Friday, December 15, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)

Tanggal 15 Disember merupakan hari ke 349 (hari ke 350 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 16 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)
F-22 Raptor.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto.

Peristiwa

533 - Angkatan pimpinan Belisarius menewaskan Gelimer dan angkatan Vandal dalam Pertempuran Tricamarum, menyempurnakan "Penaklukan Semula Afrika Utara" di bawah Maharaja Byzantine Justinian I.

1256 - Kubu Hashshashin di Alamut - di Iran kini - ditawan dan dimusnahkan oleh Hulagu Khan dan askar-askar Mongol.

1791 - Sepuluh pindaan yang pertama terhadap Perlembagaan Amerika Syarikat, dikenali secara kolektif sebagai Perakuan Hak Amerika Syarikat, disahkan.

1891 - Guru pendidikan jasmani James Naismith memperkenalkan permainan bola keranjang.

1964 - Perdebatan selama enam bulan mengenai bendera kebangsaan Kanada berakhir apabila Dewan Rakyat Kanada mengundi menggantikan bendera de facto Panji Merah Kanada, dengan Bendera Daun Mapel kini.

1965 - Pertemuan angkasa lepas pertama terjadi apabila kapal angkasa lepas NASA Gemini 6A menghampiri Gemini 7 sedekat 30 cm.

1994 - Pelayar web Netscape Navigator 1.0 mula diterbitkan.

2005 - Pesawat pejuang halimunan F-22 Raptor, didakwa Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai yang terhebat hari ini, memasuki perkhidmatan.

2006 - BadVista dimulakan oleh Yayasan Perisian Bebas untuk menentang pengambilan sistem pengendalian baru dari Microsoft, Windows Vista.

2007 - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.

2008 - Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva daripada Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baharu.

2009 - Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner, menjalankan penerbangan sulungnya.

2010 - Kepala Raja Henri IV dari Perancis yang hilang selepas kuburnya dicemarkan, diumumkan dijumpai.

2011 - Amerika Syarikat secara rasminya mengumumkan tamatnya Perang Iraq.

2014 - Pada 15-16 Disember 2014, seorang lelaki bersenjata tunggal, Man Haron Monis, memegang tebusan 17 pelanggan dan pekerja sebuah kafe coklat Lindt yang terletak di Martin Place di Sydney, Australia. Tiga mati dan salah seorang ialah suspek.

Kelahiran

1960 - Mahdzir Khalid, seorang Menteri Besar Kedah ke-9.

1981 - Roman Pavlyuchenko, pemain bola sepak Tottenham Hotspur F.C.

Kematian

1966 - Walt Disney, seorang penerbit filem Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)

sumber: wikipedia

Thursday, December 14, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)

Tarikh 14 Disember merupakan hari ke 348 (hari ke 349 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 17 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)
Vanessa Anne Hudgens.

Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari ini sepanjang tamadun manusia.

Peristiwa

1896 - Sistem metro bawah tanah yang ketiga tertua di dunia, Kereta Api Bawah Tanah Glasgow memulakan operasi di Glasgow, Scotland.

1911 - Penjelajah Norway Roald Amundsen dan pasukannya menjadi manusia pertama tiba di Kutub Selatan.

1918 - Raja Väinö I dari Finland yang berketurunan Jerman melepaskan takhtanya selepas Empayar Jerman tewas dalam Perang Dunia Pertama.

1962 - Mariner 2 menjadi kapal angkasa lepas pertama berjaya terbang melintasi Zuhrah.

1989 - Chile mengadakan pilihan raya bebas yang pertama dalam tempoh 16 tahun dan memilih Patricio Aylwin sebagai presiden baharu republik itu.

1994 - Pembinaan Empangan Tiga Gaung di Sungai Yangtze, China bermula.

1995 - Perjanjian Dayton dimeterai di Paris, Perancis untuk menamatkan Perang Bosnia.

2004 - Jambatan kenderaan tertinggi di dunia pada 343 meter, Jambatan Millau yang merentang lembah Sungai Tarn berhampiran Millau di Perancis dibuka.

2008 - Ketika sidang akhbar di Baghdad, wartawan Iraq Muntadhar al-Zaidi membaling kasutnya kepada Presiden A.S. George W. Bush.

2012 - Seramai 28 orang, termasuk penembak, mati berikutan tembakan amuk di sekolah rendah dekat Connecticut, A.S.

2014 - Banjir di beberapa buah negara Asia Tenggara pada penghujung bulan Disember adalah yang terburuk.

Kelahiran

1946 - Abdul Khalid Ibrahim, seorang Menteri Besar Selangor ke-14.

1979 - Michael Owen, pemain bola sepak Manchester United.

1988 - Vanessa Anne Hudgens, pelakon dan penyanyi asal Amerika.

Kematian

1799 - George Washington, Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

1973 - Osman Gumanti, seniman layar emas Shaw Brothers Ltd. meninggal dunia pada usia 57 tahun di Kuala Lumpur, Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

sumber: wikipedia

Wednesday, December 13, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

Tanggal 13 Disember merupakan hari ke 347 (hari ke 348 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 18 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Malta (1974) dan Hari St. Lucia di Sweden.

Peristiwa

1545 - Reformasi Balas: Persidangan Kristian yang diasaskan Paus Paul III sebagai tindak balas kepada perkembangan Protestantisme, Majlis Trent bermula di Trento, Itali kini.

1577 - Sir Francis Drake meninggalkan Plymouth, England, dengan lima kapal dan 164 orang dalam pelayarannya mengelilingi dunia.

1769 - Kolej Dartmouth di Hanover, New Hampshire, A.S. kini ditubuhkan dengan Piagam Diraja dari Raja British George III dan menjadi universiti terakhir diasaskan di Tiga Belas Koloni sebelum Revolusi Amerika.

1862 - Perang Saudara Amerika: Angkatan tentera Kesatuan di bawah Mejar Jeneral Ambrose Burnside ditewaskan dengan teruk oleh pertahanan Gabungan dalam Pertempuran Fredericksburg.

1937 - Perang China-Jepun Kedua: Tentera Jepun di bawah Jeneral Iwane Matsui menawan Nanjing, China dan mula menjarah, membakar, merogol dan membunuh selama berminggu-minggu.

1981 - Perdana Menteri Poland Wojciech Jaruzelski mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung kesatuan sekerja Solidarność dan memenjarakan ramai pemimpin kesatuan.

2003 - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang oleh tentera A.S. semasa Operasi Subuh Merah dan ditangkap.

2007 - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.

2008 - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.

2011 - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih seratus lagi cedera dalam serangan bunuh diri di Liège, Belgium.

2011 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kelahiran

1989 - Taylor Swift, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Amerika Syarikat.

Kematian

1972 - Abu Bakar Baginda, seorang Menteri Besar Selangor ke-7.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)

sumber: wikipedia

Tuesday, December 12, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)

Tarikh 12 Disember merupakan hari ke 346 (hari ke 347 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 19 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)
Yuan Shikai.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Kenya (1963).

Peristiwa

1531 - Penjelmaan Lady Guadalupe Kami: Juan Diego Cuauhtlatoatzin ternampak Blessed Virgin Mary di luar Bandar Mexico kini.

1897 - Bandar raya terancang yang pertama di Brazil, ibu negeri Minas Gerais Belo Horizonte, dirasmikan sebagai Cidade de Minas.

1901 - Guglielmo Marconi menerima isyarat radio rentas Atlantik yang pertama, dari Stesen Wayarles Poldhu di Cornwall, England ke Menara Cabot di St. John, Newfoundland.

1915 - Presiden Republik China Yuan Shikai mengembalikan pemerintahan beraja dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Hongxian.

1936 – Generalisimo Republik China Chiang Kai-shek diculik oleh Marsyal Zhang Xueliang, seorang bekas hulubalang Manchuria.

1964 - Jomo Kenyatta menjadi Presiden Republik Kenya yang pertama.

1991 - Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia menarik diri daripada Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS).

2011 - Majlis Perlembagaan Tunisia melantik Moncef Marzouki sebagai Presiden Tunisia.

Kelahiran

1912 - Shaari bin Shafie, seorang Menteri Besar Perak ke-3.

Kematian

1894 - John Sparrow David Thompson, Perdana Menteri Kanada ke-4.

2003 - Heydar Aliyev, Presiden Azerbaijan ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

sumber: wikipedia

Monday, December 11, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

Tanggal 11 Disember merupakan hari ke 345 (hari ke 346 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Burkina Faso (1958).

Peristiwa

1282 - Putera Wales yang terakhir memerintah Wales bebas, Llywelyn ap Gruffudd dibunuh dalam satu serangan hendap.

1602 - Geneva berjaya menangkis serangan lewat malam oleh Savoy, satu peristiwa yang diperingati setiap tahun semasa Fête de l'Escalade.

1789 - Universiti Carolina Utara di Chapel Hill, antara universiti awam tertua di Amerika Syarikat dan satu-satunya yang menganugerahkan ijazah pada abad ke-18, mendapat piagamnya.

1931 - Statut Westminster digubal, memberikan kebebasan perundangan kepada Negara Bebas Ireland, Newfoundland, Kanada, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan.

1941 - Kuala Lumpur jatuh ke tangan Jepun bersama-sama 3,000 tawanan perang.

1946 - UNICEF ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB.

1972 – Misi bulan Apollo terakhir, Apollo 17 mendarat di Bulan.

1981 – Perang Saudara El Salvador: Kira-kira 900 orang awam di El Salvador maut dalam pembunuhan beramai-ramai El Mozote.

1993 – 48 orang terbunuh apabila satu blok kondominium Highland Towers runtuh di Hulu Kelang, Selangor.

2006 – Persidangan Holokus bermula di Teheran, Iran, "bagi menyediakan atmosfera saintifik sesuai untuk para sarjana memberikan pandangan dengan bebas terhadap satu isu sejarah".

2006 – Tindakan pertama dalam Perang Dadah Mexico terjadi apabila Presiden Felipe Calderón mengarahkan unit tentera dan polis persekutuan ke negeri Michoacán.

2008 – Broker saham A.S. Bernard Madoff ditahan dan didakwa dengan penipuan pelaburan dalam satu skim Ponzi $50 bilion, yang terbesar dalam sejarah.

2012 – Perdana Menteri Cheick Modibo Diarra meletak jawatan selepas ditahan pemimpin rampasan kuasa Mali dan digantikan oleh Django Sissoko.

Kelahiran

1954 - Prachanda, Perdana Menteri Nepal ke-2.

1961 - Macky Sall, Presiden Senegal ke-4.

1996 - Hailee Steinfeld, pelakon wanita Amerika Syarikat.

1997 - Ridzuan Ahdil.

Kematian

2012 – Pemain sitar dan penggubah klasikal India Ravi Shankar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)

sumber: wikipedia

Sunday, December 10, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)

Tarikh 10 Disember merupakan hari ke 344 (hari ke 345 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 21 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)
Hari Hak Asasi Manusia.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Thailand (1932) dan Hari Hak Asasi Manusia (1948).

Peristiwa

1508 - Negeri-Negeri Paus, Perancis, Aragon dan Empayar Suci Rom membentuk Liga Cambrai, satu perikatan menentang Republik Venice.

1868 - Lampu isyarat yang pertama dipasang di luar Bangunan Parlimen di London.

1898 - Perang Amerika-Sepanyol tamat dengan pemeteraian Perjanjian Paris. Sepanyol mengakui kemerdekaan Cuba dan menjual Guam, Filipina dan Puerto Rico kepada Amerika Syarikat.

1901 - Hadiah Nobel yang pertama dianugerahkan pada hari ulang tahun kematian ke-5 pengasasnya, Alfred Bernhard Nobel.

1936 - Edward VIII memeterai surat cara turun takhta, dan menjadi raja British yang tunggal untuk melepaskan takhta dengan sukarela.

1941 - Perang Dunia Kedua: Pengebom torpedo Tentera Laut Empayar Jepun menenggelamkan kapal induk Tentera Laut Diraja British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse di timur Malaya.

1948 - Perhimpunan Agung PBB menerima Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, penyataan hak asasi sejagat manusia yang pertama.

2010 - Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia, kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.

2012 - John Dramani Mahama terpilih semula sebagai Presiden Ghana.

Kelahiran

1917 - Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Yang Di-Pertuan Agong keenam.

1928 - Ahmad Razali Mohd Ali, seorang Menteri Besar Selangor ke-10.

1987 - Gonzalo Higuaín, pemain bola sepak Real Madrid C.F.

Kematian

1865 - Leopold I, Raja Belgium.

1917 - Mackenzie Bowell, Perdana Menteri Kanada ke-5.

2012 - Iajuddin Ahmed, bekas Presiden Bangladesh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Disember)

sumber: wikipedia

Saturday, December 09, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Disember)

Tanggal 9 Disember merupakan hari ke 343 (hari ke 344 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 22 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Disember)
Coronation Street.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Tanzania (1961) dan Hari Angkatan Tentera di Peru.

Peristiwa

1897 - Pelakon pentas, wartawan dan pejuang hak mengundi untuk wanita terkenal, Marguerite Durand menubuhkan akhbar kewanitaan La Fronde.

1905 - Undang-undang mengenai perpisahan antara gereja dan kerajaan di Perancis diterimaguna, dan mencetuskan keingkaran awam oleh Katolik Perancis.

1917 - Perang Dunia Pertama: Jerusalem ditawan oleh United Kingdom Great Britain dan Ireland.

1941 - MS Awazisan Maru yang karam berdekatan pantai Kelantan di pantai timur Malaysia menjadi kapal Jepun pertama yang karam semasa Perang Dunia Kedua

1946 - Perbicaraan bagi doktor yang didakwa terlibat dalam penguji kajian manusia Nazi semasa Perang Dunia Kedua bermula di Nuremberg, Jerman.

1958 - Persatuan John Birch ditubuhkan untuk menentang ancaman komunisme yang dirasakan di Amerika Syarikat.

1960 - Coronation Street, siri sandiwara lipur lara televisyen yang paling lama di United Kingdom, disiarkan buat pertama kali di ITV.

1961 - Tanganyika mendapat kemerdekaan daripada Britain (sebelum menjadi sebahagian daripada Tanzania 3 tahun kemudian).

1979 - Satu suruhanjaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesahkan pembasmian sejagat penyakit cacar, menjadikannya satu-satunya penyakit berjangkit manusia yang berjaya dibasmi secara menyeluruh.

1990 - Lech Wałęsa menjadi Presiden Poland pertama dilantik melalui pilihan raya presiden langsung selepas jatuhnya komunisme di Eropah Timur.

2008 - Rusuhan anti-polis terjadi di Athens dan beberapa bandar lain di Greece.

Kelahiran

1952 - Michael Dorn, pelakon A.S.

1943 - Toto, adalah seorang pemeran dan kemudian menjadi sutradara, penulis skenario dan produser Indonesia. (d. 2010).

1952 - Abu Bakar, partai politik partaui Demokrasi Indonesia Perjuangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Disember)

sumber: wikipedia

Friday, December 08, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Disember)

Tarikh 8 Disember merupakan hari ke 342 (hari ke 343 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 23 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Disember)
Lim Guan Eng.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Romania, Perayaan Konsepsi Suci dalam Gereja Roman Katolik dan Hari Bodhi di Jepun.

Peristiwa

1609 - Bilik bacaan Biblioteca Ambrosiana Milan dibuka kepada awam, menjadi perpustakaan awam kedua di Eropah.

1854 - Paus Pius IX mengisytiharkan takrif dogmatik untuk Konsepsi Suci.

1941 - Perang Dunia Kedua: Takashi Sakai dan Tentera Darat Empayar Jepun menyerang Hong Kong dan dengan cepatnya mencapai keunggulan udara melalui pengeboman Lapangan Terbang Kai Tak.

1941 - Holocaust: Kem tumpuan Chelmno di Poland, kem penghapusan Nazi pertama yang menggunakan gas beracun, memulakan operasinya.

1980 - Mark David Chapman menembak bekas anggota Beatle John Lennon di luar pangsapuri The Dakota di Bandar Raya New York, A.S.

1987 - Konflik Arab-Israel: Seorang pengangkut kereta kebal Israel membunuh empat pelarian Palestin dan mencederakan tujuh lagi semasa satu kemalangan di Lintasan Erez di sempadan Israel–Genting Gaza, mencetuskan Intifada Pertama.

1991 - Para pemimpin Belarus, Rusia dan Ukraine berjumpa untuk membubarkan Kesatuan Soviet dan mengasaskan Komanwel Negara-Negara Merdeka.

2004 - 12 negara Amerika Selatan menandatangani Perisytiharan Cusco, membentuk asas Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan, sebuah kesatuan serupa Kesatuan Eropah.

Kelahiran

1960 - Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4.

Kematian

2016 - Angkasawan Amerika Syarikat, John Glenn meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Disember)

sumber: wikipedia