Thursday, February 15, 2018

Donald Trumph Bayar Bintang Porno Guna Duit Sendiri

Donald Trumph Bayar Bintang Porno Guna Duit Sendiri

Seorang peguam persendirian untuk Presiden Donald Trump mengatakan dia membayar AS$130,000 kepada bintang filem porno, Stormy Daniels yang pernah mendakwa dia mempunyai hubungan intim dengan Trump lebih daripada satu dekad lalu.

Stormy Daniels Trumph scandal

Pembayaran kepada Stormy, yang nama sebenarnya Stephanie Clifford, dibuat semasa kempen pilihan raya presiden 2016 tetapi peguam itu, Michael Cohen berkata beliau bekerja bersendirian dan bukan perbelanjaan kempen.

"Organisasi Trump ataupun kempen Trump tidak terbabit dalam transaksi dengan Cik Clifford atau membuat bayaran balik kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung," kata Cohen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Stormy dipetik sebagai berkata, dalam temubual 2011 dengan In Touch Weekly bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Trump selepas mereka bertemu di kejohanan golf Lake Tahoe pada tahun 2006.

Trump telah menafikan mempunyai sebarang hubungan intim dengan Stormy.

Wall Street Journal pertama kali melaporkan pada Januari bahawa peguam Trump, Michael Cohen telah membayar AS$130,000 kepada Daniels pada tahun 2016 - tahun Trump memenangi pilihan raya presiden.

Dalam kenyataannya mengenai apa yang berlaku, Cohen berkata pembayaran itu adalah "transaksi peribadi".

Dia tidak menjelaskan mengapa dia membuat bayaran atau menyebut sama ada Trump tahu mengenai perkara itu.

Rumah Putih merujuk soalan tentang pembayaran itu kepada Cohen.

Kenyataan Cohen adalah sebagai respon kepada satu aduan yang difailkan di Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) oleh kumpulan pemantau Common Cause.

Common Cause berhujah dalam aduannya bahawa jumlah pembayaran itu dianggap sumbangan kempen yang melebihi had AS$2,700 jumlah yang dapat diberikan oleh individu dan telah meminta FEC untuk menguatkuasakan undang-undang pembiayaan kempen.

Cause Common berkata pada hari Rabu (14/2/2018) bahawa masa dan keadaan pembayaran itu "membuatnya kelihatan bahawa wang yang dibayar kepada Daniels merupakan satu usaha mempengaruhi pilihan raya itu."

Ia menyeru FEC untuk melakukan penyiasatan penuh.

FEC mengesahkan ia menerima aduan daripada Common Cause dan enggan mengulas mengenai kes itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

sumber: mk

Wednesday, December 13, 2017

'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

Gabenor California, Jerry Brown menyalahkan Presiden Donald Trump ekoran kebakaran hutan paling buruk di negeri itu dengan berkata, langkah Trump menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris 'menyumbang' kepada bencana di Selatan California yang kini telah memasuki minggu kedua.

'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

Perjanjian Iklim Paris dianggap pelbagai pihak sebagai satu usaha yang mampu memperlahankan pemanasan global.

Sehingga kini, ratusan ribu penduduk di Ventura, Los Angelas dan San Diego serta beberapa bandar berdekatan dipindahkan ke kawasan selamat.

Media tempatan melaporkan, pasukan bomba berdepan kesukaran untuk membendung kebakaran hutan yang diburukkan lagi dengan cuaca panas dan tiupan angin kencang.

Difahamkan, api merebak pantas selepas angin kering dan panas mirip angin Santa Ana di selatan California bertiup ke kawasan utara California ke arah Pasifik.

"Donald Trump sebelum ini menganggap Perjanjian Iklim Paris tidak membawa sebarang manfaat kepada AS.

"Tengok sekarang, apa sudah jadi? Saya fikir Donald Trump tidak takut pada Tuhan, tak takut balasan Tuhan," ujar Brown.

Pada Jun 2017 lalu, Donald Trump membuat kejutan apabila membuat keputusan meninggalkan perjanjian iklim Paris, yang turut disertai 195 negara lain di dunia.

Untuk rekod, AS tidak pernah menerima pakai perjanjian iklim sebelum ini, termasuk Protokol Kyoto 1997, yang dilihat menjejaskan kredibiliti dan kuasanya mengawal pelepasan karbon. [sh]

Kebakaran California bagaikan neraka dunia

Kebakaran besar yang berlaku di California, Amerika Syarikat disifatkan seolah-olah neraka dunia oleh netizen.

Tinjauan reaksi netizen terhadap kebakaran tersebut mendapati kebanyakannya berpendapat musibah yang menimpa rakyat California kini adalah natijah daripada keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengguna Facebook, Natasha Nabila Husein yang menyifatkan api yang menjilat tanah California bagai neraka dunia, selain turut mengecam tindakan Donald Trump.

“Heretlah api kebakaran yang umpama neraka dunia ke rumah Trump serta tujuh keturunannya dan konco-konco Yahudi yang anti Islam,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebook.

Setakat ini, kebakaran yang telah memusnahkan lebih 57,870 hektar kawasan dan 476 struktur di negara tersebut.

Selain menyebabkan perpindahan skala besar melibatkan lebih 200,000 penduduk, kebakaran tersebut juga turut mengorbankan nyawa puluhan mangsa.

Manakala Muhd Abdul Halim berpendapat, semua yang berlaku adalah akibat daripada perbuatan Donald Trump yang mengambil hak rakyat Palestin.

“Telah ALLAH tunjukkan kekuasaanNya kepada Donald Trump, beliau ambil hak rakyat Palestin, ALLAH mengambil hak beliau sebagai balasan setimpal.

“Alhamdulillah,semoga api terus marak membakar seluruh AS, biar mereka merasa takut dan sedih seperti mana kesedihan orang Islam Palestin rasai. Allahuakhbar,” katanya dipetik menerusi ruang media sama.

Sementara itu, seorang lagi netizen Azizi Ismail melahirkan simpati atas nasib penduduk yang terlibat dengan bencana tersebut.

“Kasihan warga Amerika, kerana sikap dan sifat anti Islam Donald Trump, mereka yang menanggung azab dan derita,” ujarnya.

Dalam pada itu, anggota bomba di California Selatan berhadapan tekanan mengawal enam kebakaran hutan, yang sudah memusnahkan ratusan bangunan dan memaksa puluhan ribu penduduk berpindah. [sinarharian]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, January 18, 2017

Donald Trump Presiden AS Paling Tua Dalam Sejarah

Donald Trump Presiden AS Paling Tua Dalam Sejarah

Apabila Donald Trump diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 Jumaat ini (20/1/2017), beliau akan menjadi presiden paling tua dipilih dalam sejarah negara Amerika Syarikat.

Donald Trump

Purata usia kesemua 44 Presiden AS yang mentadbir Rumah Putih hanyalah 55 tahun sementara Trump kini berusia 70 tahun.

Sehingga kini, Ronald Reagan memegang gelaran presiden tertua AS. Beliau berusia 69 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan pada 1981.

George H.W. Bush juga dianggap berusia berbanding purata apabila mengambil alih jawatan itu pada usia 64 tahun dan menariknya, memegang rekod cemerlang di kalangan bekas presiden.

Tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-72 perkahwinannya dengan isteri, Barbara, menjadikan mereka pasangan paling lama berkahwin dalam sejarah Presiden AS.

Presiden AS

Pada skala usia berbeza, Theodore Roosevelt menjadi Presiden AS paling muda dalam sejarah susulan pembunuhan Presiden William McKinley pada 1901.

Roosevelt berusia 42 tahun ketika memegang jawatan itu.

John F. Kennedy tua setahun daripada Roosevelt apabila mentadbir Rumah Putih 60 tahun kemudian pada usia 43 tahun.

BACA INI JUGA: Kartun The Simpsons Ramal Donald Trump Jadi Presiden 16 Tahun Lalu!

Sumber: bharian

Thursday, November 10, 2016

8 Sebab Kenapa Rakyat AS Pilih Donald Trump Sebagai Presiden

8 Sebab Kenapa Rakyat AS Pilih Donald Trump Sebagai Presiden

Satu dunia benar-benar umpama dibadai taufan apabila Donald Trump diumumkan sebagai Presiden baru Amerika Syarikat.

Donald Trump

Kaji selidik sebelum pilihan raya Amerika menunjukkan data bahawa majoriti rakyat AS memilih Hilary Clinton sebagai bakal Presiden AS, tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Cuma pertanyaannya, kenapa orang Amerika pilih Donald Trump sebagai Presiden baru AS? Dibawah ini adalah pandangan seorang rakat AS sendiri.

1. Pro Kulit Putih

Golongan baby boomers, orang yang lahir selepas perang dunia, adalah golongan paling ramai di AS sekarang. Pro kulit putih, white supremacy.

Dia rasa negara dia sudah diambil oleh orang lain. Plot cerita dia sama macam Brexit juga, bila orang putih UK menyampah dengan imigran yang masuk melambak.

2. Rakyat AS Pemalas

Orang Amerika biasa-biasa ini bukan semua ada skill. Tidak kompetitive dalam mencari kerja. Kau kan tau, orang Amerika bukan rajin sangat.

Kerja sikit tapi mahu gaji besar. Masih perasan dia bangsa hebat, mendahului semua bangsa lain.

3. Pendatang Lebih Rajin

Jadi, bila imigran datang, semua kerja beralih tangan. Imigran yang sanggup kerja susah tapi otak lebih geliga.

4. Kemajuan Negara Disebabkan Orang Luar

Imigran yang masuk beri jalan banyak industri baru untuk wujud. Kalau tiada mereka, industri boleh tutup. Silicon Valley contohnya, kerja orang-orang pandai.

Orang ini ramai dari Asia, China, India. Orang Malaysia toksah cakaplah. Pandai dan beriman. Ramai je orang Malaysia di AS tu.

5. Takut Bayang-bayang Sendiri

Lama-lama orang AS terasa tertinggal dalam negara sendiri. Mahu kejar tidak larat. Skill tidak cukup kuat, ilmu tidak setinggi mana. Tapi masih nak sembang hebat.

6. Zaman Gemilang Telah Berakhir

Tahun 80an-90an memang zaman yang paling gemilang buat AS. Lebih lagi orang kerja bank atau teknologi. Itu memang zaman AS hebat. Michael Jackson dan Hollywood memang dasyat.

7. Slogan ‘Making America Great Again’

Tapi sekarang, Amerika sudah suam-suam kuku. Kalah dengan banyak negara. Kalau buang semua imigran, Silicon Valley dan pejabat Google pun boleh tutup sama.

Kerana itu slogan ‘Making America Great Again’ buat orang AS semangat membara.

8. Cakap Besar

Jadi mereka pilih Donald Trump. Sebab dia jenis sembang power walau buat belum tentu. Nampak seorang yang berani walau cakap semua benda bikin kontroversi, Anti muslim, rasis, sexist.

Jadi rakyat mengharap ahli politik memajukan AS semula. Tapi AS kena terima hakikat, kalau bangsa dia terlalu rasa selesa dengan kehebatan lampau, ada masanya akan turun.

Kalau dia rasa masih hebat, superior, suka hidup bertongkat, kedaulatan bangsa kononnya, itu mungkin tidak kekal lama.

BACA INI JUGA: TPPA Dan Sejarah Penjajahan Melalui 'Perdagangan Bebas'

Sumber: Thevocket

Kartun The Simpsons Ramal Donald Trump Jadi Presiden 16 Tahun Lalu!

Kartun The Simpsons Ramal Donald Trump Jadi Presiden 16 Tahun Lalu!

Kejayaan Donald Trump menuju ke puncak kuasa White House sebenarnya pernah diramal lebih 16 tahun lalu, dan peramal itu ialah siri animasi popular The Simpsons.

The Simpsons

Ramalan mengenai kisah jutawan hartanah terkenal itu muncul dalam salah satu episod kartun tersebut yang berjudul Bart to the Future yang ditayangkan kebanyakan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS) pada awal 2000.

Menerusi episod tersebut, Lisa Simpson, anak kedua Homer, digambarkan sebagai presiden yang duduk di ruang Oval, tempat ketua negara AS itu bekerja dan dikelilingi ramai penasihat berbincang serius mengenai Trump.

“Kami mewarisi banyak kekacauan daripada Presiden Trump. Berapa buruk keadaannya, Milhouse Van Houten?” soal Lisa kepada setiausahanya dalam salah satu siri 11 episod itu menggambarkan suasana politik AS pada 2030.

The Simpsons

Trump, 70, mewakili parti Republikan disahkan berjaya menewaskan pencabarnya, Hillary Clinton dari parti Demokrat pada pilihan raya sengit untuk menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama.

Bilionaire tersebut meraih 289 undi electoral college atau kumpulan perwakilan setempat mengatasi Clinton, 69, yang cukup popular menerusi jaringan media sosial tetapi jauh ketinggalan dengan hanya mampu peroleh 218 undi.

Ramai peminat siri kartun berkenaan yang disaksikan purata 15 juta penonton, menyifatkan watak imaginasi Lisa tersebut merujuk kepada imej Clinton sendiri sebagai wanita pertama dipilih menjadi presiden AS.

The Simpsons

Selain kisah lucu mengenai Trump, siri The Simpsons yang mula ke udara sejak 1989, pernah meramalkan banyak insiden besar antaranya wabak maut ebola, serangan pengganas 11 September dan kejatuhan harga minyak global.

Dan Greaney, penulis naskhah animasi yang juga menulis skrip beberapa episod The Simpson termasuk versi ruang Oval itu pada Mac lalu pernah berkata kepada The Hollywood Reporter, “Ini merupakan peringatan bagi AS.”

Secara kebetulan pada bulan lalu, pencipta siri The Simpsons, Matt Groening diwawancara akhbar berpengaruh Britain, The Guardian dan membicarakan kisah di sebalik episod yang memaparkan penampilan Trump tersebut.

The Simpsons

“Kami berjenaka menganggarkan beliau mungkin menjadi presiden AS pada 2000 kelak, tentu sahaja ketika itu Trump menjadi salah satu nama untuk bahan gurauan kami yang paling bagus pada waktu berkenaan,” ujarnya.

Bagaimanapun siapa sangka, 16 tahun setelah episod The Simpson itu disiarkan, Trump yang juga calon presiden AS paling tua dalam sejarah benar-benar menjadi pemimpin kuasa besar dunia tersebut!

BACA INI JUGA: Garfield Kini Berusia 38 Tahun Pada 2016!

Sumber: Mynewshub