Saturday, June 07, 2014

Wanita Cantik Ketua Skuad Pembunuh Paling Bahaya Di Dunia!


Seorang wanita mirip selebriti Hollywood Kim Kadarshian didakwa menjadi ketua baharu skuad pembunuh elit yang digunakan oleh kartel dadah paling berbahaya di Mexico, lapor akhbar MailOnline.

Claudia Ochoa Felix

Wanita berkenaan, Claudia Ochoa Felix atau digelar Maharani Antrax turut memiliki sepucuk raifal AK-47 berwarna merah jambu.

Dia dipercayai menjadi ketua skuad pembunuh Los Antrax yang digunakan oleh kartel dadah Sinaloa untuk melakukan pembunuhan dan serangan balas dendam.

Wanita berusia 27 tahun itu menggunakan media sosial untuk menceritakan tentang gaya hidupnya.

Claudia Ochoa Felix [2]

Felix turut memuat naik gambarnya memegang senjata, berdamping dengan seekor harimau bintang dan memakai pakaian ketat termasuk pakaian renang.

Gambar-gambar itu turut memperlihatkan imej anak-anaknya.

Claudia Ochoa Felix [3]

Terdapat juga gambar yang menunjukkan seorang anak perempuan yang berbaring di katil dengan dikelilingi ratusan wang kertas.

Claudia Ochoa Felix [4]
Claudia Ochoa Felix [5]
Claudia Ochoa Felix [6]

Dalam pada itu, beberapa sumber perisikan Amerika Syarikat (AS) menamakan kartel Sinaloa sebagai organisasi pengedaran dadah paling berkuasa di dunia.

Kartel dadah itu dipercayai terlibat dalam sebahagian besar heroin yang diseludup masuk ke AS. -Agensi

Banduan Lari, Tunai Janji Kembali Ke Penjara

Banduan

Sementara itu, seorang pembunuh berketurunan Perancis yang berjanji menyerah diri semula dalam masa beberapa hari selepas melarikan diri daripada penjara di Switzerland, menunaikan janji yang ditulisnya dalam sepucuk surat, kata pihak berkuasa.

Lelaki berusia 38 tahun itu, yang menjalani hukuman 15 tahun penjara kerana membunuh seorang pelacur, mencetuskan usaha mencari besar-besaran apabila beliau tidak kembali Ahad lalu selepas menghabiskan masa seharian bekerja di luar penjara itu.

Dalam surat yang dialamatkan kepada ibunya, beliau memberitahu perlu bebas selama empat atau lima hari dan berjanji menyerah diri sebaik puas ‘menyedut udara’.

“Saya akan berkelakuan baik ketika di luar,” janjinya dalam surat itu.

Memegang kepada janji itu, beliau kembali ke penjara lewat kelmarin, kata pihak berkuasa Geneva dalam satu kenyataan.

“Seperti yang dijanjikan sebelum itu, beliau kembali ke penjara selepas gagal berbuat demikian empat malam lalu,” menurut kenyataan itu.

Pembebasan awal bersyarat lelaki terbabit, yang didapati bersalah pada 2005 menikam mangsa 110 kali, ditolak Mac lalu.

Berikutan tindakan itu, beliau akan dipindahkan ke penjara tertutup, tetapi hukumannya yang dijangka berakhir pada 2019, tidak akan dipanjangkan, kata pihak berkuasa. –AFP

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Mati itu sekali ..yang Pasti ..Hidup itu dua kali..satu di dunia..satu lagi di Akhirat...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon