Monday, December 25, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Disember)


Tanggal 25 Disember merupakan hari ke 359 (hari ke 360 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 6 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Disember)
George Washington.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Krismas (Kalendar Gregory), Hari Quaid-e-Azam di Pakistan, Hari Kemerdekaan di Armenia dan Azerbaijan (1991) daripada Kesatuan Soviet.

Peristiwa

800 - Raja Frank Charlemagne dimahkotakan Imperator Augustus di Rom oleh Paus Leo III, sebagai pesaing Empayar Byzantine di Constantinople.

1066 - Duke Normandy, William si Penakluk secara rasminya dimahkotakan sebagai Raja England, menyempurnakan Penaklukan Norman.

1643 - Kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris Royal Mary, di bawah Kapten William Mynors, mendarat di pulau yang tidak diduduki dan menamakannya Pulau Krismas.

1776 - Perang Revolusi Amerika: George Washington dan tenteranya menyeberangi Sungai Delaware untuk melancarkan serangan mengejut ke atas askar-askar upahan Hessian dalam Pertempuran Trenton keesokannya.

1926 - Maharaja Taishō dari Jepun mangkat akibat serangan sakit jantung, dan digantikan putera baginda, Hirohito, yang kemudian menjadi Maharaja Jepun paling lama memerintah.

1947 - Perlembagaan Republik China mula berkuatkuasa, di tengah-tengah Perang Saudara China antara Kuomintang dan Komunis.

1991 - Mikhail Gorbachev meletakkan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Republik Sosialis Soviet.

2000 - Gimn Rossiyskaya Federatsiya diterima secara rasmi sebagai lagu kebangsaan Rusia, dengan muzik dipadan daripada lagu kebangsaan Kesatuan Soviet.

Kelahiran

1918 - Anwar Sadat, Presiden Mesir ke-3.

1927 - Ram Narayan, ahli muzik India.

1933 - Phan Van Khai, Perdana Menteri Vietnam ke-6.

1949 - Nawaz Sharif, Perdana Menteri Pakistan ke-14.

Kematian

2016 - Penyanyi terkenal George Michael, 53 tahun meninggal dunia di London, England.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon