Wednesday, February 27, 2019

Sony Xperia 1, Smartphone Pertama Guna Skrin OLED 4K

Sony Xperia 1, Smartphone Pertama Guna Skrin OLED 4K

Jika sebelum ini Sony pernah menjadi pengeluar pertama di dunia yang hadir dengan telefon pintar menggunakan skrin 4K menerusi Xperia XZ Premium, kali ini perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Sony hadir dengan telefon pintar pertama di dunia menggunakan paparan OLED 4K yang dinamakan Xperia 1.

Sony Xperia 1

Sony Xperia 1 bukan sahaja menawarkan paparan beresolusi ultra berdifinisi tinggi tetapi hadir dengan rekaan skrin nisbah 21:9, menjadikan rekaan telefon pintar ini agak panjang berbanding telefon pintar lain di pasaran.

Menariknya paparan CinemaWide ini, ia membawakan sokongan HDR untuk pengalaman menonton yang lebih imersif yang mampu memainkan kandungan HDR 21:9 di Netflix dan Amazon.

KAMERA

Bukan itu sahaja, Sony Xperia 1 turut menjadi telefon pintar pertama Sony yang dilengkapi tri kamera belakang, walaupun ciri ini sudah lama ada pada peranti keluaran lain, tri kamera belakang ini menempatkan tiga sensor 12MP yang mana sensor utama datang dengan bukaan f/1.6.

Ia juga diperketatkan dengan teknologi Optical SteadyShot (OIS+EIS) dan Dual Pixel autofocus. Dua sensor yang selebihnya pula membolehkan pengguna mengambil gambar jauh sehingga 2x zoom atau gambar bersudut ultra-lebar.

SUNTINGAN VIDEO

Rakaman video pada peranti ini membolehkan pengguna merakam video seperti di dalam filem menerusi mod CinemaPro pada nisbah 21:9.

Sony turut menyertakan CineAlta pada aplikasi Cinema Pro yang mana membolehkan pengguna menyunting video, pengubah warna, dan menguruskan projek video terus pada telefon pintar.

GAME

Bagi permainan mudah alih pula, buat masa ini Fortnite antara permainan yang menyokong ciri penuh pada skrin memanjang ini.

SPEAKER

Untuk bunyi sekeliling yang lebih menyeluruh, ia menyediakan sistem speaker stereo berteknologi Dolby Atmos.

RAM

Peranti ini diperkasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan 6GB RAM bersama pilihan storan 64GB atau 128GB – juga boleh diperluaskan dengan kad microSD sehingga 512GB.

BATERI

Sony Xperia 1

Melihat pada bateri, ia cuma dibekalkan dengan kapasiti bersaiz 3,330mAh serta menyokong ciri USB Power Delivery (PD) tetapi tidak diberikan terus dari kotak.

KALIS AIR

Sony Xperia 1 didatangkan dengan kerangka badan kalis air dan debu IP68, panel Corning Gorilla Glass 6, dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi kerangka terpisah dengan butang kuasa.

HARGA

Perant ini akan berada di pasaran sekitar bulan Mac hingga Jun pada harga yang belum didedahkan lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: teknoratz

Nokia 9 PureView Terbaharu, 6GB RAM, 5 Kamera Belakang ZEISS

Nokia 9 PureView Terbaharu, 6GB RAM, 5 Kamera Belakang ZEISS

Nokia 9 PureView kini diperkenalkan secara rasmi di acara MWC 2019, Barcelona, merupakan telefon pintar mercu yang menawarkan bukan dua, bukan tiga, tetapi lima kamera belakang berteknologi ZEISS.

Nokia 9 PureView

Menurut HMD, Nokia 9 PureView dilengkapi perkakasan kelas atasan seperti paparan skrin pOLED 5.99-inci QHD+, memori 6GB RAM dan 128GB storan. Selain itu, ia turut memuatkan bateri berkapasiti 3,320mAh yang juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi, sokongan kalis air dan debu IP67, Bluetooth 5.0 dan sokongan keselamatan pengimbas cap jari dalam skrin.

Kamera

Nokia 9 PureView membawakan 5 kamera 12MP f/1.8 (keseluruhan 60MP), dua daripadanya menggunakan sensor RGB (warna), dan tiga daripadanya menggunakan sensor monokrom (hitam-putih).

Sementara kamera swafoto pula menawarkan sensor 20MP. Penggambaran peranti ini turut dibantu aplikasi suntingan gambar terbina iaitu Lightroom.

Bagaimanapun, peranti ini tidak dijana cip pemproses terbaharu sebaliknya hanya dikuasakan Qualcomm Snapdragon 845, tetapi sistem operasinya telah diperkasakan dengan antaramuka android asli berasaskan Android 9 Pie.

Nokia 9 Pureview Picture

Ternyata sokongan lima lensa ZEISS beresolusi 12MP (f/1.8) ini dilihat berupaya menjanjikan kualiti penggambaran yang sangat menakjubkan.

Ini jelas dapat dilihat melalui perkongsian koleksi hasil gambar yang telah dikongsikan pengguna.

Harga

Nokia 9 PureView akan dipasarkan tidak lama lagi dengan harga sekitar RM2,845.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, January 02, 2019

Smartphone Nokia Tidak Boleh Guna Whatsapp!

Smartphone Nokia Tidak Boleh Guna Whatsapp!

Portal berita Mirror UK melaporkan, telefon bimbit berjenama mewah seperti Vertu Signature S misalnya yang berharga sekitar £8,000 iaitu (RM42,280) dilaporkan tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp.

WhatsApp Banned 2019

Walaupun memiliki telefon bimbit mahal, itu bukan jaminan pemiliknya boleh menggunakan aplikasi ‘WhatsApp’.

Masalah ini dilaporkan berlaku kerana peranti yang menggunakan sistem operasi Series 40 (S40) tidak lagi disokong pada 2019.

Ini kerana, kata portal itu, hayat model telefon mewah tersebut telah melebihi 10 tahun dan kebiasaanya ramai penggguna telah membeli telefon yang baharu untuk mengantikan telefon tersebut.

Bukan hanya telefon mahal jenama itu yang tidak boleh menggunakan WhatsApp, bahkan Mirror UK juga melaporkan, lebih banyak peranti utama seperti Nokia 6300 juga terjejas.

Perubahan ini mungkin memberi kesan yang besar kepada sebilangan golongan khususnya warga emas yang hanya menggunakan telefon untuk berkomunikasi bersama keluarga dan bukan daripada kategori pengemar teelfon pintar.

Sementara itu, masalah yang sama turut menimbulkan permasalahan kepada keluarga yang berasal dari kumpulan berpendapatan rendah.

Model terakhir yang dihasilkan S40 ialah Nokia 515 yang dikeluarkan pada tahun 2013.

Terdahulu, WhatsApp menghalang peranti ini daripada mendaftar dengan perkhidmatan tersebut.

Dalam masa yang sama WhatsApp berkata model-model telefon berikut juga akan terjejas:
  • Model Nokia 206 Single SIM dan dual SIM
  • Nokia 208
  • Edisi Chat Nokia Nokia 301 tunggal dan dual chat
  • Nokia 515 Preinstalled WhatsApp baharu
  • Nokia Asha 201
  • Edisi Chat Nokia Asha 205
  • Nokia Asha 210
  • Nokia Asha 230 SIM Single dan model SIM dwi
  • Nokia Asha 300
  • Nokia Asha 302
  • Nokia Asha 303
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 306
  • Nokia Asha 308
  • Nokia Asha 309
  • Nokia Asha 310
  • Nokia Asha 311
  • Nokia Asha 500
  • Nokia Asha 501
  • Nokia Asha 502
  • Nokia Asha 503
  • Nokia C3-00
  • Nokia C3-01
  • Nokia X2-00

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, November 21, 2018

Smartphone Realme C1, Realme 2, Realme 2 Pro Untuk Pasaran Asia Tenggara

Smartphone Realme C1, Realme 2, Realme 2 Pro Untuk Pasaran Asia Tenggara

Realme merupakan sub-jenama daripada OPPO yang memfokuskan kepada penghasilan peranti berspesifikasi menarik pada harga mampu-milik, telah memperkenalkan tiga peranti baru mereka untuk pasaran Asia Tenggara, menerusi Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1.

Smartphone Realme

Selari dengan slogan 'Proud to be Young', Realme, yang ditubuhkan secara rasmi pada 4 Me 2018, menumpukan kepada merevolusikan telefon pintar bagi generasi muda, menggabungkan prestasi terbaik dengan gaya kontemporari.

Sebelum ini, Realme menyaksikan rekod jualan yang hebat di India iaitu sebanyak 200,000 unit Realme 2 dijual dalam tempoh lima minit selepas ia dilancarkan secara rasmi, manakala di Indonesia, 15,000 unit Realme 2 hanya dalam 10 minit

Realme C1

Apa yang paling mengejutkan, Realme turut menawarkan Realme C1 iaitu smartphone kelas asas untuk bersaing dengan Redmi 6A Xiaomi.

Smartphone ini memberi rekaan yang jauh lebih menarik, rekaan bertakuk dan sokongan dwi-kamera, juga dilihat menewaskan pesaingnya dengan penggunaan cip Snapdragon yang lebih lancar bersama kapasiti bateri tinggi.

Untuk spesifikasi penuhnya, Realme C1 didatangkan dengan skrin 6.2-inci, cip Snapdragon 450, memori 2GB RAM dan storan dalaman 16GB, juga tampil dengan sokongan dwi-kamera 13+5MP, kamera hadapan 5MP, bateri berkapasiti 4230 mAh dan mempunyai mod AI bagi swafoto dan 16.7 juta warna skrin menjadikannya lebih jelas dan nyata.

Realme 2

Memandangkan ia disasarkan kepada golongan muda, kamera untuk Realme 2 juga adalah terbaik dengan 13 megapiksel (MP) untuk kamera belakang dan 2MP untuk bahagian depan dengan pelbagai ciri fotografi.

Realme 2 merupakan peranti kelas permulaan yang hadir dengan rekaan yang menarik, turut membawakan rekaan dengan kemasan potongan berlian pada binaan polikarbonat, bagi memberikan penampakan peranti yang elegan seperti yang dilihat pada OPPO R1x.

Ia juga hadir dengan rekaan takuk di bahagian hadapan untuk memberi paparan yang lebih luas, turut menampilkan skrin bersaiz 6.2-inci pada resolusi HD+, cip Snapdragon 450 dan pilihan konfigurasi 3GB RAM/32GB dan 4GB RAM/64GB.

Turut melengkapkan lagi peranti ini ialah sokongan dwi-kamera 13MP+2MP, kamera hadapan 8MP dan kapasiti bateri yang besar iaitu setinggi 4230 mAh.

Realme 2 Pro

Selain Realme 2, Realme juga membawa masuk Realme 2 Pro untuk memenuhi penggunaan berkuasa, membawakan rekaan berasaskan plastik seperti Realme 2, namun ia kelihatan seolah-olah hadir dengan binaan berasaskan kaca.

Binaan takuknya juga dilihat mengikuti OPPO F9, dengan menyajikan rekaan takuk seumpama titisan air di atas skrin.

Dari segi spesifikasi, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 6.3-inci pada resolusi FHD+, cip Snapdragon 660 dan hadir dalam tiga pilihan konfigurasi iaitu 4GB RAM/64GB, 6GB RAM/64GB dan 8GB RAM/128GB (UFS 2.1).

Realme 2 Pro turut menampilkan sokongan dwi-kamera 16MP f/1.7 + 2MP, kamera hadapan 16MP, sensor IMX398 untuk menyokong pemfokusan dua teras serta ciri kecantikan AI bagi mengenalpasti 296 titik pengesanan wajah dan lebih lapan juta penyelesaian gambar dan bateri berkapasiti 3500 mAh.

Android 8.1 Oreo

Seperti peranti OPPO, ketiga-tiga peranti Realme ini turut dijana dengan ColorOS 5 yang dibina berasaskan Android 8.1 Oreo.

Melalui penyertaan antaramuka ini, ia telah menyediakan sejumlah fungsi menarik seperti sokongan AI dan AR Stickers pada kamera, pengoptimasian prestasi dan kebolehan tema yang boleh dimuat-turun oleh pengguna.

Harga

Di pasaran Malaysia, Realme 2 dijual bermula pada harga RM599, Realme 2 Pro RM849 dan Realme C1 RM449.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Tuesday, October 30, 2018

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

Smartphone OnePlus 6T akhirnya diumumkan secara rasmi dan port audio 3.5mm dinyahkan selama-lamanya daripada badan telefon ini. Dilancarkan selang 5 bulan daripada OnePlus 6, kini anda boleh menjangkakan penambahbaikan minimum pada model sebelum. Paling ketara adalah pada rupa fizikalnya.

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

Pada bahagian belakang, pengimbas cap jari turut dibuang untuk beri laluan pada pengimbas cap jari terbina dalam badannya. OnePlus menjanjikan kepantasan nyahkunci sehingga 0.34 saat.

Bahagian depan kini menampilkan notch berbentuk titisan air berbanding notch kolam mandi. Ia menyumbang pada nisbah paparan-ke-badan yang lebih tinggi, 86%.

Paparannya kini sebesar 6.41″ dengan teknologi AMOLED dengan resolusi HD Penuh.

Kapasiti bateri turut diperbesar kepada 3,700 mAh daripada 3,300 mAh dan boleh dicas pantas tapi masih tiada Qi Wireless Charger.

OnePlus 6T Battery

Spesifikasi teknikal masih dikekalkan dan anda beroleh telefon dengan komponen seperti:
  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 128GB/256GB

Bahagian pengimejan turut kekal. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang 12MP+20MP dan kamera depan 16MP.

Sungguhpun sama, OnePlus memaklumkan perisian kamera nyata ditambah baik untuk berikan pengalaman kamera yang lebih baik.

OnePlus 6T Set Rasmi Di Malaysia

OnePlus 6T akan mula dijual pada 8 November 2018 ini dan kempen tempahan berjalan daripada 30 Oktober 2018 hingga 7 November 2018.

Harga OnePlus 6T yang akan dijual di Malaysia adalah seperti berikut:
  • RAM 6GB + Storan 128GB – RM2,588
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RM2,888
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM3,188

OnePlus 6T adalah produk terbaru daripada OnePlus yang dilancarkan di New York pada 29 Oktober 2018 lalu.

OnePlus 6T Kamera

Ia adalah sebuah flagship dengan komponen seperti:
  • Skrin 6.4″ OLED.
  • CPU Snapdragon 845.
  • RAM sehingga 8GB.
  • Storan sehingga 512GB.
  • Dwikamera belakang 12MP+20MP.
  • Kamera depan 16MP.
  • Bateri 3,700 mAh.

Perbezaan OnePlus 6T dengan OnePlus 6 adalah pada notch yang lebih kecil, bateri sedikit besar dan cap jari dibina di dalam paparan itu sendiri.. Jika anda memiliki 6, naik taraf kepada 6T adalah amat minimum.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soyacincau | soyacincau2

Thursday, October 18, 2018

iPhone XR, XS dan XS Max, Apa Kelebihan Smartphone Terbaharu Apple Ini?

iPhone XR, XS dan XS Max, Apa Kelebihan Smartphone Terbaharu Apple Ini?

Bagi pengguna Apple, mereka pastinya teruja menanti tiga model terbaharu telefon pintar itu yang terdiri daripada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

iPhone XR, XS, XS Max

Apple Malaysia bakal melancarkan iPhone XR, model 64GB bernilai RM3,599, model 128GB bernilai RM3,849 dan model 256GB berharga RM4,290 yang boleh didapati dalam enam warna iaitu putih, hitam, biru, kuning, koral dan merah.

Peranti ini akan dilengkapi dengan Earpods dan penyambung kilat, penyambung kilat ke kabel USB dan penyesuai kuasa USB 5W.

Airpod tanpa wayar pula dijual berasingan pada harga RM649.

Skrin

iPhone XR mempunyai paparan 6.1 inci HD dan menggunakan cip Bionic A12 yang dikuasakan oleh iOS 12.

Kamera

Lain-lain ciri utama adalah kamera 12 megapiksel lebar (f/1.8) dengan lima kali digital zoom, kamera depan tujuh megapiksel (f/2.2), video rakaman 4K dan kekunci ID wajah dibuka.

iPhone XS

Jika anda sedang mencari iPhone XS dengan paparan 5.8 inci, bersiap sedia menyediakan RM4,999 untuk versi 64GB, RM5,699 untuk 256GB dan RM6,649 untuk 512GB.

iPhone XS Max

iPhone XS Max dengan paparan 6.5 inci pula bernilai RM5,399 untuk model 64GB, RM6,099 untuk 256GB dan RM7,049 untuk 512GB.

Apa yang menarik dengan tiga model baharu iPhone ini?

Diperkenalkan kepada dunia menerusi Apple Event 2018, ia ternyata mengikut jejak siri X yang pertama, iPhone X yang tidak mempuyai home button seperti model-model terdahulu.

Sebagai pengganti, ia menggunakan sistem pengecaman wajah yang dikenali sebagai Face ID.

Selain harga yang membuatkan anda berfikir beberapa kali untuk membelinya, agaknya apa lagi yang menarik mengenai tiga model baharu ini?

Sudah tentu kebolehan kamera menjadi aspek utama yang menjadi bualan ramai.

Kualiti Gambar

Menerusi model ini, Apple memperkenalkan pengesan imej (image sensor) bagi meningkatkan kualiti foto.

Malah, cip yang lebih berkuasa dipasang supaya peranti itu berupaya menganalisis kondisi cahaya dengan lebih tepat.

Bukan itu sahaja, fungsi bokeh atau blurred mode juga dikatakan lebih tajam dan tepat menerusi tiga model ini.

Skrin OLED

Model XS dan XS Max dihasilkan dengan paparan skrin OLED manakala XR pula dihadirkan dengan skrin yang lebih murah iaitu LCD. Ia turut ditawarkan dengan pilihan warna seperti merah, kuning dan biru.

Dual Sim

Selain itu, model XS dan XS Max turut menyokong fungsi dual-simcard membolehkan pengguna Apple buat pertama kali menggunakan dua nombor telefon dalam satu peranti sahaja.

Namun, inovasi itu ternyata mengundang ketawa sebilangan individu kerana fungsi dual-simcard sudah lama diperkenalkan menerusi telefon Android.

RAM

Dari aspek RAM pula, XS dan XS Max menawaran 4GB RAM manakala XR ditawarkan hanya 3GB RAM sahaja.

XS dan XS Max masing-masing boleh dibeli dengan pilihan storan 64, 256 atau 512GB.

Model XR pila menawarkan pilihan storan 64, 128 dan 256GB.

iOS 12

Selain pengenalan tiga model itu, pengguna Apple juga pastinya sedang berada dalam fasa peralihan apabila sistem operasi iOS 12 baru sahaja diperkenalkan.

Pembantu digital Siri, sistem notifikasi berkumpulan, kamera augmented reality (AR) merupakan antara penambahbaikan dalam sistem operasi itu.

Menerusi iOS 12, notifikasi yang bertalu-talu tidak lagi menjadi masalah kerana ia bakal dikelaskan dalam kumpulan sekali gus menjadikan peranti anda lebih sistematik.

Peminat setia jenama iPhone sebelum juga dikejutkan dengan berita bahawa iPhone X sudah dihentikan pengeluarannya oleh Apple.

Namun, stok yang masih belum terjual akan terus tersedia di mana-mana gedung Apple di seluruh dunia.

Dijangka harga untuk model-model terdahulu iPhone juga akan mengalami penurunan seiring dengan pengenalan tiga model baharu ini.

Apa kata anda? Yang mana menjadi pujaan hati? Tepuk dada tanya selera.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | mstar2

Wednesday, October 17, 2018

Smartphone Google Pixel 3 Tawar Kamera Berkualiti!

Smartphone Google Pixel 3 Tawar Kamera Berkualiti!

Selepas hampir beberapa bulan peminat Android dan Google berteka-teki dengan pelbagai ura-ura yang dikeluarkan, akhirnya Google telah mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Google Pixel 3 XL

Pelancaran yang dibuat pada kali ini nampaknya tidak mengujakan para peminat kerana segala ura-ura yang diumumkan sebelum ini ternyata benar-benar belaka.

Untuk maklumat lanjut, berikut merupakan apa yang menarik dan ditawarkan Google bagi model Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Rekabentuk dan warna

Dari segi rekabentuk, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL nampaknya masih lagi mengekalkan rekabentuk yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, dalam usaha menawarkan saiz skrin yang lebih besar, Pixel 3 XL turut hadir dengan notch yang sangat janggal untuk dipaparkan dan berdasarkan komen awal netizen, jelas ramai yang tidak menyukainya.

Seperti tahun lalu, Google telah menamakan tiga warna yang diperkenalkan dengan gaya yang lebih cool iaitu clearly white , only black dan juga not pink.

Spesifikasi

Seperti yang diumumkan ura-ura sebelum ini, Googel Pixel 3 dan Pixel 3 XL dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 dan RAM 4GB.

Meskipun ramai yang mengharapkan RAM 6GB, Google nampaknya tidak menyertakannya pada model tahun 2018 ini.

Berbeza dari tahun lalu, Google Pixel siri tahun ini hadir dengan saiz skrin yang lebih besar dimana Google Pixel 3 hadir dengan skrin 5.5-inci manakal Pixel 3 XL hadir dengan skrin 6.3-inci.

Masing-masing berjaya hadir dengan skrin yang lebih besar melalui penyertaan bezel yang lebih nipis.

Menariknya, model terbaru ini turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar dimana pengguna perlu mendapatkan Google Pixel Stand.

Penawaran teknologi ini turut dibantu dengan penggunaan kaca pada bahagian belakang model ini.

Kamera

Google Pixel 3 Kamera

Sebut sahaja mengenai Google Pixel mungkin ramai yang sudah cukup kenal mengenalinya kualiti kameranya.

Melalui model terbaharu ini, Google masih lagi mengekalkan trend satu kamera pada bahagian hadapan dengan belakang serta menjamin kualiti yang lebih baik.

Kamera yang disertakan pada bahagian belakang hadir dengan lensa 12-megapixel f/1.8 manakala kamera hadapan hadir dengan 8-megapixel f/2.2.

Meskipun model ini hadir dengan satu kamera pada bahagian hadapan dan belakang, Google yakin dengan teknologinya yang mampu menawarkan kualiti yang lebih baik berbanding model-model telefon pintar yang lain.

Berikut merupakan perbezaan kualiti kamera Google Pixel 3 dengan Apple iPhone XS. Jelas kualiti yang ditawarkan Google Pixel 3 jauh lebih hebat berbanding Apple iPhone XS.

Google Pixel 3 vs iPhone

Harga

Dari segi harga, Google Pixel 3 akan mula ditawarkan pada harga $799 (~RM3,321.84) manakala Pixel 3 XL bakal ditawarkan pada harga $899 (~RM3,737.59).

Malaysia sekali lagi tidak tersenarai sebagai negara yang menawarkan pengedar rasmi.

Buat anda yang berminat kemungkinan perlu mendapatkan import set yang mungkin bakal ditawarkan dengan harga yang sedikit tinggi.

Adakah Google Pixel 3 telefon pintar Android terbaik dan berbaloi untuk dimiliki?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, October 16, 2018

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Sekiranya pada awal tahun 2019 ini ramai yang terkejut dan mengangap pengenalan telefon pintar dengan tiga kamera dibelakang sudah cukup banyak, Samsung pula merupakan smartphone pertama di dunia yang memperkenalkan telefon pintar dengan empat kamera.

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Berita yang pada mulanya bermula dengan sekadar ura-ura nampaknya berjaya menjadi kenyataan melalui acara pelancaran rasmi Samsung Galaxy A7 dan A9.

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi, model Galaxy A9 hadir dengan skrin 6.3-inci SAMOLED dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 710.

Model ini turut hadir dengan saiz storan yang agak tinggi iaitu 512 GB dengan penyertaan RAM 6/8 GB mengikut variasi model.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah yang membezakan setiap lensa yang ditawarkan Samsung Galaxy A9?

Kamera

Kamera belakang model ini hadir dengan gabungan empat kamera 24, 10, 8 dan 5 megapixel manakala kamera utamanya dilengkapi 24-megapixel untuk tangkapan biasa dengan lensa f/1.7.

Kamera kedua hadir dengan lensa zoom optikal 2X manakala kamera ketiga merupakan wide lens dan terakhir sekali lensa keempat dilengkapi dengan lensa f/2.2.

Bahagian hadapan model ini pula dilengkapi kamera 24-megapixel untuk berswafoto.

Samsung A9 Kamera

Model A9 ini akan mula ditawarkan pada bulan November 2019 dan setakat ini, tanda harga bagi model inovatif dan unik dari Samsung ini masih belum diumumkan.

Mungkinkah akan terdapat model dengan lima kamera tidak lama lagi?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket