Wednesday, December 06, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Disember)


Tarikh 6 Disember merupakan hari ke 340 (hari ke 341 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 25 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Disember)
Masjid Babri di Ayodhya dimusnahkan pelampau Hindu pada tahun 1992.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Finland (1917) dan Hari Perlembagaan di Sepanyol.

Peristiwa

1534 – Lebih 200 peneroka Sepanyol yang diketuai konkuistador Sebastián de Belalcázar mengasaskan bandar Quito, Ecuador.

1768 - Edisi mingguan pertama Ensiklopedia Britannica diterbitkan, di Edinburgh, Scotland.

1865 - Perhambaan di Amerika Syarikat dihapuskan apabila Pindaan Ketiga Belas kepada Perlembagaan diterimaguna.

1917 - Sebuah kapal di Pelabuhan Halifax yang membawa trinitrotoluen (TNT) dan asid pikrik terbakar dan meletup selepas berlanggar dengan sebuah kapal lain, dan memusnahkan Halifax, Nova Scotia, Kanada.

1922 - Negara Bebas Ireland diwujudkan tepat setahun selepas pemeteraian Perjanjian Inggeris-Ireland.

1957 - Projek Vanguard: Percubaan melancarkan satelit Amerika Syarikat yang pertama gagal dengan letupan (gambar) di landas pelancaran di Cape Canaveral.

1989 - Marc Lepine membunuh 14 orang wanita dalam pembunuhan beramai-ramai Ecole Polytechnique di Montreal.

1992 - Masjid Babri di Ayodhya dirobohkan oleh anggota Vishva Hindu Parishad dan kumpulan lain, yang mendakwa ia dibina di atas tempat kelahiran Rama.

2008 - Tragedi tanah runtuh berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor, Malaysia.

2011 - Selepas 541 hari rundingan, kerajaan baharu Belgium mengangkat sumpah, dengan Elio Di Rupo sebagai Perdana Menteri.

Kematian

1990 - Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

2005 - Devan Nair, Presiden Singapura ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon