Monday, September 25, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 September)


Tanggal 25 September merupakan hari ke 268 (hari ke 269 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 97 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Shenzhou 7
Shenzhou 7.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perayaan Sergius dari Radonezh (Gereja Ortodoks Timur).

Peristiwa

275 - Selepas pembunuhan Aurelian di Thrace, Tacitus dipilih Senat untuk mewarisi takhta Maharaja Rom.

1066 - Harold Godwinson dari England menewaskan Harald III dari Norway dalam Pertempuran Stamford Bridge di Yorkshire, menandakan berakhirnya serangan Viking ke England.

1396 - Perang Uthmaniyyah di Eropah: Tentera Uthmaniyah di bawah Bayezid I menewaskan perikatan Kristian pimpinan Sigismund dari Hungary di Nikopol, Bulgaria kini.

1513 - Konkuistador Vasco Núñez de Balboa, dari atas puncak Darién, Panama kini, menjadi orang Eropah pertama melihat Lautan Pasifik, yang kemudian dinamakannya Mar del Sur (Laut Selatan).

1790 - Opera Beijing dilahirkan apabila opera Anhui dipersembahkan di Beijing sebagai penghormatan terhadap hari lahir ke-80 Maharaja Qianlong.

1962 - Republik Demokratik Rakyat Algeria diisytiharkan secara rasmi. Ferhat Abbas dilantik Presiden pertama kerajaan sementara, dengan Ahmad bin Billah sebagai Perdana Menteri.

1969 - Pertubuhan Kerjasama Islam ditubuhkan di Rabat, Maghribi selepas cubaan membakar Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

2007 - Yasuo Fukuda terpilih untuk menggantikan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meletakkan jawatan.

2008 - Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan, menggantikan Thabo Mbeki.

2008 - Lehman Brothers dan Washington Mutual diisytiharkan bankrap akibat Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008.

2008 - Shenzhou 7 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, menandakan bermulanya fasa kedua program angkasa lepas China.

2011 - Raja Abdullah mengumumkan yang wanita Arab Saudi akan dibenarkan mengundi dan bertanding.

Kelahiran

1977 - Clea DuVall, pelakon Amerika Syarikat.

Kematian

2011 - Wangari Maathai (71 tahun), pencinta alam sekitar & penerima Hadiah Keamanan Nobel Kenya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon