Saturday, November 04, 2017

Pembunuh John F Kennedy Bertemu Ejen KGB


Kira-kira 300 muka surat dokumen berkaitan pembunuhan Presiden John F Kennedy pada 1963 yang sekian lama diklasifikasikan sebagai dokumen sulit, ditangguhkan penyiarannya kepada umum.

Lee Harvey Oswald

AFP melaporkan, kenyataan pentadbiran Presiden Donald Trump menyatakan beberapa agensi, termasuk CIA dan FBI, memohon dokumen tertentu yang dianggap sensitif, tidak disiarkan kerana membabitkan keselamatan negara serta sebab lain.

Donald Trump yang bersetuju, memberi tempoh enam bulan kepada agensi terbabit untuk membuktikan hujah mereka kenapa dokumen berkenaan tidak boleh dilepaskan kepada awam.

Kerajaan Amerika Syarikat menyiarkan kepada umum 2,891 lagi dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy.

Dokumen terbabit kini disiarkan di laman web Arkib Kebangsaan (National Archives) .

Menurut dokumen disiarkan, Lee Harvey Oswald yang didakwa menembak Kennedy pada 22 November 1963 di Dallas, sudah dikesan FBI sehingga dia bertemu ejen KGB di Kedutaan Russia Mexico City, dua bulan sebelum pembunuhan itu.

Seorang lelaki tidak dikenali juga menghubungi FBI menyatakan kumpulannya akan membunuh Oswald, 24 jam sebelum Oswald mati ditembak ketika dalam tahanan polis oleh Jack Ruby, pemilik kelab malam di Dallas.

Arkib Kebangsaan mempunyai lebih lima juta muka surat rekod berkaitan pembunuhan Kennedy, termasuk gambar, filem, rakaman dan artifak.

Kira-kira 88 peratus sudah dilepaskan untuk umum sejak hujung 1990-an manakala 11 peratus lagi disiarkan dengan bahagian sensitif dihitamkan. Baki satu peratus kekal sebagai dokumen sulit.

Suruhanjaya Warren pada 1964 memutuskan Oswald bertindak sendirian dan siasatan kongres pada 1979 mendapati tiada bukti menunjukkan CIA terbabit, namun banyak teori dan dakwaan muncul menyatakan agensi kerajaan, termasuk Lyndon Johnson yang menjadi Presiden selepas itu, terbabit.

Banyak pihak mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Warren kerana jika benar tembakan Oswald membunuh Kennedy, dia amat bernasib baik.

BACA INI JUGA: James Bond 007, Disebalik Jenama Hebat!

sumber: hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon