Thursday, March 17, 2016

Pelajar Tahun 6 Changkat Jering Juara Muay Thai Dunia!

Pelajar Tahun 6 Changkat Jering Juara Muay Thai Dunia!

Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak, melakar sejarah apabila mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia di Bangkok, Thailand.

Iskandar Zulqarnain Juara Muay Thai Dunia 2016 [2]

Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin muncul juara kategori itu selepas menundukkan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn dalam perlawanan akhir pada Selasa.

Ayah Iskandar Zulqarnain, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab berkata beliau dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya itu oleh Presiden Muay Thai Malaysia Nooramain Kaw Abdullah.

"Lebih membanggakan apabila diberitahu lawan anak saya memiliki fizikal lebih tinggi selain lebih berpengalaman memandangkan Muay Thai memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Thailand," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Mohamad Ezry A'Zamin yang juga jurulatih sukan Muay Thai berkata kejayaan anaknya itu hasil kesungguhan semasa berlatih dan ia pastinya akan menyuntik semangat Iskandar Zulqarnain untuk terus berjaya.

Katanya Iskandar Zulqarnain yang dijadual pulang ke Perak Sabtu ini akan menyertai kejohanan Muay Thai di Eropah Mei depan. -Bernama

BACA INI JUGA: Video Peragut Tersilap Rompak Wanita Juara Muay Thai

Sumber: mStar

Tuesday, March 10, 2015

Video Juara Muay Thai Berlagak Tapi Tumbang Selepas 30 Saat!

Video Juara Muay Thai Berlagak Tapi Tumbang Selepas 30 Saat!

Satu video viral apabila seorang peninju Muay Thai yang berlagak ganas tetapi dijatuhkan dalam sebuah pertandingan hanya dalam tempoh kurang 30 saat!

Berlagak

Sebelum perlawanan, Ben Nguyen yang berjaya merampas ‘takhta’ itu dilihat sangat bersahaja bertemu dengan lawannya yang berlagak kuat itu.

Pihak lawannya itu seakan-akan tidak sabar mahu bertarung dengannya, muka memang bengis habis sehingga tidak mahu senyum sedikit pun.

Lagak kuatnya itu turut membuatkan Ben Nguyen tersenyum sendiri semasa bertemu dengannya.

Nampak seperti boleh memberikan saingan sengit dalam perlawanan berkenaan, namun itu semua hanya lagak biasa selepas lawannya itu tumbang kurang daripada 30 saat.

Memang kelakar bila tengok reaksi dia pada awalnya, itulah berlagak lagi!

Agaknya Ben Nguyen sebelum itu menahan perasaan geramnya yang memuncak dan melepaskannya habis-habisan dalam perlawanan tersebut.

Jom tengok reaksi pihak lawan Ben yang berlagak itu, video ini sudah pun viral di laman-laman sosial.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Peninju Terbaik UFC Patah Kaki Ketika Bertarung!



Sumber: Mynewshub.cc