Thursday, February 15, 2018

Donald Trumph Bayar Bintang Porno Guna Duit Sendiri


Seorang peguam persendirian untuk Presiden Donald Trump mengatakan dia membayar AS$130,000 kepada bintang filem porno, Stormy Daniels yang pernah mendakwa dia mempunyai hubungan intim dengan Trump lebih daripada satu dekad lalu.

Stormy Daniels Trumph scandal

Pembayaran kepada Stormy, yang nama sebenarnya Stephanie Clifford, dibuat semasa kempen pilihan raya presiden 2016 tetapi peguam itu, Michael Cohen berkata beliau bekerja bersendirian dan bukan perbelanjaan kempen.

"Organisasi Trump ataupun kempen Trump tidak terbabit dalam transaksi dengan Cik Clifford atau membuat bayaran balik kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung," kata Cohen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Stormy dipetik sebagai berkata, dalam temubual 2011 dengan In Touch Weekly bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Trump selepas mereka bertemu di kejohanan golf Lake Tahoe pada tahun 2006.

Trump telah menafikan mempunyai sebarang hubungan intim dengan Stormy.

Wall Street Journal pertama kali melaporkan pada Januari bahawa peguam Trump, Michael Cohen telah membayar AS$130,000 kepada Daniels pada tahun 2016 - tahun Trump memenangi pilihan raya presiden.

Dalam kenyataannya mengenai apa yang berlaku, Cohen berkata pembayaran itu adalah "transaksi peribadi".

Dia tidak menjelaskan mengapa dia membuat bayaran atau menyebut sama ada Trump tahu mengenai perkara itu.

Rumah Putih merujuk soalan tentang pembayaran itu kepada Cohen.

Kenyataan Cohen adalah sebagai respon kepada satu aduan yang difailkan di Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) oleh kumpulan pemantau Common Cause.

Common Cause berhujah dalam aduannya bahawa jumlah pembayaran itu dianggap sumbangan kempen yang melebihi had AS$2,700 jumlah yang dapat diberikan oleh individu dan telah meminta FEC untuk menguatkuasakan undang-undang pembiayaan kempen.

Cause Common berkata pada hari Rabu (14/2/2018) bahawa masa dan keadaan pembayaran itu "membuatnya kelihatan bahawa wang yang dibayar kepada Daniels merupakan satu usaha mempengaruhi pilihan raya itu."

Ia menyeru FEC untuk melakukan penyiasatan penuh.

FEC mengesahkan ia menerima aduan daripada Common Cause dan enggan mengulas mengenai kes itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

sumber: mk

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon