Monday, August 11, 2014

Isteri Cari Calon Madu Melalui Facebook!

Isteri Cari Calon Madu Melalui Facebook!

Sangatlah menyenangkan bagi seorang suami apabila seorang isteri sanggup mencarikan suami seorang madu dengan kerelaan hatinya sendiri.

Bermadu
Gambar hiasan.

Yang pasti, suami akan melonjak gembira kerana tidak perlu lagi menyeberang ke selatan Thailand untuk bernikah secara rahsia.

Sukarnya untuk menemui isteri yang benar-benar ikhlas dan redha bila suami mahu berpoligami pada zaman sekarang.

Namun, bukanlah mustahil seperti ‘screenshot’ status seorang wanita yang mula viral di laman-laman sosial.

Mencari-madu-untuk-suami

Wanita tersebut memaklumkan kepada umum bahawa dia sedang mencari seorang calon untuk suaminya dan dilakukan atas kerelaannya sendiri.

Jadi, ini adalah berita baik buat wanita yang mahu bernikah tetapi masih belum mempunyai calon suami.

Hasil tinjauan mendapati akaun ini sememangnya wujud.

Kepada suami, kalau sudah dapat calonnya nanti, jangan abaikan isteri pula.

Sunday, July 20, 2014

Pencipta 'Magic Spray' Piala Dunia Bakal Jadi Jutawan!

Pencipta 'Magic Spray' Piala Dunia Bakal Jadi Jutawan!

Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian mengalami kebangkrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada 'sihirnya' mencipta semburan ajaib yang digunakan pengadil ketika Piala Dunia 2014.

Heine Allemagne Magic Spray

Buih yang digunakan untuk 'menggaris' jarak 10 ela dan akan terhapus sendiri selepas 60 saat, dijangka digunakan di seluruh dunia dan telah pun dipertimbangkan untuk digunakan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

(Baca: Kisah Pelukis Termuda Yang Menjadi Jutawan)

Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam semua perlawanan Piala Dunia Brazil.

Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa selama 14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini.

Heine Allemagne Magic Spray [2]

Itulah tuah Hanie, sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya seorang jutawan kerana ciptaannya bakal digunakan di seluruh dunia. -Mirror

Tuesday, July 08, 2014

Gajah Menangis Di Bebaskan Selepas 50 Tahun Dirantai

Gajah Menangis Di Bebaskan Selepas 50 Tahun Dirantai

NEW DELHI – Rupa-rupanya bukan hanya manusia yang boleh menangis ketika  merasa gembira, seekor gajah juga boleh menangis dikala berbahagia.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India

Seekor gajah bernama Raju dirantai selama 50 tahun, diseksa dan juga dipukul. Kakinya juga luka akibat terlalu lama dirantai.

Yang ajaibnya, Raju menangis ketika dibebaskan oleh satu pasukan penyelamat!

Raju bertahan hidup dari makanan yang diberikan para pelancong yang berkunjung ke tempat dia dirantai di Uttar Pradesh, India.

Namun, makanan itu tidak mencukupi bagi Raju sehingga dia perlu mengalas perutnya dengan memakan plastik dan kertas.

Namun, minggu lalu, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan Britain, Wildlife SOS-UK, melakukan operasi menyelamat pada tengah malam. Para pembantu Raju berkata, mereka melihat haiwan besar itu menitiskan air mata ketika rantai yang mengekangnya selama setengah abad dilepaskan.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [2]

“Raju dirantai 24 jam setiap hari, benar-benar perbuatan yang kejam. Pasukan kami sangat terkejut melihat air mata mengalir di wajah Raju ketika penyelamatan dilakukan,” kata Pooja Binepal dari Wildlife SOS-UK.

“Keadaan sangat emosional. Di dalam hati, kami tahu, gajah itu sedar dia sedang dibebaskan,” tambah Pooja.

Menurut Pooja lagi, gajah adalah haiwan luar biasa dengan kecerdasan yang cukup tinggi.

“Sehingga gajah itu dibebaskan, Raju seperti tidak memahami apa rasanya kebebasan. Namun, hari ini dia akan mengetahuinya dan akan mempelajari nikmat sebuah kebebasan,” ujar Pooja.

Seramai 10 doktor haiwan dan pakar hidupan liar bergabung dalam operasi yang dijalankan pada waktu tengah malam itu. Selain itu, pasukan penyelamat juga dibantu 20 anggota Suruhanjaya Perhutanan dan dua polis.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [3]

Penyelamatan Raju dilakukan pada waktu tengah malam untuk menghindarkan haiwan itu dari sengatan panas di kawasan Uttar Pradesh. Operasi ini dilakukan setahun selepas Wildlife SOS-UK mendapat maklumat dari Jabatan Perhutanan Uttar Pradesh.

Sebelum operasi pembebasan ini, mahkamah sudah memutuskan bahawa negara mengambil alih pemilikan Raju.

“Tak banyak yang boleh diketahui berkaitan masa-masa awal kehidupan Raju. Kami yakin dia diambil dari ibunya ketika masih bayi,” kata Pooja.

Para pemburu berkemungkinan membunuh ibu Raju atau menggiring kawanan gajah itu ke dalam perangkap khusus untuk menangkap anak gajah.

“Anak gajah yang ditangkap biasanya dipukul hingga menurut perintah pemilik barunya. Semangat mereka dipatahkan,” papar Pooja.

Bagi Raju pula, kata Pooja, kisahnya jauh lebih tragis. Gajah ini sudah dijual 27 kali. Ketika Wildlife SOS-UK menemui Raju, haiwan itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

“Dia tak mempunyai tempat berlindung pada waktu malam dan digunakan sebagai alat mengemis dari pagi hingga petang. Dia tidak diberi makanan yang mencukupi dan dalam keadaan kelaparan serta keletihan,” ujar Pooja.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [4]

Selepas mahkamah memutuskan untuk “merampas” Raju, sebuah pasukan yang dipimpin pengasas Wildlife SOS, Kartick Satyanarayan, melakukan pengintipan selama dua hari kerana bimbang pemilik Raju akan melarikan diri.

“Kami perlu bertindak cepat kerana keadaan yang menimpa Raju sangat buruk dan penyeksaannya sangat ekstrem,” kata Kartick.

“Pemiliknya mencabuti bulu ekornya untuk dijual sebagai tangkal. Ekspolitasi ini harus dihentikan,” tambah Kartick.

Ketika operasi menyelamat dilakukan, pemilik Raju masih berusaha untuk menghalang kerja pasukan.

“Dia mula meneriakkan perintah untuk menakutkan Raju dan cuba untuk memprovokasi dia. Keadaan itu mengundang bahaya kerana seekor gajah boleh membunuh manusia dengan begitu mudah apabila merasa terancam,” kata Kartick.

“Dia (pemilik Raju) kemudian memasang rantai di kaki Raju untuk mencegah kami memindahkannya. Rantainya sangat kuat sehingga membuat kaki Raju terluka,” tambah Kartick.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [5]

Namun, pasukan penyelamat bertegas tidak akan berundur. Ketika itulah ahli pasukan penyelamat melihat air mata mengalir di wajah Raju.

“Tidak perlu diragui lagi penderitaan yang dialami Raju. Namun pada masa yang sama, dia merasakan perubahan akan datang. Ini kali pertama dia merasakan sebuah harapan,” kata Kartick.

Pasukan akhirnya berjaya melepas Raju dan mengangkutnya ke dalam sebuah trak. Ia kemudian dibawa ke lokasi pemuliharaan dan pusat pemulihan gajah milik Wildlife SOS di Mathura, kira-kira 560 kilometer dari “rumah” lama Raju.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [8]

“Ini kali pertama Raju melangkah dengan bebas selepas tengah malam, 4 Julai lalu. Dua gajah lain di pusat ini bangun dan melihat kami datang bersama Raju. Detik-detik yang sangat luar biasa,” ujar Kartick.

Raju kemudian diberi makan pisang, daun pisang, mangga, roti dan biskut, serta air yang melimpah. Doktor mengambil masa selama 45 minit untuk melepaskan sisa rantai di kaki Raju.

“Empat pawang memujuk Raju dengan lembut untuk duduk dan akhirnya kami boleh melepaskan semua rantai dari kaki gajah itu,” kata Kartick lagi.

Raju menjalani masa pengasingan selama seminggu sebelum bergabung dengan dua gajah lain, Rajesh dan Bhola, yang juga pernah bernasib sama.

Raju Elephant Uttar Pradesh, India [9]

Wildlife SOS yang bergantung kepada derma untuk aktiviti pemuliharaan kini sedang mengumpul dana sebanyak $10,000 pound untuk membantu Raju memulakan kehidupan baru. –Kompas.com

Wednesday, June 25, 2014

Tuah Penjenayah Berwajah Kacak

Tuah Penjenayah Berwajah Kacak

California: Ketampanan seorang lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana serangan bersenjata menjadikan agensi pengiklanan berpusu-pusu mahu mendapatkannya.

Jeremy Meeks

Jeremy Meeks yang mendapat gelaran penjenayah paling kacak, dilaporkan mampu memperoleh AS$30,000 (RM96,420) sebulan melalui tawaran diberikan agensi yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai model.

Meeks menawan hati ramai wanita di seluruh dunia selepas polis memuat naik gambarnya di laman Facebook selepas ditahan berikutan serangan bersenjata dilakukan kumpulan yang dikehendaki polis di bandar Stockton, California.

Menurut polis, dia antara penjenayah paling berbahaya di bandar berkenaan namun wajahnya menjadi viral dan mendapat hampir 40,000 Like.

(Baca: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam)

Dengan wajahnya yang kacak, tiada gambar yang pernah menarik perhatian sebanyak gambarnya sejak Jabatan Polis Stockton mempunyai laman Facebook sejak dua tahun lalu.

Sebuah agensi peragaan berkata: “Jika Meeks menerima tawaran jenama fesyen terkenal seperti Versace dan Amani, dia mampu menerima pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.”

Menurut agensi itu, tatu pada wajah Meeks dianggap seksi dan menawan.

Ibunya, Katherine Angier membuat kenyataan laman di Facebook bagi mengumpul dana untuk membantu anaknya menjalani “perbicaraan yang adil” dengan mengatakan anaknya tidak terbabit dalam mana-mana kumpulan dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika ditahan. - AFP

Jeremy Meeks [2]
Jeremy Meeks [3]
Jeremy Meeks [4]
Jeremy Meeks [5]
Jeremy Meeks [6]
Jeremy Meeks [7]

Saturday, June 07, 2014

Wanita Cantik Ketua Skuad Pembunuh Paling Bahaya Di Dunia!

Wanita Cantik Ketua Skuad Pembunuh Paling Bahaya Di Dunia!

Seorang wanita mirip selebriti Hollywood Kim Kadarshian didakwa menjadi ketua baharu skuad pembunuh elit yang digunakan oleh kartel dadah paling berbahaya di Mexico, lapor akhbar MailOnline.

Claudia Ochoa Felix

Wanita berkenaan, Claudia Ochoa Felix atau digelar Maharani Antrax turut memiliki sepucuk raifal AK-47 berwarna merah jambu.

Dia dipercayai menjadi ketua skuad pembunuh Los Antrax yang digunakan oleh kartel dadah Sinaloa untuk melakukan pembunuhan dan serangan balas dendam.

Wanita berusia 27 tahun itu menggunakan media sosial untuk menceritakan tentang gaya hidupnya.

Claudia Ochoa Felix [2]

Felix turut memuat naik gambarnya memegang senjata, berdamping dengan seekor harimau bintang dan memakai pakaian ketat termasuk pakaian renang.

Gambar-gambar itu turut memperlihatkan imej anak-anaknya.

Claudia Ochoa Felix [3]

Terdapat juga gambar yang menunjukkan seorang anak perempuan yang berbaring di katil dengan dikelilingi ratusan wang kertas.

Claudia Ochoa Felix [4]
Claudia Ochoa Felix [5]
Claudia Ochoa Felix [6]

Dalam pada itu, beberapa sumber perisikan Amerika Syarikat (AS) menamakan kartel Sinaloa sebagai organisasi pengedaran dadah paling berkuasa di dunia.

Kartel dadah itu dipercayai terlibat dalam sebahagian besar heroin yang diseludup masuk ke AS. -Agensi

Banduan Lari, Tunai Janji Kembali Ke Penjara

Banduan

Sementara itu, seorang pembunuh berketurunan Perancis yang berjanji menyerah diri semula dalam masa beberapa hari selepas melarikan diri daripada penjara di Switzerland, menunaikan janji yang ditulisnya dalam sepucuk surat, kata pihak berkuasa.

Lelaki berusia 38 tahun itu, yang menjalani hukuman 15 tahun penjara kerana membunuh seorang pelacur, mencetuskan usaha mencari besar-besaran apabila beliau tidak kembali Ahad lalu selepas menghabiskan masa seharian bekerja di luar penjara itu.

Dalam surat yang dialamatkan kepada ibunya, beliau memberitahu perlu bebas selama empat atau lima hari dan berjanji menyerah diri sebaik puas ‘menyedut udara’.

“Saya akan berkelakuan baik ketika di luar,” janjinya dalam surat itu.

Memegang kepada janji itu, beliau kembali ke penjara lewat kelmarin, kata pihak berkuasa Geneva dalam satu kenyataan.

“Seperti yang dijanjikan sebelum itu, beliau kembali ke penjara selepas gagal berbuat demikian empat malam lalu,” menurut kenyataan itu.

Pembebasan awal bersyarat lelaki terbabit, yang didapati bersalah pada 2005 menikam mangsa 110 kali, ditolak Mac lalu.

Berikutan tindakan itu, beliau akan dipindahkan ke penjara tertutup, tetapi hukumannya yang dijangka berakhir pada 2019, tidak akan dipanjangkan, kata pihak berkuasa. –AFP

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, June 04, 2014

Robot Yang Lebih Pantas Daripada Usain Bolt?

Robot Yang Lebih Pantas Daripada Usain Bolt?

Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal tergugat dengan kewujudan robot Velicoraptor dari Korea Selatan yang dicipta mampu memecut melebihi kepantasan Bolt, iaitu 44.2 kilometer sejam.

Raptor-robot-beat-Usain-Bolt

Robot yang dinamakan Raptor itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Lanjutan Sains dan Teknologi, Korea Selatan yang menggunakan dua kaki logam dan dipasang komponen yang mampu menyerap hentakan seperti tendon Achilles, lapor laman web, inquisitr.com.

Ini membolehkan Raptor mencapai kelajuan sebanyak 45.9 kilometer sejam di atas mesin senaman treadmill, sekali gus menewaskan rekod Bolt.

Sebelum Raptor, syarikat teknologi, Boston Dynamics pernah mencipta robot Cheetah dengan ciri-ciri haiwan terpantas di dunia itu yang mampu mencapai rekod maksimum pecutan sebanyak 45.5 kilometer sejam.

Namun, kedua-dua robot itu hanya boleh memecut di atas treadmill selepas dipasang di atas landasan supaya robot tidak terjatuh.

Usain-Bolt-beats-a-bus

Tahun lalu, Bolt dilaporkan pernah memenangi perlumbaan dengan sebuah bas dalam satu pameran serta bertanding dengan tiga pelari pecut Jamaica, Mario Forsythe, Kimmari Roach, dan Daniel Bailey.

Pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik itu turut berhasrat untuk mempertahankan kedudukannya dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.

"Satu daripada matlamat utama saya ialah untuk menyertai Sukan Olimpik di Rio pada 2016 dan memenangi acara olahraga seperti sebelum ini.

"Saya mahu menjadi atlet pertama yang mempertahankan pingat emas sebanyak tiga kali berturut-turut dalam acara berkenaan," katanya yang mungkin akan bersara selepas sukan Olimpik itu. -Utusan

Thursday, May 22, 2014

12 Wanita Merebut Cinta Lelaki Mirip Putera Harry!

12 Wanita Merebut Cinta Lelaki Mirip Putera Harry!

Sebuah program realiti mencari jodoh menampilkan sekumpulan 12 wanita bersaing sesama sendiri untuk merebut cinta seorang pemuda yang memiliki wajah mirip pewaris keempat takhta diraja Britain, Putera Harry.

Matt Hicks

Program realiti televisyen yang bertajuk, I Wanna Marry Harry itu mula disiarkan di stesen televisyen Fox, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Seorang perunding alam sekitar dari Britain, Matt Hicks yang mempunyai wajah seiras putera raja berusia 29 tahun itu akan memilih jodohnya pada program tersebut.

Hicks, 24, berkata, dia berdepan cabaran untuk berlakon menjadi Putera Harry kerana semua peserta dalam program tersebut yakin bahawa mereka sebenarnya cuba menawan hati putera berkenaan.

(Baca: Betapa 'Deritanya' Lelaki Memandang Buah Dada Wanita!)

Misi Hicks dari Hertfordshire, Britain selama lima minggu itu adalah untuk meyakinkan semua peserta bahawa dia merupakan Putera Harry yang sebenar.

Apabila program tersebut berakhir, dia perlu mendedahkan identitinya kepada seorang pemenang.

Hicks yang pernah belajar di Universiti Southampton dalam jurusan kelautan dan geologi itu berharap wanita tersebut dapat menerima dirinya yang sebenar.

Matt Hicks [2]

Antara peserta program itu ialah Rose yang merupakan seorang guru sekolah cantik berusia 22 tahun dan Karina iaitu seorang pelajar berusia 25 tahun yang sedang mengambil jurusan PhD dalam bidang terapi fizikal.

Hicks berkata, dia tidak menganggap program itu sebagai kejam atau cuba menipu para peserta walaupun dia berlakon sebagai Putera Harry.

"Mereka (peserta) bukanlah seorang yang lemah dan mudah menangis. Kami semua akan ketawa apabila semua itu akan berakhir," katanya. -Reuters

Tuesday, May 20, 2014

Pelajar Masih Teruna Berazam Tidak Mahu Berasmara!

Pelajar Masih Teruna Berazam Tidak Mahu Berasmara!

Seorang teruna di sebuah kolej terkemuka England berkata, dia berazam untuk mengekalkan statusnya yang tidak pernah berasmara sehingga dia benar-benar menemui cinta sejati.

Phin Lyman

Menceritakan impiannya itu, Phin Lyman, 18, berkata, amalan seks tanpa kawalan hanya akan menyebabkan kesan buruk jangka panjang.

“Seks bagi saya ialah satu proses ikatan yang menghubungkan dua individu dari segi mental dan fizikal.

“Saya percaya pada zaman ini seks digunakan secara salah kerana dijadikan simbol yang menggambarkan cinta seseorang,” katanya.

Menurut Lyman, apabila seseorang itu meniduri pasangannya, ia akan mengikat mereka secara mental dan emosi.

(Baca: Hubungan Intim Menyihatkan Badan)

Kenyataan Lyman itu dibuat dalam tulisannya untuk majalah Kolej Wellington yang dianggap antara yang paling elit di England.

Kata Lyman, ramai remaja lelaki sering belajar mengenai seks melalui bahan pornografi.

Kemudian, katanya, remaja terbabit akan mencari pasangan masing-masing sebelum mengecewakan mereka.

“Bagi wanita muda atau tua mereka biasanya menganggap seks sebagai sesuatu yang romantik dan bermakna,” katanya.

Menurut Lyman, dia mendedahkan statusnya itu kerana mendapati kebanyakan remaja lelaki menghadapi tekanan yang “menyedihkan” apabila terdesak untuk mengadakan hubungan seks.

“Saya percaya, 90 peratus pelajar hilang teruna ketika mabuk dan itu sangat menyedihkan,” katanya.

Menurut Lyman, kebanyakan pelajar di kolej itu tahu dia masih teruna tetapi tidak ramai yang faham mengenainya. –Agensi

Friday, May 16, 2014

Mengalirnya Air Mata Seorang Guru

Mengalirnya Air Mata Seorang Guru

Alkisah Cikgu Ibrahim.. Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Selamat Hari Guru

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

BACA INI JUGA: Kaedah Fonik, Anak Tiga Tahun Boleh Membaca!

[Sumber]

Friday, May 09, 2014

Penindasan Terhadap Golongan Minoriti Di Malaysia!

Penindasan Terhadap Golongan Minoriti Di Malaysia!

Pada satu petang seorang pelajar Malaysia peringkat pasca siswazah di sebuah universiti di United Kingdom (UK) sedang tumpu bekerja sambilan di sebuah sekolah di kota Glasgow bagi mencari wang tambahan sara hidup.

Tindas
Gambar hiasan.

Tiba-tiba dia disapa oleh seorang guru di sekolah itu yang katanya berasal dari Hong Kong, dan telah lama menetap di UK.

Guru itu sudah lama memerhati budak Melayu itu bekerja dan ingin bertanya sesuatu.

"Saudara dari Malaysiakah?"

"Ya, jawab pelajar itu."

"Boleh saya tanya satu perkara."

"Boleh," jawab pelajar itu ringkas.

"Benarkah orang Melayu di negara saudara menindas kaum minoriti?" tanya cikgu wanita itu.

Pelajar lelaki itu terpinga-pinga?

"Mengapa puan tanya soalan begitu?"

"Saya diberitahu oleh seorang rakyat dari Malaysia yang mereka ditindas teruk di negara saudara. Mereka kata mereka warganegara kelas kedua."

Muka pelajar itu merah padam. Malu pun ada. Merasa dimalukan pun ada.

"Pernahkah puan melawat Malaysia?"

"Tidak pernah," kata guru itu ringkas.

"Tahukah puan, kaum itu di Malaysia adalah orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah yang menguasai ekonomi Malaysia. Merekalah juga yang paling berjaya dalam bidang-bidang profesional."

Jawab pelajar itu lagi, "Jika negara saya menindas orang itu, mereka tidak akan berjaya dan kaya seperti itu. Tahukah puan lagi, mereka juga adalah antara yang berada dalam 10 teratas bilionair di negara saya."

Guru itu pula terpinga-pinga. Pelajar itu bertanya lagi guru itu.

"Oleh kerana puan tidak pernah ke Malaysia, saya menjemput puan melawatlah negara saya yang aman, damai, sentosa, makmur dan cukup indah itu. Tengok dengan mata sendiri."

Cikgu itu tersenyum dan berlepas pulang..

Baca kisah penuh disini..

BACA INI JUGA: Cara Mengukur Kekayaan Yang Pelik

Wednesday, May 07, 2014

Video Nenek Lincah Timang Bola Jadi Sensasi!

Video Nenek Lincah Timang Bola Jadi Sensasi!

Kelincahan seorang nenek menimbang bola di sebatang jalan raya, telah menjadikan dia sebagai sensasi internet dengan beberapa majalah sukan sedang mencarinya.

La nonnina Gran Learns To Bend It Like Beckham

Aksi nenek itu menimbang bola telah dirakamkan dan mendapat perhatian ramai hinggakan gelaran `La nonnina’ atau nenek diberikan kepada wanita tersebut.

Nenek misteri itu mendapat bola tersebut selepas sekumpulan kanak-kanak yang bermain bola di jalan berkenaan telah meleretkan bola kepadanya.

Jika nenek lain pasti akan mengembalikan semula bola itu kepada kanak-kanak berkenaan, sebaliknya wanita warga emas ini terus menimbang bola dan kelincahannya telah mengejutkan kanak-kanak itu.

Identitinya masih misteri dan ramai yang membuat spekulasi mungkin dia merupakan bekas pemain bola sepak.

Malah sebuah surat khabar menulis mengenai nenek itu dan merujuknya sebagai `’Gran Learns To Bend It Like Beckham’, iaitu sebuah filem yang dibintangi oleh pemain bola sepak wanita.


Jessica Rabbit, Watak Animasi Paling Seksi

Jessica Rabbit, Watak Animasi Paling Seksi

Watak animasi dalam filem Roger Rabbit, Jessica Rabbit telah dipilih sebagai watak kartun paling seksi sepanjang zaman melalui satu undian melibatkan 1,000 peminat kartun.

Jessica Rabbit

Dalam undian pada 2009, itu Jessica menewaskan watak-watak kartun lain dengan mendapat sebanyak 37 peratus undi.

Watak kartun paling seksi kedua ialah Betty Boop yang popular dengan topi dan skirt pendeknya yang mendapat undian sebanyak 21 peratus.

Betty Boop

Dalam satu maklumbalas peminat mengenai Jessica, mereka berkata watak animasi itu merupakan seorang yang seksi, menarik serta menyukai lelaki yang mempunyai unsur kelucuan dan dia akan melakukan apa sahaja untuk suaminya.

Cadbury Caramel Bunny

Undian dikendalikan syarikat pengeluar coklat terkenal Cadbury Dairy Milk. Bagaimanapun, watak animasi Cadbury Caramel Bunny hanya menduduki tempat ketiga dengan 10 peratus.

Selain Jessice dan Betty, watak kartun lain adalah Cadbury Caramel Bunny, Cinderella (7%), Snow White (7%) dan Daphne dari filem Scooby Doo (7%).

Cinderella
Daphne Scooby Doo
Snow White

Menurut jurucakap syarikat Cadbury, tiga watak mendapat undian paling tinggi mempunyai kekuatan yang hampir sama iaitu mereka bersifat menarik dan menggoda.

Pada undian mengenalpasti sebab watak animasi itu seksi, bentuk badan mendapat undian paling tinggi dengan 28 peratus.

Mata yang menarik mendapat tempat kedua dengan 15 peratus dan suara mendapat tempat ketiga dengan 15 peratus undian.

BACA INI JUGA: Kissable Plant, Tumbuhan Paling Seksi Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, May 05, 2014

Kembar Bertemu Semula Selepas Terpisah 78 Tahun Lalu!

Kembar Bertemu Semula Selepas Terpisah 78 Tahun Lalu!

Sepasang kembar dipertemukan semula selepas terpisah sejak mereka masih bayi 78 tahun lalu.

Ann Hunt dan Elizabeth Hamel
Elizabeth (kiri) teruja kerana bertemu semula dengan Ann.

Pasangan Ann Hunt dan Elizabeth Hamel dilahirkan di Aldershot, Hampshire pada 1936 dan dianggap Buku Rekod Dunia Guinness sebagai kembar paling lama terpisah sebelum bertemu semula.

Adik-beradik itu dilahirkan tukang masak, Alice Lamb yang menjalin hubungan tanpa kahwin dengan seorang askar.

Lelaki terbabit tidak pernah bertemu dengan Ann dan Elizabeth kerana selepas dilahirkan Alice cuba memberi anaknya kepada orang lain bagi mengelakkan dipulau masyarakat.

Bagaimanapun, sedikit kecacatan pada tulang belakang Elizabeth menyebabkan tiada siapa mahu menjadikannya anak angkat.

Keadaan itu menyebabkan Alice terpaksa menjaga sendiri Elizabeth.

Elizabeth kemudian berkahwin dengan lelaki AS dan berpindah ke Portland, Oregon.

Elizabeth berkata, dia memang tahu mempunyai saudara kembar yang lama terpisah tetapi sebaliknya Ann dimaklumkan perkara itu selepas “menggali” semula sejarah keluarganya dengan bantuan anak bongsunya, Samantha Stacey.

Selepas menghabiskan banyak masa mengkaji sejarah hidupnya, Ann mengetahui dia mempunyai kakak di AS dua tahun lalu.

Samantha berkata, dia dan Ann berjaya mengesan Elizabeth.

“Apa yang menarik, saya bukan saja menemui kakak ibu, tetapi Ann ialah kembarnya,” katanya.

Pasangan kembar itu bertemu 1 Mei lalu di Los Angeles, setahun selepas pertama kali bercakap melalui telefon.

Ann Hunt dan Elizabeth Hamel
Pasangan Ann dan Elizabeth sebelum mereka terpisah.

Sementara itu Ann berkata dia sangat terharu kerana dapat menemui kembarnya semula.

“Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan saya kini. Ia bagaikan mimpi,” katanya.

Pasangan kembar itu dijemput ke Los Angeles oleh seorang pakar psikologi, Dr Nancy Segal yang akan menjalankan ujian bagi mencari persamaan dan perbezaan mereka dalam sesi selama dua hari itu.

“Kami ingin mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kehidupan, kebolehan, minat mereka dan mengumpulkannya sebagai satu kajian kes yang penting kerana ia adalah rekod perpisahan pasangan kembar paling lama di dunia,” katanya. -Agensi

BACA INI JUGA: Manusia Istimewa Yang Memiliki Dua Wajah

Dahan Bertulis Kalimah Allah Dijual RM4.4 Juta!

Dahan Bertulis Kalimah Allah Dijual RM4.4 Juta!

Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untukm membeli dahan yang berukir kalimah Allah.

Branch with 'God's name'

Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.

“Dahan itu dijual SR5 juta (RM4.4 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah. -Agensi

Selain daripada itu, sebenarnya banyak penemuan diseluruh dunia di mana kalimah Allah sering terpapar atau menyerupai kalimah Allah.

Kami himpunkan sebahagian daripadanya untuk tatapan bersama.

Branch with Allah name [2]
Branch with Allah name [3]
Branch with Allah name [4]
Branch with Allah name [5]
Branch with Allah name [6]
Branch with Allah name [7]

BACA INI JUGA: Rahsia Dan Berkat Kalimah Bismillah

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, April 15, 2014

Ayah Sanggup Mati Digilis Lori Demi Anak!

Ayah Sanggup Mati Digilis Lori Demi Anak!

Demi kasih kepada anaknya, seorang ayah sanggup berkorban diri sendiri bagi menyelamatkan anak tersayang. Ia merupakan satu kisah tragis yang berlaku kepada Hsiung Kuo, 71 tahun.

Ayah Sanggup Mati Digilis Lori Demi Anak!

Dia bersama anaknya, Yong sedang menunggang motosikal apabila sebuah lori merempuh motosikal yang mereka naiki.

Meskipun tayar lori itu telah melanggar kakinya, dia berkorban menahan kesakitan dan menolak anaknya daripada turut dilanggar kenderaan berkenaan.

Namun selepas tayar belakang menggilis dadanya, Kuo akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Imej menghayat hati itu dirakamkan berlaku hanya beberapa saat.

Hsiung Kuo, 71

Ketika pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian, Kuo sudah meninggal dunia manakala Yong pula terpaksa ditenteramkan kerana terkejut dengan kejadian berkenaan.

Pemandu lori itu pula melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap dan polis kini menyiasat kematian tersebut.

BACA INI JUGA: Video Bapa Rela 'Terkorban' Demi Anak Ke Sekolah!

Sumber: Mynewshub.my