Wednesday, July 19, 2017

Apa Itu Penyakit Sindrom Peter Pan?


Peter Pan adalah sebuah watak seorang budak lelaki yang tidak akan membesar dan hanya kekal sebagai sebagai kanak-kanak selama-lamanya yang dicipta oleh seorang penulis berasal dari Scotland, J. M. Barrie.

Sindrom Peter Pan

Namun, pernahkah anda mendengar tentang penyakit Sindrom Peter Pan? Sindrom ini sebenarnya adalah satu sindrom psikologi yang tanpa kita sedar telah menyerang sebahagian besar anak-anak muda pada zaman ini.

Menurut perangkaan yang dikumpul sehingga September 2015, seramai 461,000 orang terpaksa menganggur di Malaysia, yang disebabkan oleh pelbagai aspek namun tidak dinafikan bahawa ketiadaan usaha daripada individu itu sendiri merupakan salah satu penyebab.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Nemko dalam artikelnya yang bertajuk, "The Peter Pan Syndrom: Why Smart People Fail" (Sindrom Peter Pan: Mengapa Para Cerdik Pandai Gagal), terdapat tujuh ciri-ciri pemilik sindrom Peter Pan iaitu:

1. Tiada keinginan untuk mula atau terus bekerja apabila kehilangan motivasi.

2. Kurang fokus.

3. Kurang minat dalam bersosial untuk mencari kenalan dalam bidang pekerjaan.

4. Menggunakan alasan 'mengejar impian tinggi' untuk tidak bekerja.

5. Penyalahgunaan dadah atau alkohol.

6. Menyalahkan orang lain (ahli keluarga, kawan, dll.) atas kegagalan sebelum itu.

7. Pencarian kerja yang tidak teliti.

Kesimpulannya, polemik ini boleh membawa masalah besar kepada negara kita sekiranya generasi muda kini tidak melakukan apa-apa bagi mengelakkan sindrom tersebut terus berleluasa.

Selain itu, kerjasama daripada pelbagai pihak juga penting agar negara kita boleh terus maju dan berjaya pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Foreign Accent Syndrome

sumber: samanthasml

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon