Wednesday, October 04, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Oktober)


Tarikh 4 Oktober merupakan hari ke 277 (hari ke 278 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 88 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Sputnik 1

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Lesotho (1966), Hari Perayaan Francis dari Assisi (Katolikisme) dan Hari Haiwan Sedunia.

Peristiwa

1830 - Revolusi Belgium: Kerajaan sementara di Brussel mengumumkan pembentukan negeri merdeka dan neutral Belgium, dalam pemberontakan terhadap Kemaharajaan Bersatu Belanda.

1883 - Kereta api Orient Express mula beroperasi.

1910 - Raja Portugal terakhir Manuel II lari ke Gibraltar apabila pemberontakan meletus di Lisbon dan istananya dibedil. Republik Pertama Portugal diisytiharkan hari berikutnya.

1957 - Kapal angkasa Soviet Sputnik 1 dilancarkan oleh roket R-7 dari Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh dan menjadi satelit buatan pertama mengorbit Bumi.

1993 - Krisis Perlembagaan Rusia: Kereta kebal membedil Rumah Putih di Moscow, di mana ahli parlimen terperangkap, atas arahan Presiden Boris Yeltsin.

2004 - SpaceShipOne memenangi Hadiah X Ansari untuk penerbangan angkasa lepas swasta, dengan menjadi pesawat persendirian pertama terbang ke angkasa.

2007 - Di Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan, pemimpin Korea Utara dan Selatan, Kim Jong-il dan Roh Moo-hyun menandatangani deklarasi bersama untuk menamatkan Perang Korea.

2009 - Kerajaan Persekutuan Malaysia mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun 2010.

2011 - Lebih 130 orang terbunuh dalam pengeboman berani mati di Mogadishu, Somalia, yang terburuk di kawasan itu sejak 2007.

Kelahiran

1822 - Rutherford B. Hayes, Presiden Amerika Syarikat ke-19.

1980 - Tomáš Rosický, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon