Thursday, June 12, 2014

Floyd Mayweather Ahli Sukan Paling Kaya Di Dunia


Bintang tinju, Floyd Mayweather Jnr mengalahkan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang menerima bayaran paling tinggi di dunia.

Floyd Mayweather Jnr

Mayweather disenaraikan yang teratas pada kedudukan itu dalam majalah Forbes.

Peninju nombor satu itu telah memenangi kesemua 46 perlawanannya sebagai profesional, memperoleh AS$105 juta (RM337.24 juta) hanya untuk dua perlawanan terakhirnya, ketika menentang Saul ‘Canelo’ Alvarez and Marcos Maidana.

Bayaran yang diterima Mayweather itu sekali gus mengalahkan Cristiano Ronaldo dalam kedudukan teratas atlet yang menerima bayaran paling tinggi.

Bintang bola keranjang LeBron James pula menduduki kedudukan ketiga.

Mayweather juga mendahului senarai pada tahun 2013 dengan AS$85 juta (RM273 juta) menewaskan bintang golf dunia, Tiger Woods yang pernah menduduki carta nombor satu sedekad yang lalu.

Ronaldo Rich

Cristiano Ronaldo yang menduduki kedudukan nombor dua memperoleh AS$80 juta (RM256.94 juta).

"Saya dengan rendah diri dan bersyukur kerana diiktirag oleh Forbes sebagai atlet yang menerima bayaran paling tinggi sekali lagi," kata Mayweather.

"Saya melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh atlet lain, mempromosikan diri saya dan melihat usaha keras saya berbayar dengan memecah rekod. Ia mengenai kerja keras dan dedikasi yang juga kunci utama kepada kejayaan kekayaan saya.

"Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga, pasukan dan peminat saya. Dapat menjaga keluarga saya merupakan keutamaan nombor satu saya dan tahap kejayaan yang saya capai ini membolehkan saya untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.

"Saya berharap untuk melangkah ke hadapan dalam gelanggang pada September ini dan melakukan apa yang saya lakukan dengan terbaik," tambah Mayweather lagi.

BACA INI JUGA: Jutawan Yang Menjadi Kaya Tanpa Perlu Berusaha

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon