Sunday, March 01, 2015

Filem Pendek Dragon Ball Menentang Androids

Filem Pendek Dragon Ball Menentang Androids

Channel RobotUnderdog2 di Youtube telah membuat sesuatu yang sangat ohsem!

Dragon Ball Z

Mereka telah menghasilkan sebuah filem pendek Dragon Ball Z mengenai Gohan and Trunks di dalam pertarungan untuk survival menentang Androids.

Peminat-peminat Dragon Ball pasti teruja untuk menontonnya. Apatah lagi filem pendek ini dibiayai dan dihasilkan sepenuhnya oleh peminat.

Filem pendek ini lebih menarik berbanding dengan Dragon Ball Z: Evolution.

Dengan menggunakan kos yang rendah dan latihan yang baik, ia memberikan efek yang sangat baik.

Jalan ceritanya juga agak bagus. Mereka mengambil kisah Trunks dari masa hadapan bersama Gohan melawan No. 17 dan 18.

Pasti peminat Dragon Ball akan terimbau kembali zaman membaca komik lejen ini.

Kami rasa Fan-Made ini sungguh epik! Anda rasa bagaimana?

BACA INI JUGA: 10 Filem Blockbuster Wajib Tonton 2015



Sumber: Thevocket.com

Thursday, February 26, 2015

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringan keduanya di Parc des Princes, beberapa minggu lalu dengan menanggalkan jersi Paris Saint-Germain yang mendedahkan nama 50 orang paling dekat dengan hatinya.

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [2]

Disebabkan itu dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil Franck Schneider dan terlepas perlawanan Ligue One dengan Monaco.

Namun, tahukah anda semua makna disebalik semua tatu pada badan Zlatan Ibrahimovictersebut?

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [3]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [5]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [6]

MAKNA DI SEBALIK TATU IBRAHIMOVIC

Pergelangan tangan kiri dan kanan: ‘Ibrahimovic Code’ tarikh lahir keluarganya. Pergelangan tangan kanan menunjukkan bila bapa, abang, adik lelaki dan dua anak lelakinya dilahirkan.

Lengan kanan: Nama bapanya ‘Sefik’ dan dua anak lelakinya ‘Maximilian’ and ‘Vincent’.

Lengan kiri: Tarikh lahir ibu dan kakaknya. Dia menggunakan tangan kanan untuk menulis mengenai lelaki kerana ia menunjukkan kekuatan dan lengan kiri untuk wanita yang dekat di hatinya.

Perut kanan: Dua daun terup, ace of hearts dengan huruf ‘H’ dipercayai melambangkan tunangnya Helena Seger. Ace of clubs melambangkan spiritualiti.

Kanan tubuh: Naga merah melambangkan personalitinya. Dalam masyarakat Jepun, naga melambangkan pahlawan.

Kiri tubuh: ‘Only God Can Judge Me’

Dada dan perut: 50 nama yang mewakili 805 juta penduduk yang kelaparan, antaranya ‘Antoine’, ‘Omar’ dan ‘Yovana’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan mereka seiring dengan Program Makanan Dunia.

Lengan kiri: Nama ibunya ‘Jurka’

Bahu kiri: Koi Jepun yang berenang melawan arus, simbol maskulin.

Belakang badan (atas): Bulu pelepah helang, berasal dari Amerika Utara dan melambangkan kekuatan dan keberanian.

Belakang kanan (atas): Yant Prajao Khao Nirote dari agama Buddha bagi perlindungan daripada penderitaan.

Bahu kanan: Simbol suku kaum Maori untuk melindungi diri dan keluarganya.

Belakang badan (kiri): Vitruvian Man hasil Leonardo Da Vinci melambangkan manusia sempurna.

Belakang badan (tengah): Lukisan ‘Five Deva Faces Yantra’ - mewakili lima elemen.

BACA INI JUGA: Floyd Mayweather Ahli Sukan Paling Kaya Di Dunia

Sumber: Hmetro.com.my

Sunday, February 22, 2015

6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

Mereka bukan dari kalangan selebriti namun menjadi menjadi popular di laman sosial sepanjang tahun 2014. Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya..

Sabina Altynbekova

Sabina Altynbekova

Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014.

Sabina Altynbekova, 18, adalah pemain bola tampar kebangsaan Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 375 ribu pengikut di Instagram.

Katya Lischina

Katya Lischina

Walaupun gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya ialah Liraley Ketskatya.

Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut.

Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mendapat hampir 80 ribu like.

Natalia Poklonskaya

Natalia Poklonskaya

Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik.

Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014.

Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.

Yan Jiajun

Yan Jiajun

Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China.

Yan Jiajun adalah seorang tentera dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China.

Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjayanya sebagai seorang juruterbang.

Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik.

Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

Nurul Habibah

Nurul Habibah

Nurul Habibah adalah seorang anggota polis dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi di media sosial.

Malah, Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

Sumber:
http://www.ammboi.com/2015/01/29/6-wanita-paling-popular-di-media-sosial-sepanjang-tahun-2014/

Tuesday, February 10, 2015

Al-Quran Laris Sejak Serangan Charlie Hebdo

Al-Quran Laris Sejak Serangan Charlie Hebdo

Jualan al-Quran dan buku mengenai agama Islam meningkat secara mendadak sejak insiden serangan berdarah kumpulan pengganas tempatan di pejabat akhbar mingguan satira biadap Perancis, Charlie Hebdo di sini pada 7 Januari lalu.

al-Qur'an

Laporan laman web Pages Halal menyebut, naskhah al-Quran dalam terjemahan bahasa Perancis paling ketara menunjukkan peningkatan apabila disenaraikan antara 100 jualan terbaik dalam laman web perniagaan talian, Amazon sepanjang tempoh 26 hari lalu.

Portal berita Islam Pos yang memetik laman web Perancis itu turut menyiarkan komen Francois Maillot, pengurus besar syarikat rangkaian buku Perancis, La Procure, mengenai trend pembelian buku sejak serangan pada awal bulan lalu.

Kata beliau, ramai penduduk tempatan mula mencari maklumat tentang Islam dan membeli naskhah terjemahan al-Quran, fenomena yang sama pernah melanda Amerika Syarikat pasca serangan terburuk pengganas pada 11 September 2001.

“Rakyat Perancis sibuk mencari terjemahan al-Quran yang dicetak oleh penerbit terkenal seperti Denise Masson, Jacques Berque dan Malek Chebel, selain buku-buku berkenaan ajaran agama Islam turut mendapat sambutan hangat pembeli.

“Ini termasuk buku mengenai sejarah ringkas Islam, Breve histoire de l’islam a l’usage de tous yang dikarang oleh Antoine Sfeir,” kata Maillot yang mendedahkan bahawa buku berkenaan sistem keluarga Islam turut dicari ramai pelanggan.

Antaranya panduan hidup berkeluarga secara Islam, L’Islam explique aux enfants et a leurs parents tulisan Tahar Ben Jellaun; di samping buku yang mengajar remaja tentang Islam, Le coran explique aux jeunes hasil karangan Rachid Benzine.

“Saya menyarankan kepada penduduk Perancis yang berminat tentang Islam agar turut membaca buku A maladie de l’islam yang mengisahkan tentang penyakit Islam, ditulis oleh tokoh agama, Abdelwaheb Meddeb,” jelas Maillot.

Dianggarkan terdapat lebih empat juta Muslim di Perancis dengan hampir 200,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara Eropah itu selain kira-kira 2,000 buah masjid atau surau untuk kemudahan ibadat di seluruh Perancis. –Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Kod 911 Dalam Filem Hollywood!

Monday, February 09, 2015

Sufiah Yusof Akhirnya Dedah Kisah Hitam

Sufiah Yusof Akhirnya Dedah Kisah Hitam

Empunya nama Sufiah Yusof suatu ketika dahulu pernah mengejutkan perhatian dunia dengan kepintaran luar biasa yang dimiliki hingga berjaya mencatatkan rekod sebagai pelajar termuda memasuki Universiti Oxfard seawal 13 tahun.

Sufiah Yusof

Malangnya, pada tahun 2008 nama wanita genius Matematik itu sekali lagi menjadi bualan ekoran terpalit dengan kontroversi penglibatannya dalam dunia pelacuran.

Bagaimanapun, Sufiah yang menghilangkan diri daripada bertemu media berjaya dijejaki oleh kru Nona TV3 di sebuah hotel di Liverpool yang telah disiarkan petang semalam.

Bercerita detik hitam dalam hidupnya, Sufiah akui pengalaman lepasnya telah banyak memberi pengajaran buatnya untuk meneruskan kehidupannya kini.

“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Luahan Sufiah kepada wartawan Haliza Hashim Doyle amat menyentuh hati apabila dia akui dirinya bukan lagi insan yang pintar meskipun pernah memasuki Universiti Oxford.

“Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” katanya yang tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran.

Bagaimanapun, Sufiah mendedahkan hasrat hatinya suatu hari nanti untuk memberi sumbangan dalam aspek penyelidikan menggunakan kepakaran yang masih ada dalam bidang Matematik.

“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.

Sufiah Yusof [2]

Sementara itu pendedahan Sufiyah ketika menjadi pekerja seks nyata mengejutkan.

“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pelanggan.

“Gambar saya sebagai pekerja seks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.

“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.

Tambahnya, dia menghargai mereka yang masih mengambil berat dan memberi sokongan kepada.

Sufiah yang gagal dalam perkahwinannya bersama Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun adalah detik-detik permulaan dirinya yang terjebak dalam industri seks ekoran tekanan dan kesempitan hidup.

Kita doakan moga Sufiyah tabah menjalani hidupnya seperti biasa.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Video Temu Bual Sufiah Yusof



sumber: mynewshub

Friday, February 06, 2015

Mustaffa Othman, Bekas Pakar Daging Istana Ratu Elizabeth

Mustaffa Othman, Bekas Pakar Daging Istana Ratu Elizabeth

Gambar bil makan steak yang beribu-ribu RM di bawah ini menjadi viral sejak beberapa hari lepas.

Mustaffa Othman - Me’nate Steak Hub

Puncanya mungkin kerana melihat harga makanan yang mungkin terlalu mahal. Tetapi jika difikirkan kembali ianya adalah hasil tangan bekas Pakar Daging Istana Ratu Elizabeth ini, maka ada golongan tertentu yang merasakan ianya berbaloi.

Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub, telah dikurniakan sepasang tangan oleh Allah SWT dan membawa lelaki ini jauh merantau ke Eropah.

Lebih manis, ia berjaya membuka gerbang Istana Buckingham, London, sekali gus membolehkan anak Malaysia ini berkhidmat kepada Ratu Elizabeth serta mendiang Puteri Diana.

Tanpa latar belakang pendidikan tinggi dan kocek kosong selain meninggalkan isteri dan anak di tanah air pada 1989, Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub, terbang ke kota London untuk mencari pengalaman, pelajaran serta sumber kewangan lebih baik.

“Sebelum membuat keputusan ke luar negara, saya memiliki perniagaan daging di pasar Subang Jaya. Bagi menimba penga­laman di luar negara dan menambah pengetahuan, saya menjual perniagaan itu kepada orang lain. Hasil penjualan saya gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.

“Saya bukan jenis kenal erti takut, lantas saya ting­galkan keluarga di Kuala Lumpur serta pergi ke London tanpa duit poket.

“Sebaik tiba di sana, saya tidur di merata-rata tempat kerana ketiadaan wang untuk menyewa hotel atau mempunyai kenalan hampir seming­gu.

“Waktu itu, sebenarnya saya ke sana untuk mendalami ilmu ‘master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta.

“Ia bukan berkaitan hal akademik sepenuhnya, sebaliknya mengenai kemahiran menguruskan daging, bermula daripada lembu beranak hingga ke dalam pinggan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Kerja Air Lama Satu, Ampang.

Sesi pembelajaran berlangsung pada waktu siang, manakala malam pula lelaki kepada empat cahaya mata ini bekerja sebagai pemotong daging di kedai daging milik warga Pakistan di kota besar itu bagi menampung hidupnya dan keluarga di Malaysia.

Bekerja antara jam 3 pagi hingga 7 pagi setiap hari membolehkan Mustaffa membayar sewa bilik. Dia enggan bekerja di kedai daging milik warga Inggeris kerana khuatir ditugaskan memotong daging babi.

Menganggap tangan dimilikinya anugerah terhebat daripada Allah SWT, Mustaffa menerima tawaran pekerjaan dengan gaji jauh lebih tinggi hingga ditawarkan jawatan dalam Dawn Group of Companies pada 1991.

Syarikat besar yang juga pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth itu kemudian menyedari kemahiran dan kelebihan dalam diri Mustaffa.

Berhasrat untuk bergelar pemotong daging, Mustaffa diuji apabila dia ditinggalkan di dalam sebuah bilik bersama paha lembu, sebilah pisau dan batu asah.

Tanpa menyedari situasi itu adalah sesi temuduga, tempoh kurang daripada 10 minit, daging yang tergantung berjaya dipotong dalam saiz sederhana kecil.

Meskipun kepakarannya terbukti, kerjaya Mustaffa bermula daripada bawah iaitu di seksyen pembung­kusan daging sebelum naik ke tahap seterusnya.

“Cara orang Barat me­ngendalikan daging jauh berbeza dengan negara kita. Mereka tiada masalah kesihatan jika memakan daging berbanding rakyat kita yang dimomokkan pe­ngambilannya mengakibat­kan penyakit.

“Di sana, lembu yang disembelih akan melalui ‘aging process’, kemudian dingin beku selama tujuh hari. Selepas itu baru daging dipotong dalam skala kecil dan dimasukkan ke dalam plastik vakum selama tujuh hari.

“Pada hari ke-15, baru daging berkenaan dijual di pasaran dan selamat dimakan kerana darah aktif mati pada hari ke-21. Daging memiliki banyak khasiat, oleh itu penting bagi kita mempelajari bagaimana menguruskannya,” katanya yang tidak lokek berkongsi ilmu.

Berkongsi cerita bagaimana terpilih sebagai pakar daging di istana, Mustaffa tidak tahu kriterianya namun dia memiliki kebolehan memotong daging mengikut berat tanpa meng­gunakan penimbang.

Katanya, Ratu Elizabeth memegang status Duli Teramat Mulia, jadi segala perkara membabitkan kerabat diraja harus dilakukan orang berkemahiran dan terbaik untuk berkhidmat di mah­ligai bagi memastikan ‘kemuliaan’ itu.

“Disebabkan kemuliaan itu, tiada perkara mahupun makanan kotor memasuki istana, termasuk daging khinzir.

“Ratu Elizabeth dan kerabat sememangnya tidak memakannya kerana tahu ia makanan paling kotor di dunia. Mereka juga hanya meminum alkohol (arak) untuk memanaskan badan, bukan tujuan mabuk.­

“Ketika itu saya dan se­orang lagi sahabat dari Australia bertanggungjawab dalam hal berkaitan daging, sama ada memotong, memasak mahupun menghidang, dan kami bertugas secara bergilir-gilir.

“Dua tahun setengah saya berkhidmat di istana, sewaktu bertugas saya berpeluang bertemu Ratu Elizabeth. Dia memanggil saya dengan nama Usman dan juga mesra bertanya soalan kepada pekerjanya,” kata­nya yang berusia 61 tahun.

Tangan kanan di dada, tangan kiri di belakang badan antara protokol ketika menghidangkan makanan kepada Ratu Elizabeth bertujuan memastikan kuku tukang masak bersih. Tat­kala menjawab soalan dilontarkan Ratu Elizabeth, dilarang sama sekali kerdipkan mata.

Menurutnya, berpeluang bekerja di istana mengajar dirinya mengenai etika, kepatuhan, kebaikan, kebersihan. Menafikan sebarang kesukaran mengerjakan ibadat, Mustaffa berkata, mereka di sana lebih me­nyukai pekerja yang mematuhi perintah agama masing-masing.

“Bayangkan surau yang disediakan di istana untuk tiga pekerja Muslim jauh lebih indah daripada rumah saya hari ini. Pengalaman di sana adalah perkara terbaik mendidik diri saya.

“Selepas dua tahun setengah berkhidmat di istana, saya membuat keputusan kembali bekerja di syarikat (Dawn Group of Companies). Dengan kedudukan kewangan stabil, saya mampu pulang ke Malaysia sebulan sekali sepanjang tempoh 11 tahun di perantauan.

“Pada 2000, timbul isu pe­nyakit lembu gila dan saya diberi cuti setahun apabila kilang tutup, namun masih menerima 10 peratus gaji. Saya pulang ke Malaysia dan enggan kembali ke sana,” katanya.

Tidak betah duduk diam, Mustaffa kemudian merisik pekerjaan di Tesco Puchong sebagai tenaga pengajar berkaitan daging, seterusnya ke pasar raya besar lain, termasuk Aeon Jusco dan Carrefour.

Membuka Me’nate Steak Hub enam tahun lalu, Mustaffa ingin menawarkan perkhidmatan makanan daging halal dan segar kepada masyarakat Muslim khususnya.

Diusahakan bersama teman dan dibantu empat cahaya mata­nya berjaya mengekalkan kestabilan restoran­nya hingga berjaya membuka cawangan di Wangsa Maju membawa nama Meet U Here.

Memilih kerjaya pakar daging, Mustaffa mengakui kesusahan hidup keluarga pada masa lampau yang tidak mampu membeli daging kecuali ihsan dan hari raya korban, membuatkan dirinya meminati daging.

Harapannya, masyarakat sepatut­nya memahami pengetahuan berkaitan makanan, termasuk daging, bagaimana menguruskannya, kaedah pemprosesan dan cara masakan sesuai, sekali gus memberi manfaat terhadap kesihatan diri - myMetro

PROFIL:

NAMA: Mustaffa Othman
JAWATAN: Master Butcher (pakar daging) dan pemilik Me’nate Steak Hub
FB : https://www.facebook.com/MenateSteakHub
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1951
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
ISTERI: Mastura Lehman
ANAK: Muhammad Ezman (25), Amirul Aiman (24), Fareza (23) dan Khisofi (19)
PENDIDIKAN: GCE Advanced Level

Sememangnya seorang lagi rakyat Malaysia yang boleh kita banggakan.

Benar kata orang, Usaha Tangga Kejayaan!

BACA INI JUGA: Menjadi Jutawan Dengan Cara Yang Sangat Luar Biasa!

Sumber: Rossacalla.blogspot.com

Wednesday, December 17, 2014

Bagi Pekerja Tidur 30 Minit, Terbukti Tambah Produktiviti

Bagi Pekerja Tidur 30 Minit, Terbukti Tambah Produktiviti

Apakah perasaan anda jika diberi peluang untuk tidur seketika sewaktu bekerja, pastinya ini berita yang sangat memgembirakan bukan?

Pekerja-Tidur

Sebuah kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.

Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan yang dilaksanakan pihak kilang berkenaan sejak beberapa tahun lalu, supaya pekerja lebih produktif.

Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.

Menurut laporan, sejak 2005, terdapat penambahbaikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai jadi gelanggang pingpong serta tenis untuk pekerja bersantai.

Sebenarnya, tidur sebentar di pertengahan hari adalah perkara yang sangat dianjurkan Islam, asalkan tidak dilakukan berlebihan.

Tidur sebentar pada waktu siang bukanlah tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap, tujuannya untuk kesegaran tubuh badan seterusnya mampu membuat produktiviti bertambah dan meningkatkan kecerdasan minda.

BACA INI JUGA: 3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

Sumber: Dailymail.co.uk

Thursday, December 11, 2014

TV3, TV9 Anjur Pertandingan Drama Pendek

TV3, TV9 Anjur Pertandingan Drama Pendek

Sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2015, stesen TV3 dan TV9 bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan drama pendek yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pertandingan Drama Pendek

Kesemua pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan yang berminat dialu-alukan untuk bersama-sama mencipta drama lima minit.

Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 manakala pemenang tempat kedua akan memenangi wang tunai RM 5,000 dan RM3,000 bagi tempat ketiga.

Selain itu, drama anda akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9. Anda hanya perlu menghasilkan sebuah video berkonsepkan drama sepanjang 5 minit.

Peraduan drama pendek ini sudah mula dibuka kepada orang awam bermula 1 November lalu hingga 31 Januari 2015.

Tema pertandingan adalah terbuka, selagi video itu menyampaikan mesej positif seperti kisah keluarga, persahabatan, kasih sayang, penyelesaian masalah, perpaduan dan lain-lain.

Anda bebas untuk membuat keputusan dalam pemilihan tema mengikut kreativiti tersendiri.

Pemilihan genre dan stail juga tidak terhad, anda boleh menghasilkan drama mencemaskan, seram, ngeri, komedi dan romantik.

Apa yang ingin dilihat adalah kemahiran penceritaan yang menarik di mana penonton dapat menjiwai drama disamping menerap mesej yang positif buat masyarakat.

Ini adalah peluang untuk anda menunjukkan hasil kerja dan idea kepada penonton. Jika hasil kerja anda terpilih, ini bermakna, anda bakal melihat hasil karya anda di kaca televisyen!

Namun kepada yang berminat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat Pertandingan
  1. Untuk memasuki pertandingan ini, semua kerja yang dikemukakan hendaklah mematuhi durasi lima minit yang disebutkan di atas.
  2. Fail tidak boleh melebihi 30mb dan haruslah berformat mp4.
  3. Sila pastikan anda tidak memaparkan sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini.
  4. Sila pastikan semua muzik adalah status bebas royalti.
  5. Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan, maklumat berikut mengenai hasil kerja anda perlulah dilengkapkan dengan jelas di halaman profil (profile page) Veedo seperti tajuk dan nama penuh peserta.
  6. Segala penyertaan mestilah di hantar ke www.vedoo.my sebelum 31 JANUARI 2015.

Peringatan: Tiada aset wajib yang perlu di muat turun untuk pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan drama pendek ini anda bolehlah layari laman web dfkl di www.dfkl.com.my. –BH Online

Saturday, December 06, 2014

KJ Balas Sindiran Naib Presiden AS Di Twitter!

KJ Balas Sindiran Naib Presiden AS Di Twitter!

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat supaya ‘cermin diri’ sebelum mengkritik undang-undang yang dilaksanakan negara lain.

KJ vs Biden

Tulisnya di laman Facebook peribadi, “Mengata dulang paku serpih. Bukan main nak memberi ‘tekanan’ kepada orang lain, terlupa nak tengok cermin.

Hubungan diplomasi kita amalkan seperti biasa. Tetapi prinsip mesti dinyatakan dengan jelas.”

Sebelum itu, Biden melalui laman Twitternya, melahirkan kebimbangannya berkenaan ‘tekanan’ yang diberikan kepada pembangkang di Malaysia dengan perlaksanaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.

“Ketika pertumbuhan hubungan AS-Malaysia sedang berkembang, kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang.

Tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang,” tulis Biden.

KJ vs Biden [2]

Beliau kemudiannya berkata, rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakiman.

Khairy, dalam nada sarkastik, membalas tweet tersebut dengan menulis, “penutupan Guantanamo akan meyakinkan Amerika meyakini sistem demokrasi dan proses undang-undang.”

Kenyataan Khairy ini merujuk pada penjara yang disifatkan sebagai penjara terkejam di dunia milik AS yang terletak di Teluk Guantanamo.

Tahanan di sini dilaporkan diseksa dan diperlakukan bagai binatang manakala penghinaan agama termasuk terhadap al-Quran dilakukan sebagai salah satu cara menyeksa mental tahanan muslim.

Sumber: Mynewshub.cc

Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab.

Dr Miller

Lelaki ini terlalu taksub dengan matematik, dan sebab itulah dia lebih berpandukan kepada akal logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca Al-Qur'an untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh ambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.

Beliau menyangka Al-Qur'an adalah sebuah buku lama yang ditulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercerita tentang padang pasir dan sebagainya.

Apa yang ditemuinya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Dia mendapati Al-Qur'an mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini.

Dia menjangka akan menemui cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad SAW hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah r.a. atau kematian anak-anak lelaki danperempuannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah, dia menemui satu surah dalam Al-Qur'an yang dinamakan “Maryam” yang mengandungi banyak kisah berkenaan Maryam yang tidak pernah ditemui dalam mana-mana buku yang ditulis mahupun dalam Al-kitab mereka (bible).

Dia tidak menemui surah yang dinamakan sempena “Fatimah” (anak nabi) atau “Aishah” (isteri Rasulullah SAW), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka.

Dia juga mendapati bahawa nama Isa a.s. telah disebut dalam Al-Qur'an sebanyak 25 kali manakala nama “Muhammad” SAW hanya disebut sebanyak 4 kali, dia menjadi lebih keliru.

Dia mula membaca Al-Qur'an dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat 82 dalam Surah Al-Nisa’a (Wanita) yang bermaksud:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Qur'an? Dan kalaulah Al-Qur'an itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan“.

Dr Miller menyebut tentang ayat ini, “Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Qur'an meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa mereka tidak akan menemui apa-apa kesalahan“.

Beliau yang merasa kagum berkata, “Tidak ada penulis di dunia yang mempunyai keberanian untuk 'menulis' buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi Al-Qur'an, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba mencari satu dan anda tidak akan menemuinya. “

Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan adalah ayat 30 dalam Surah ‘Al-Anbiya’(Nabi-nabi):

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?“

Dia berkata, “Ayat ini benar-benar merupakan subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dengan teori ”Great Explosion“.

Menurut teori Great Explosion, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet.

Dr Miller berkata, “Sekarang, kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad SAW dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:

“Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat.” Al-Qur'an Surah 26: Ayat 210-212

“Apabila engkau hendak membaca Al-Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam.” Al-Qur'an, Surah 16, Ayat 98.

Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? Bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta perlindungan Tuhan daripada syaitan sebelum membaca buku itu? Ini adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib! Dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa ini dari syaitan“.

Dan di antara kisah-kisah yang mengagumkan Dr Miller adalah kisah Nabi SAW dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata, “Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan mengikut Nabi di mana sahaja untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW.

Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka, "Apa yang Muhammad beritahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah siang hari.

Tujuannya adalah untuk memesongkan semua apa yang Nabi katakan dan untuk membuat orang curiga mengenainya.

Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan “Al-Masad”.

Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk ke dalam neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam.

Selama 10 tahun, Abu Lahab berkata, “Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan masuk ke dalam neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu memeluk agama Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad? Adakah dia menyatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah?“

 Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu perkara. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah Nabi Muhammad SAW memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah!

Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun! Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim!

Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad SAW, tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.

Bagaimana Nabi Muhammad SAW boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah tersebut jika ini bukannya inspirasi daripada Allah?

Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun bahawa apa yang di dalamnya (Al-Qur'an) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah?

Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran yang berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud, bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.

“Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal." Surah Al-Masad.

Dr Miller berkata tentang ayat yang dikaguminya ini, "Salah satu keajaiban dalam Al-Qur'an ialah mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh ramalkan dan yang lulus penuh “Ujian Pemalsuan”.

Ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Qur'an katakan mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi.

"Al-Qur'an mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi".

Dr Miller meneruskan, "Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang baik untuk beberapa tahun dan kemudian berkata, "Di sini kami melayan anda sebagai kawan dan Al-Qur'an mengatakan bahawa kita adalah musuh, sesungguhnya Al-Qur'an itu salah! Tetapi ini tidak berlaku sepanjang 1,400 tahun! Dan tidak mungkin akan terjadi kerana ia adalah wahyu Allah yang mengetahui perkara yang ghaib dan bukan kata-kata manusia".

Dr Miller meneruskan, "Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?"

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang- orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang- orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang- orang Nasrani (Kristian)". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong". Surah Al-Maaidah, Ayat 82.

"Dan apabila mereka mendengar Al-Qur'an yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w.), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Qur'an), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Qur'an), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.)". Surah Al-Maaidah, Ayat 83.

"Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Qur'an) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang salih". Surah Al-Maaidah, Ayat 84.

Ayat ini juga benar kata Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.

Dr Miller berkata tentang gaya unik Al-Qur'an adalah sesuatu yang indah, "Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Qur'an yang tidak hadir di mana-mana sahaja, kerana Al-Qur'an memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini.

Sebagai contoh, “Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).“ Al-Qur'an, Surah 3, Ayat 44.

“(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.“ Al-Qur'an, Surah 11, Ayat 49.

“(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).” Al-Qur'an, Surah 12, Ayat 102.

Dr Miller meneruskan, “Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang.

Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka.

Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu“.

Dr Garry Miller meneruskan, “Ini adalah bertentangan dengan Al-Qur'an yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu perkara baru!

Dan apa yang menakjubkan adalah orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad SAW atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata, "Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dengan ayat-ayat ini".

Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah, tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka tahu ia benar-benar adalah maklumat baru, bukannya datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui perkara ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.”

BACA INI JUGA: Sebenarnya Menangis Adalah Satu Keajaiban

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, November 28, 2014

Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

Sekumpulan samseng yang mengganggu isteri seorang peninju profesional akhirnya diajar istilah langit itu tinggi apabila dibelasah dalam tempoh singkat.

Nikolai-Vlasenko-Beat-Thugs

Melalui video rakaman CCTV yang kini viral, Nicolai Vlasenko, 29, seorang peninju dan pakar seni mempertahankan diri dilihat ‘mengajar’ sekumpulan samseng di luar sebuah kelab malam di Rusia selepas cuba menarik isterinya masuk ke bilik VIP ketika dia ke tandas.

Sekembalinya Nicolai dari tandas, dia terperanjat melihat aksi samseng ini dan cuba berunding supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut tetapi permintaannya bukan sahaja ditolak malah diajak ‘berbincang’ di luar.

Menurut saksi, Leonti Yevdokimov, 33, adalah samseng yang mencadangkannya dan dipersetujui oleh Nicolai.

Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng menyerang Nicolai, dia telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO.

Penyerang kedua cuba membalas, tetapi dia juga dijatuhkan dengan mudah.

Seorang lagi saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata, “Mereka keluar dalam bilangan yang ramai. Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.

“Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, tapi saya tak fikir dia tahu apa yang berlaku apabila sekelip mata rebah.”

“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta. Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia hampir jatuh selepas menerima tiga tumbukan di kepala.”

Ahli samseng yang lain tidak lagi berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

Padan muka..

BACA INI JUGA: 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa



Sumber:
http://www.mirror.co.uk/news/world-news/gang-10-yobs-hassle-pro-4666248

Thursday, November 13, 2014

Wanita Cantik Paling Kejam Di Mexico

Wanita Cantik Paling Kejam Di Mexico

Mexico – Wajahnya seperti seorang pelakon sinetron namun siapakah wanita ini?

Maria de los Angeles Pineda

Dia, Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.

Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.

Tetapi siapakah dia?

Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.

Dia juga adalah ketua kartel dadah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.

Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.

Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.

Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat ini, telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.

Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.

Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.

Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.

Maria de los Angeles Pineda [2]

Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.

Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.

Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.

Pineda yang suka kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.

Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.

Sumber: Mynewshub.cc

Korea Selatan Sunyi Sepi Hormati Peperiksaan Sekolah!

Korea Selatan Sunyi Sepi Hormati Peperiksaan Sekolah!

Tahun ini kira-kira 650,000 pelajar, tidak banyak beza berbanding tahun lalu, namun kesannya amat besar apabila aktiviti lebih 50 juta warga Korea Selatan terhenti seketika gara-gara peperiksaan tahunan terbesar yang berlangsung serentak hari ini.

Pelajar-Korea-Selatan
Pelajar Korea berdoa di pintu masuk sekolah sebelum peperiksaan.

Ironinya, walaupun cuma peperiksaan biasa bagi pelajar kolej berusia 17 tahun untuk layak masuk ke universiti bagi sesi tahun berikutnya, tetapi lulus atau gagal dalam ujian yang dianggap paling susah itu seumpama bakal mengubah nasib hidup seseorang pada masa akan datang.

Bayangkanlah pelajar yang lulus dalam peperiksaan amat sukar itu akan dianggap ada masa depan cerah kerana bakal diterima masuk ke universiti elit di Korea Selatan selain jaminan kerjaya dengan firma terkemuka malah berkahwin dengan pasangan yang dihormati.

Tinjauan agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap mendapati, suasana di seluruh negara senyap sunyi sejurus peperiksaan bermula 8.40 pagi (atau 7.40 pagi waktu Malaysia) di 1,257 pusat peperiksaan. Seolah-olah masa yang bergerak tiba-tiba berhenti putarannya.

Kementerian Pengangkutan malah 'mengharamkan' semua pendaratan dan pelepasan pesawat di lapangan terbang selama 40 minit ujian itu bermula, manakala Kementerian Pertahanan terpaksa menyusun semula jadual latihan menembak di kem tentera untuk mengelak bunyi bising.

Pelajar-Korea-Selatan [2]
Seorang pelajar yang terkandas dalam kesesakan jalan raya.

Trafik juga dilarang memasuki jarak 200 meter dari pusat peperiksaan selain semua pejabat kerajaan dan premis perniagaan termasuk bursa saham Seoul dibuka sejam lebih lewat bagi memastikan ibu bapa sempat menghantar anak mereka masuk ke dewan ujian.

Pihak berkuasa juga menyediakan perkhidmatan kecemasan khas untuk pelajar atau ibu bapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dengan bantuan kereta peronda atau motosikal berkuasa besar polis, yang akan mengiringi mereka ke lokasi peperiksaan.–Agensi

Hebat kan..

Sunday, November 09, 2014

Kenapa Zurkerberg Berbaju Sama Setiap Hari?

Kenapa Zurkerberg Berbaju Sama Setiap Hari?

Kalau ada antara anda yang selalu mengikuti kisah hidup CEO Facebook, Mark Zurkerberg, pasti anda perasan tentang obsesi figura ini dengan t-shirt kelabu.

Mark Zurkerberg

Mana taknya, hampir di setiap kemunculannya, dia pasti mengenakan pakaian tersebut.

Namun, pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah lelaki ke-16 terkaya dunia dengan harta berjumlah USD 33 bilion (RM 110.4 bilion) memilih untuk tampil terlalu santai dan sederhana?

Melalui satu sesi soal jawab di laman sosial Facebook, Zurkerberg mendedahkan yang dia tidak suka menghabiskan masa untuk memilih pakaian yang bakal dikenakan setiap hari.

Ujarnya, dia lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah dari memikirkan tentang pakaian seperti orang lain.

Sempat bergurau, dia berkata, masyarakat tidak perlu risau akan tabiatnya itu kerana dia mempunyai koleksi t-shirt kelabu yang banyak dan menukarnya setiap hari.

“Saya perlu bersederhana dan membuat sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook.”

Bukan sekadar itu, Zurkerberg juga berkata, dia merasakan memilih menu untuk bersarapan juga mengarut.

Ya, siapa sangka, Zurkerberg yang mampu memiliki hampir apa sahaja di dunia ini, memilih untuk tampil kasual.

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, September 27, 2014

7 Jenis Trafik Jam Paling Popular di Malaysia

7 Jenis Trafik Jam Paling Popular di Malaysia

Tiada siapa mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya kan? Seringkali kita lihat jalan-jalan raya di Malaysia selalu mengalami trafik jam dimana kenderaan tersekat berjam-jam lamanya dan bergerak dengan kadar kelajuan yang sangat perlahan.

Tahukah anda kenapa kesesakan lalu lintas yang luar biasa berlaku di malaysia? Di bawah kami senaraikan 7 sebab sebenar.

Kesesakan disebabkan kenderaan rosak

Kesesakan disebabkan kenderaan rosak

Jika ada kenderaan yang rosak sama ada di tengah atau di bahu jalan, hanya ada satu sahaja penyelesaian bagi masalah ini, 'towing'.

Kesesakan disebabkan kemalangan

Kesesakan disebabkan kemalangan

Kebanyakan kenderaan lain akan berhenti untuk memberi bantuan ‘kononnya’ tetapi ini secara tidak langsung menyebabkan kenderaan di belakang turut sama perlahan.

Kesesakan yang tiba-tiba muncul tanpa sebab

Kesesakan yang tiba-tiba muncul tanpa sebab

Pernahkah anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tapi anda tidak tahu puncanya? Secara ajaibnya ketika anda maju kehadapan , lalu lintas kembali lancar, itulah yang kami gelar “Kesesakan yang tiba-tiba muncul tanpa sebab”.

Kesesakan disebabkan perayaan

Kesesakan disebabkan perayaan

Tidakkah anda berharap anda berada disebelah lorong?

Kesesakan disebabkan waktu pulang pekerja kerajaan

Kesesakan disebabkan waktu pulang pekerja kerajaan

Kesesakan disebabkan oleh sektor pekerja awam yang mula memenuhi jalan raya seawal 4.00 petang.

Kesesakan disebabkan sektor swasta

Kesesakan disebabkan sektor swasta

Kesesakan disebabkan oleh sektor pekerja swasta yang kebanyakkan tamat waktu bekerja pada 5.30 petang.

Kesesakan demi ‘mengelak jam’

Kesesakan demi ‘mengelak jam’

Sering berlaku pada pukul 7.00 malam, kesesakan ini disebabkan anda memilih untuk pulang lewat bagi mengelak kesesakan lalu lintas ‘lah sangat’.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Tuesday, September 23, 2014

Menaiki Pesawat Hanya Untuk Membeli Sarapan!

Menaiki Pesawat Hanya Untuk Membeli Sarapan!

Spruce Creek merupakan sebuah kawasan perumahan yang terletak di Florida dengan jumlah pesawat peribadi terbanyak di dunia.

Spruce Creek - Airpark

Dikenali dengan nama ‘Airpark’, kawasan perumahan ini terdiri daripada 5,000 penduduk, 1,300 rumah dan kira-kira 700 hangar yang memiliki akses terus ke sebuah landasan yang berada di tengah kawasan perumahan tersebut.

Sebahagian besar kerjaya penduduk yang menghuni Spruce Creek ini adalah juruterbang profesional.

Spruce Creek - Airpark [2]
Spruce Creek - Airpark [3]

Selain juruterbang, sebahagian penduduk lain berkerja sebagai doktor, peguam dan peniaga.

Penduduk yang bukan kerjaya sebagai juruterbang juga amat gemarkan penerbangan. Setiap pagi di hujung minggu, mereka menerbangkan pesawat untuk membeli sarapan dan ia sudah menjadi perkara biasa di sana.

Penduduk yang paling terkenal di sini adalah pelakon Hollywood John Travolta yang mempunyai lesen juruterbang.

Spruce Creek - John Travolta
Spruce Creek - John Travolta [2]
Spruce Creek - John Travolta [3]

Salah satu pesawat peribadi miliknya adalah Boeing 707 yang disimpan di garaj rumahnya. Pergh!

Sumber: Mynewshub.cc (link)