batu perhiasan yang amat berharga, Jed sebenarnya terdiri dari dua jenis batu yang terdiri daripada galian silikat yang berlainan.

Apa Sebenarnya Batu Jed?

Jed Nephrite terdiri daripada galian actinolite, amphibole yang kaya dengan kalsium dan magnesium (agregat yang juga membentuk satu bentuk asbestos), manakala batu yang dikenali sebagai jadeitite pula terdiri hampir sepenuhnya dari jadeite, pyroxene yang kaya dengan natrium dan aluminium.

Perkataan 'jed' diambil dari bahasa Inggeris 'jade' yang diambil dari istilah Sepanyol piedra de ijada (pertama kali direkod pada 1565) atau 'batu pinggang ('loin stone'), kerana reputasi keberkesanan bagi merawat penyakit pinggang dan buah pinggang.

Jed 'Nephrite' terhasil dari lapisan nephriticus, versi Latin istilah Sepanyol piedra de ijada.

Disebabkan kedua-duanya digunakan oleh budaya Zaman Batu dan Gangsa untuk tujuan yang serupa, dan keduanya hampir sama keras dengan kuartz, tahan, cantik dan boleh dibentuk halus, keduanya tidak dapat dibezakan sehinggalah abad ke-19 oleh seorang ahli meneralogi Perancis.

Apa Sebenarnya Batu Jed?
Batu Jed.

Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. dan lebih penting lagi, batu Jed adalah simbol kemuliaan, maruah dan ketinggian taraf.

Tukang-tukang yang membuat perhiasan jed adalah antara orang yang terkaya di China.

Corak yang biasanya menjadi pilihan ialah corak pic, itik mandarin, rusa, kelawar, serta ikan dan setiap corak ada maksud tersendiri. Sebab itulah harga jed sangat mahal.

Kuasa Luar Biasa Jed

Apa Sebenarnya Batu Jed?

Keindahan penggunaan jed sudah sekian lama dikenali dalam kalangan masyarakat Cina, bukan saja kerana nilai batu itu tinggi, tapi turut diyakini mempunyai 'kuasa' dalam penjagaan diri pemiliknya.

Bahkan, kedudukan pemakaiannya yang terkenal dalam kalangan generasi terdahulu turut dijadikan sebagai koleksi warisan untuk dihadiahkan kepada generasi muda dalam keluarga.

Jed bukan saja dipakai untuk memberi segala kebaikan diyakini masyarakat Cina tetapi sebagai pelengkap gaya dan simbolik kepada kemewahan individu namun, pemakaian jed sebagai perhiasan kelihatan janggal kepada anak muda hari ini.

Jed sering dilihat sebagai hiasan untuk individu berusia kerana budaya masyarakat suka menjadikannya sebagai 'harta' diwariskan kepada generasi berikutnya.
Sayangnya, generasi moden enggan melihatnya sebagai batu yang mempunyai nilai sentimen dan kecantikan semula jadi yang cukup luar biasa.

Butang baju jed
Butang baju jed.

Daripada rekaan loket pelbagai bentuk dan gaya, jed juga dijadikan sebagai subang, gelang tangan dan cincin yang cukup istimewa dipadankan untuk individu yang tercari-carikan kelainan.

Menariknya, rekaan hiasan jed juga mempunyai elemen kekuatan dan keindahan tersendiri biarpun ia didatangkan dalam koleksi yang ringkas tanpa perincian tambahan.

Jed juga menawarkan koleksi warna lebih segar bersesuaian cita rasa generasi muda sentiasa inginkan pembaharuan.

Biarpun jed hijau lebih mendapat sambutan, tetapi pasaran hari ini turut terbuka kepada pilihan warna menarik dan antara warna boleh dimiliki ialah putih, hitam, ungu, coklat dan kuning yang dapat menyerlahkan lagi penampilan pemiliknya.

Info Jed:
  • Jed dari Myanmar adalah kelompok batu jed berkualiti tinggi di dunia, diikuti Kanada.
  • Bagi masyarakat Cina, memiliki dan memakai jed membantu dari sudut kesihatan, mengelak malapetaka dan membawa tuah.
  • Semakin jernih jed, semakin tinggi nilai harganya.
  • Jed juga dipanggil agate verdatre, feitsui, jadeit, natronjadeit, yunnan jade, yu-stone, sinkiang jade.
  • Ketika zaman batu, jed dijadikan kapak, pisau dan senjata.

Panduan Penjagaan Batu Hiasan:
  • Simpan batu jed di dalam kotak khas yang dilapisi kain baldu atau satin lembut.
  • Lap batu jed menggunakan kain lembut atau lembap sebelum dan selepas dipakai.
  • Bagi pembersihan dengan pencuci khas atau sabun, rendamkan jed buat seketika, bilas dengan air yang mengalir dan keringkan menggunakan kain lembut.
  • Batu jed juga boleh dibersihkan dengan air panas yang dicampur secubit serbuk soda bikarbonat. Biarkan untuk setengah minit sehingga minyak dan kekotoran tanggal, kemudian lap dengan kain lembut.
  • Dapatkan cucian daripada pihak profesional setahun sekali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon