Tuesday, January 29, 2019

Khasiat Limau Kasturi Tinggi AntiOksidan

Khasiat Limau Kasturi Tinggi AntiOksidan

Tidak siapa menyangka dengan saiz yang kecil, buah limau kasturi sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan lebih banyak berbanding sebiji epal hijau. Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan sebagainya.

Khasiat Limau Kasturi

Khasiatnya tidak terhenti di situ sahaja, limau kasturi juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan misalnya dijadikan sebagai bahan untuk mengatasi masalah badan berbau, mengurangkan masalah kelemumur dan menguruskan badan.

Bahan aktif di dalam limau kasturi amat jarang ditemui dalam limau-limau lain dan tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.

Floretin biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos.

Namun, kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi dengan kandungan Floretin-G paling tinggi.

Bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.

Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih.

Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G dalam produk ini masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini yang telah dijalankan.

Kajian preklinikal ke atas produk limau kasturi juga menunjukkan ia boleh menstabilkan sel darah merah, menurunkan trigliserida dan kreatinin.

Hasilnya, ramai yang menyukai minuman limau kasturi kerana rasanya kurang pahit selain penuh dengan khasiat semulajadi.

AntiOksidan

Antara bahan penting dalam produk makanan dan minuman kesihatan adalah bahan antioksidan yang boleh merencatkan (tetapi tidak menghalang sepenuhnya) pengoksidaan lemak, protein, karbohidrat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses pengoksidaan tersebut disebabkan oleh kehadiran bahan radikal bebas.

Apabila kandungan radikal bebas tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan fenomena ini sering dikaitkan dengan penyebab penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Sebenarnya, keberkesanan sesuatu produk antioksidan tidak diukur dari tinggi nilai antioksidan yang tertulis pada label semata-mata, tetapi bergantung kepada keupayaan tubuh manusia memetabolisma atau memecahkan bahan antioksidan kepada bahan ringkas yang dikenali sebagai asid fenolik dan seterusnya diserap dalam badan.

Kebanyakan makanan dan minuman yang tinggi bahan antioksidan mengambil masa yang agak lama untuk dimetabolismekan kepada asid fenolik dalam usus besar iaitu lebih kurang lima hingga 24 jam.

Keupayaan tubuh memetabolismekan bahan antioksidan yang berstruktur besar juga akan berkurang dengan kehadiran bahan matrik makanan seperti lemak dan protein.

Sebagai contoh, jika seseorang mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan antioksidan, diikuti pengambilan bahan berlemak atau tinggi protein, maka bahan antioksidan tidak dapat dimetabolismekan atau dipecahkan kepada asid fenolik.

Ini kerana bahan antioksidan akan diikat dengan lemak atau protein dalam perut dan tidak dapat dimetabolismekan dalam usus besar oleh bakteria yang dikenali sebagai mikroflora.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, January 03, 2019

Rahsia Khasiat Cuka Kurma Untuk Kesihatan

Rahsia Khasiat Cuka Kurma Untuk Kesihatan

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL, juga dipanggil vinegar.

Khasiat Cuka Kurma

Cuka kurma yang diperbuat daripada kurma, juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Antara bahan kandungan cuka kurma adalah:
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Vitamin B1
  • Vitamin B6
  • Beta-karotena
  • Bioflavonoid
  • Potassium
  • Serat

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan di dalam badan (yang membawa pelbagai penyakit berbahaya).

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa, “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.” Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
  • Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul dan kanser.
  • Membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.
  • Mengatasi masalah proses pencernaan makanan dalam perut.
  • Melancarkan pergerakan usus.
  • Merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk yang berpanjangan.
  • Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
  • Menurunkan tahap kolesterol.
  • Mengimbang tahap asid-alkali dalam badan dan mengeluarkan lebihan garam.
  • Membakar kalori dengan cepat.
  • Membuang toksin.
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga.
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna dan menguatkan tulang.
  • Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut.
  • Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu karang).
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai.
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu.
  • Melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).
  • Memperbaiki fungsi limpa.
  • Menghilang masalah dahaga dan mengurangkan panas badan.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA KHASIAT SECARA KHUSUS CUKA KURMA:

1. Mengatasi Gastrik Dan Penyakit Perut

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

"Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun)." Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Sebenarnya ia bukanlah cuka biasa yang dibuat masakan makanan tetapi KHAL adalah bersifat asidik pada rasa tetapi tidak membahayakan tubuh badan.

KHAL adalah minuman kesihatan beralkali yang dapat mengimbangi kandungan asid dalam badan manusia serta mengendalikan keseimbangan pH, mengurangkan kadar toksik dalam badan dengan menukarkannya kepada kompaun asetat yang kurang bertoksik.

KHAL bukan menyebabkan gastrik atau penyakit usus kerana KHAL adalah ejen pembersih organ badan kerana proses fermentasi KHAL daripada jus buah kurma menjadi alkohol kemudian menjadi asid asetat seterusnya menjadi KHAL yang sememangnya rasanya masam seperti cuka.

2. Melancarkan Susu Ibu

Cuka kurma juga dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

3. Menurunkan Berat Badan

Dengan mengamalkan pemakanan cuka kurma, ia boleh mengurangkan rasa lapar dan anda akan berasa kenyang. Hal ini tidak mustahil kerana cuka kurma mengandungi potassium yang tinggi.

4. Mengatasi Lemah Jantung

Pengamalan cuka kurma sangat sesuai kepada orang yang lemah jantung kerana serat yang terkandung di dalam cuka kurma boleh mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan.

Sebaik-baiknya, ambil cuka kurma sebanyak 25-30 gram setiap hari dan pada masa yang sama, dapatkan serat dari sayur-sayuran dan buah-buahan juga.

Selain daripada itu, pengambilan suplemen amat digalakkan.

Cuka kurma boleh mengurangkan kolestrol LDL (buruk) dan pada masa yang sama meningkatkan kolestrol HDL (baik).

5. Mencegah Kanser

Sepertimana memakan buah kurma atau biji aprikot, pengambilan cuka kurma yang berkala boleh mengurangkan risiko kanser perut.

Hal ini kerana cuka kurma mengandungi banyak kandungan vitamin C, B6 dan potassium.

Vitamin C merupakan bahan antioksida yang memainkan peranan penting dalam menangani radikal bebas (salah satu penyebab kanser) di dalam badan.

6. Menguatkan Sistem Imun Badan

Pengambilan cuka kurma boleh mengeluarkan bahan-bahan toksin dari badan, secara tidak langsung boleh menguatkan sistem imun badan dan pada masa yang sama, ia juga boleh mencegah anda daripada sakit perut dan sembelit.

Cuka kurma mengandungi Vitamin A, yang mana salah satu vitamin yang memainkan peranan yang penting dalam sistem imun badan.

Pada masa yang sama, Vitamin B6 yang terkandung di dalam cuka kurma turut memainkan peranan di dalam tindak balas imun badan. Jika badan tidak mempunyai vitamin B6 yang mencukupi, ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan.

Selain itu, vitamin C dan vitamin A juga boleh membantu sistem pertahanan badan anda, walaupun bukanlah secara langsung.

7. Sesuai Untuk Pesakit Anemia

Memandangkan cuka kurma mengandungi zat besi yang mencukupi, ia boleh membantu pesakit anemia.

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang paling penting, ia memainkan peranan untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel badan kita. Sekiranya tidak berfungsi dengan baik, maka sel badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Tetapi jangan abaikan ubat dan nasihat daripada doktor, anggaplah cuka kurma ini sebagai makanan tambahan sahaja, bukannya penyembuh yang sempurna.

8. Mengurangkan Gangguan Haid

Kerapkan pengambilan cuka kurma atau buah kurma itu sendiri boleh membantu anda (perempuan) mengurangkan gangguan haid.

Hal ini kerana cuka kurma mengandungi Vitamin B dan E, iaitu vitamin yang memainkan peranan penting di dalam proses kitaran haid yang baik dan sihat.

Vitamin B dan Vitamin E boleh mengurangkan rasa sakit semasa haid, manakala magnesium boleh mengurangkan ketegangan otot pada rahim.

9. Melegakan Batuk

Cuka kurma dipercayai boleh melegakan sakit batuk dan meghilangkan kahak jika diambil secara berterusan.

Hal ini logik kerana cuka kurma mengandungi vitamin C, iaitu salah satu nutrisi yang penting di dalam sistem imun badan untuk melawan sebarang jangkitan dan penyakit.

10. Memudahkan Bersalin

Jika anda kerap minum cuka kurma, ia boleh memudahkan proses bersalin.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Obstetrics and Gynaecology mendapati bahawa pengambilan 6 biji kurma setiap hari untuk 4 minggu sebelum bersalin, boleh memudahkan proses melahirkan anak dan mengurangkan rasa sakit.

Hal ini kerana cuka kurma mengandungi hormon yang boleh menguatkan uterus, membantu penghasilan susu badan dan mengurangkan risiko keguguran.

11. Mengatasi Masalah Lemah Badan

Cuka kurma mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, ia boleh membekalkan tenaga kepada badan anda.

Pada masa yang sama, vitamin B yang terdapat di dalam cuka ini boleh membantu badan menukarkan makanan kepada bentuk tenaga untuk kegunaan harian.

CARA PENGAMBILAN CUKA KURMA

Cuka kurma mempunyai rasa seperti buah kurma. Ia biasanya berwarna coklat gelap dan untuk menikmati cuka kurma, berikut adalah serba sedikit cadangan hidangan:

1. Minum: Ambil 1-2 sudu teh cuka kurma, sebaiknya dicampurkan dengan segelas air masak. Minumnya pada sebelah pagi dan malam. Anda boleh menambah madu untuk meningkatkan rasa manis.

2. Salad dressing: Anda sukakan salad, apa kata cuba masukkan cuka kurma pula ke dalam salad anda.

3. Masakan: Anda memasak dan perlukan cuka? Apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada cuka kurma.

4. Jeruk: Seperti penggunaan cuka biasa dalam proses penjerukan, kali ini gantikannya dengan cuka kurma.

APA BEZA CUKA KURMA dengan BUAH KURMA?

Walaupun berasal daripada bahan yang sama tapi kedua-duanya melalui proses yang berbeza.

Macam CUKA KURMA ini, ianya akan melalui proses fermentasi sehingga 8 bulan. Bukan itu saja, udara, air, dan juga suhu sekeliling semasa proses penapaian itu turut dijaga dan dikawal. Ini bagi memastikan kualiti dan khasiat cuka kurma yang dihasilkan terjaga.

Buah kurma pula hanya diambil daripada pokok kurma sahaja.

Kenapa perlu fermentasi sampai 8 bulan?

Sebab, proses fermentasi akan menggandakan khasiat dalam kurma sehingga lebih dari 4 kali ganda.

Buah kurma itu sendiri sudah banyak khasiatnya, bayangkan pula kurma yang sudah melalui proses fermentasi sehingga 8 bulan. Pasti berkali ganda khasiatnya.

Fermentasi bertindak dengan cara memecahkan molekul-molekul kurma, secara nanoteknologi dan dengan itu, khasiatnya lebih mudah diserap.

Bila dibuat sebagai cuka, manis gula dari kurma hilang, jadi ianya sesuai diminum oleh penghidap diabetes.

Manis kurma itu hilang kerana bakteria baik yang ada di dalam cuka kurma telah 'memakan' gula tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mrtengkuasmadi

Monday, December 31, 2018

4 Pantang Larang Apabila Makan Suplemen Untuk Kesan Maksimum

4 Pantang Larang Apabila Makan Suplemen Untuk Kesan Maksimum

Anda baru sahaja melaburkan wang untuk vitamin untuk kesihatan yang lebih baik namun, masih tidak merasa manfaatnya setelah mengambil suplemen dan vitamin setelah beberapa lama.

Panduan Makan Suplemen

Mari kita ‘check-it-out‘ sama-sama senarai semak dan pantang larang tentang pemakanan suplemen ini kerana mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau anggap remeh.

Beberapa Faktor Kenapa Vitamin Tidak Berkesan

Saya memang yakin ramai yang tahu tentang keberkatan amalan yang istiqamah. Dalam hal supplemen atau vitamin pun konsepnya sama.

Kita perlu beristiqamah atau konsisten bagi mendapatkan kesan optimum hasil dari pengambilan supplemen. Berapa lama kita perlu istiqomah itu?

Menurut pakar nutrisi, kita disarankan untuk makan suplemen ini secara konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian dan kesan yang optimum.

Tambah pula, sel-sel tubuh kita kita hidup antara 90 ke120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau suplemen.

Setelah diselidik, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi iaitu:

1. Memandang Remeh Pengambilan Air Kosong Seperti Yang Disarankan

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka minuman yang bergula dan berperisa.

Air yang manis bukan sahaja meningkatkan kepekatan darah malah punca utama masalah kegemukan atau obesiti.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik iaitu sekurang 3 liter sehari (lebih kurang 8 gelas).

Sebenarnya pengambilan air masak yang mencukupi ini bukan sahaja untuk pengambilan vitamin, tetapi memang disyorkan oleh pakar perubatan untuk kesihatan berkekalan.

Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan sel tubuh keliru sama ada kita berasa lapar atau haus.

2. Elakkan Makan Vitamin Secara Banyak Sekali gus Dalam Satu Masa

Apabila kita makan semua sekali vitamin secara sekali gus, ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu sahaja.

Biasanya, ramai yang suka amalkan perkara ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

Justeru, cubalah untuk agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa sahaja.

Ini untuk membantu buah pinggang tidak terlalu dibebankan untuk bekerja pada satu-satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan Pengambilan Vitamin Bersama Ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam.

Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas anggaran masa 1 jam ke 2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan Pengambilan Kafein Dalam Diet Harian

Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sudah sedia ada dalam badan?

Maka pengambilan minuman yang berkafein tinggi seperti kopi secara berterusan, boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.

Kita mungkin tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan vitamin terjejas disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

Namun, bukan bermakna tidak boleh minum kopi. Boleh. Cuma hadkan kepada 1 cawan sehari atau jangan minum kopi sekurang-kurangnya 3 jam sebelum makan vitamin atau suplemen.

BAHAYA MAKAN UBAT BANYAK-BANYAK SERENTAK

Apabila menghidap sesuatu penyakit, kadangkala kita mungkin diberikan dengan lebih dari satu jenis ubat. Selain itu, mungkin ada antara kita yang ada mengambil vitamin atau suplemen tambahan setiap hari.

Timbul persoalan samada ubat-ubatan tersebut boleh diambil secara serentak atau tidak. Sebagai contoh, seorang pesakit darah tinggi tercedera dan luka dengan teruk. Doktor kemudiannya mempreskripsi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Kini, selain dari ubat darah tinggi, pesakit itu perlu mengambil ubat tahan sakit dan antibiotik. Jadi bagaimana caranya untuk mengetahui cara yang betul untuk mengambil ubat-ubat tersebut?

Ubat-ubatan boleh memberi interaksi antara satu dengan lain apabila dua atau lebih ubat diambil pada satu-satu masa. Ia boleh menyebabkan kesan ubat bertambah, kesan sampingan menjadi teruk atau kesan sesuatu ubat berkurangan. Ia juga dipanggil sebagai interaksi ubat-ubat ( drug-drug interaction).

Interaksi ubat-ubat

Kebanyakan ubat akan diproses di dalam hati dengan bantuan enzim-enzim tertentu. Ia kemudian akan dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil dan disingkirkan melalui buah pinggang.

Namun, sesetengah ubat berupaya mengganggu proses metabolisme dan penyingkiran ubat lain.

Sekiranya ubat A boleh menghalang enzim yang memproses ubat B di dalam hati, ia akan menyebabkan kepekatan ubat B di dalam darah menjadi tinggi.

Ini boleh menyebabkan risiko kesan sampingan berlaku lebih tinggi. Dalam situasi ini, dos ubat B akan dikurangkan untuk mengelakkan kesan sampingan.

Pada keadaan lain, sekiranya ubat A meningkatkan aktiviti enzim yang memproses ubat B, kepekatan ubat B dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan menyebabkan ubat B kurang berkesan dan sekiranya ia berlaku, dos ubat B akan dinaikkan.

Interaksi ubat-ubat juga boleh berlaku dengan cara yang lain. Contohnya, menyebabkan perbezaan kadar serapan dari usus dan kadar penyingkiran melalui buah pinggang.

Interaksi ini boleh menyebabkan situasi kepekatan ubat menjadi tinggi atau rendah seperti yang diterangkan di atas.

Ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan yang sama boleh menyebabkan kesan sampingan menjadi lebih teruk sekiranya diambil serentak.

Contohnya, ubat selsema yang boleh menyebabkan mengantuk, diambil dengan ubat tahan sakit yang juga menyebabkan mengantuk, kesannya akan lebih tinggi.

Sewaktu anda mengambil ubat dari ahli farmasi, mereka akan menyemak interaksi ubat-ubat ini sebelum mendispen ubat kepada anda.

Oleh itu, amat penting untuk anda mendapatkan ubat dari sumber yang betul dan ubat anda diperiksa sebelum sampai kepada anda.

Bagaimana untuk mengelakkan ia dari berlaku?

Sebagai pesakit, anda juga boleh memainkan peranan bagi mengelakkan interaksi ubat-ubat yang boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini berlaku kepada anda.

Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:-

1. Sentiasa baca label dan patuh pada arahan pemakanan ubat. Selain dos, waktu pengambilan ubat juga perlu dipatuhi.

2. Baca sisipan ubat dalam bungkusan ubat yang diberi kepada anda. Beri perhatian pada amaran-amaran yang diberikan.

3. Beritahu ahli farmasi sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan lain, selain yang dipreskrib oleh doktor. Interaksi ubat-ubat boleh berlaku diantara ubat yang dipreskrib dan suplemen atau ubat tradisional.

4. Dapatkan rawatan dari satu klinik atau ambil semua ubat dari satu farmasi sahaja. Ini untuk memastikan rekod ubat-ubatan anda tepat dan mudah untuk disemak.

5. Simpan preskripsi ubat-ubatan anda dengan baik.

6. Rekodkan semua ubat yang anda ambil termasuk suplemen dan ubat tradisional beserta dengan dos yang terkini.

7. Elakkan dari membeli ubat dari sumber yang tidak sah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam memahami cara pengambilan ubat yang betul.

Interaksi ubat-ubat ialah satu perkara yang perlu diambil serius. Tanya ahli farmasi sekiranya anda tidak pasti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Saturday, December 22, 2018

Apa Itu Guarana, Tanaman Herba Pengganti Kopi Yang Sangat Mahal Harganya

Apa Itu Guarana, Tanaman Herba Pengganti Kopi Yang Sangat Mahal Harganya

Guarana atau Guaraná dengan nama saintifiknya Paullinia cupana, Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae, ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Herba pengganti kopi

Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi.

Pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang.

Biji buah guarana yang diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh.

Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi (lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp).

Sepertimana tumbuhan lain yang mampu menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana kandungan tinggi konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor.

Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam.

Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah?

Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita?Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya?

Disyorkan RISDA

Apabila cadangan untuk mengeksport daun ketum ditolak kerajaan, Pihak Berkuasa Kecil Perusahan Getah (RISDA) tampil dengan langkah baharu iaitu menggalakkan pekebun kecil di negara ini menanam Pokok Guarana atau nama botaninya adalah Paullinia cupana.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah tersebut bagi memenuhi permintaan sebuah syarikat pengeksport buah guarana berpangkalan di Pulau Pinang sekali gus dapat membantu pekebun kecil menambah pendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Beliau memberitahu, syarikat pengeksport buah guarana tersebut menerima permintaan tinggi hasil tanaman tersebut dari Jepun yang menjadikannya sebagai bahan asas produk kesihatan dan kecantikan.

Harga buah guarana begitu tinggi di pasaran iaitu antara RM200-RM300 sekilogram dengan setiap pokok boleh menghasilkan 50 kilogram buah guarana.

Tanaman guarana berpotensi jana RM250,000 setiap ekar setahun – RISDA

Beberapa negeri di utara Malaysia, sekitar 35,000 pekebun kecil getah menjadi perintis bagi cita-cita menjadikan Malaysia negara pengeluar terbesar guarana, bahan asas untuk produk minuman kesihatan, ubatan herba dan bahan kecantikan di Asia.

Risda telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad, akan membekalkan biji benih yang dibawa oleh Ritz dari Brazil, untuk ditanam secara komersial di negara ini.

Menurut laporan Bernama, pekebun akan diberi khidmat nasihat dan panduan berkaitan penanaman dan hasilnya dijual semula kepada Risda pada harga RM200 sekilogram.

Tanaman itu senang dijaga dan setiap pekebun hanya memerlukan modal permulaan sekitar RM50,000 untuk sekali pusingan tanaman dengan pulangan sekitar RM250,000 bagi setiap ekar.

Kajian pihak Ritz mendapati guarana sangat sesuai ditanam di Malaysia dan ia akanbdiproses di kilang Ritz, Pulau Pinang untuk dieskport.

Buah Biji Mata

Guarana Tree

Warna buah guarana adalah menarik dalam kepelbagaian warna coklat kepada warna merah dan mengandungi biji berwarna hitam yang dilitupi oleh sesabut putih.

Apa yang unik mengenai buah guarana adalah, apabila biji berwarna hitam Guarana dibelah-buka akan dilihat seperti 'biji mata' dan ini telah membentuk sebuah mitos.

Dinegara asal dari segi sejarah dan budaya dimana perkataan "Guarana" datang daripada perkataan Guarani yang bermaksud "buah seperti mata-mata manusia".

Dalam beberapa laporan didakwa pokok guarana juga boleh didapati di hutan hujan Amazon di mana suku Guaraní telah menanamnya sejak berabad lalu.

Pokok Guarana juga memainkan peranan yang penting di dalam puak Tupi dan puak Guarani di Paraguay di dalam upacara keagamaan dan budaya mereka.

Mengikut kepercayaan puak Sateré-Maué, guarana telah mula ditanam secara domestik setelah berlakunya satu peristiwa pembunuhan seorang kanak-kanak kesayangan oleh dewa mereka.

Untuk menenangkan keadaan, salah satu dari dewa mereka yang lebih kuat telah mencabut mata kiri kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam hutan tebal, hasilnya wujudlah kepelbagaian variasi guarana.

Dewa itu kemudiannya mencabut pula mata sebelah kanan kanak-kanak itu dan menanamnya di dalam kawasan perkampungan; menambahkan lagi bilangan guarana domestik.

Orang Guarani akan membuat teh herba daripadanya dengan memecahkannya, membasuh dan mengeringkan bijinya dan diikuti dengan menumbuk biji-biji itu menjadi serbuk yang halus, kemudian diuli untuk membentuk rupa silinder.

Produk ini dikenali sebagai roti guarana dimana ia kemudian dipotong untuk dimasukkan ke dalam air panas bersama dengan gula.

Dari kajian makmal, setiap buah guarana mengandungi setiap sejuta bahan iaitu;
  • Abu (< 14,200),
  • Kafein (9,100 - 76,000),
  • Lemak (< 30,000),
  • Guanine,
  • Hypoxanthine,
  • Mucilage,
  • Protein (< 98,600),
  • Resin (< 70,000),
  • Saponin,
  • Kanji (50,000- 60,000),
  • Tanin (50,000-120,000),
  • Theobromine (200-400),
  • Theophylline (0 - 2,500),
  • Timbonine,
  • Xanthine.

Menurut Biological Magnetic Resonance Data Bank, guaranine adalah kandungan bahan kimia kafein di dalam guarana dan ia agak seiras dengan bahan kimia kafein yang diambil dari sumber lain sebagai contoh kopi, teh dan Yerba Mate.

Guaranine, theine dan mateine amat sinonim untuk kafein, iaitu sumber asli kafein mengandungi pelbagai campuran kandungan xanthine, alkaloids, selain dari kafein, termasuk stimulan untuk kardiak seperti theophylline dan theobromine dan bahan lain seperti polyphenol di mana ia boleh membentuk kompleks penyahserapan bersama kafein.

Bahan ini dijadikan bahan minuman terutama di Brazil dan USA sebagai pilihan selain daripada kopi.

Apakah kita di Malaysia akan memajukan tanaman ini seperi saranan pihak tertentu tersebut? Hanya masa akan menentukan segalanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, December 06, 2018

Khasiat Cengkih Untuk Kesihatan

Khasiat Cengkih Untuk Kesihatan

Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica, merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi, terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia.

Khasiat Cengkih

Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan, berasal dari Maluku, Indonesia ini merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8-12 meter.

Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting, manakala kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya.

Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Di Indonesia khususnya provinsi Sulawesi Utara, cengkih menjadi salah satu komoditi hasil pertanian utama.

Rupa bentuknya kecil tetapi ia ada banyak kegunaan dan memberi manfaat untuk kesihatan. Apa yang pasti, apabila disebut bunga cengkih pasti suri rumah mengenalinya sebagai bahan masakan.

Kegunaan utamanya dalam masakan, antaranya adalah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambah rasa sedap.

Justeru, bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan, khususnya masakan menggunakan kari atau berasaskan pajeri dan acar, jangan lupa mencampurkan bunga cengkih.

Aroma semerbak yang diterbitkan apabila bunga cengkih ditumis bersama dengan bahan rempah ratus lain, termasuk kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, biji sawi dan sebagainya, membangkitkan selera sehingga rasa tidak sabar untuk menikmati masakan itu.

Cengkih digunakan sebagai perencah, baik dalam bentuknya yang utuh atau sebagai rempah serbuk. Ia bukan sahaja digunakan di Asia, malah di Eropah.

Selain menyedapkan masakan, dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan.

Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E. Coli) dalam daging.

Caranya, gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.

Bukan sahaja untuk aroma makanan, ramuan cengkih juga digunakan untuk menghasilkan wangian yang memberikan haruman dengan impak tersendiri.

Bantu tingkatkan kesihatan

Satu lagi cerita menarik mengenai cengkih yang pernah diperkatakan ialah mengenai amalan seorang guru agama di pondok tersohor di Kelantan, yang selalu mengunyah rempah itu sejak berumur 17 tahun lagi.

Walaupun sudah mencecah usia 90-an, Tok Guru itu dikatakan, masih sihat dan boleh mengaji al-Quran dan mengajar dengan baik.

Amalan Tok Guru itu mengunyah cengkih 10 kuntum setiap hari dan menghisap airnya, dikatakan membantu meningkatkan kesihatannya supaya sentiasa sihat manakala penglihatannya masih tajam.

Itulah antara kehebatan cengkih, tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak, ia ternyata amat berguna dan memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan.

Hakikatnya, cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan.

Kajian mengenai rempah ini mendapati, eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.

Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.

Penyelidik Jepun mendapati, seperti kebanyakan rempah ratus, cengkih mengandungi antioksida yang membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.

Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan.

Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.

Penggunaan rawatan tradisional

Selain itu, cengkih juga digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut.

Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria justeru, untuk gusi yang sihat, masukkan satu atau dua sudu cengkih dalam satu cawan teh pekat dan minum.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan vitamin C, K dan A.

Khasiat itu juga menyebabkan sejak dahulu, cengkih terkenal digunakan sebagai ramuan untuk perubatan tradisional.

Antaranya, menghilangkan bau mulut iaitu dengan cara, ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang kering dan kunyah.

Zaman dahulu, cengkih juga lazim digunakan untuk mengubati penyakit campak.

Caranya, rendam semalaman beberapa kuntum cengkih di dalam air masak, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau sehingga rata. Kemudian, minum air berkenaan sedikit demi sedikit secara teratur.

Ada juga yabg menggunakannya untuk mengubati batuk iaitu dengan mencampurkan bersama beberapa bahan lain seperti sirih, pelaga, gula batu dan sebagainya.

Bahan yang dicampur direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum dua kali sehari bagi menghilangkan batuk.

Selain untuk rawatan, cengkih juga berguna untuk beberapa petua lain seperti untuk mengusir nyamuk dan semut.

RAWATAN ALTERNATIF

Penggunaan cengkih yang di hisap juga dapat mengurangkan ketagihan alkohol dan dari segi perubatan didapati cengkih dapat mengubati cirit-birit, kurap (ringworm), hernia, pelbagai sakit kulit dan memperbaiki sistem penghadaman dalam perut.

Kajian pakar Ayuverda India pula mendapati cengkih mampu mengubati masalah sistem pernafasan dan sistem penghadaman.

Di Jerman para doktor menggunakan cengkih sebagai salah satu ramuan untuk anti-gout.

Sejak dulu kita diberitahu oleh orang tua kampung untuk menggunakan cengkih bagi mengurangkan sakit gigi, cubalah!

Sebenarnya, cengkih digunakan untuk bahan pembersih mulut dalam bentuk larutan. Kajian lanjut juga telah dibuat dengan cengkih bagi rawatan kanser dan antioksidan.

Cengkih juga membasmi kuman terutama dalam usus manusia, melegakan urat-urat yang tegang dan banyak lagi kegunaanya.

KHASIAT CENGKIH

Bingung. Minum air rebusan limau nipis dan bunga cengkih setiap pagi.

Gigi Lubang. Giling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja, kesakitan akan reda.

Masalah Haid. Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti.

Cara:

Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid.

Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading.

Rebus ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

Gastrik. Amalkan minum air rebusan yang dicampur dengan bunga cengkih.

Menguatkan Hati. Amalkan minum susu lembu asli yang telah dimasak dengan campuran bunga cengkih dan madu lebah asli.

Mual dan Pening. Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit kemenyan putih.

Muntah-muntah. Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula.

Nafas. Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum.

Cara:

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tigahari sekali.

Peti Sejuk. Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

Radang Hati. Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

Sakit Gigi. Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih.

Selsema. Rebus jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sula dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalah 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

Sembelit. Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

Semut. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

Menguatkan Zahir Batin

Masak bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

Buah pala, bunga cengkih dan daun kertau ditumbuk lumat. Sapukan pada alat kelamin lelaki sebelum bersetubuh, ia menjadi bertambah kuat.

Di India, cengkih sudah digunakan selama berabad-abad untuk merawat masalah disfungsi ereksi.

Dalam rencana yang disiarkan di jurnal BMC Complementary and Alternative Medicine diungkapkan, ekstrak cengkih mampu menghasilkan peningkatan aktiviti seksual.

Cengkih mempunyai kesan stimulan terhadap ejakulasi lelaki dan boleh membantu mempertahankan ereksi atau ejakulasi pramatang.

Pembiakan

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm dan suhu 15° - 38 °C. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam di ladang dengan jarak 5 meter antara pokok.

Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun.

Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg. Bunga cengkih boleh dituai ketika pokoknya tumbuh setinggi 8 meter lebih.

Pokok Cengkih memerlukan hujan yang banyak melebihi 3,500 mm setahun dan lembab dimana perlu ada musim kering untuk aktiviti penuaian hasil.

Terdapat sebanyak 3,000 spesis cengkih dalam keluarganya dimana kebanyakkannya terdapat dikawasan tropika dan sub-tropika.

Pokok cengkih hidup rendang dengan banyak cabang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 18-20 meter (liar) tetapi untuk perladangan cuma 7-12 meter tinggi sahaja dan perlu dibuat pangkasan.

Kulit batang pokokk cengkih berwarna kelabu (gray) bercabang yang agak rendah. Daun berbentuk 'lanceolate' berwarna hijau gelap berkilat dan mempunyai bau yang wangi.

Kuntum bunga cengkih lazimnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada warna kemerahan apabila mekar.

Bunga cengkih pula berkumpulan (group) dengan 4 kelopak yang akan menghasilkan buah berwarna ungu berukuran 2.5 cm panjang.

Penanaman
  • Cengkih dibiakkan dengan pemilihan biji benih cengkih yang bersaiz agak besar dari buah segar yang telah cukup matang.
  • Kadar kehilangan kesuburan (vigorous) biji benih sangat cepat jika dibiarkan buah terlalu masak.
  • Biji disemai dibawah tapak semaian berteduh selama 12 - 18 bulan sebelum diubah ke kebun.
  • Jalankan proses pengerasan (Hardening process) pada semaian anak benih sebelum menanam.
  • Sediakan lubang penanaman dan masukkan baja asas seperti MOP, Baja Organik dan sebagainya.
  • Jarak tanaman pokok cengkih yang disyorkan 4-5m x 3-4m bergantung kepada kesesuaian tanah dan terrain.
  • Anak pokok yang baru ditanam perlukan lindungan atau naungan dari kerosakan akibat angin atau kekeringan.
  • Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual atau kimia. Pembajaan cengkih menggunakan baja organik dan NPK dengan kadar disyorkan.

Penuaian

Pada keadaan biasa, pokok cengkih akan mula berbunga 6-8 tahun selepas ditanam. Bunga cengkih akan keluar dari bahagian hujung pucuk dahan dan kajian menunjukkan bahawa pokok cengkih mempunyai jangka hayat sehingga 60 tahun atau lebih jika dijaga dengan baik dan tidak diserang penyakit.

Penuaian bunga cengkih dijalankan dengan memetik buah-buah cengkih yang telah matang menggunakan tangan.

Bunga cengkih yang telah matang lazimnya akan berwarna gelap dan ianya perlu dipetik sebelum bunga terbuka dan ia kemudian perlu dikumpulkan.

Bunga cengkih tersebut akan di jemur dibawah sinaran matahari diatas tikar plastik atau tikar buluh yang sesuai untuk selama 2-4 minggu sehingga kering.

Ancaman Penyakit

Pokok Cengkih dilaporkan memang tidak mempunyai sebarang masalah serangan serius oleh perosak dan penyakit.

Malangnya, pokok cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut dan merupakan pembekal sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit.

Sejak tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3 | 4

Monday, November 12, 2018

4 Kebaikan Makan Bawang Putih Dan Madu Setiap Hari

4 Kebaikan Makan Bawang Putih Dan Madu Setiap Hari

Bawang putih sering dimakan sebagai ramuan untuk menyedapkan makanan selain disumbatkan ke dalam telinga untuk mengelak masuk angin oleh ibu-ibu dalam pantang bagi memanaskan badan serta menghalang dari ‘masuk angin’.

Kebaikan Bawang Putih Dan Madu

Untuk pengetahuan semua, banyak khasiat andainya anda mengambil satu sudu campuran madu dengan bawang putih cincang.

Ini kerana, bawang putih memiliki ciri antibiotik terbaik untuk tubuh serta sistem badan manusia apabila dikupas dan dicincang.

Ini beberapa manfaat makan campuran madu dan bawang putih ketika perut kosong.

1. Pulih Masalah Kulit
  • Membunuh bakteria/kuman dalam tubuh.
  • Bersifat anti-kulat; justeru amat baik untuk pelbagai penyakit kulit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain.

2. Nyah Toksin, Racun dan Bahan Berbahaya Dari Tubuh
  • Pulih cirit-birit serta sembelit.
  • Bantu mengeluarkan asid urik dari badan.
  • Tonik terbaik untuk tingkat imunisasi (daya ketahanan) badan.
  • Memelihara hati dan bantu membakar toksin.
  • Menyah sengatan racun haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan banyak lagi.
  • Baik juga buat individu yang keracunan makanan.

3. Melawan Penyakit Kronik
  • Pulihkan Diabetes.
  • Pelihara tubuh daripada penyakit barah terutamanya kanser usus.
  • Baik untuk penyakit paru-paru dan individu yang diserang batuk-batuk.
  • Legakan selesema.
  • Legakan arthritis (bengkak-bengkak sendi).

4. Diet Terbaik Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.
  • Kombinasi bawang dan madu sebagai bahan mentah adalah petua orang dulu-dulu menguruskan badan.
  • Stabilkan tekanan darah dan degupan jantung.

Tips!

Bawang putih akan memberi tindak balas yang lebih positif andai ianya diambil ketika perut kosong oleh itu, makan satu sudu campuran madu asli dan bawang putih cincang setiap pagi sebelum sarapan. Cuba amalkan amalan ini selama 7 hari dahulu dan lihat hasilnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista

Wednesday, October 10, 2018

Khasiat Buah Camu Camu Tinggi Vitamin C

Khasiat Buah Camu Camu Tinggi Vitamin C

Camu Camu atau nama botaninya, Myrciaria dubia, genus Myrciaria, dari kerabat Myrtaceae dengan nama lain, Cacari, Camocamo, ‎Araca d'agua, Araza de Agua, Guapuro Blanco dan pelbagai nama lagi adalah buah superfood yang diiktiraf diperingkat dunia kerana khasiatnya.

Buah Camu Camu

Spesis yang terdekat dengannya ialah Jaboticaba (Myrciaria cauliflora), Guavaberry/Rumberry (Myrciaria ‎floribunda) dan Gowok/Kupa/Kepa (Syzygium polycephalum).‎

Pohon Camu Camu tumbuh bertaburan di merata lembah kehutanan Amazon; Peru, Brazil, Colombia, Ecuador, ‎Bolivia, Venezuela dan negara persekitarannya.


Seperti juga pokok Acerola, Camu Camu juga pohon rendang, tidak ‎begitu tinggi, hanya sekitar 3-5 meter dan kebanyakan pohon ini bercambah ‎ melalui biji.

Ia mudah tumbuh, mampu hidup dalam iklim panas, lembab tropika dan dingin sub-tropika. Ia perlu banyak air; banyak tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, kawasan bertasik berpaya, bahkan di lembah banjir. Ia ‎hidup tegar, mampu bertahan terendam di dalam air sehingga 4-5 bulan.

Sekiranya tumbuh dari biji, mula berbuah ketika berusia 3 tahun ke atas. Berbuah jenis ‎bermusim. Buahnya bewarna merah-kehijauan, merah-keunguan sepertimana ceri Acerola. Bunganya pula berwarna putih, harum aroma.

TINGGI VITAMIN C

Keistimewaan Camu Camu terletak pada kandungan vitamin C yang sangat tinggi pada buahnya yang mana buah mentahnya mengandungi lebih kurang 2,880 mg vitamin C setiap ‎‎100 gm, melebihi Acerola (1,790 mg).

Camu Camu berada pada ranking ke-2 dunia selepas Kakadu Plum (terminalia ‎ferdinandiana) dari Australia. Sepertimana Acerola, kandungan Vitamin C di dalam buah Camu Camu semakin berkurangan apabila ia semakin matang atau masak ranum.

Analisa Nutrien Camu Camu

Banyak analisa telah dilakukan tentang kandungan nutrien Camu Camu, namun setiap satunya berbeza, terutamanya pada kandungan vitamin C.

Ini ‎mungkin disebabkan keadaan iklim dan tanah tempat pokok Camu Camu tumbuh tetapi secara amnya, Camu Camu tetap unggul dengan tinggi kandungan vitamin C!

Analisa di bawah ini adalah dari makmal bebas, disiarkan oleh “Whole World Botanicals”, satu badan pengkaji flora dan ‎fauna di belantara Amazon.

Analisa dilakukan ke atas Serbuk Camu Camu (Royal Camu ‎Camu Powder): ‎

Kandungan Nutrisi Camu Camu

Dan ini pula analisa buah Camu Camu mentah (100 gm) dilakukan oleh Jabatan Perhutanan, "Food and Agriculture Organisation of the United Nations", 1965:

Analisa Camu Camu mentah

Buah Camu Camu padat dengan vitamin C, juga kaya dengan zat kimia phyto dan “flavonoid”; anthocyanin, flavonol dan flavanol, catechin, ‎delphinidin 3-glucoside, cyanidin 3-glucoside, asid ellagik dan gallik dan rutin. ‎Vitamin C akan lebih berkesan apabila disertai zat-zat kimia phyto.

Dr. Szent-Gyorgi, Pemenang "Nobel Prize" Perubatan 1937 kerana berjaya memisahkan asid askorbik (vitamin C), mengaku bahawa vitamin C lebih bermanfaat apabila di makan ‎ dari bahan makanan semulajadi.

Makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C juga mengandungi nutrien lain yang bertindak sebagai gandingan kepada vitamin C.

Dengan demikian, vitamin C tersebut akan lebih mudah dimanfaatkan oleh tubuh justeru, vitamin C dari Camu Camu menjadi lebih berkesan dengan tindak-balas bio dari zat-zat gizi dan asid amino yang sama berada di dalam buah tersebut.

Antara zat gizi yang terkandung di dalam Camu Camu ialah kalsium, phosphorus, potassium dan besi.

Dan vitaminnya: beta-karotin, thiamin (B1), riboflavin (B2), dan niacin (B3), juga mengandungi protein; terutama asid amino valine, leucine dan serine. ‎

Manfaat Camu Camu

1. Kolagen

Kepadatan vitamin C di dalam Camu Camu merupakan unsur aktif bagi menghasil dan menyihatkan kolagen tubuh.

Sebenarnya, vitamin C terlibat secara lansung dalam setiap peringkat penghasilan kolagen, sejenis protein yang paling banyak di dalam tubuh dan terdapat pada setiap anggota tubuh, berupa serat putih yang liat dan teguh, lebih teguh dari kawat/dawai logam yang sama ukuran.

Juga sebagai "elatin" berwarna kuning (lapisan pelindung pada urat saraf), kolagen merupakan komponen utama pada serat-serat tisu yang saling berhubung; seperti kulit, tendon, ligamen, cartilage, jantung, cornea mata, tulang, gigi, usus, pembuluh-pembuluh dan saluran-saluran darah, bahkan pada setiap bahagian tubuh. Semuanya terikat rapi mengukuhkan seluruh tubuh.

Oleh yang demikian, vitamin C sangat penting untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak dan dengan bergandingan bersama asid amino "leucine" dalam Camu Camu, hormon tumbesaran dan aktiviti kanak-kanak akan lebih semarak.

Kekurangan vitamin C akan melemahkan kolagen yang apabila lemah, semua fungsi-fungsi utama di dalam tubuh akan terjejas.

Akibatnya, jantung, pembuluh darah dan organ-organ lain tidak mampu menjadi sihat. Sistem-sistem di dalam tubuh tidak mampu berfungsi dengan sempurna, pelbagai jenis penyakit akan muncul; seperti biri-biri, gusi berdarah, gusi mengecut dan gigi rosak, tulang mudah retak, tulang rapuh, keradangan sendi, kerosakan cartilage pada sendi-sendi “osteoarthritis” dll.

Kolagen juga tidak dapat dihasilkan tanpa vitamin C justeru, bekalan vitamin C yang berterusan pada tubuh adalah penting bagi manghasilkan kolagen agar sentiasa sihat, struktur tubuh akan sentiasa utuh, tidak goyah atau uzur.

2. Anti-Oksidan

Vitamin C adalah salah satu anti-oksidan yang sangat berkesan dan perlu bagi membasmi sisa pengoksidanan.

Pengoksidaan adalah proses metabolisma semulajadi di dalam tubuh yang mana nutrien dari pemakanan dan minuman dicerna kemudian di serap untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup.

Tanpa proses metabolisma, tubuh akan lemah dan mati jadi, pengoksidaan adalah perlu untuk tubuh. Akan tetapi, pengoksidaan juga menghasilkan radikal bebas yang membahayakan kesihatan tubuh.

Radikal bebas adalah sisa dari proses metabolisma, merupakan atom yang kehilangan pasangan elektronnya, menjadikan atom tersebut tidak stabil, lalu merampas mana-mana elektron dari atom-atom lain yang menghampirinya.

Sekiranya kejadian sebegini berterusan dan tidak terkawal, akan mencetuskan rangkaian radikal-radikal bebas yang lain. Lama-kelamaan, kerosakan akan berlaku pada mana-mana bahagian organ tubuh seperti jantung, kulit, tisu, otot, selaput otot dan juga DNA seseorang.

Radikal bebas yang berleluasa akan menyebabkan kedutan, penuaan, kanser, penyakit jantung, darah tinggi, radangan kronik, kencing manis, katarak, arthritis, masalah gusi-gigi gingivitis, periodontitis dan pelbagai penyakit-penyakit lain.

Untuk menghalang atau melambatkan cetusan radikal bebas tersebut dari terus merebak, anti-oksidan diperlukan.

Ciri-ciri anti-oksidan pada vitamin C dapat melindungi sel-sel tubuh dari rebakan, cetusan dan kesan negatif radikal bebas.

Vitamin C adalah anti-oksidan yang terserap air, ifat yang membolehkan ia memberi tindak-balas segera dan efektif terhadap radikal bebas.

Jadi, Vitamin C adalah penggempur radikal bebas; meringankan bebanan pengoksidanan di dalam tubuh; penghalang kedutan sel-sel, tisu-tisu, kulit-kulit dan organ-organ; pelindung tubuh dari beberapa jenis penyakit yang berkait-rapat dengan radikal bebas.

3. Anti-Penuaan dan Kesihatan Kulit

Vitamin C sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan (oksidasi pra-matang sel-sel tubuh).

Camu Camu tinggi vitamin C boleh membantu tubuh menghalang tanda dan gejala penuaan pada lapisan kulit.

Kulit menjadi kurang berminyak, lebih sihat dan segar, lebih bersinar dan lembut, tegang dan anjal, lalu melambatkan proses penuaan.

Vitamin C juga mempunyai peranan penting dalam menyembuhkan luka dan kecederaan, dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, tubuh lebih mudah melawan jangkitan dari bakteria, kulat dan virus.

Tanda-tanda kekurangan vitamin C; termasuklah rambut menjadi kering dan pecah, kulit menjadi kasar, kering dan mengelupas, kulit mudah luka atau tercalar, luka lambat sembuh, eczema, hidung berdarah, panau, kurap, jeragat dan rosacea, campak, gejala alergi seperti asma, ‎selsema, jangkitan paru-paru dll.

4. Anti-Keradangan

Vitamin C adalah anti-keradangan yang pada dasarnya, keradangan adalah sebahagian dari tindak-balas sistem kekebalan tubuh.

Tubuh yang cuba melindungi diri dari sebarang unsur-unsur tidak sihat; seperti bakteria, virus, kulat, sisa-sisa toksik, sel-sel yang mati dll.

Apabila unsur-unsur mudarat ini menjangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, sistem kekebalan bertindak-balas untuk cuba menyahkan unsur-unsur tersebut, sekali gus memulakan proses penyembuhan pada bahagian tubuh yang terjejas. Kesan tindak-balas ini dapat dilihat melalui gejala keradangan yang timbul atau dialami.

Kadangkala, keradangan merebak, menjadi parah/kronik, apabila proses penyembuhan di dalam tubuh tidak berlaku sewajarnya.

Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, penyakit; seperti "rheumatoid arthritis", sistem kekebalan tubuh terjejas dan keliru, risiko sakit jantung dll.

Apabila keradangan berlaku, collagen di dalam cartilage boleh rosak, penyebab terjadinya “osteoarthritis”.

Keadaan ini membuat tulang bergeseran, menyebabkan rasa ngilu dan sangat menyakitkan, namun dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, dapat mempertahan cartilage dan tisu-tisu penghubung yang lain dan mengurangkan beban kesakitan yang dialami.

Gejala-gejala keradangan lain juga dapat dihindari; termasuk angina (sakit menyucuk/memulas di dada jantung seperti tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi), bisul mulut dan bibir, gusi berdarah, gingivitis (bengkak gusi), gigi longgar, sengal dan sakit sendi, mudah terseliuh, bronchitis, sakit kerongkong (tenggorokan), jangkitan saluran air kencing dll. Ada kajian menunjukkan bahawa vitamin C juga adalah anti-Parkinson.‎

Vitamin C, sebagai anti-keradangan, sangat penting pada tubuh yang memberi kesan positif pada keseluruhan tubuh.

Ia berperanan melindungi sendi-sendi tulang, kulit dan sebagainya, membantu tubuh merawat dan menghalang keradangan dari terus merebak menjadi kronik, melawan sebarang penyakit yang disebabkan keradangan, juga bermanfaat bagi menangani masalah keradangan.

5. Pemampan Sistem Kekebalan Tubuh

Vitamin C berperanan membantu memelihara sistem kekebalan tubuh agar sentiasa mampu berfungsi dengan berkesan.

Fungsi sistem kekebalan ialah melindungi tubuh dari sebarang serangan atau jangkitan mikro-organisma yang boleh menjejaskan kesihatan; seperti bakteria, virus, dan kulat/jamur dll.

Sistem ini menghasilkan sel-sel darah putih (sel-sel kekebalan); terutama “phagocytes” dan “T-lymphocytes” serta jenis sel-sel kekebalan yang lain, sebagai penggempur dan penghapus mikro-organisma tersebut.

Vitamin C membantu sistem kekebalan dengan memperbanyak penghasilan sel-sel kekebalan ini.

Vitamin C sangat cepat digunakan apabila berlaku serangan atau jangkitan mikro-organisma, juga melindungi sel-sel kekebalan dari serangan radikal bebas ketika bertindak-balas dengan mikro-organisma.

Kekurangan vitamin C bukan hanya menjejaskan fungsi sel-sel kekebalan, juga akan cepat lemah dan musnah yang akhirnya, memberi kesan buruk kepada sistem kekebalan tubuh, mengurangkan daya tahan tubuh dari serangan mikro-organisma.

Jadi, pengambilan Camu Camu setiap hari adalah terbaik untuk kemampanan sistem kekebalan tubuh.

6. Sistem Pengaliran Darah

Vitamin C berpengaruh pada sistem pengaliran darah kerana sifat anti-oksidan yang dimiliki oleh vitamin C, apabila terserap ke dalam darah, mampu meleraikan gumpalan "plaque" dan kolestrol merbahaya (LDL) pada dinding-dinding pembuluh arteri dan veina, pada masa yang sama menambah kolestrol bermanfaat (HDL).

Ia mencuci pembuluh arteri, menghalang arteri dari tersumbat, mengembalikan keanjalan arteri, mengurangkan tekanan darah tinggi atau "hypertension" dan melancarkan pengaliran darah ke jantung, mampu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, menghindar atau melambatkan perkembangan penyakit "atherosclerosis" (saluran dan pembuluh darah arteri menjadi keras), “peripheral artery disease” (penyakit pembuluh/saluran darah tersimpul di kawasan kaki/betis) dan serangan sakit jantung.

Salah satu ciri vitamin C, ialah membantu tubuh menyerap zat besi, maka sangat bermanfaat pada pesakit “anemia” (kekurangan darah).

Camu Camu yang disertai kandungan zat-zat gizi didalamnya sangat bermanfaat untuk kelancaran sistem pengaliran darah di dalam tubuh.

7. Anti-Stres

Migrain yang sering berlaku sehingga kebanyakan orang menganggapnya perkara biasa dalam hidup sebenarnya berkaitan dengan sistem saraf yang di serang oleh kimia toksin dari makanan serta dipengaruhi oleh cuaca yang tercemar.

Camu Camu adalah buah yang mengandungi nutrien perlindungan saraf, mampu mengurangi masalah migrain.

Asid amino "serine" baik untuk membantu menyihatkan fungsi otak dan sistem saraf, mempertingkat daya ingatan dan kepekaan.

Gary Null, Ph.D., seorang pengkaji dan pakar permakanan, dalam bukunya "Clinician’s Handbook of Natural Healing, (1998)", menyatakan Camu Camu mengandungi kimia phyto yang tinggi.

Ia sangat berkesan menangani masalah tekanan perasaan atau stres melalui tindak-balas bio-kimia Vitamin C yang mencetuskan penghasilan "serotonin" di dalam otak.

Serotonin adalah sejenis kimia di dalam otak yang mengawal "mood" berkaitan rasa bahagia atau sebaliknya. Vitamin C adalah terapi anti-stres yang berkesan.

8. Anti-Virus

Camu Camu banyak mengandungi kimia phyto. Kajian menunjukkan bahan kimia ini mampu menanggani virus "Herpes Simplex" dan "Eppstein-Barr" yang selalu menyerang tubuh.

Virus ini boleh menyebabkan Herpes Simplex dalam bentuk bintik-bintik lepuhan pada mulut, gatal-gatal pada kulit.

Penyakit Eppstein-Barr pula dalam bentuk demam, selsema, sakit kerongkong (tenggorokan), keletihan, kelenjar bengkak di bahagian leher atau ketiak.

Virus ini selalunya tidak aktif di dalam tubuh, namun menjadi semakin aktif apabila seseorang itu kurang tidur dan selalu tertekan. ‎Virus jenis ini acapkali berulang menyerang apabila jiwa tertekan.

Camu Camu didapati berkesan menanggani virus ini dengan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dan berterusan dapat membantu tubuh menanggani stres dan melumpuhkan serangan virus jenis ini.

9. Kesuburan

Pokok Camu Camu

Camu Camu lazim di makan oleh warga Amerika Selatan kerana dipercayai boleh menambah kesuburan. Banyak juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dan berterusan mampu menambah syahwat dan merawat mati pucuk "impotensi."

10. Penyakit Kanser

Vitamin C mampu melambatkan rebakan dari keradangan kepada kanser. Beberapa ujikaji sains telah menunjukkan bahawa permakanan vitamin C boleh menghindar dari dijangkiti penyakit kanser; termasuk kanser kulit, kanser rahim, kanser payudara, kanser esophagus dan kanser pancreas.

11. Penyakit Mata

Vitamin C membantu mengurangkan risiko cataracts dengan melindungi lensa mata dari kerosakan akibat dari oksidasi dan radikal bebas dan melindungi enzim di dalam kanta mata, juga memperbaiki penglihatan pesakit “uveitis” (keradangan pada bahagian tengah mata)‎.

Vitamin C bersama dengan anti-oksidan yang lain, termasuk zat zinc, beta-carotene, dan vitamin E dapat melindungi mata dari mengalami AMD yang menjadi penyebab kepada buta.

12. Pre-eclampsia

Vitamin C bersama dengan vitamin E boleh menghalang “pre-eclampsia” pada wanita, iaitu gejala tekanan darah tinggi dan terlalu banyak protein di dalam air kencing yang juga menjadi penyebab utama kepada keguguran.

13. Perlindungan dari Kencing Manis

Menurut kajian 2010 yang tersiar dalam “Journal of Agricultural and Food Chemistry”, Camu Camu ‎mengandungi "Asid Ellagik" yang tinggi, sejenis flavonoid anti-diabetes.

PRODUK CAMU CAMU

Kerana kandungan vitamin C yang sangat tinggi, Camu Camu telah menjadi bahan buruan ‎dalam pasaran antarabangsa dengan Jepun menjadi pengguna utama; menjadikan Camu Camu sebagai ‎bahan komoditi eksotik yang hampir di monopoli.

Camu-Camu sangat terkenal dan sangat berharga di Jepun, manakala di Amerika dan Eropah, Camu Camu semakin mendapat perhatian.

Buah Camu Camu segar sangat masam. Ia dinikmati dalam resepi jus, di blender dan di adun dengan gula atau susu, dan/ atau bersama buah-buahan lain, juga dijadikan bahan tambahan pada ais krim, gula-gula, jem dan pelbagai resepi lagi.

Buah Camu Camu segar tidak mampu di eksport ke serata dunia justeru, kebanyakan pengeluar menghasilkannya dalam bentuk kapsul, serbuk dan juga jus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dharmakesuma

Wednesday, September 19, 2018

Khasiat Kacang Sacha Inchi Tinggi Kandungan Omega 3

Khasiat Kacang Sacha Inchi Tinggi Kandungan Omega 3

Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia, yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Khasiat Kacang Sacha Inchi Tinggi Kandungan Omega 3

Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'.

Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.

Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.

Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.

Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil.

Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja, memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik.

Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan.

Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong.

Banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan.

Menurut RISDA, permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa.

Khasiat Sacha Inchi

Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain.

Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%).

Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.

Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi:
  • Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
  • Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
  • Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
  • Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
  • Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
  • Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
  • Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
  • Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
  • Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
  • Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
  • Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
  • Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.

Tumbuhan Menjalar

Pokok Sacha Inchi

Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas, bagaimanapun untuk penanaman baik ia memerlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter.

Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika.

Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar.

Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan.

Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang.

Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak.

Tanaman dikawasan tropika mampu tumbuh dengan baik dimana pokok akan menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun.

Buah

Buahnya dalam kapsul berukuran 3-5 cm garis pusat dengan ada 4-7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gelap apabila masak.

Bila cukup matang, ia akan terbuka sendiri dan dapat dilihat melalui bijinya dan dituai apabila buah telah betul-betul kering.

Buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat.

Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji, mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng memberikan rasa yang sangat sedap.

Cara menanam

Buah Sacha Inchi

Penanaman sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah.

Lazimnya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih ke kebun. Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata.

Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji.

Bagi mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas, sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman.

Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit.

Penuaian

Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan.

Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus.

Pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha inchi ini di Malaysia kerana tidak ditanam secara komersil.

Cadangan pihak RISDA yang yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan.

Bagi tujuan itu, RISDA akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut.

Seterusnya, RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah.

Tempoh matang

Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja.

Laporan menunjukkan pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam.

Sepokok dewasa mampu mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil dan bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan.

Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman.

Bagi penduduk tempatan, mereka akan memetik buah sacha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak.

Bagaimanapun, bahagian biji inilah yang dikatakan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids.

Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia.

Bagaimanapun, kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah.

Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan.

Bagi menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini, negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul.

Khasiat terbukti secara klinikal

Minyak Sacha Inchi

Maklumat ringkas mengenai produk sacha inci (Quick Fact) dikaitkan dengan Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap kes Cardioprotective dan Nutritional.

Ia disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan.

Antara kehebatan khasiat sacha inchi ini adalah seperti membantu dalam pembentukan sistem otot disebabkan oleh bahan proton tumbuhan didalamnya.

Ia juga membantu mengelakkan masalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol dan juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan serangan jantung.

Setiap satu sudu serbuk sancha inchi dengan berat sekitar 15 gram membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan.

Pengambilan bahan ini disyorkan dengan kadar sebanyak 56 gram sehari atau sekitar 3 sudu sehari menurut Persatuan Dietary Antarabangsa.

Bagaimanapun, bagi sacha inci dalam bentuk minay (oil) hanya disyorkan 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47% protin didalamnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan

Sunday, September 16, 2018

34 Khasiat Goji Buah Paling Kaya Nutrisi

34 Khasiat Goji Buah Paling Kaya Nutrisi

Goji Berry adalah Super Fruit, buah yang paling kaya nutrisi, berasal dari Tibet, di dataran tinggi Gunung Himalaya, kaya vitamin, mineral, protein dan antioksidan.

Khasiat Goji

Chinese Wolfberry (Lycium chinese) atau juga dikenali dengan nama Buah GOJI atau Chinese Boxton, Chinese Matrimoni-vine, Chinese Teaplant atau Wolfberry adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae (sama dengan terung dan cili).

Tumbuhan ini menghasilkan buah yang popular dengan nama Gojiberry (Buah Goji) yang sangat istimewa terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.

Goji Berry mengandung zat besi lebih banyak daripada bayam, beta karoten lebih banyak daripada wortel dan tingkat kandungan proteinnya pun lebih banyak daripada Gandum.

CARA PEMAKANAN GOJI

Buah Goji adalah makanan tambahan berkhasiat dan boleh dimakan 3, 5, 7 biji sehari dengan mengunyah atau rendam ke dalam air suam selama 10-20 minit sebelum diminum.

Jangan makan terlalu banyak sekali gus kerana kandungan Vitamin C yang terlalu tinggi selain membazir, anda juga akan overdose.

Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji)

Menurut analisa yang dilakukan oleh Beijing Nutrition Research Institute China, “Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel dan zeaxanthin (menyihatkan mata) dan melebihi 500 kali ganda vitamin C berbanding oren apabila di ukur sama berat, (bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu."

Selain itu, Goji juga mengandungi 18 Amino Asid, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.

Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkali (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).

Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.

Legenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut.

Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab, “Saya sedang memukul cucu saya!”

Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda.

Wanita itu menjawab, ”Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya."

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry.

Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari.

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini.

Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

Ben Cao Hui Yan menyatakan, “Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan ‘yin’ dan ‘yang’, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.

Ben Cao Bei Yao menyatakan, “Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata."

Ben Cao Gang Mu menyatakan, “Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur."

34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI:-

1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.

2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.

3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”.

4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.

5. Goji mengurangkan risiko kanser.

6. Goji mengurangkan kolestrol.

7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.

8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.

9. Goji membantu mengurangkan berat badan.

10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.

11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.

12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.

13. Goji menguatkan jantung anda.

14. Goji menghalang peroksidaan lipid (yang menyebabkan sakit jantung).

15. Goji meningkatkan halangan penyakit.

16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).

17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.

18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).

19. Goji menghalang tumbesaran tumor.

20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.

21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.

22. Goji meningkat limfosit.

23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.

24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.

25. Goji merawat simptom-simptom menapouse.

26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.

27. Goji meningkatkan kesuburan.

28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.

29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.

30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.

31. Goji membantu batuk kering yang kronik.

32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.

33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.

34. Goji membantu sistem penghadaman.

KEGUNAAN GOJI

Jual

Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket dan negara China adalah pengeluar terbesar di dunia.

Masakan

Secara tradisional, gojiberry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.

Masyarakat Asia, terutamanya orang-orang Cina, mencampurkan gojiberry sebagai bahan rempah dalam masakan daging, ikan, dan juga mengadunkan dengan nasi. Juga di adun dalam pembuatan roti sepertimana kismis.

Terdapat juga Gojiberry sebagai salah satu bahan sabun, yogurt dan minyak essential.

Perubatan Tradisional

Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatan herba China, Tibet dan India, bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkatkan tenaga batin dan sistem kesuburan, menguatkan kaki dan tulang, menguatkan sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah dan melanjutkan usia.

Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam arak.

KANDUNGAN GIZI GOJI

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh "The National Library of Medicine", Bethesda, Maryland, Gojiberry mengandungi:
  • 19 asid amino termasuk 8 jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh.
  • 21 unsur zat, termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang ‎ditemui dalam makanan. ‎
  • 13% protein (lebih tinggi berbanding dengan gandum).
  • Rangkaian lengkap anti-oksidan Karotenoid, termasuk beta-karotin (jauh lebih baik dari lobak merah/wortel).
  • Zeaxanthin dan Lutine (melindungi mata dan memperbaiki penglihatan).
  • Vitamin C yang tinggi melebihi kadar yang terkandung di dalam oren.
  • Vitamin B Complex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin E, jarang ditemui dalam buah-buahan, hanya terdapat dalam ‎bijiran.
  • Beta-Sitosterol, agen anti-keradangan, juga menurunkan kadar ‎kolestrol, selalu digunakan untuk merawat masalah seksual, mati pucuk dan masalah ‎prostat.
  • Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon ‎dan melancarkan fungsi otak serta sistem saraf.
  • Cyperone, berfaedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, ‎melegakan ketidak-selesaan ketika haid dan juga digunakan dalam rawatan kanser servik/rahim.
  • Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang berkesan.
  • Physalin, sebatian semulajadi yang aktif mencegah jenis-jenis leukemia dan ‎kanser, digunakan untuk merawat hepatitis B.
  • Betaine, sebatian yang digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, berkesan ‎mententeramkan ketegangan urat-saraf, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pertumbuhan otot ‎dan melindungi penyakit hati berlemak. Betaine juga menyediakan ‎kumpulan methyl dalam tindak-balas tenaga di dalam tubuh, dan membantu mengurangkan paras ‎homocysteine, iaitu penyebab risiko utama kepada penyakit jantung.

Ringkasnya, berdasarkan kepada analisa di atas, Gojiberry memiliki khasiat yang sangat istimewa untuk kesihatan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: khazanahpurba