Wednesday, December 27, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Disember)


Tanggal 27 Disember merupakan hari ke 361 (hari ke 362 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 4 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Disember)
Carrie Fisher.

Hari ini merupakan sambutan Hari St. Stephen dalam Kristian Timur.

Peristiwa

537 - Bangunan terkini Aya Sophia di Istanbul dirasmikan, mulanya sebagai geraja, namun kemudian ditukar menjadi masjid dan kini muzium.

1831 - Charles Darwin bertolak dari Plymouth, England ke Amerika Selatan menaiki kapal HMS Beagle, pelayaran yang kemudian menjadi satu ekspedisi bersejarah.

1904 - Drama pentas Peter Pan, atau The Boy Who Wouldn't Grow Up, oleh J. M. Barrie mengadakan pertunjukan perdananya di London.

1911 - Lagu kebangsaan India Jana-Gana-Mana dinyanyikan buat kali pertama, dalam Sesi Calcutta Kongres Kebangsaan India.

1918 - Ucapan di khalayak ramai di Poznań oleh pemain piano Poland termasyhur, Ignacy Jan Paderewski mencetuskan Pemberontakan Greater Poland menentang Jerman dan Prusia.

1945 - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD) mula beroperasi selepas pengesahan antarabangsa terhadap Perjanjian Bretton Woods.

1949 - Revolusi Nasional Indonesia: Ratu Juliana dari Belanda memeterai dokumen yang melepaskan kedaulatan sebahagian besar Hindia Timur Belanda, secara rasmi mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

2007 - Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto dibunuh dalam serangan berani mati selepas satu perhimpunan politik Parti Rakyat Pakistan di Rawalpindi, Pakistan.

2007 - Rusuhan terjadi di Mombasa, Kenya, selepas Presiden Mwai Kibaki diisytiharkan menang pilihan raya presiden.

2008 - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar mangkat di Seremban, Negeri Sembilan.

2008 - Israel melancarkan serangan udara mengejut ke Genting Gaza, memulakan Perang Gaza.

2009 - Penemuan makam seorang pemimpin zaman Tiga Kerajaan di China, Cao Cao diumumkan.

2011 - Sistem pandu arah satelit China COMPASS mula beroperasi, meliputi rantau China dan sekitarnya.

Kelahiran

1823 - Mackenzie Bowell, Perdana Menteri Kanada ke-5.

1977 - Jacqueline Pillon, pelakon Kanada.

Kematian

1972 - Lester B. Pearson, Perdana Menteri Kanada Ke-14.

2007 - Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan ke-12.

2008 - Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong ke-10.

2016 - Carrie Fisher, pelakon wanita terkenal filem Star Wars.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon