Tuesday, December 26, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Disember)


Tarikh 26 Disember merupakan hari ke 360 (hari ke 361 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 5 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Disember)
Tsunami Thailand.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Boxing di Negara-Negara Komanwel, Hari St. Stephen dan Kwanzaa bermula (A.S. dan Kanada).

Peristiwa

1790 - Revolusi Perancis: Louis XVI dari Perancis memberi Perkenan Diraja terhadap Perlembagaan Sivil Paderi.

1806 - Perang Pakatan Keempat: Askar Perancis Napoleon bertempur dengan angkatan Rusia dalam Pertempuran Pultusk dan Golymin.

1825 - Pegawai Tentera Darat Rusia Imperial memimpin kira-kira 3,000 askar membantah kenaikan Nikolai I ke takhta selepas abangnya Constantine keluar daripada susunan penggantian.

1898 - Di Akademi Sains Perancis, Pierre dan Marie Curie mengumumkan penemuan unsur baharu yang kemudian dinamakan radium.

1908 - Jack Johnson menjadi Johan Tinju Heavyweight Dunia Amerika Afrika yang pertama selepas menewaskan Tommy Burns.

1975 - Pesawat komersil pertama melepasi Mach 2, Tupolev Tu-144 memulakan perkhidmatan.

1991 - Soviet Agung membubarkan dirinya dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet secara rasmi.

1996 - JonBenét Ramsey ditemui mati di tingkat bawah tanah rumahnya di Boulder, Colorado, satu kes pembunuhan yang mendapat liputan meluas media A.S.

2004 - Gempa bumi di Lautan Hindi, berhampiran pantai Sumatera, Indonesia, menghasilkan tsunami yang mengorbankan lebih 225,000 orang di 11 negara.

Kelahiran

1896 - Sheikh Ahmad Mohd Hashim, seorang Menteri Besar Perlis ke-2.

1924 - Mohamed Ghazali bin Jawi, seorang Menteri Besar Perak ke-2.

1949 - José Ramos-Horta, Presiden Timor Leste ke-2.

1990 - Aaron Ramsey, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Kematian

1972 - Harry S. Truman, Presiden Amerika Syarikat ke-33.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon