Saturday, November 25, 2017

Apa Itu Boxing Day?

Loading...

Kita kerap mendengar satu terma hari perlawanan yang disebut Boxing Day yang sebenarnya merujuk kepada hari perlawanan selepas Natal yang berlangsung pada 26 Disember, namun untuk kes-kes tertentu ada juga perlawanan pada 27 Disember, tetapi kemeriahnnya tidak sama.

Apa Itu Boxing Day?

Kekeliruan kita kadangkala menganggap sambutan Boxing Day hanya metafora kepada hari perlawanan panas seperti perlawanan tinju. Tidak, ia bukan begitu.

Sejarah Boxing Day

Boxing day adalah satu budaya orang Inggeris dan banyak negara di Eropah dan bukannya acara keagamaan.

Terma Boxing Day ini sudah wujud di England sejak pertengahan abad ke-19, ketika pemerintahan Ratu Victoria.

Budaya masyarakat Inggeris zaman tersebut, golongan bawahan ataupun pekerja akan melayan majikan mereka dengan menyediakan masakan yang enak pada Hari Natal maknanya, mereka tidak ada cuti pada hari Natal.

Selepas layanan yang istimewa, pada keesokan harinya majikan pula akan memberikan pekerja mereka hadiah dan perlepasan cuti. Hadiah biasanya dimasukkan di dalam kotak merah.

Hadiah ini pelbagai, ada yang memberikan wang, perhiasan dan macam-macam lagi jadi, secara ringkasnya, hari Boxing Day adalah berasal dari perkataan box ataupun kotak. Ia adalah hari untuk membuka kotak hadiah.

Setelah zaman berubah, tradisi pekerja melayan bos pada hari Natal tidak lagi wujud, namun ia diubah menjadi hari dimana orang Inggeris akan memberikan hadiah sesama keluarga terutama kepada anak-anak mereka.

Mereka meletakkan kotak di ruang tamu dan akan dibuka oleh anak-anak mereka. Ada juga yang menjadikan boxing day sebagai hari untuk memberikan hadiah kepada orang yang memerlukan seperti gelandangan dan peminta sedekah. Mereka dibawa pergi makan ke restoran dan membeli baju baru.

Sambutan Boxing Day sangat subjektif dan berlaku pada 26 Disember setiap tahun. Konsep blockbuster day di Jerman tidak ada bezanya dengan boxing day di England.

Boxing Day Dalam Bola Sepak

Orang Ingeris menjadikan bola sepak sebagai salah satu budaya mereka jadi, mereka menganggap bola sepak juga hadiah kepada mereka ketika boxing day. Menikmati cuti dengan rakan-rakan dan keluarga di stadium!

Bukan sahaja bola sepak, malah sukan-sukan lain yang berlangsung pada 26 Disember akan dilabel hari perlawanan Boxing Day.

Ia seakan-akan menjadi hari sukan ketika ramai orang sedang bercuti di banyak negara di Eropah termasuk Australia.

Jadi, ia adalah perlawanan bola sepak atau acara sukan yang biasa tetapi berlangsung pada hari boxing day.

Syarat Khas Perlawanan Boxing Day

Antara cara orang England dan Eropah meraikan boxing day adalah dengan menonton perlawanan bolasepak jadi pada boxing day, perlawanan biasanya akan melibatkan pasukan yang dekat dan senang diakses oleh penyokong lawan dengan tren dan sebagainya. Jarak perjalanana away game terlalu jauh akan meletihkan penyokong pelawat.

Namun begitu, derbi setempat sangat tidak digalakkan kerana ia boleh mengganggu keharmornian kekeluargaan pada boxing day.

Konsep bermain bola sepak pada boxing day telah dikekalkan banyak negara kerana mereka mendapat manfaat kerana dengan adanya boxing day, pemain tidak boleh makan sesuka hati dan minum alkohol ketika perayaan. Lebih penting, hari Boxing Day di EPL juga kerap menjadi pembayang kepada juara liga.

Bayangkan di Malaysia ada perlawanan pada Hari Raya kedua sebab pengurusan tidak mahu pemain terlalu me’rendang’ dan jaga diet ketika perayaan.

Rasanya, ia sambuatn Boxing Day di Malaysia tidak akan berlaku sebab jarak antara pasukan di negara kita terlalu jauh.

Itulah maksud boxing day. Harap ia tidak disalah tafsir sebagai hari tinju.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: semuanyabola

3 comments

Terbaik perkongsian SP...baru tahu apa itu boxing day..

pasti seru pertandingan satu hari setelah natal

Jauhnya la kan.. dari perkataan boxing namun sukan yang menjadi tumpuan ialah bola sepak.. hahai

memang pelik la kalau ada boxing day kat Malaysia >.<

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon