Thursday, December 07, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Disember)


Tanggal 7 Disember merupakan hari ke 341 (hari ke 342 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 24 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Disember)
Emily Browning.

Hari juga merupakan sambutan Hari Bendera Angkatan Tentera di India dan Día de las Velitas di Colombia.

Peristiwa

43 SM - Pemidato dan ahli gaya prosa terkenal Rom Cicero dibunuh selepas diselar secara rasmi sebagai musuh negara.

1732 - Royal Opera House dibuka di Covent Garden, London, England.

1815 - Marsyal Perancis Michel Ney dihukum tembak sampai mati dekat Taman Luxembourg, Paris kerana menyokong Napoleon Bonaparte.

1869 - Penjahat Amerika Jesse James menjalankan rompakan bank pertamanya yang disahkan di Gallatin, Missouri.

1941 - Perang Dunia Kedua: Tentera Laut Empayar Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbor di Hawaii.

1949 - Perang Saudara China: Kerajaan Republik China berpindah dari tanah besar China ke Taipei di pulau Taiwan.

1965 - Perpecahan Timur-Barat: Bapa Athenagoras I dari Constantinople dan Paus Paul VI mengeluarkan pengisytiharan bersama Katolik-Ortodoks dan dengan itu, membubarkan secara serentak pengucilan saling yang wujud sejak 1054.

1972 - Anak kapal Apollo 17 mengambil gambar "Guli Biru", imej jelas pertama muka cerah Bumi, dalam perjalanan mereka ke Bulan.

1995 - Kapal angkasa lepas Galileo tiba di Musytari, enam tahun lebih sedikit selepas dilancarkan oleh bolak-balik angkasa lepas Atlantis dalam misi STS-34.

2007 - Sebuah baj kren hanyut terlanggar sebuah kapal tangki berhampiran Daesan, Korea Selatan, menyebabkan tumpahan minyak terteruk negara itu.

2009 - Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka di Copenhagen, Denmark.

Kelahiran

1980 - John Terry, pemain bola sepak Chelsea F.C.

1988 - Emily Browning, pelakon Australia.

Kematian

1967 - Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin, seorang Menteri Besar Kedah ke-3.

2006 - Kim Hyung-chil, seorang atlet equestrian Korea Selatan di Sukan Asia XV.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon