Friday, December 15, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)


Tanggal 15 Disember merupakan hari ke 349 (hari ke 350 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 16 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)
F-22 Raptor.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto.

Peristiwa

533 - Angkatan pimpinan Belisarius menewaskan Gelimer dan angkatan Vandal dalam Pertempuran Tricamarum, menyempurnakan "Penaklukan Semula Afrika Utara" di bawah Maharaja Byzantine Justinian I.

1256 - Kubu Hashshashin di Alamut - di Iran kini - ditawan dan dimusnahkan oleh Hulagu Khan dan askar-askar Mongol.

1791 - Sepuluh pindaan yang pertama terhadap Perlembagaan Amerika Syarikat, dikenali secara kolektif sebagai Perakuan Hak Amerika Syarikat, disahkan.

1891 - Guru pendidikan jasmani James Naismith memperkenalkan permainan bola keranjang.

1964 - Perdebatan selama enam bulan mengenai bendera kebangsaan Kanada berakhir apabila Dewan Rakyat Kanada mengundi menggantikan bendera de facto Panji Merah Kanada, dengan Bendera Daun Mapel kini.

1965 - Pertemuan angkasa lepas pertama terjadi apabila kapal angkasa lepas NASA Gemini 6A menghampiri Gemini 7 sedekat 30 cm.

1994 - Pelayar web Netscape Navigator 1.0 mula diterbitkan.

2005 - Pesawat pejuang halimunan F-22 Raptor, didakwa Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai yang terhebat hari ini, memasuki perkhidmatan.

2006 - BadVista dimulakan oleh Yayasan Perisian Bebas untuk menentang pengambilan sistem pengendalian baru dari Microsoft, Windows Vista.

2007 - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.

2008 - Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva daripada Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baharu.

2009 - Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner, menjalankan penerbangan sulungnya.

2010 - Kepala Raja Henri IV dari Perancis yang hilang selepas kuburnya dicemarkan, diumumkan dijumpai.

2011 - Amerika Syarikat secara rasminya mengumumkan tamatnya Perang Iraq.

2014 - Pada 15-16 Disember 2014, seorang lelaki bersenjata tunggal, Man Haron Monis, memegang tebusan 17 pelanggan dan pekerja sebuah kafe coklat Lindt yang terletak di Martin Place di Sydney, Australia. Tiga mati dan salah seorang ialah suspek.

Kelahiran

1960 - Mahdzir Khalid, seorang Menteri Besar Kedah ke-9.

1981 - Roman Pavlyuchenko, pemain bola sepak Tottenham Hotspur F.C.

Kematian

1966 - Walt Disney, seorang penerbit filem Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. Hidup sejarah dalam blog SP..ini pasti menjadi sumber ..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon