Sunday, September 24, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 September)


Tarikh 24 September merupakan hari ke 267 (hari ke 268 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 98 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Honda A-Type
Honda A-Type keluaran pertama.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan Guinea-Bissau (1973), Hari Republik di Trinidad dan Tobago (1976) dan Hari Warisan di Afrika Selatan.

Peristiwa

622 – Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut baginda menyempurnakan Hijrah mereka dari Makkah ke Madinah.

1664 – Perang Belanda-England Kedua: Belanda menyerahkan New Amsterdam kepada England, sebuah penempatan berkubu di New Netherland yang kemudiannya menjadi Bandar Raya New York.

1789 – Di Amerika Syarikat, berdasakan undang-undang persekutuan mendirikan Mahkamah Agung.

1841 – Sultan Brunei berkenan menyerahkan Sarawak kepada pengembara British James Brooke, yang kemudiannya mejadi Raja Putih Sarawak.

1890 – Gereja Mormon dengan rasminya menolak poligami.

1903 – Alfred Deakin menjadi Perdana Menteri Australia kedua, menggantikan Edmund Barton yang menjadi hakim pengasas Mahkamah Tinggi Australia.

1946 – Sistem penerbangan Hong Kong Cathay Pacific ditubuhkan.

1948 – Mekanik Soichiro Honda mengasaskan Honda Motor Co., Ltd. dan mula mengilang motosikal.

1988 – Ben Johnson mencatat rekod baru lari pecut 100 meter di Sukan Olimpik Seoul dengan masa 9.79 saat, mengalahkan Carl Lewis dan Linford Christie, tetapi kemudian dibatalkan kerana pengambilan dadah.

2007 – Sami Buddha menyertai rakyat Myanmar berarak di jalan raya membantah kenaikan harga petroleum sehingga 500%.

2008 – Rakyat Jepun melantik Taro Aso sebagai Perdana Menteri Jepun yang baharu.

2013 – Sebuah gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda selatan Pakistan, menyebabkan lebih 500 kematian.

Kelahiran

1837 - Alexander Imeretinsky, seorang jeneral Empayar Rusia.

1989 - Shukor Adan, seorang pemain bola.

Kematian

2009 - Abdul Rahim bin Abu Bakar, seorang Menteri Besar Pahang ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 September)

sumber: wikipedia

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon