Tuesday, October 24, 2017

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang

Setelah mengumumkan penantian selama 11 tahunnya berakhir dengan kehamilan sulung beliau baru-baru ini, Siti Nurhaliza sekali lagi dikurniakan ‘hadiah’ yang tidak ternilai.

Siti Nurhaliza!

Siti Nurhaliza telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, Isnin, 23 Oktober.

Siti Nurhaliza antara 101 orang penerima anugerah darjah kebesaran Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran Pahang tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahamad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pelantun lagu Segala Perasaan ini turut berkongsi berita tersebut bersama pengikut-pengikutnya apabila memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya.

Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama, Bangsa, Negeri & Negara Patik. Menjunjung Kasih Tuanku. Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. #daulattuanku #alhamdulillah

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak turut memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang menggambarkan darjah kebesaran yang diterimanya itu sebagai rezeki yang tidak dijangka.

Siti Nurhaliza!

Dalam pada itu, tiga lagi selebriti turut menerima anugerah kebesaran diraja tersebut. Mereka ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Datuk Eizlan Yusof turut menerima SSAP manakala Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Jovian Mandagie yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Sudah pasti laman sosial keempat-empat public figure ini dipenuhi dengan komen dan ucapan tahniah netizen yang rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang diterima mereka.

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza!

BACA INI JUGA: Maksud Sebenar Gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri Dan Sebagainya

sumber: mynewshub

Tuesday, August 01, 2017

Siti Nurhaliza Hamil?

Siti Nurhaliza Hamil?

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal yang menjalankan ujian terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Hamil

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

MStar Online difahamkan, satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya oleh sebuah hospital.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Hamil

Dalam pada itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran pada kandungannya yang ketika itu baru berusia dua bulan.

BACA INI JUGA: Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

sumber: mstar

Friday, February 13, 2015

Video Siti Nurhaliza Tribute Buat Allahyarham Nik Aziz

Video Siti Nurhaliza Tribute Buat Allahyarham Nik Aziz

Kehilangan mantan Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Siti-Nurhaliza Tribute Nik Aziz [2]

Hal ini jelas menunjukkan keperibadian Allahyarham sebagai seorang ulamak yang begitu disegani kawan dan pihak lawan.

Lihat sahaja status di laman-laman sosial hari ini yang dibanjiri dengan ucapan takziah baik daripada kalangan masyarakat mahupun selebriti negara.

Sementara itu, sebuah video lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang dijadikan tribute buat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini menjadi viral.

Video lagu Lelaki ini mencetuskan perasaan hiba dan sayu masyarakat bagi mengenang pemergian tokoh terkenal itu.

Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan takziah di laman Instagramnya.

Siti-Nurhaliza Tribute Nik Aziz

Bait-bait lagu itu seolah-olah mampu menggambarkan kehidupan dan perjuangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selama hayatnya.

Video yang turut diselitkan dengan kunjungan hormat Siti Nurhaliza bersama suaminya beberapa tahun lalu jelas menunjukkan penyanyi itu begitu mengagumi ulamak terkenal itu.

BACA INI JUGA: Video Sedih Kisah Cinta Sejati


Sumber: Mynewshub.cc