Friday, December 08, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Disember)


Tarikh 8 Disember merupakan hari ke 342 (hari ke 343 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 23 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Disember)
Lim Guan Eng.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Romania, Perayaan Konsepsi Suci dalam Gereja Roman Katolik dan Hari Bodhi di Jepun.

Peristiwa

1609 - Bilik bacaan Biblioteca Ambrosiana Milan dibuka kepada awam, menjadi perpustakaan awam kedua di Eropah.

1854 - Paus Pius IX mengisytiharkan takrif dogmatik untuk Konsepsi Suci.

1941 - Perang Dunia Kedua: Takashi Sakai dan Tentera Darat Empayar Jepun menyerang Hong Kong dan dengan cepatnya mencapai keunggulan udara melalui pengeboman Lapangan Terbang Kai Tak.

1941 - Holocaust: Kem tumpuan Chelmno di Poland, kem penghapusan Nazi pertama yang menggunakan gas beracun, memulakan operasinya.

1980 - Mark David Chapman menembak bekas anggota Beatle John Lennon di luar pangsapuri The Dakota di Bandar Raya New York, A.S.

1987 - Konflik Arab-Israel: Seorang pengangkut kereta kebal Israel membunuh empat pelarian Palestin dan mencederakan tujuh lagi semasa satu kemalangan di Lintasan Erez di sempadan Israel–Genting Gaza, mencetuskan Intifada Pertama.

1991 - Para pemimpin Belarus, Rusia dan Ukraine berjumpa untuk membubarkan Kesatuan Soviet dan mengasaskan Komanwel Negara-Negara Merdeka.

2004 - 12 negara Amerika Selatan menandatangani Perisytiharan Cusco, membentuk asas Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan, sebuah kesatuan serupa Kesatuan Eropah.

Kelahiran

1960 - Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4.

Kematian

2016 - Angkasawan Amerika Syarikat, John Glenn meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon