Thursday, March 17, 2016

Pelajar Tahun 6 Changkat Jering Juara Muay Thai Dunia!


Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak, melakar sejarah apabila mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia di Bangkok, Thailand.

Iskandar Zulqarnain Juara Muay Thai Dunia 2016 [2]

Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin muncul juara kategori itu selepas menundukkan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn dalam perlawanan akhir pada Selasa.

Ayah Iskandar Zulqarnain, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab berkata beliau dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya itu oleh Presiden Muay Thai Malaysia Nooramain Kaw Abdullah.

"Lebih membanggakan apabila diberitahu lawan anak saya memiliki fizikal lebih tinggi selain lebih berpengalaman memandangkan Muay Thai memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Thailand," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Mohamad Ezry A'Zamin yang juga jurulatih sukan Muay Thai berkata kejayaan anaknya itu hasil kesungguhan semasa berlatih dan ia pastinya akan menyuntik semangat Iskandar Zulqarnain untuk terus berjaya.

Katanya Iskandar Zulqarnain yang dijadual pulang ke Perak Sabtu ini akan menyertai kejohanan Muay Thai di Eropah Mei depan. -Bernama

BACA INI JUGA: Video Peragut Tersilap Rompak Wanita Juara Muay Thai

Sumber: mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon