Tuesday, October 03, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 Oktober)


Tanggal 3 Oktober merupakan hari ke 276 (hari ke 277 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 89 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Black hawk down

Hari ini juga merupakan sambutan Gaecheonjeol di Korea Selatan, Hari Kebangsaan di Iraq dan Hari Perpaduan Jerman.

Peristiwa

2333 SM - Tokoh mitos Dangun menubuhkan Kerajaan Gojoseon (kini Korea).

1283 - Putera Wales Dafydd ap Gruffydd, pemerintah tempatan terakhir Wales yang menentang penguasaan England, dihukum mati dengan diseksa dan dibelah empat.

1918 - Selepas tenteranya tewas kepada Pihak Berikat, Tsar Bulgaria Ferdinand I makzul bagi memberi laluan kepada puteranya Boris III.

1935 - Itali menyerang Abessinia, memulakan Perang Itali-Habsyah Kedua.

1942 - Perang Dunia Kedua: Ujian roket V-2 Jerman berjaya, menjadikannya peluru berpandu balistik pertama mencapai penerbangan angkasa sub-orbit.

1990 - Penyatuan semula Jerman: Lima negeri (Bundesländer) Jerman Timur secara rasminya bergabung dengan Jerman Barat.

1993 - Askar Amerika Syarikat, Malaysia dan Pakistan cuba menangkap hulubalang Somalia Mohamed Farrah Aidid dalam Pertempuran Mogadishu, Black Hawk DownBlack Hawk Down.

2006 - Kempen Defective by Design dimulakan oleh Yayasan Perisian Bebas, berhimpun di kedai utama Apple di A.S. dan United Kingdom, membantahkan penggunaan DRM oleh Apple dalam produknya termasuklah iPod dan kedai muzik iTunes.

2007 - Kontraktor tentera pengiring keselamatan diplomat Blackwater USA disahkan menembak membuta-tuli dalam peristiwa tembak-menembak di Iraq.

2010 - Sukan Komanwel XIX bermula di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi, India.

2013 - Gambia menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel.

Kelahiran

1797 - Leopold II, Raja Tuscany.

1958 - Yong Teck Lee, Ketua Menteri Sabah ke-10.

1981 - Zlatan Ibrahimović, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon